THE GRAND SCHEME OF THINGS



1. Kita ingat dulu masa Sheraton Move. Bagaimana mandat rakyat diperkotak katik oleh pemain politik. Dengan langkah scheme of things. 


2. Bermula dengan 2 orang besan, sama2 cuti di Morocco. Mereka pemula “kesatuan”. Dan disambut oleh PM7. Cuma beliau tak pull it through. Tak hadir ke Sheraton kerana nakkan Kerajaan Perpaduan. Ramai pulak tak sokong. 


3. Disebabkan Sheraton Move, parti kecil yang menang bergabung dengan yang kalah, dan tubuhkan Kerajaan. Ramai rakyat tak boleh terima, kerana ada Kluster Mahkamah. Tapi kita tahu, kita tiada kuasa. Pemain politik tetap dengan game mereka. 


6. 17 bulan bertahan saja, Kerajaan itu tumbang. Kluster Mahkamah punya angkara. TS Muhy dikhianat pula. Lalu mereka lantik DSIS sebagai PM. Tu pun bertahan 13 bulan, sebelum Kluster Mahkamah buat hal lagi. 


7. Sekarang selepas PRU15, nampaknya Parti Keramat, walaupun kalah dengan lebih teruk. Mereka ditakdirkan jadi King Maker pula. PH dan PN, parti paling besar yang menang, cannot see eye to eye. Ada 2 calon PM di situ. Makanya, olive branch diberi kepada UMNO untuk tubuh Kerajaan. 


8. Kalau kita kaji, ini bukan coincidence. Ada the GRAND Scheme of Things. Akujanji calon UMNO sudah terbukti wujud. Seolah2 sudah dirancang awal2 Presiden akan ke PH. Bukan PN. Pendedahan Rafizi pun tak sentuh pemimpin UMNO. Hanya pemimpin Bersatu dan PAS. 


9. Rafizi sampai sekarang senyap tiada kenyataan walaupun, hari tu kata dia orang pertama yang akan tentang penyatuan PH-UMNO. Tapi semalam kita nampak kelibat dia di PWTC. Kita pun angkat kening. 


10. Ketika Sheraton Move, saya kecewa. Tapi saya bagi muka kepada TS Muhy dan PN untuk berkuasa. Saya rehat setahun dari FB. Tak komen apa2. Sampai lah isu PRN Sabah, saya rasa melampau juga, baru saya bersuara. Saya juga puji dia, sebab tak campur tangan urusan Mahkamah, hingga dia dijatuhkan. 


11. Naik Ismail Sabri pun sama. Pada saya serupa saja. Scheme of things Kluster Mahkamah ini. Namun saya masih bagi peluang. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Sampai lah juga dia diugut untuk bubar Kerajaan. 


12. Sekarang, Kluster Mahkamah ini nak deal dengan bakal PM dan PM ketiga selepas Sheraton Move. Apalah nasib dia pula? Adakah akan dijatuhkan lagi seperti 2 PM seterusnya? Kalau tak akur dengan tuntutan Kluster Mahkamah. 


13. Kalau ini yang terjadi, rakyat kena lagi sekali telan. Kempen ABU mungkin berkesan ke atas Rakyat. Tapi tak terpakai kepada pemimpin politik 🤦🏻‍♀️ Lagu Altimet “Hoiyahoi, siapa sokong penyamun?” dah jadi ironic.


14. Saya cuba sedapkan hati. Walau kecewa mungkin UMNO tak direhatkan. Mereka akan kembali berkuasa. Tapi ada perkara yang membezakan:


i. Mandat rakyat majoritinya diberi kepada PH. Berpandukan undi popular dan kerusi terbanyak. Makanya, boleh dikatakan gabungan ini mendokong suara majoriti Rakyat yang nak PH berkuasa. Tiada isu khianat mandat rakyat. 


ii. PH dan PN, yang menjadi blok terbesar tak boleh tubuh Kerajaan bersama. Kerana ada dua calon PM yang kuat cita2. Makanya either or kena cari nombor berkuasa. So to happen BN merupakan King Maker. 


15. Berpandukan ini, the GRAND SCHEME OF THINGS ni dah jadi macam cosmic. Macam ada pelan besar Allah di situ. Kita tak tahu lagi ke mana ia tuju. 


16. Namun kalau itu berlaku, sama saja ketetapan rakyat kepada 2 PM sebelumnya:


i. Jangan dicampuri urusan Mahkamah, jangan dibuang kes yang ada. Jangan facilitate pengampunan Di-Raja. Akan bangkitkan kemarahan rakyat jua. 


ii. Jangan ditukar AG dan Ketua Hakim Negara, biar mereka teruskan kerja yang ada. 


17. Saya juga nak tambah lagi tuntutan rakyat marhein seperti saya, kalau nak diambil kira: 


i. Kes Zahid, LGE dan Syed Saddiq diteruskan. Tanpa ada campur tangan. Mereka juga tak boleh dilantik dalam Kabinet sehingga habis kes. Tiada kompromi.


ii. Dah jadi Kerajaan, jangan lah prioritykan WITCH HUNTING Kerajaan terdahulu. Fokus isu ekonomi dulu. Kami pun tak suka tengok politician kejam dan gaduh2. 


iii. Jangan victimised penjawat awam juga. Belum apa2, nak kejar mereka. Yang korup tu oklah. Tapi buatlah slow2. Jangan pulak balas dendam jadi agenda utama. 


iv. Kementerian strategik seperti MOF dan KKMM bagilah kepada Menteri dari kaum majoriti. Mereka lebih memahami. Jangan ulang kesilapan dulu. 


Kena ingat, UK dan USA ambil masa beratus tahun, untuk terima konsep minoriti control majoriti. Kita baru 65 tahun merdeka. Don’t push it on us. Ramai tak bersedia. 


18. Kalau Langkah Sheraton bermula dengan pengkhianatan, saya harap Langkah Seri Pacific bermula dengan penyatuan. 


19. Malaysia needs to heal. Kalau ini arah untuk Malaysia lagi bermaruah dan sejahtera, kita pasrah. Akan terus berdoa, hanya yang terbaik buat Malaysia. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


Istana perintah Ahli Parlimen BN menghadap


Semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional itu diperintah menghadap secara individu di Istana Negara.

PETALING JAYA: Istana Negara memerintahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap esok, untuk proses menentukan perdana menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi menghadap pagi esok itu supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.

Seramai 30 wakil rakyat BN diperintah menghadap Agong esok.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati, dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.”

Perkembangan ini selepas Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin diperintah menghadap, selepas Istana Negara mendapati tiada ahli Dewan Rakyat mempunyai sokongan majoriti.

Dalam kedudukan sekarang, PH memiliki wakil rakyat terbanyak iaitu sebanyak 82 orang berbanding 73 orang PN.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mendedahkan BN tidak menyokong PH mahupun PN untuk membentuk kerajaan, dan akan kekal sebagai pembangkang.

DSAI DAN REFORMASI NEGARA.

 


MEMBENTUK KERAJAAN BERSAMA PH TIDAK MENGGELAPKAN MASA DEPAN UMNO, HANYA MASA DEPAN ANNUAR MUSA YANG MUNGKIN GELAP

 

Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang ialah urusan untuk membentuk kerajaan selepas berakhirnya PRU15, Sabtu lalu.

Walaupun BN hanya mendapat 30 kerusi Parlimen, mereka sepatutnya berbangga kerana dipelawa oleh PH yang memenangi 82 kerusi Parlimen untuk bersama-sama membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Berbeza dengan PN yang mendapat 73 kerusi Parlimen, mereka tidak datang kepada BN untuk membentuk kerajaan, sebaliknya pergi ke GPS di Sarawak terlebih dahulu.

Hanya melalui kenyataan GPS oleh Abang Johari, mereka menyebut kesediaan membentuk kerajaan bersama PN, BN dan juga GRS di Sabah.

Realitinya, baik PN ataupun GPS, mereka tidak pernah berhubung secara terus dengan BN.

Dalam hal ini, selain PH secara rasmi mengajak BN untuk membentuk kerajaan, Anwar Ibrahim juga sedia datang ke Seri Pacifik, bersebelahan WTC untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.

Ini menunjukkan keikhlasan yang tinggi telah ditunjukkan oleh Anwar kepada UMNO dan BN.

Lebih daripada itu, PH juga dengan jiwa besar telah memberi laluan serta sokongan kepada BN untuk mengetuai kerajaan negeri di Perak di mana Saarani Mohamad telah pun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, petang semalam.

Sama seperti di Pusat, kedudukan kerajaan negeri Perak adalah tergantung dan tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan secara sendirian.

Satu lagi negeri yang tergantung kedudukannya ialah Pahang dan jika tiada aral melintang, BN juga akan mengetuai kerajaan negeri dan Wan Rosdy Wan Ismail bakal dilantik semula sebagai Menteri Besar dengan sokongan serta laluan oleh PH.

Bererti, UMNO Perak dan Pahang sudah ada masa depan, meskipun di peringkat Pusat masih tiada ketentuan.

Oleh kerana PH mendapat jumlah kerusi paling tinggi, Anwar adalah paling layak untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, baik sama ada melalui kerajaan minoriti atau dengan mencukupkan bilangan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen.

Tetapi, kesediaan Anwar dan PH mengajak BN untuk membentuk kerajaan haruslah dilihat sebagai suatu penghormatan yang besar.

Urusan membentuk kerajaan ini, sepatutnya hanya terhad kepada Ahli-Ahli Parlimen BN dan pimpinan tertinggi UMNO serta BN saja dalam membuat keputusan.

Mereka yang lain – yang tiada jawatan dalam hieraki, yang kalah, yang tidak bertanding dan yang digugurkan sebagai calon – tidak harus turut sibuk mengeluarkan kenyataan atau mengadakan sidang akhbar.

Sekadar berjawatan dalam UMNO bahagian, bukan dalam bidang kuasa yang selayaknya untuk mencampuri urusan pembentukan kerajaan ini, apa lagi jika kenyataan itu berbaur hasutan dan cubaan mengelirukan ahli-ahli bawahan.

Duduk diam-diam sudahlah dan beri ruang kepada Zahid Hamidi serta pimpinan tertinggi UMNO dan BN menguruskan hal ini demi manfaat UMNO secara keseluruhannya.

Namun, apa yang harus difikirkan, peluang berada dalam kerajaan bersama PH adalah kesempatan terbaik untuk UMNO membina kekuatan bagi tujuan bangkit semula dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini kerana UMNO tidak bersaing dengan parti-parti dalam PH dari segi pembahagian kerusi, tidak seperti dalam PN di mana UMNO saling berebut kerusi dengan Bersatu dan juga Pas.

PH dan parti-parti di dalamnya turut tidak pernah berniat mahu menguburkan UMNO sebagaimana Pas dan Bersatu berniat begitu.

Saling bekerjasama dan bantu membantu antara PH dan BN adalah resepi terbaik, bukan saja untuk menjadikan negara ini kekal sederhana dan terhindar daripada anasir pelampau serta ektremisne, malah memberi ruang seluasnya untuk UMNO bangkit semula dalam PRU16 akan datang.

Oleh itu, bergabung membentuk kerajaan bersama PH tidak menggelapkan masa depan UMNO sebenarnya, yang mungkin gelap hanyalah masa depan Annuar Musa saja. – ShahbudinHusin 22/11/2022.

SIAPA NAIK PUN KES KAPAL DAN KES BERKAITAN KITA JANGAN LUPA.

 

Hishammuddin mahu BN bersedia jadi pembangkang

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
22 NOV 2022

NAK JADI PEMBANGKANG PUN JADI LAH...NANTI JUMPA DALAM DEWAN PUN SAMA SAMA MEMBANGKANG....

 

Mesyuarat MT BN bersambung, tanda tanya ternoktah hari ini?

Hasimi Muhamad
Mesyuarat MT BN bersambung, tanda tanya ternoktah hari ini?
Petugas media menunggu di lobi WTCKL pagi Selasa bagi menantikan perkembangan Mesyuarat MT BN. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Memasuki hari ketiga selepas proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu, tanda tanya gabungan mana akan membentuk kerajaan Persekutuan masih belum ternoktah.
Jutaan pengundi yang turun menjalankan tanggungjawab masih menunggu dalam kesamaran - bagaimana bentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ itu, dan siapa Perdana Menteri ke-10?
Selepas jam 2 petang ini, apakah rakyat yang kini sedang menikmati secangkir kopi di ceruk desa akan dapat menarik nafas lega?
Selain Istana Negara, tumpuan pagi ini masih terarah kepada ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Memetik media, ahli-ahli Barisan Nasional (BN) didakwa akan menandatangani SD bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Ia kemudian akan diteruskan dengan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), dekat sini.
Begitu pun, tinjauan Astro AWANI sejak pukul 7 pagi tadi mendapati keadaan di Menara Dato Onn masih tenang, selain kelibat-kelibat pemimpin BN juga belum kelihatan tiba.
Mesyuarat MT BN yang berlangsung semalam juga belum mencapai kata sepakat berhubung pendirian untuk menjalin kerjasama dengan gabungan parti bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Memetik laporan media, Presiden MIC, SA Vigneswaran berkata, BN akan mempertimbangkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), dan keputusan berkenaan mungkin dibuat hari ini.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan melanjutkan masa sehingga 2 petang ini untuk ketua parti dan gabungan menyerahkan cadangan calon Perdana Menteri mereka.
Setakat semalam, PN memaklumkan sudah menghantar SD kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa memperoleh sokongan lebih 112 ahli Parlimen.

Mungkinkah semua MP sokong calon PM akan dipanggil menghadap?


Istana Negara hari ini (Selasa, 22 November 2022) akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila dua pemimpin tertinggi politik – Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) – akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyembahkan sokongan diterima bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh.

Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada PN atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH), penentuannya adalah berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen yang menang PRU-15 pada Sabtu, 19 November lalu, yang menandatangani akuan berkanun (SD) masing-masing.

Keadaan itu berlaku setelah kedua-dua parti gagal memperoleh majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Pusat.

Kedua-dua parti dalam kenyataan media sebelum ini telah memberitahu mempunyai cukup majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.


Berdasarkan apa yang berlaku pada pertengahan Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah memanggil menghadap 114 ahli Parlimen yang menandatangani SD menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri.

Mereka dipanggil bagi mengesahkan pendirian terhadap sokongan kepada Ismail Sabri yang ditandatangani dalam SD berkenaan. Ianya bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada petang, di mana Ismail Sabri akhirnya dipersetujui menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Dalam isu sama yang berlaku selepas PRU-15, Yang di-Pertuan Agong berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2 petang hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan semalam berkata baginda memberi perkenan itu selepas ketua parti dan gabungan parti politik memohon Istana Negara melanjutkan tempoh masa berkenaan, yang asalnya ditetapkan berakhir jam 2 petang semalam.

Selaras lanjutan itu, parti politik memiliki tambahan sekurang-kurangnya 24 jam lagi untuk berunding bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.

Dan, sebagaimana yang berlaku pada Ogos tahun lalu, ada kemungkinan ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dan Anwar akan dipanggil menghadap bagi mengesahkan pendirian sebenar mereka terhadap sokongan di dalam SD itu.

Namun, apapun kita berharap masyarakat akan terus bersabar dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara.

GPS AKAN SOKONG PH


 

KESAN PADA PARTI MELAYU LAIN


 

Perlu kerajaan inklusif untuk selamatkan negara - Anwar

 

Kerajaan campuran perlu dibentuk untuk menyelamatkan negara yang sedang menghadapi krisis bekalan makanan dan ekonomi.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan baharu yang akan dibentuk perlulah mewakili semua kaum di Malaysia bagi mewujudkan kestabilan politik.


"Kita perlu membentuk kerajaan inklusif. Kami adalah blok terbesar dalam pilihan raya dan jumlah undi yang lebih tinggi daripada PN.


"Tetapi kita perlukan sokongan semua pihak. Kunci asas di sini, tidak ada kompromi isu pentadbiran yang baik dan fokus kepada isu ekonomi. Itu apabila kita setuju, kita perlu ke hadapan. Kita perlu selamatkan negara," katanya dalam sidang media di hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur pagi tadi.


Mengenai isu Akuan Berkanun (SD) yang didakwa telah dibuat oleh sejumlah Ahli Parlimen parti tertentu untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong oleh PN, Anwar menjelaskan hal berkenaan tidak boleh dianggap sah kerana BN, rakan berunding PH bersetuju membuat keputusan secara satu blok dan bukan bersendirian.


"Saudara juga telah meneliti kenyataan BN bahawa mereka akan membuat keputusan secara en block dan semua tandatangan yang dibuat sebelum itu terbatal.


"Dengan itu ia meletakkan kemungkinan kita menubuhkan kerajaan dengan majoriti yang lebih besar daripada yang kita jangka," katanya.


Mengulas pertanyaan media mengenai perkembangan kerajaan PH - BN Perak yang akan dibentuk pada petang ini, Anwar berkata hal itu membuktikan kedua dua gabungan boleh bekerjasama.


"Saya menyambut positif perkembangan di Perak dan menunjukkan BN - PH mampu bergabung bentuk kerajaan negeri. Itu permulaan yang baik," katanya lagi

PN lepasi majoriti 112 tubuh kerajaan mustahil, tidak konklusif - Saifuddin Nasution


 Kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa gabungan itu telah mendapat Surat Akuan Berkanun melebihi 112 dan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu adalah mengelirukan dan bertentangan dengan peraturan menubuhkan kerajaan ketika ini.


Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Hamzah itu tidak selari dengan kenyataan pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang tidak membenarkan mana mana Ahli Parlimen berunding secara berasingan dengan mana mana parti.


"Kami mengambil pendirian berdasarkan kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana mana Ahli Parlimen Umno adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.


"Ia juga boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti yang dipersetujui dalam akuan berkanun yang telah mereka tandatangani," katanya.


Tegas Setiausaha Agung KEADILAN itu, PH pada waktu ini telah memasuki fasa rundingan yang serius dengan BN ke arah menubuhkan kerajaan bersama.


"Rundingan tersebut telah membincangkan perkara-perkara utama yang menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi, dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.


"Hasil perbincangan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.


Selain itu, kata beliau, PH mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan media yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen Umno menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar.


"Oleh yang demikian, PH berpendirian kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai," katanya lagi.