RAMAI YANG DAH MENANG- MOVE ON-BUAT KERJA LAH RAKYAT TAK SEDAR!!!? DANIEL TAMPIL DEDAH SIAPA ORANG KUAT YANG BLOCK JAL...

PERCAYA LA ORANG AKAN TOLAK KAMU - Dia yg cadang lawan, Dia juga cuba pujuk terima balik jawatan menteri,,,,

Menteri JKR cer respon pasal RM 75 juta baiki jalan gajah boleh terbang....

KEMBALIKAN WANG RAKYAT SEGARA RAMPAS BALIK DAN BAGI RAKYAT ITU MINAT SAYA!

AWAS TOPENG



 Jika pemimpin #PKR dari Sabah sendiri dah bersuara begini, bayangkan perasaan dan emosi akar umbi disana.? 


MOVE ON, HENTI DESAK RAFIZI DAN NIK NAZMI KELUAR DARI PRINSIP.







Saya mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet.


Semalam dalam satu ciapan di Facebook, Rafizi memaklumkan telah mengosongkan pejabat dan tidak berganjak dari pendirian beliau. 

Bagi saya pemimpin Keadilan perlu 'move on' dan berhenti memaksa Rafizi dan Nik Nazmi untuk keluar dari prinsip mereka.


Bagi mereka, kedudukan sebagai pimpinan utama parti adalah asas yang meletakkan mereka dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

Namun mereka dengan terbuka menerima bahawa mandat itu telah ditarik oleh anggota Keadilan sendiri maka atas dasar prinsip mereka melepaskan jawatan.


Jika Shamsul ingin Rafizi untuk berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Keadilan meminta agar Rafizi diberi laluan mudah dan kekal sebagai Timbalan Presiden. 

Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.


Jika sudah niat ingin menyingkirkan Rafizi, bagi saya pemimpin Keadilan tidak perlu hipokrit memandangkan Rafizi dan beberapa sekutunya berjaya disingkirkan.


Sepatutnya Shamsul melihat tindakan Rafizi dan Nik Nazmi membuktikan bahawa adalah 'Pemimpin Sinaran' dan bukannya 'Pemimpin Sialan' seperti beberapa ciri pemimpin yang disebut sendiri oleh Shamsul Iskandar sebelum ini.


- Razeef Rakimin -




SATU SATU ISU ..AKHIRNYA SENYAP MACAM TU SAHAJ-JOM KITA DENGAR SATU SATU ISU YANG DITUNGGANG- PAS & BERSATU PEMBANGKANG PALING BANGGANG? TUNGGANG SEMUA ISU DARI KWSP ...

Bila siasatan skandal lebuh raya akan selesai? Ini respon Azam Baki

 

Kes seorang Tan Sri yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan lagi.





Perkara itu diberitahu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, setakat ini seramai seramai 53 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini.

Beliau menjangkakan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi diambil keterangan.

“Rakaman percakapan daripada individu bergelar Tan Sri juga akan disambung hari ini,” katanya.

Terdahulu SPRM mengesahkan ahli perniagaan itu yang merupakan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri adalah saksi penting dalam siasatan.Setakat ini nilai rampasan aset berjumlah lebih RM143 juta.

Aset tersebut termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan mewah, jam tangan eksklusif, barang kemas dan barangan lain yang bernilai tinggi. Pihak berkuasa juga sedang mengesan aset di luar negara, termasuk di London dan Switzerland.


Minuman keras mahal, peralatan kasino, jongkong emas antara yang dirampas dari rumah Tan Sri

 





Ratusan botol minuman keras berjenama mewah, peralatan kasino, beg tangan berjenam, jam tangan mewah, jongkong emas, syiling dan patung emas, berlian serta barang kemas adalah antara barangan yang disita dari beberapa rumah milik seorang tan sri yang mendapat konsesi lebuhraya.

Sitaan tersebut menyusuli serbuan awal oleh Bahagian Siasatan SPRM yang menemukan:

“SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang merupakan tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit,” tambah kenyataan itu lagi.


  • 84 beg tangan mewah bernilai kira-kira RM3 juta
  • 11 jam tangan berjenama bernilai kira-kira RM1 juta
  • Minuman keras mewah bernilai RM5 juta
  • Jongkong emas, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta
  • Berlian dan barang kemas bernilai kira-kira RM4 juta

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa nilai keseluruhan rampasan semalam mencecah kira-kira RM16 juta, dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak sitaan akan dilakukan selepas ini.

Azam turut memaklumkan bahawa proses rakaman keterangan Tan Sri tersebut ditangguhkan ke tarikh lain disebabkan keadaan kesihatan beliau.

Akhbar The Star semalam melaporkan bahawa empat kenderaan milik ACTS termasuk dua van putih, sebuah Nissan Grand Livina, dan sebuah Honda City, dilihat memasuki kediaman lelaki berkenaan di Bandar Tasik Selatan sekitar jam 10.50 pagi, dan anggota ACTS dilihat lengkap bersenjata api.


Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pegawai SPRM menyambung sesi soal siasat terhadap lelaki itu semalam selepas menghabiskan lebih enam jam soal siasat pada hari sebelumnya, bermula jam 9 pagi hingga 3.07 petang.

Pada 2 Jun, SPRM mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM20 juta dana sukuk yang diperuntukkan bagi projek lebuh raya di Lembah Klang telah diseleweng untuk tujuan perjudian.

Azam berkata, transaksi tersebut dikesan melalui siasatan lanjutan kes berkenaan dan SPRM masih menjejaki aset dalam serta luar negara, yang akan dibekukan atau disita bagi membantu siasatan lanjut.

Akhbar New Straits Times turut melaporkan bahawa SPRM telah menyita aset dan membekukan akaun bank bernilai RM85.6 juta berkaitan siasatan ini.





Serangan ke atas Iran: Dunia Arab pekak dan bisu


 

BORHAN AHMADJune 14, 2025

Tak cukup mengebom Gaza saban hari, tak cukup menodai Al-Aqsa setiap minggu, kini Israel melebarkan angkuhnya ke Tehran pula. Kononnya atas nama keselamatan.

Kononnya ‘serangan pencegahan’ tetapi dunia tahu – ini bukan soal pertahanan,ini soal penyelewengan dan gila uasa kuasa, kata Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Bagi beliau, Israel semakin berlagak sebagai polis dunia, pendakwa, hakim dan algojo dalam satu badan.

“Dan dunia Arab? Masih pura-pura pekak, buta, bisu. Bila Iran bertindak – mereka ‘ancaman’. Bila Israel menyerang – mereka ‘menjaga kestabilan’. Double standard yang menjijikkan,”kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, Parti Amanah Negara mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut ini.

“Ya – pengecut. Sebab hanya pengecut yang serang dari langit, bunuh dari jauh, tapi takut bila rakyat bersatu melawan kezaliman,” katanya.

 

 

Kepada rejim Zionis, katanya, kezaliman mungkin tampak gagah hari ini, tapi ingat – angin perubahan tidak pernah berhenti.

“Semakin ramai umat manusia yang sedar siapa sebenarnya penjajah, siapa sebenarnya pengganas.

“Dan kepada dunia: Jangan tunggu sampai bom jatuh di atas kepala sendiri baru mahu bersuara.

“Keamanan tidak datang dari tunduk pada penindas – ia datang bila kebenaran ditegakkan, walau berdepan kuasa sebesar mana,” katanya.

 



CADANGAN PAS TUBUH JAWATANKUASA DIKETUAI HAMZAH ADALAH JAWAPAN PEMBANGKANG TAK BERMAYA

 

14 June 2025

Sebagaimana dipetik daripada Malaysiakini, PAS dilaporkan telah mencadangkan rombakan struktur Perikatan Nasional (PN) melalui penubuhan sebuah jawatankuasa eksekutif yang bertujuan memastikan gabungan itu lebih berperanan sebagai pembangkang.

Jawatankuasa eksekutif itu diberitakan dicadangkan untuk diketuai oleh  Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Dalam cadangan itu, meskipun satu jawatankuasa eksekutif diketuai Hamzah akan ditubuhkan, tetapi Presiden keempat-empat parti komponen dalam PN – PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP)– akan terus memainkan peranan dalam Majlis Tertinggi seperti sedia ada.

Menurut sumber yang dipetik Malaysiakini, penubuhan jawatankuasa itu diusulkan bagi menyediakan Hamzah untuk menerajui tampuk kepimpinan negara sekiranya berlaku pertukaran rejim di peringkat pusat pada  PRU16 akan datang.

“Struktur lain tidak berubah, hanya sebuah jawatankuasa baru dibentuk, macam tubuh biro,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan idea itu masih tergantung susulan dakwaan wujud penentangan daripada kem Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.

Selama ini sering menjadi bualan ramai mengenai PN sebagai blok pembangkang yang dikatakan tidak cukup berkesan dalam memainkan peranannya.

Ramai yang kecewa, di sebalik begitu banyak isu yang timbul satu demi satu itu, tetapi PN juga ternampak lesu.

Secara umumnya, apabila kerajaan dibelenggu oleh banyak isu dan terlihat bercelaru, harapan rakyat ialah akan muncul suatu alternatif yang diyakini atau setidak-tidaknya wujud suara semak dan imbang yang memberi harapan kepada mereka.

Dalam sebuah negara demokrasi, selain rakyat berhak mendapat kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka, rakyat juga sebenarnya berhak mendapat suara semak dan imbang meyakinkan daripada pembangkang.

Siapa lagi yang berhak menegur kerajaan, jika bukan pembangkang?

Dengan kedua-dua itu – kerajaan dan pembangkang – saling berperanan dengan baik, barulah akhirnya rakyat mendapat kerajaan yang benar-benar berfungsi,  sesuai dengan pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Ketika ini, masalah PN paling utama ialah ia sebuah pasukan yang tidak jelas siapa jenderal perang yang sebenar untuk menghadapi PRU16 akan datang.

Dengan Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang dipegang oleh dua pemimpin yang berbeza, gabungan pembangkang seolah-olah mempunyai dua ketua.

Dalam apa jua permainan yang ada pertandingan, waima jika main guli sekali pun, hanya seorang ketua saja yang diperlukan jika ingin beroleh kemenangan.

Apatah lagi untuk memenangi PRU, kewujudan dua ketua hanya mencerminkan kecelaruan, tiada perpaduan dan memungkinkan kekalahan ditempah lebih awal sebelum  bermulanya perlawanan.

Dengan itu, cadangan Pas berkaitan penubuhan jawatankuasa eksekutif yang diketuai operasinya oleh Hamzah adalah jawapan kepada kelesuan dan tidak bermayanya PN yang banyak diperkatakan ramai selama ini.

Melalui jawatankuasa itu, PN diyakini mampu bergerak lebih baik, tersusun dan senada dalam berhadapan dengan semua isu dalam negara.

Tiada pilihan, jika benar ada cita-cita ingin mengambil alih kerajaan, semua pihak dalam PN mesti memberi sokongan penuh kepada kewujudan jawatankuasa eksekutif yang dicadangkan Pas itu.

Menolak cadangan itu atau dalam erti kata lain, mahu PN kekal seperti keadaannya sekarang, ia sama seperti memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk kekal lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 14Jun2025.


 

AAAIIIKKKK... ACI PULAK YA.

 


Adam Akim


Sejak bila kalau ada hutang berjuta2 dengan bank, boleh menulis surat kepada PM dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan boleh tulis surat kepada CEO Bank? Prosedur ini dalam Akta apa? 

Sumber: Edisi Siasat









NAK JATUHKAN ANWAR TAK ADA CARA LAIN KAH? LEKEH IDEA PEMBANGKANG NI.


 

NOHHHH... KRONI SAPA LA NIH..


 

BENDA MACAMA NI WALAUN NAK HADAP SANGAT KAH?

 


RAHSIA CHINA TERBONGKAR


 

ZAMAN BILA NIH AYAQ TAK DAK... WOIII LEKEH AIHHH


 

HEBAT PUNYA PUTAQ


 

KALAH KATA LAIN PULAK

 

Norman Radzuan


Pulak dah…Kalau Yusoff Rawther kalah kau akan kata Kerajaan kawal Hakim, diktator, zalim, salah guna kuasa dan mcm2 lagi walaupun PMX nafi berkali kali kali.


Bila menang kes kau kata bukti keruntuhan integriti penguatkuasa bawah pentadbiran Madani??? Kau ini dah gila ke dik?




KENAPA SOKONG ‘PEJUANG’ ISRAEL???


Norman Radzuan





Saya setuju kata Shahril aset PMX mempunyai pembangkang yg lemah. Lebih tepat kata Hishamudin Rais pembangkang ini bebal, bodoh, bangang & bingai.


Selepas memainkan isu ubi kentang dan kemudian isu Abg Belon yg ditinggalkan begitu sahaja, kini mereka mainkan isu Yusoff Rawther.


Isunya kenapa PMX diserang sdgkan kes ini antara Yusof Rawther dan pihak polis yg membuat tangkapan dan tuduhan. Apa kena mengena dgn PMX? 


PAS sepatutnya tidak membawa Yusoff Rawhter ke KUIZM, seorang yg mengaku menyokong Israel. Yusoff dgn bangganya berkata “One Malaysian, Standing with Israel”.


Yusoff menolak hak Palestin ke atas Baitulmaqdis, menuduh solidariti dunia Islam sebagai “naratif ciptaan media” dan melabel perjuangan Palestin sebagai anti-Semitik dan bodoh.


Jika saya ahli PAS saya rela dibuang ahli utk PAS membawa seorang lelaki yg terang terangan menyokong Israel. Tidak sanggup saya melihat org yg  menghina perjuangan Palestin sebagai bodoh.


Membela Yusof seolah olah kita membela seorang pejuang Israel dan menghina pejuang Islam Palestin. Saya tidak sangka selepas Abg Belon, PAS begitu lemah dipergunakan Bersatu dan team Mahathir utk politik murahan hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan terhadap Palestin.



KEADILAN?

 

Megat Roslan


Tak perlu jadi Ahli Parlimen untuk jadi Menteri? Kalah pun akan diberikan jawatan lantikan politik? 

🙈🙈🙈🙊🙊🙊🙉🙉🙉




KISAH PENCERITAAN KIYAI PERANG ISRAEL DAN IRAN


Hamdan Taha


 Asalamualaikum sahabat


Pagi ni saya nak cerita pengalaman 25 tahun dulu semasa pengembaraan ke indonesia berjumpa Keyai demi perjuangan satu ketika dulu, dalam banyak kisah hari ni saya nak cerita tentang pandangan seorang keyaie kepada kami masa itu, bila lihat iran berperang dengan Israel teringat lah saya kepada beliau


Keyaie atau kita ustaz atau ulama le, pengusaha pondok yang ada membawa amalan tarikqat, ketika sembang sembang dengan ustaz tersebut dia bagitahu islam kita ni akan bermula kebangkitannya selepas Negara China dan bangsa mereka menguasai Dunia, Kebangkitan China ini luar biasa, negara negara di seluruh dunia akan di kuasai China termasuk barat dan selepas itu berlaku baru lah islam pula muncul dan mula menguasai dunia pula.


Satu masa nanti Israel akan berperang dengan Iran ini sudah menjadi ketentuan dari Allah swt ianya pasti berlaku dan bukan sekali peperangan antara Israel dan iran sehingga kedua duanya hancur. Ini di kisahkan kepada kami pada masa itu...


Dulu saya fikir china menguasai dunia itu maksudnya melalui peperangan tetapi setelah 25 tahun cerita ini sekarang saya mula faham maksud keyaie itu ialah kekuasaan Ekonomi dan sekarang dah nampak jelas termasuk dunia barat mula gusar dan terpaksa menerima hakikat China telah mula menguasai mereka, itu yang American terasa terancam dan mulakan peperangan ekonomi secara terbuka dengan china


Bagaimana islam akan naik dan muncul selepas Kebangkitan China kita tunggu dan lihat, tapi dia juga menyebut Kebangkitan islam itu mula melebar di sebalah kita nusantara, ketika negara arab atau timur tengah berlumba lumba menjadikan negara mereka Barat dan moden kita di sebelah nusantara sedang perlahan lahan sedang di persiapkan Allah swt islam kuat dan berkembang di sini dan China juga.


Satu ketika nanti dunia arab sudah tersasar moden dan menjadi barat ada kekosongan pada islam di sana sehingga mereka datang ke nusantara untuk belajar ilmu islam di sebelah sini, Russia dan China dua negara besar ini satu masa tampa kita ketahui sebelum ini muncul umat islam di sana dengan jumlah yang ramai...


Di akhir zaman nanti terbukti bukan lah bangsa arab yang ramai berpegang kepada agama Allah swt tetapi rumpun nusantara atau bangsa melayu dan indonesia juga bangsa bangsa lain lebih ramai dan kuat pegangannya kepada islam. Indonesia, malaysia, Thailand, mindanau umat islam sahaja sudah hampir 300 juta atau lebih...


Kita harus berbangga menjadi umat islam di nusantara yang akan menerangi islam di akhir dunia dan di saat islam tu hancur di timur tengah atau dunia barat, iran bukan berbangsa arab, mesir juga bukan, iraq juga Kebanyakan bukan arab, saudi arab, jordan sedikit arab, palistine campuran, turky berbangsa turky, Africa juga bangsa mereka... Qatar dan UAE ada tapi tidak terlalu besar...


Itu sebab di sebut Bani Tamim itu oleh Kebanyakan ulama yang akan menjadi kekuatan kepada imam mahadi itu di kaitkan dengan Tamim Tanah Melayu... Atau nusantara. Kerana Nusantara istimewa kerana darah mereka bercampur campur dan ada juga campuran Arab, Turky dan macamacam darah... Islam di China juga block Russia sangat besar dan berkembang... Tapi tetap juga rumpun melayu yang terbesar...


Allahualam kayei yang saya maksudkan pun dah meninggal dunia.



LANTIK LAGI... JENUH SAKAW LAGI LA...

 

Megat Mohamad Faris


Tan Sri Muhyiddin Yassin Wajar Dilantik Ketua Pembangkang Demi Memperkukuh Perikatan Nasional






Dalam usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional sebagai blok politik utama yang bersedia menggalas amanah rakyat, sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Sebagai tokoh yang terbukti berpengalaman, berintegriti dan berjiwa negarawan, Tan Sri Muhyiddin bukan sekadar simbol kepada kestabilan politik, malah beliau juga merupakan arkitek utama dalam pembentukan dan kelangsungan Perikatan Nasional. Kepimpinan beliau dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan politik membuktikan bahawa beliau memiliki ketegasan, kematangan serta kefahaman mendalam tentang keperluan rakyat dan negara.


Pelantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang akan menjadikan beliau sebagai “panglima perang” utama untuk mengatur gerak kerja parti dan gabungan menjelang pilihan raya yang akan datang. Ia juga akan memperkukuhkan suara pembangkang di Parlimen, mewujudkan imbangan kuasa yang lebih efektif, serta membawa naratif dan agenda Perikatan Nasional dengan lebih terarah dan teratur.


Lebih penting lagi, pelantikan ini juga merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan institusi Presiden Perikatan Nasional itu sendiri. Sebagai Presiden pengasas gabungan ini, keabsahan dan kekuatan Tan Sri Muhyiddin perlu diperkukuhkan bukan sahaja dari sudut moral dan sejarah, tetapi juga dari sudut struktur dan kedudukan rasmi dalam sistem politik negara. Peranan beliau sebagai Presiden tidak harus bersifat simbolik semata-mata, tetapi perlu diberi autoriti politik dan strategik yang setimpal untuk mengemudi hala tuju gabungan ini secara langsung.


Isyarat jelas perlu dihantar kepada rakyat bahawa Perikatan Nasional bukan sekadar bersedia mengambil alih pentadbiran negara, malah memiliki barisan kepimpinan yang tersusun, mantap dan bersatu di bawah satu pimpinan yang diyakini dan berwibawa.


Sudah tiba masanya kita menyusun kekuatan dengan lebih teratur, dan langkah pertama yang strategik ialah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang serta memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden Perikatan Nasional yang sah, dihormati dan diberi kuasa penuh untuk memimpin perjuangan ini.


Ini pandangan peribadi saya bukanlah memihak kepada mana-mana kepentingan..

Presiden merupakan ketua kepada sesebuah organisasi. Salahkan untuk kita terus menyokong dan perkukuhkan?..

Adakah kita berada dalam perjuangan ini sekadar mengangkat satu batang tubuh sahaja? Atau mendapat manfaat dari sokongan itu?


Tepuk dada tanya diri kita…



LAGI WALAUN KERJA GURU BANTAI KERAJAAN.

 

W. Faudzin



LAYAKKAH Sayuti Osman  INI MENGAJAR SEBAGAI GURU JQAF DI SEKOLAH KEB PADANG GARUDA ?








Difahamkan cikgu Sayuti Osman ini seorang guru JQAF dan mengajar di Sek Keb Padang Garuda, Kuantan.   


Apabila melihat banyak perkongsian dan status beliau di FB nya, kita boleh faham apa pendirian politiknya dan tidak peliklah jika beliau gigih mempromosikan parti Pas secara terbuka.  


Namun, banyak perkongsiannya itu tersasar jauh serta memburukkan pihak kerajaan.  Ada status beliau secara langsung mahu mengangkat pemimpin beriman memerintah negeri Pahang.  Maksudnya, beliau tidak anggap pemimpin yang mentadbir Pahang hari ini sebagai orang yang beriman.  Bayangkan jika anak-anak muridnya membaca tulisannya itu?   Apakah budaya "takfiri" ingin dimulakan di Pahang? 


Saya tidak rasa kementerian beruntung memiliki guru seperti ini.  Disaat usaha kerajaan melalui kementerian pendidikan khususnya untuk menyemai semangat kasih sayang, memupuk ajaran islam yang penuh hikmah serta ihsan, terdapat guru yang ekstrim seperti ini akan menghancurkan usaha-usaha kerajaan.


Saya berharap sesuatu usaha harus dilakukan oleh kementerian sendiri agar islam tidak tercemar dengan seorang dua manusia yang tidak bertanggungjawab seperti ini.  


https://www.facebook.com/share/p/19KivLhgmg/


WFAUZDIN NS 


Fadhlina Sidek Sidek 

Fahmi Fadzil 

Mohd Fadzli Mohd Ramly



Adakah Kita Mungkin Generasi Terakhir Yang Melihat Kunang-Kunang?"


Astronomi n sain. 





Malam yang sunyi dulu pernah ditemani cahaya kecil dari serangga yang menyala. Kini, cahaya itu makin hilang. Kunang-kunang semakin pupus dari pandangan manusia.


Ahli sains memberi amaran, kita mungkin generasi terakhir yang sempat melihat kunang-kunang di alam liar. Ia bukan lagi kemungkinan jauh, tapi realiti yang sedang berlaku perlahan-lahan di seluruh dunia.


Cahaya yang dulu memikat kini padam satu demi satu. Antara puncanya ialah pencemaran cahaya yang mengganggu isyarat mengawan kunang-kunang jantan dan betina. Bila cahaya manusia terlalu banyak, kunang-kunang hilang arah.


Habitat asal mereka juga semakin lenyap. Hutan bakau, tanah lembap, kawasan sungai yang dulu gelap dan lembap, kini dibangunkan. Bila pokok ditebang dan tanah diratakan, tempat tinggal kunang-kunang juga hilang.


Banyak spesies kunang-kunang hidup hanya di kawasan tertentu. Bila kawasan itu musnah, satu populasi boleh hilang dalam diam. Tiada tempat lain untuk mereka pergi.


Selain itu, racun serangga membunuh larva kunang-kunang dan makanan mereka seperti cacing tanah dan siput kecil. Bahan kimia yang disembur untuk mudah, telah memusnahkan sesuatu yang sangat halus.


Perubahan iklim juga mengganggu kitaran hidup kunang-kunang. Bila cuaca tak menentu, musim mengawan mereka berubah. Bila masa tak selari, mereka tak bertemu pasangan.


Kunang-kunang sangat sensitif terhadap perubahan. Itu sebab mereka dianggap bioindikator. Bila mereka hilang, itu petanda awal bahawa sesuatu sedang rosak dalam ekosistem.


Kehilangan kunang-kunang bukan sekadar kehilangan serangga bercahaya. Ia tanda sistem alam sedang sakit. Bila sesuatu yang kecil pun tak mampu hidup, itu isyarat bahawa bumi sedang tenat.


Ramai menganggap kunang-kunang sekadar nostalgia. Tapi alam tak kenal perasaan rindu. Ia hanya ikut hukum sebab dan akibat. Bila keseimbangan hilang, cahaya pun padam.


Namun kepupusan belum muktamad. Masih ada harapan jika kita bertindak sekarang. Langkah kecil boleh jadi penyelamat jika dibuat bersama dan dengan sedar.


Kita boleh mula dengan mematikan lampu luar rumah waktu malam. Kawasan gelap membantu kunang-kunang mencari pasangan dan hidup semula jadi.


Kita boleh hentikan penggunaan racun serangga di taman atau halaman rumah. Alam kecil di sekitar kita mungkin habitat terakhir yang tinggal untuk mereka.


Kita boleh lindungi kawasan tanah lembap dan tepi sungai daripada pembinaan. Kawasan itu bukan sekadar tanah kosong, tapi tempat membiak generasi kunang-kunang baru.


Projek seperti Firefly Watch juga sedang dijalankan di beberapa negara. Orang awam diajak bantu lapor lokasi kunang-kunang dan kumpul data saintifik.


Apa yang tinggal hari ini mungkin lenyap esok. Tapi jika kita bertindak sekarang, anak cucu kita mungkin masih sempat melihat malam yang bercahaya.


MasyaAllah, keindahan kecil ini mengingatkan kita bahawa hidup bukan sekadar tentang manusia. Ia tentang berkongsi dunia dengan ciptaan lain yang lebih senyap, tapi tak kurang pentingnya.


Kunang-kunang tidak meminta perhatian. Tapi ketiadaan mereka akan memberi kesan yang kita tak sangka. Bumi yang sunyi tanpa cahaya kecil itu, akan terasa lebih gelap daripada biasa.



HEBAT PAS


Md Zulaimi Kazim


 Markaz Tarbiyyah PAS bawa masuk orang yang jelas sokong Israel??? Hebat peranan Mahathir boleh kuasai akidah orang Pas.




Politik Nilai dan Idea: Suara Baharu Anak Muda Menongkah Arus Lama




Oleh: Faudsii Majid Al-Yameni SU AKRAB


Malaysia kini berada di persimpangan sejarah politik. Generasi baharu tidak lagi mahu menjadi penonton kepada sistem lama yang sarat dengan retorik kosong, feudalisme, dan ketaksuban identiti. Sebaliknya, muncul satu gelombang baharu yang dipelopori oleh tokoh-tokoh muda seperti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang membawa pendekatan berbeza — politik nilai dan idea.


Dari Politik Tokoh ke Politik Nilai


Politik yang dipelopori Rafizi dan Nik Nazmi menolak budaya pemujaan tokoh atau “politics of personality” yang lama membelenggu pentas politik tanah air. Mereka memperjuangkan politik yang berteraskan dasar, penyelesaian berasaskan data, serta kepimpinan berprinsip.


Rafizi, misalnya, membina reputasinya bukan melalui kekuatan retorik semata-mata, tetapi melalui pendedahan skandal-skandal besar seperti NFC dan 1MDB — menunjukkan keberanian, ketelusan dan komitmen kepada integriti. Lebih daripada itu, beliau menubuhkan Invoke Malaysia, sebuah inisiatif berpaksikan data untuk menganalisis kecenderungan politik dan dasar, yang membawa pendekatan profesional dan saintifik dalam politik.


Nik Nazmi pula konsisten membawa wacana berkenaan keadilan iklim, pendidikan progresif, dan reformasi institusi. Sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, beliau memperkenalkan dasar yang menjadikan perubahan iklim bukan lagi isu pinggiran, tetapi agenda nasional.


Menolak Politik Warisan Kolonial dan Lama


Sebaliknya, politik lama — yang diwarisi dari penjajah dan diperkukuh selepas merdeka — lebih banyak bergantung kepada budaya feudal, politik naungan dan sentimen perkauman. Dalam sistem ini, kuasa tertumpu kepada tokoh besar atau keluarga politik tertentu, manakala rakyat dijadikan pengikut setia yang pasif.


Politik lama juga dipenuhi dengan politik wang dan jaringan patronage. Keberkesanan pemimpin sering diukur dengan sejauh mana mereka dapat menyalurkan “projek”, bukan kepada keberkesanan dasar atau kejujuran mereka.


Tambahan pula, warisan kolonial mewujudkan sistem yang membahagikan rakyat mengikut kaum dan agama, lalu mencipta ketakutan, persaingan dan permusuhan. Budaya ini masih menular dalam bentuk retorik populis yang tidak membina.


Politik Merakyatkan Kuasa


Apa yang membezakan politik nilai ialah pendekatannya yang memerdekakan rakyat — bukan sekadar dari sudut fizikal, tetapi juga dari sudut fikiran dan sikap. Ia memperkasakan rakyat sebagai pembuat keputusan, bukan sekadar penerima bantuan atau penonton drama kuasa.


Rafizi dan Nik Nazmi membuktikan bahawa politik bukan lagi milik eksklusif golongan elit. Mereka membawa masuk kepakaran, teknologi, dan kejujuran sebagai nilai utama dalam kepimpinan. Dalam era cabaran kos sara hidup, perubahan iklim, dan ekonomi digital — politik lama sudah tidak relevan lagi.


Menyemai Harapan Baharu


Politik nilai dan idea ini bukan sahaja perlu diperkasa, tetapi harus menjadi arus perdana jika Malaysia mahu keluar daripada kebuntuan politik yang memenatkan. Rakyat — khususnya anak muda — tidak lagi boleh bertolak ansur dengan politik retorik dan kepentingan peribadi.


Kebangkitan tokoh seperti Rafizi dan Nik Nazmi bukan sekadar simbol perubahan, tetapi cerminan kepada aspirasi generasi baru yang mahu politik yang bersih, cerdik dan berjiwa rakyat.


Malaysia tidak akan berubah dengan tokoh baharu yang membawa cara lama. Ia hanya akan berubah apabila cara lama ditinggalkan, dan nilai baharu dijadikan asas perjuangan.



RAFIZI TELAH SERAH KUNCI PEJABAT SELEPAS DIKOSONGKAN


Md Zulaimi Kazim




PMX ada menyampaikan hasrat supaya Rafizi dan Nik Nazmi kembali masuk kabinet. Ada yg kata PMX benar2 mengharapkan mereka berdua itu kembali ke kabinet, ada juga yg kata itu hanya kata2 manis depan wartawan untuk elakkan wartawan terus bertanya tentang Rafizi dan Nik Nazmi.


TAPI bila hari ini melalui ruang sosialnya, Rafizi memaklumkan hari khamis dan jumaat adalah hari terakhir beliau di Kementerian Ekonomi, nampaknya agak sukar tp bukan mustahil utk melihat beliau kembali.


Bagaimana dgn data PADU dan RM13? Bagaimana IPR Intan yg semakin mendapat perhatian golongan rentang B40 apakah turut sama berhenti operasinya? 


Saya secara peribadi amat tertarik dgn pelan ekonomi yg dirangka oleh Rafizi termasuk pelarasan gaji minima sektor swasta dan pelarasan subsidi tersasar yg selama ini byk merugikan negara akibat kebocoran. 


Subsidi adalah untuk rakyat Malaysia yg susah tp byk rakyat asing yg turut sama menhabiskan subsidi dan lebih sadis lg adanya kartel2 penyeludup bahan subsidi ini keluar negara dgn mendapat untung mudah. Tapi yg dikatakan pembangkang, perkara yg baik utk ekonomi negara cuba diberi gambaran sebaliknya kpd rakyat.


Saya dan mungkin ramai lg rakyat Malaysia mengharapkan PMX benar2 berjaya pujuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi kembali ke kabinet melangsungkan agenda ekonomi utk rakyat dan negara. Bukan saya tak percaya pada orang lain tp Rafizi ada kelebihan yang tidak semua orang ada… beliau berdasarkan data dan fakta kemudian dia rumuskan untuk mencari jalan yg terbai utk rakyat.


Bila PMX melancarkan basmi kemiskinan tegar.. beliau meletakan garis miskin tegar dan berapa peratud dlm setiap negeri, bagaimana utk keluarkan mereka ini dari miskin tegar maka adalah bantuan rahmah utk rakyat. Tidak berhenti setakat itu, utk bantu golongan rentang khususnya dibandar besar, beliau lancarkan IPR Intan dan sudah ramai yg mula mendapat pendapatan lebih 5K sebulan.


Sayang… sungguh rugi bg kita semua bila semua program ini terhenti begitu shj. YB Raf… kembalilah untu rakyat dan negara.



PEMBANGKANG LEMAU JANGAN PULAK KERAJAAN LEMBAP

Siapa ganti Razarudin selepas 22 Jun ini?


Tan Sri Razarudin Husain bakal menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini selepas dua tahun memegang jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.



Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur dijadualkan berlangsung pada 20 Jun depan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), lapor Kosmo memetik sumber.


Razarudin, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi tempoh dua tahun secara kontrak menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.


Dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Razarudin ketika menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu.

Memulakan karier pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat, beliau kemudiannya menyandang pelbagai jawatan.


Antaranya, ialah Penolong Pengarah D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman; Timbalan Komander Special Task Force On Organise Crime; Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman, Ketua JSJ Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.


Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak selama dua tahun sebelum menjadi Ketua Polis Perak.


Pada 9 September 2020, Razarudin dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


Paling hampir

Tokoh ini secara rasmi mula memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke‑28 pada 26 Disember 2021.


Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara sekarang, dilihat sebagai calon paling hampir menggantikan Razarudin.


Ayob Khan, 59, memegang jawatan itu sejak 23 Jun 2023 dan lazimnya calon timbalan akan dinaikkan ke jawatan Ketua Polis Negara (KPN).

Turut disebut sebagai KPN baharu jika kontrak Razarudin tidak disambung adalah Datuk Seri Azmi Abu Kassim, 60, yang kini Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).



Selain itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail juga disebut sebagai calon menggantikan Razarudin.