Sabotaj Umno punca PN menang besar?
Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang mencatat keputusan di luar jangka semalam mungkin disebabkan beberapa faktor yang di luar kawalan beberapa parti utama yang bertanding.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkemungkinan krisis dalam Umno menjadi menyumbang penting kekalahan parti itu dan faktor utama kemenangan PN di banyak kerusi BN sebelumnya.
“Saya tak tolak kemungkinan berlaku sabotaj kepada Umno. Kalau di Lembah Pantai undi Umno merosot 5,000 undi. Jadi sama ada undi berpindah ke PN atau tak keluar mengundi, perkara ini beri kesan kepada mereka (BN),” katanya.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, selepas ini satu kajian terperinci perlu dilakukan mengenai mentaliti orang Melayu kerana terdapat dakwaan yang mengatakan mereka terperdaya oleh propaganda tidak logik PN.
Bagaimanapun, kata Fahmi, satu data yang lengkap mengenainya perlu diperolehi terlebih dahulu.
“Untuk menyatakan mentaliti Melayu rapuh saya belum pasti perkara ini
“Tetapi saya nampak perlu dilakukan satu kaji selidik tentang pemikiran Melayu sekarang. Kedua, pemikiran anak muda,” katanya.
Mengenai PN berbelanja paling besar dalam kempen PRU kali ini, Fahmi berkata, media sosial memang merupakan senjata utama membawa kemenangan mereka.
“Saya nampak memang tak boleh dinafikan tiktok dan sesetengah media sosial lain memainkan peranan. Mungkin kali ini tiktok lebih daripada FB.
“Namun mungkin 4 tahun dari sekarang senario sama tidak berterusan. Kemenangan pada satu masa tidak menjamin kemenangan pada masa lain.
“Itu sebabnya bagi saya kemenangan atau kekalahan pada satu PRU tidak bermaksud prestasi sama pada pilihan raya seterusnya,” kata Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia it