JOM SEMUA TURUN

 


Rafizi Ramli mengulas isu Farhash, Langkah Kajang, 'deep state'

PANAS!! - FAMHI FAHDL8NA MENTERI PKR X BOLEH PAKAI - UNMO TERBAIK | Podc...

APA KATA DS RAFIZI RAMLI!? AKMAL GUNTING DALAM LIPATAN! BAHAYA!

PM ANWAR LAKUKAN LAWATAN KE KILANG MILDEF















Usai merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, saya kemudiannya hadir ke kilang kenderaan perisai Mildef International Technologies di Sendayan yang merupakan satu lagi mercu tanda dalam industri pertahanan negara (military industrial complex). Ia antaranya menjadi lambang inovasi dan kepakaran temparan, selain menjadi simbol kedaulatan yang mengakar pada maruah bangsa. Malaysia tidak seharusnya secara berterusan bergantung pada perolehan dari luar, tetapi sebaliknya mesti membina kekuatan dalam negeri dengan prinsip tatakelola yang telus, kecanggihan teknologi dan penyelidikan yang berpaksi pada kekuatan jati diri bangsa. 

Bersempena bulan kemerdekaan ini, kita terus-terusan diperingatkan bahawa keamanan tidak hadir dengan sendirinya. Malah, ia ditegakkan dengan pengorbanan para perwira dan perajurit bangsa, dengan disiplin yang teguh, dan dengan kepemimpinan yang menolak segala bentuk penyimpangan mahupun yang diam terhadap kecurangan. Aspek pertahanan adalah amanah dalam menjaga dan melindungi maruah negara, memelihara Selat Melaka dan Laut China Selatan, serta mempertahankan keamanan rantau ini bersama sahabat-sahabat serantau.

Justeru, saya tekankan bahawa kekuatan industri pertahanan tempatan harus berpadu dengan kesejahteraan rakyat. Bila bumbung ekonomi negara makin tinggi, lantainya juga mesti terangkat supaya pekerja dan keluarga turut menikmati hasilnya. Ini semangat yang madani, yakni pertahanan yang kukuh, ekonomi yang makmur, rakyat yang sejahtera, dan negara yang terus dihormati dunia. 

#MalaysiaMADANI 
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI


PULUHAN “SYARIKAT CINA MCA GERAKAN” TERIMA KONTRAK TABUNG HAJI???*


Hamzah Rie Na





Tabung Haji telah menganugerahkan kontrak bernilai RM 68.20 juta kepada 23 buah syarikat BUKAN milik Melayu Islam sepenuhnya. (Info dari Sidang Parlimen - Menteri) 


Ini fakta. TIDAK boleh disangkal!


Menurut pembangkang, syarikat BUKAN bumiputera adalah “syarikat DAP”. Asal BUKAN bumi, SEMUAnya DAP.


Maka 23 buah “syarikat DAP” yang menerima kontrak-kontrak ini adalah seperti berikut:


1. Xnarum Sdn Bhd RM 1.78 juta

2. Cyber Village Sdn Bhd RM 4.75 juta

3. Tess Innovations Sdn Bhd RM 612 ribu

4. Marketon Sdn Bud RM 3.72 juta

5. Berjaya China Motor Sdn Bhd RM 5.34 juta

6. HDC Data Center Sdn Bhd RM 1.44 juta

7. Giat Infosys Sdn Bhd RM 1.86 juta

8. Unique Dynamics Sdn Bhd RM 418 ribu

9. Radiant Solutions Sdn Bhd RM 600 ribu

10. Knight Frank Property Management Sdn Bhd RM 1.1 juta

11. China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd RM 2.3 juta

12. Knight Frank Property Management Sdn Bhd RM 1.1 juta

13. SK Coatings Sdn Bhd RM 1 juta

14. CTC Global Sdn Bhd RM 9.8 juta

15. NTT Malaysia Solutions Sdn Bhd RM 6.6 juta

16. Ammetlife Takaful Bhd RM 850 ribu

17. HDC Data Center Sdn Bhd RM 943 ribu

18. Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd RM 566 ribu

19. Sysarmy Sdn Bhd RM 3.16 juta

20. Antah Schindler RM 3.6 juta

21. Cyber Village Sdn Bhd RM 819 ribu

22. GI Solutions Gateway Sdn Bhd RM 9.94 juta

23. Heitech Padu Berhad RM 5.94 juta


Bila mereka dapat kontrak tu ?


Sebelum kerajaan yang ada pada hari ini, di antara Mac 2021 - November 2022 *(Kerajaan PN PAS BERSATU UMNO MCA GERAKAN) MIC*


So, kesimpulannya begini...


Tabung Haji pimpinan PAS/Bersatu bagi kat “syarikat DAP” kontrak-kontrak Tabung Haji berjumlah RM 68.20 juta.


Pergghhhhh...!!! 🤦🏻‍♂️😱🥴😇




SEDUIT TAK BAGI NAK RAJUK.



 SAMSURI NGAJU KAA TU?


Dia macam ni Dr Sam, orang tak jemput kita tak datang.  Orang jemput last minute, kita tak datang jugak sebab jemput lambat tu maknanya kita ni tempelan aje ada orang tak dapat datng. Pahang dop gi. 




Aku nak tanya, mung pernah bagi pitih kat geng RXZ ni dop? Acu kabo. Kalau mung tak pernah bagi pitih, dah mung nak menyibuk bakper? Mung ingat mung pegi Auckland naik Air Asia hari tu boss Air Asia nak jemput mung pegi RXZ 7.0 ni ker? Money talks laa dengan geng² ni.


Lastly aku nak nasihat mung, dengan geng RXZ ni mung toksah tunggang laa. Geng ni bukan bicara pun siapa jadi kerajaan negeri Terengganu pada PRU16 nanti.


 Kalau mung ingat dengan kehadiran mung ke program RXZ 7.0 ni supaya mung boleh tunggang geng² RXZ ni mengundi PAS, maknanya mung bodo politik lagi. Untuk pengetahuan mung, geng RXZ ni nak pitih aje supaya set dia boleh buat event macam ni lagi. Tak caya? PRU16 nanti aku cabar pepuak PAS suruh geng RXZ ni konvoi bawak bendera PN-PAS ke seluruh Terengganu secara percuma. Tengok set dia mboh dop. Mung buat tengok.


Ariff Kadir Al-Katami

RXZ ❌ Kriss ✅




Tamatnya era ‘duit kopi’ di pintu masuk negara dengan penubuhan AKPS


 

Tamatnya era ‘duit kopi’ di pintu masuk negara dengan penubuhan AKPS


OLEH LONG NIZUAN



Bila Sempadan Kita Mula Jaga Kita'



Dulu, jika anda tiba di lapangan terbang Malaysia dan melihat pegawai imigresen memproses pelawat dalam barisan panjang yang melelahkan, anda mungkin menyangka semuanya terkawal.

Tapi hakikatnya, yang kita nampak hanyalah permukaan. Di sebalik kaunter, ada dunia lain.

Dunia “counter setting”, “phantom travel”, duit bawah meja dan pas masuk untuk yang mampu bayar harga belakang.

Rasuah di sempadan bukan cerita baru. Ianya sudah jadi jenaka pahit dalam kalangan rakyat.


Tapi akhirnya, satu langkah besar telah diambil. Dan begitulah lahirnya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Dari Kekeliruan kepada Penyatuan

Untuk puluhan tahun, Malaysia mempunyai sempadan yang dijaga oleh terlalu banyak tangan.

Ada imigresen untuk manusia, kastam untuk barang, MAQIS untuk tumbuhan, JPV untuk haiwan, dan pelbagai lagi agensi dengan undang-undang masing-masing. Semua jaga pintu, tapi tiada yang jaga sistem.

Akhirnya, pada 17 Oktober 2024, sebuah akta diluluskan di Parlimen.

Maka tertubuhlah AKPS sebuah agensi tunggal yang diberi mandat penuh untuk menyelia keseluruhan kawalan sempadan negara. la bukan sekadar rombakan struktur. la revolusi senyap.

Mengapa penting?

Kerana apabila pintu rumah dijaga oleh tujuh orang tapi tiada yang tahu siapa ada kunci sebenar, siapa pun boleh keluar masuk sesuka hati.

Apa Sebenarnya AKPS Buat?

Pertama, ia menyatukan kawalan di semua pintu masuk laut dan udara. Daripada 114 pintu masuk rasmi Malaysia, 22 kini telah berada di bawah seliaan AKPS, termasuk lokasi sibuk seperti KLIA, JB Causeway, Kota Kinabalu dan Pelabuhan Klang.


Sasaran: liputan penuh menjelang 2026.


Kedua, ia mengurus lebih 6,000 pegawai yang datang dari pelbagai agensi. Tiada jawatan baru diwujudkan, hanya susunan semula agar lebih berkesan.

Dan yang penting, semua pegawai yang ditugaskan akan disaring ketat – tiada ruang untuk mereka yang pernah bermain di belakang kaunter dengan tangan terbuka.

Ketiga, AKPS bukan sahaja berperang dengan penjenayah rentas sempadan. la juga sedang membongkar jenayah dari dalam yang selama ini merosakkan nama baik negara dengan “duit kopi” dan kelulusan ekspres.


Masalah Lama, Wajah Baharu



Bayangkan ini: Seorang pegawai imigresen ditahan di KLIA dengan RM8,000 tunai dalam poket dan tiga telefon bimbit.

Beliau bukan pelancong, tetapi petugas negara. Kes itu kini di bawah siasatan SPRM, dan ia bukan kes terpencil.


Inilah wajah sistem lama yang cuba dibersihkan. Isu “counter setting” di mana pegawai boleh tetapkan siapa yang lepas dan siapa yang sangkut – telah menyebabkan jutaan ringgit kerugian setiap tahun, dan lebih buruk lagi, memalukan nama negara di mata dunia.

Kini, AKPS dengan tegas membuang sisa-sisa budaya ini.


Mereka bukan hanya ganti uniform. Mereka ganti cara fikir.


Yang mengetuai misi besar ini bukan orang sembarangan. Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kini memegang amanah sebagai Ketua Pengarah AKPS sejak 1 Julai 2025.


Beliau bukan datang untuk bertugas. Beliau datang untuk membersih.


“Kalau dulu kita tutup sebelah mata, sekarang kita buka dua-dua,” katanya dalam satu temubual.


Di bawah kepimpinannya, pegawai disaring bukan hanya dari segi kelayakan, tapi juga moral.

Dan buat pertama kalinya, kita melihat barisan petugas sempadan yang bukan sahaja tahu apa perlu dibuat, tetapi juga mengapa mereka buat.

Langkah Setiap Hari Adalah Cerita Baru

Hari ini, setiap penumpang yang tiba di KLIA, setiap lori di sempadan Rantau Panjang, dan setiap kontena yang berlabuh di Pelabuhan Klang sedang diperiksa bukan sahaja oleh mesin imbas, tetapi juga oleh sistem yang diperbaharui.

Mereka yang pernah ‘terlepas’ kini ditahan. Mereka yang pernah bayar untuk ‘masuk senyap-senyap’, kini dihantar pulang.

Mereka yang cuba seludup barang atau identiti kini tidak lagi berdepan sistem yang mudah dipujuk.





Mak Lah pencetus penubuhan AMANAH meninggal dunia


 

Pencetus kepada penubuhan Parti AMANAH Negara, Ustazah Jamilah Ibrahim meninggal dunia pada jam 9 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Facebook.

“Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkan rohnya bersama para syuhada’ dan solihin,” titipnya.

Ustazah Jamilah atau dikenali sebagai Mak Lah dalam kalangan penggerak parti disifatkan sebagai seorang wanita tabah, berjiwa kental dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan.


Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Asmuni Awi berkata, Mak Lah telah berbakti sepenuh hati kepada parti hingga ke hujung nyawa, dengan keberanian, ketekalan dan prinsip yang teguh.

Semangat Islam Rahmatan lil ‘Alamin yang beliau bawa menjadi pedoman kepada ramai, khususnya dalam mendidik dan membimbing ahli-ahli parti.


“Pemergian Mak Lah adalah satu kehilangan besar buat keluarga besar AMANAH. Namun jasa, sumbangan dan semangat beliau akan terus terpahat dan menjadi inspirasi untuk generasi seterusnya.


“Moga roh Allahyarhamah Mak Lah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman serta beramal soleh,” katanya.






KEJAHATAN POLITIK PAS


 Fitnah Pas terhadap Tabung Haji bukan lagi sekadar fitnah, tapi kejahatan politik

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, fitnah Pas terhadap isu penjenamaan semula Tabung Haji bukan lagi sekadar fitnah, tetapi kejahatan politik yang menggadai keharmonian rakyat demi kepentingan sempit mereka.

Beliau berkata, penjenamaan Tabung Haji hanyalah kesinambungan usaha pemulihan untuk memastikan TH tampil lebih hebat, kuat, telus dan diyakini umat Islam.

Namun katanya, Pas sekali lagi telah memilih jalan politik paling jijik dengan membina naratif kononnya institusi terbabit digadaikan kepada bukan Islam.

“Rebranding bukannya menjual aset umat Islam. Naratif fitnah Pas kononnya TH digadai hanyalah cerita dongeng untuk membakar sentimen agama.

“Rebranding TH ialah rebranding imej pengurusan koperat dan bukannya rebranding Ibadat Haji dan Umrah. Dalam Ihram tetap tak boleh pakai seluar dalam berjahit, jumlah pusingan Tawaf tetap tujuh pusingan mengelilingi Kaabah bukan mengelilingi masjid Rusila.

“Sa’i tetap di Safa dan Marwah bukan Gunung Jerai, Wuquf bukan di Dataran merdeka tetap di Arafah,melontar tetap di Mina tiga Jumrah  bukan di restoran Mina,” balasnya.


Beliau pada masa sama mengingatkan Pas supaya “tidak berlagak suci” kerana kerajaan Kelantan di bawah Pas sendiri pernah memberi konsesi balak dan tanah kepada syarikat bukan Islam, termasuk syarikat dari luar negeri.

“Kalau itu tidak dipanggil “gadai pada bukan Islam”, apa lagi? Hakikatnya, kerajaan Madani sedang mempertahankan institusi Islam, manakala Pas di negeri tadbirannya sendiri sanggup menyerahkan tanah kepada bukan Islam demi keuntungan politik . Inilah hipokrasi paling besar,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, Pas mengetahui kebenarannya namun memilih untuk menipu.

Beliau melabel parti itu sebagai parti yang hidup dengan fitnah, pembohongan, menunggang agama demi undi, dan sanggup menakut-nakutkan umat Islam dengan isu yang tidak wujud.

“Islam melarang fitnah dan penipuan, tetapi Pas menjajanya dengan menjadikannya modal politik. Siapa sebenarnya pengkhianat umat?

“Bukankah kerajaan Madani yang sedang memperkukuhkan  TH, sedangkan merekalah yang menutup mata ketika TH hampir runtuh dahulu,” katanya.






RXZ Members: Ini ke punca Ahmad Samsuri ‘merajuk’?


 RXZ Members: Ini ke punca Ahmad Samsuri ‘merajuk’?

OLEH MAN TOBA



RXZ 7.0 Kuala Terengganu: MB Sentap Bila PMX Hulur RM100k?

RXZ 7.0 di Kuala Terengganu tahun ni lain macam meriah. Beribu-ribu bikers turun berkumpul, brotherhood makin padu, dan kali ini PMX hulur RM100,000 untuk support geng RXZ.

Tapi, tetiba muncul drama — MB Terengganu buat kenyataan tak dijemput.


Katanya RXZ jadi mangsa politik, katanya ada syarat itu ini dari Putrajaya, siap keluar istilah “politik low class, politik komang spanar.”

Weh geng, sini nak habaq sikit.


Penganjur sendiri cakap, selama RXZ Members dianjurkan kat Terengganu, tak pernah sekali pun MB atau kerajaan negeri sponsor walau seringgit.


Penganjur bertahan dengan usaha komuniti sendiri, crowd sendiri, sokongan dari brotherhood RXZ.


Tiba-tiba bila PMX turun support dengan sumbangan RM100k, terus MB sentap? Terus keluar ayat touching-touching konon dipinggirkan?


“Dulu kau tak pernah hulur, orang diam. Sekali orang lain hulur, kau yang melompat. Itu bukan politik komang spanar, itu namanya politik hati plastik.”

Fakta mudah:


PMX support RXZ, sedia hulur dana untuk anak muda & bikers.

MB Terengganu? Rekod kosong dari dulu, tapi pandai claim konon RXZ jadi mangsa politik.

Tunggang motor dengan selamat, jangan lupa solat, dan jangan biar semangat brotherhood kita diracun politik plastik. RXZ ni untuk rakyat, bukan untuk ego seorang MB yang tak pernah sponsor pun.

Gua nak tanya geng bikers — betul ke RXZ ni jadi mangsa politik, atau sebenarnya MB yang sakit hati sebab orang luar (PMX) lebih ikhlas hulur support berbanding dia sendiri?






Pampasan Tanah: Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, Seremban pada 23 Ogos 2025.

NILAI, 23 Ogos – Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju Kerajaan Persekutuan menyelesaikan bayaran pampasan tanah Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan yang tertangguh lebih sedekad, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat mingguan kabinet semalam susulan isu di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri itu sudah berterusan sejak sekian lama.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam, ada berita baik untuk Negeri Sembilan. Ada masalah berpanjangan, bertahun-tahun antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengenai bayaran pampasan tanah di Gemas, berpuluh tahun dah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, Seremban pada 23 Ogos 2025. Foto Iskandar Ishak

“Kerajaan MADANI semalam putuskan mesti selesai. Mana patut bayar, bayar balik kepada Negeri Sembilan,” katanya ketika merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar kemudian secara berseloroh meminta supaya kerajaan Negeri Sembilan memberi potongan kepada jumlah yang akan dikenakan terhadap kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menawarkan opsyen kepada kerajaan Persekutuan bagi melunaskan bayaran premium pemberimilikan tanah kerajaan secara hak milik tetap di kem tentera itu secara ansuran.

Isu membabitkan kawasan seluas 6,653 hektar itu berlarutan sejak 2014, membabitkan tiga lot tanah, iaitu Parcel H, Parcel J dan Parcel L, dengan nilai premium asal berjumlah RM2.162 bilion.

Namun, Parcel J yang diwartakan sebagai kawasan Military Firing Ground sejak 1941 dikecualikan daripada bayaran, sekali gus mengurangkan jumlah pampasan kepada RM1.272 bilion.

Aminuddin dilaporkan berkata, kerajaan negeri berhadapan isu bersama Kementerian Pertahanan berhubung bayaran tanah untuk Pusat Latihan Gabungan Pasukan Tempur di kem berkenaan berjumlah RM2.16 bilion sejak 2014.

Tambah Menteri Besar lagi, selepas perbincangan pada Jun 2022, kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengeluarkan kawasan Military Firing Ground J berkeluasan 2,737.55 hektar yang digunakan sebelum merdeka dan mengurangkan premium perlu dibayar kerajaan Persekutuan kepada RM1.27 bilion sahaja.




MADANI RAKYAT NEGERI SEMBILAN.




 Hari ini di Nilai, Negeri Sembilan saya tegaskan bahawa transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) mesti menjadi wahana yang memperkukuh tahap khidmat kita kepada rakyat, mengangkat produktiviti, dan memperluas pendedahan rakyat kepada dunia dan ilmu baharu. Namun, mesti kita ingat bahawa dalam keghairahan mengejar teknologi dan disiplin baru, kita remehkan akhlak dan jati diri.












Lantaran itu, AI dan lapangan digital harus meningkat kecekapan bukan melebar jurang. Ilmu baharu mesti kita kuasai; menggapai langit, namun mesti utuh mengakar ke bumi, yakni mesti berpaut pada nilai dan budaya sendiri. Kita pernah lalui pengalaman sewaktu komputer mula diperkenalkan pada 80an, dan hari ini cabarannya lebih besar. Makna kata benteng pertahanan tidak terhad pada teknologi semata tetapi mesti mencakup rumah dan masyarakat.


Saya turut berkongsi tentang iltizam politik setelah terjelmanya Akta Tanggungjawab Fiskal, bahawa pihak Kerajaan mesti ‘answerable’ dan bertanggungjawab kepada Parlimen, selain Akta Perolehan Kerajaan yang menuntut tatacara jelas dan telus dalam soal perolehan dan kontrak.


Di kesempatan merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan hari ini, saya tekankan betapa Negeri Sembilan dengan budayanya yang gagah, kini menjadi tapak penting dalam menzahirkan prakarsa baharu yang menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan akar nilai bangsa.

 

#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI