MEMBALAK BERSAMA ULAMAK
“Soalnya sekarang, berapa pula keluasan tanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada agensi bukan pembangunan tanah, sama ada kepada agensi kerajaan negeri seperti YAKIN, YIK, PKINK, PMBK, TATOK dan lain-lain?”, soal beliau.
Beliau juga bertanya, berapa luas tanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada syarikat dan pemegang lesen persendirian yang bukan merupakan agensi pembangunan tanah, contohnya Yayasan AMAL, Raudhatul Atfal (PASTI), Pertubuhan Kerabat, Koperasi Penghulu, Koperasi Ulama dan yang lain?
Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa
https://linktr.ee/jomchannel
#TuanIbrahimTuanMan
LAAA...JANGAN LA AMBIK KAWASAN BERTANDING TU ....TAKUT TAKUT DIA BOLEH TERJUN OOOOO
Panas! PAS bantah Wan Fayhsal nak tanding Bagan Serai
June 16, 2021
Pas Perak tidak bersetuju dengan hasrat Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tidak sewajarnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu bertanding di sini yang merupakan kubu kuat PaS.
Majlis Raja-Raja: Tiada keperluan lanjut darurat, penting kerajaan stabil dan punyai sokongan majoriti rakyat
PETALING JAYA: Raja-Raja Melayu berpandangan tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.
Majlis Raja-Raja Melayu juga bersetuju bahawa suhu politik yang semakin panas perlu diredakan dan “pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.”
Dalam kenyataan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad,
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan lapan lagi Raja Melayu mengambil maklum bahawa angka jangkitan Covid-19 harian membesar walaupun negara bawah darurat.
Mereka turut mengambil maklum bahawa keadaan ekonomi dan kewangan negara membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.
Menurut kenyataan itu, semua sembilan Raja Melayu turut mengambil maklum suasana pekerjaan, kehidupan dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan terjejas serta menimbulkan pelbagai kerumitan.
Majlis Raja-Raja juga mengambil maklum umat Islam tidak dapat melakukan program ibadat di masjid dan surau, terutama sekali solat Jumaat.
“Demikian juga penganut agama lain yang turut terhalang daripada melakukan urusan agama masing-masing,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu berpendirian pentingnya dihormati mekanisma semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin urus tadbir yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Ini terutama sekali dalam hal kewangan dan perbelanjaan negara.
“Dalam semangat tersebut, Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian (Sultan Abdullah) yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.
“Di peringkat negeri Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.
“Sidang berkenaan boleh menggunapakai kaedah dan prosedur yang diamalkan di negara lain dengan hasil berkesan,” menurut kenyataan itu.
Kerajaan Mahu Angkat Melayu? Tapi Sebenarnya kroni!
Masalah sistem hari ini terus merundung nasib warga dan negara. Di bawah pemerintahan hari ini, kita masih saksikan kelembaban yang sama, kecelaruan yang sama dan kebejatan yang sama.
"Saya tidak lihat ada usaha serius kerajaan untuk betulkan masalah ini"
#SuaraKEADILAN #KEADILAN #AnwarIbrahim
MEMERANGI COVID19 TIDAK AKAN BERJAYA SELAGI KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN TIDAK DIPULIHKAN – ANWAR
Jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan telah menurun dari 9,020 pada 29 Mei kepada 4,949 pada 14 Jun 2021. Ini bermakna terdapat kesenjangan dari segi data sekiranya diambil kira kadar kes positif dengan kadar kematian dalam tempoh sama.
Data umum ini tidak menggambarkan penurunan sebenar sebanyak 45% dalam laporan harian kes COVID-19.
Penerusan penggunaan katil-katil ICU yang tinggi dan perebakan kes-kes COVID-19 yang parah menggambarkan virus ini sudah tersebar secara meluas dan kita sedang berhadapan dengan mutasi COVID-19 yang bertambah ganas.
Pada 29 Mei yang lalu, sebanyak 126,480 ujian saringan telah dilakukan dan kadar pengujian telah meningkat sebanyak 166% dalam 15 hari kebelakang.
Kadar kes harian telah meningkat 104% pada tempoh masa yang sama dan kadar kes positif hampir atau telah melebihi 7% pada minggu pertama bulan Jun.
Sejak 29 Mei, jumlah kes harian telah menurun sebanyak 45% dan jumlah ujian saringan juga menurun 44%.
Kadar kes positif telah meningkat tiga hari berturut-turut dan secara puratanya sebanyak 6.67% untuk 7 hari kebelakang. Di sesetengah negeri, kadar kes positif adalah setinggi 13%.
Pengiraan matematik tahap rendah sudah memadai untuk merungkai kesenjangan-kesenjangan ini. Jika semalam kita jalankan ujian saringan sebanyak 100,000, berkemungkinan besar jumlah harian kes COVID-19 akan melebihi paras 7,000 kes. Jika 150,000 ujian saringan, kadar kes positif kita akan mencapai 10,000 kes.
Amat mudah untuk mengelabui pandangan umum terkait parahnya situasi pandemik di negara ini melalui data yang selektif dan tidak seimbang.
Ia juga tidak mustahil untuk data ini dimanipulasi bagi menggambarkan virus itu sedang merebak pantas bagi mewajarkan langkah darurat.
Namun, tidak cukup pantas untuk mengakui kelemahan mereka dalam mengawal dan membendung wabak.
Adakah jumlah harian melebihi 10,000 kes? Satu-satunya cara untuk mempastikannya adalah melalui penggunaan data dan sains.
Jika kita pergiatkan ujian dan mengesan kes-kes baharu, maka kita mampu untuk asingkan mereka, lakukan pengesanan kontak dan memberi dukungan perubatan kepada yang dijangkiti.
Sebaliknya, jika kita pertingkatkan kadar ujian, dan tidak mengesan kes-kes baharu, maka logiklah untuk mengatakan penularan wabak ini sedang menurun.
Ramai pakar perubatan telah membangkitkan persoalan ini, tetapi Kementerian Kesihatan tidak mempedulikannya, malah jawapan yang diberikan paling tidak masuk akal.
Jika kita tidak patuhi sains saat ini, dan itulah sikap kerajaan PN ini, maka pengorbanan rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP ini adalah sia-sia.
Virus ini akan terus merempuh dan mengorbankan banyak nyawa. Warga yang miskin dan melarat akan terus menerima kesan besar dari wabak dan PKP, juga dalam masa yang sama yang kaya akan bertambah kaya, malah mungkin menerima manfaat dari krisis ini.
Ini sangat tidak adil, dan ia adalah kesan langsung dari kebijakan kerajaan PN dan juga peranan Parlimen yang dilenyapkan.
Pertimbangan politik dan nafsu serakah individu akan terus mempengaruhi strategi membendung wabak, dan ini adalah jalan kehancuran kerana kesannya akan ditanggung rakyat, dan ekonomi negara akan terus merudum.
Harus ada perubahan tuntas dalam strategi membendung wabak. Salah satu cara untuk keluar dari pandemik ini adalah dengan bersandarkan kaedah saintifik, perkongsian data, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Kita tidak akan berjaya tanpa kekuatan rakyat. Ini hanya akan berlaku bilamana kepercayaan dan keyakinan antara rakyat dan kerajaan dapat dipulihkan.
ANWAR IBRAHIM
16 Jun 2021.
TERKINI : Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
Hasimi Muhamad
Jun 16, 2021
Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Jelas Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu atas inisiatif Al-Sultan Abdullah diadakan bagi membincangkan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.
LAPOR LANGSUNG: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu selesai
Kesemua Raja-Raja Melayu hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.
Perbincangan khas itu berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Ia merupakan kali kedua perbincangan khas seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.
RAKYAT TIDAK YAKIN PELAN PEMULIHAN MUHYIDDIN
Rakyat tidak yakin Pelan Pemulihan Muhyiddin
Pengumuman Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai Pelan Pemulihan negara ternyata gagal meyakinkan rakyat.
Menurut mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, strategi itu malah dianggap ‘Pelan Kekeliruan’ oleh sesetengah rakyat memandangkan PM tidak bercakap soal mempercepatkan suntikan vaksin.
“Pelan Pemulihan yang diumumkan menyenaraikan 3 kriteria untuk peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu jumlah kes harian, kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratusan rakyat yang diberi vaksin.
“Sebenarnya, faktor penentuan tunggal adalah vaksin. Ini kerana apabila peratusan rakyat diberikan vaksin meningkat maka jumlah kes baru akan menurun dan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan di ICU juga menurun!
“Pelan pemulihan yang diumumkan oleh PM tidak memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan berupaya mengawal pandemik. Malah Pelan tersebut menunjukkan kekeliruan dan gagal memberi tumpuan kepada isu kritikal, iaitu vaksin.
“Strategi pemulihan seharusnya fokus mempertingkatkan vaksinasi melebihi 300,000 – 500,000 dos setiap hari dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi Ahli Parlimen Gopeng itu, Pelan Pemulihan seharusnya berlegar sekitar mendapatkan 80% imuniti kelompok dalam beberapa bulan akan datang
Sebaliknya, perkara yang dinyatakan Muhyiddin adalah isu-isu sampingan yang boleh dilakukan selepas imuniti kelompok terhasil
“Pelan Pemulihan harus fokus usaha mendapatkan vaksin yang mencukupi menjelang akhir Julai 2021
“Untuk suntikan vaksin lebih cepat, libatkan doktor swasta dan klinik kesihatan kecil
“Juga mudahkan proses pendaftaran seperti pendaftaran secara automatik untuk rakyat yang layak dan vaksin diberi secara walk-in,” katanya.
Dr Lee juga menekankan agar 13.8 juta rakyat atau 42% populasi penduduk yang telah mendaftar memperolehi vaksin menjelang akhir Julai 2021. Hal itu boleh melonggarkan PKP menjelang Ogos 2021.
Sekiranya gagal, kata beliau, maka rakyat akan kerugian lebih besar apabila sebahagian sektor ekonomi terus ditutup.
“PKP yang ketat, walaupun berkesan, membawa impak yang besar terhadap ekonomi dan PKP 3.0 telah membawa kerugian ekonomi RM 1 bilion setiap hari.
“Kerugian RM 1 bilion sehari ini bukan ditanggung setara oleh semua rakyat. Malah ada industri-industri yang terus beroperasi dan untung berbilion-bilion sepanjang PKP dan ada pula rakyat biasa yang merengkuk kelaparan,” katanya lagi.
Semalam, dalam perutusannya, PM Muhyiddin membicarakan mengenai Pelan Pemulihan negara pasca pandemik.
Namun perutusan itu dikritik warga maya kerana tidak menumpukan strategi bagaimana mengakhiri pandemik sebelum pemulihan sektor ekonomi dan soisal boleh dilaksanakan.
TIADA KEPERLUAN TERUSKAN DARURAT
Tiada keperluan teruskan darurat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang mewakili parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan darurat diadakan mahupun diteruskan.
Dalam satu kenyataan, mereka menekankan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudang cukup bagi membendung jangkitan Covid 19. Di samping menyeru agar Parlimen dibuka bagi membahaskan solusi menyeluruh dalam menetapkan strategi memerangi pandemik.
“Kami menyampaikan pendirian (kepada jawatankuasa) bahawa pendekatan ‘Government Intervention’ dalam bentuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani pandemik Covid-19.
“Pendirian kami tiada keperluan untuk Darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan PKP yang lebih ketat adalah kaedah terbaik. Kami juga berpendirian persidangan Parlimen perlu segera diadakan sebagai mekanisme semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen di negara kita,” kata kenyataan berkenaan.
Bagaimanapun, ahli-ahli jawatankuasa itu menjelaskan sehingga ke hari ini Jawatankuasa Khas Bebas Darurat masih belum membuat keputusan sama ada darurat perlu diteruskan atau ditamatkan.
“Setakat hari ini, jawatankuasa masih belum lagi memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata mereka.
Menurut ahli jawatankuasa itu lagi, sejak dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada awal tahun 2021 dengan fungsi khas menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelanjutan atau penamatan darurat, ahli-ahli jawatankuasa telah menyampaikan beberapa pandangan kepada jawatankuasa tersebut.
Pandangan-pandangan itu, kata mereka, menyentuh pelbagai perkara darihal pandemik Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kepada kehidupan rakyat.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.
Data tak sokong penurunan jumlah kes Covid-19, kata Anwar
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam berkongsi statistik Covid-19 dengan berkata, data yang tersedia kepada umum tidak menyokong penurunan jumlah kes harian baru-baru ini.
Mengulas mengenai penurunan kes daripada 9,020 pada 29 Mei kepada 4,949 pada Isnin, Anwar berkata, ini bermakna terdapat “kesenjangan dari segi data sekiranya diambil kira kadar kes positif dengan kadar kematian dalam tempoh sama”.
Kata beliau, data umum tidak menggambarkan penurunan sebenar sebanyak 45% jumlah kes harian kerana penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang berterusan dan penularan kes Covid-19 yang parah menunjukkan sebaliknya.
Beliau menyatakan sebanyak 126,480 ujian saringan telah dilakukan pada 29 Mei dan kadar pengujian meningkat sebanyak 166% dalam 15 hari kebelakangan ini.
Bagaimanapun kadar kes harian meningkat 104% dalam tempoh yang sama dan kadar kes positif hampir atau melebihi 7% pada minggu pertama Jun.
Sejak 29 Mei katanya, jumlah kes harian menurun 45% dan jumlah ujian harian juga menurun 44%.
“Kadar kes positif meningkat tiga hari berturut-turut dan secara puratanya sebanyak 6.67% untuk tujuh hari kebelakang. Di sesetengah negeri, kadar kes positif adalah setinggi 13%,” katanya.
Katanya, amat mudah bagi kerajaan untuk mengelabui pandangan umum tentang keparahan situasi wabak di negara ini melalui ”data yang selektif dan tidak seimbang”.“Ia juga tidak mustahil untuk data ini dimanipulasi bagi menggambarkan virus itu sedang merebak pantas bagi mewajarkan langkah darurat. Namun, tidak cukup pantas untuk mengakui kelemahan mereka dalam mengawal dan membendung wabak,” katanya.
“Adakah jumlah (jangkitan) harian melebihi 10,000 kes? Satu-satu cara untuk memastikannya adalah melalui penggunaan data dan sains.
“Jika kita pergiatkan ujian dan mengesan kes baharu, maka kita mampu untuk asingkan mereka, lakukan pengesanan kontak dan memberi dukungan perubatan kepada yang dijangkiti.
“Sebaliknya jika kita pertingkatkan kadar ujian dan tidak mengesan kes baharu, maka logiklah untuk mengatakan penularan wabak ini sedang menurun.”
Beliau berkata, ramai pakar perubatan membangkitkan persoalan ini tetapi Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengendahkannya.
Katanya, pengurusan wabak ini tidak patut dipolitikkan.
“Pertimbangan politik dan nafsu serakah individu akan terus mempengaruhi strategi membendung wabak dan ini adalah jalan kehancuran kerana kesannya akan ditanggung rakyat dan ekonomi negara akan terus merudum.
“Jika kita tidak patuhi sains saat ini dan itulah sikap kerajaan PN ini, maka pengorbanan rakyat sepanjang tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) ini adalah sia-sia. Virus ini akan terus merempuh dan mengorbankan banyak nyawa.
“Harus ada perubahan tuntas dalam strategi membendung wabak. Salah satu cara untuk keluar dari (wabak) ini adalah dengan bersandarkan kaedah saintifik, perkongsian data, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Kita tidak akan berjaya tanpa kekuatan rakyat. Ini hanya akan berlaku bil kepercayaan dan keyakinan antara rakyat dan kerajaan dapat dipulihkan,” katanya.
Itu 'pelan' tanpa apa-apa pelan - Majlis Presiden PH
Fareez Azman
Jun 16, 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini berpandangan bahawa Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa hanya siri fasa tanpa strategi yang lengkap. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini berpandangan bahawa Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa hanya siri fasa tanpa strategi yang komprehensif.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media bersama Majlis Presiden PH pada Rabu.
Jelas kenyataan itu, pengumuman Perdana Menteri itu disifatkan tidak merangkumi bantuan secukupnya kepada rakyat dan pihak yang terjejas.
"Walau bagaimanapun, kami terkejut apabila mendapati bahawa ianya hanyalah siri fasa tanpa strategi yang lengkap mahu pun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh untuk mengatasi pandemik COVID-19 dan memberi bantuan secukupnya kepada rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang menderita, memulihkan ekonomi, dan menyegerakan kebangkitan semula Malaysia," katanya.
Ia bagaikan satu ‘pelan mengaku kalah’ pada pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, data yang dimaksudnya dalam siri fasa pelan tersebut yang dipercayai berasaskan sains dan data yang 'tidak telus'.
"Malah, lebih mengejutkan ialah siri fasa ‘pelan’ tersebut kononnya berasaskan sains dan data, namun realitinya data yang dimaksudkan tidak telus, tidak terbuka dan tidak terperinci untuk diteliti orang ramai, dan mudah termanipulasi seperti yang pernah kita saksikan sebelum ini," jelas kenyataan itu.
Justeru, Majlis Presiden PH berpandangan pelan yang dipersembahkan oleh Muhyiddin adalah satu 'pelan' tanpa apa-apa pelan yang sebenar.
[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri: Pelan Pemulihan Negara
"Ini adalah satu pengumuman tergesa-gesa yang cuba mengalih pandangan Rakyat dari keadaan kepimpinan yang terumbang-ambing, hilang arah, dan gagal berkali-kali untuk mengawal pandemik ini dengan baik.
"Jika diikut juga ‘pelan’ ini, akhirnya yang akan dipersalah dan menjadi mangsa sekiranya pandemik tidak dapat dikawal adalah Rakyat," jelas kenyataan itu lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dengan menggariskan empat fasa melibatkan Pelan Peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Jelas Muhyiddin, setiap fasa Pelan Pemulihan Negara ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun 'threshold' untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.
Demokrasi berparlimen: Jalan keluar untuk krisis negara kita
Pada oleh PENTADBIR
Oleh B. Suffian
Pemimpin politik yang bertanggungjawab perlu bekerjasama dan bertolak ansur untuk memulihkan demokrasi serta mengelakkan sebarang bentuk pemerintahan autokratik.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, formula asasnya adalah untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh semua untuk:
* Menamatkan pemerintahan darurat ala Tan Sri Muhyiddin Yassin
* Menolak cadangan Mageran Tun Dr. Mahathir Mohamad
* Memastikan pilihan raya umum tidak diadakan selagi Covid-19 masih parah manakala ekonomi memerlukan masa untuk pulih
“Kita mesti mematahkan kebuntuan, dan membentuk kerajaan demokratik yang baharu untuk menggantikan kerajaan sedia ada sehingga pilihan raya seterusnya yang bakal diadakan pada 2023,” katanya semalam.
Chin Tong yang juga Ahli Dewan Negara menambah, kerajaan baharu itu mesti mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 120 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Untuk mendapat sokongan penuh rakyat, beliau menjelaskan, kerajaan demokratik baharu seharusnya mempunyai ciri-ciri asas, prinsip dan nilai berikut:
* Demokrasi dan perkongsian saksama perlu menjadi teras kerajaan baharu kerana era parti ‘abang besar’ dalam gabungan politik sudah berakhir.
* Amalan Perdana Menteri ala ‘Presiden’ tidak sepatutnya diteruskan lagi.
* Kabinet mesti berfungsi sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan secara bersama-sama dan tidak dikekang oleh pertindihan kuasa atau ego menteri atau kementerian.
* Parlimen sebagai platform membina kesepakatan nasional bersama.
* Setelah terbentuknya kerajaan baharu, satu undang-undang seperti Akta Parlimen Penggal Tetap (FTPA) 2011 di United Kingdom yang menetapkan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya boleh digubal.
Sementara itu, Chin Tong berkata, setelah struktur kerajaan demokratik disepakati dan dilaksanakan, pemerintahan baharu negara ini seharusnya menggunakan tema ‘memulihkan negara’ daripada Covid-19 dan masalah ekonomi yang berlaku akibat pandemik itu.
Beliau menggariskan lima agenda utama untuk memulihkan negara:
1. Terima hakikat sains dan hentikan amalan diskriminasi antara dua darjat
2. Bangsa Malaysia. Kita semua perlu bersatu atas pegangan bahawa kita berkongsi takdir yang sama dan menolak idea perkauman yang memecahbelahkan masyarakat.
3. Ekonomi untuk semua. Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih menyeluruh dalam menangani krisis ekonomi ketika kebanyakan perniagaan terpaksa tutup dan pekerja hilang sumber pendapatan
4. Negara yang selamat. Sektor pertahanan dan keselamatan negara memerlukan reformasi menyeluruh untuk memastikan kedaulatan negara dilindungi manakala keselamatan awam terjamin.
5. Malaysia tanpa kleptokrat dan rasuah. Kerajaan baharu mesti menghapuskan rasuah dalam semua perbelanjaannya.
Disaman Lim Guan Eng, tiba-tiba Azri nafi dirinya “papa gomo”
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah penulis blog dikenali sebagai Papagomo, menurut satu dokumen mahkamah.
Dia membuat penafian itu menerusi penyata pembelaan terhadap saman fitnah yang difailkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau.
Pada 16 Mac lalu, Lim berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Azri dan beberapa pihak lain atas dakwaan menyebarkan berita palsu berkenaan dirinya dan anaknya.
Lim dan anaknya memfailkan saman fitnah terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Oktober 2020, berhubung dakwaan yang Way Chau membawa masuk RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.
Saman itu merujuk satu hantaran Facebook didakwa dibuat pada 14 Mac 2020.
Saman itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut salinan penyata pembelaan yang dilihat Malaysiakini, Azri tidak setuju dengan penyataan tuntutan saman tersebut bahawa dia dikenali sebagai “Papagomo”.
Dia merujuk Perenggan 3.1 penyataan tuntutan yang menyatakan: “Pada semua masa material, defendan, yang juga dikenali sebagai Papagomo, adalah ahli dalam satu pertubuhan bukan korporat bersifat politik yang dikenali sebagai United Malays National Organisation atau dalam singkatannya ‘Umno’.”
“Perenggan 3.1 hingga 3.2 penyataan tuntutan adalah dipersetujui kecuali bahawa defendan dikenali sebagai Papagomo dan meletakkan beban bukti kukuh atas penyataan tersebut,” menurut Azri dalam penyata pembelaannya.
(Perenggan 3.2 penyataan tuntutan menyatakan defendan memegang jawatan exco dalam Pemuda Umno.)
“Defendan juga menyatakan bahawa pada sepanjang masa material ia adalah menjadi tanggungjawab plaintif-plaintif untuk melepaskan beban pembuktian bahawa defendan adalah pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri seperti yang dinyatakan dan defendan yang telah mengeluarkan penyataan fitnah yang dinyatakan oleh plaintif-plaintif melalui laman Facebook tersebut (dimana tidak diakui),” kat Azri lagi.
Dia berkata hantaran Facebook yang dirujuk dalam saman tersebut tidak merujuk kepada Lim dan anaknya.
“Defendan tidak pernah memuat naik dan/atau menerbitkan sebarang penyataan fitnah yang ditujukan kepada plaintif-plaintif dalam Facebook seperti dinyatakan,” katanya lagi.
Dia berkata kenyataan yang didakwa sebagai fitnah itu adalah “bersifat meluas” dan tidak ditujukan kepada plaintif.
“Tiada sebarang gambar audio atau video yang dimuat naik yang menunjukkan penyataan tersebut dikeluarkan oleh defendan dan penyataan tersebut merujuk kepada plaintif-plaintif,” katanya lagi.
Azri juga membangkitkan pembelaan substantif – justifikasi dan ulasan saksama (fair comment) – terhadap saman itu jika kenyataan yang dibangkitkan dibukti ditujukan kepada plaintif.
Menurut undang-undang berkaitan tindakan sivil, defendan mungkin boleh membangkitkan pembelaan justifikasi jika dia dapat membuktikan dakwaan tersebut benar.
Pembelaan ulasan saksama pula apabila kenyataan yang dibuat berkaitan dengan kepentingan awam, dan tanpa niat untuk menjejaskan plaintif.
Malaysiakini dalam usaha menghubungi peguam yang mewakili Lim dan juga Azri untuk mendapatkan komen berkenaan perkara ini.
Menurut senarai kausa di laman ecourtservices.kehakiman.gov.my, pengurusan kes bagi saman ini ditetapkan pada pukul sembilan pagi ini, di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam saman fitnah ini, Lim dan anaknya menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan; faedah atas ganti rugi yang ditetapkan; kos serta perintah lain yang dianggap adil, wajar dan berpatutan oleh mahkamah.
Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri yang rasmi
A.KADIR YASIN
June 16, 2021
Saya pernah menulis cerita seakan-akan ini lama dulu mengenai seorang pemimpin politik Umno. Dia adalah antara pemimpin muda Umno ketika itu yang cukup efisyen dan kreatif tetapi terlibat dengan beberapa kontroversi yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang pemimpin Melayu-Islam.
Oleh sebab saya menulis dalam bahasa Inggeris maka saya menggelarnya “accidental politician” – seorang ahli politik secara kebetulan.
Kalau dia merancang menjadi pemimpin politik, tentulah dia tidak melakukan perbuatan-perbuatan cela sebaliknya menjaga tingkat laku agar sesuai dengan kedudukannya yang tinggi. Akhirnya dia disingkirkan dan gagal memulihkan kerjaya politiknya walaupun beberapa kali mencuba.
Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini pun nampaknya daripada jenis yang sama. Kalau dia betul-betul merancang kerana dia bercita-cita tinggi hendak menjadi pemimpin nombor satu, dia tentulah telah mengambil tindakan menyelesaikan masalah berkaitan namanya.
Tidak ada masalah menukar nama supaya lebih sedap atau glamor kerana ia boleh dilakukan dengan sah dan mudah. Dia hanya perlu pergi ke Pejabat Pendaftaran dengan Surat Sumpah (SD) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah untuk merasmikan pertukaran atau pembetulan namanya.
Banyak orang yang sezaman dengan saya, maksudnya sezaman juga dengan Perdana Menteri, berbuat demikian kerana masa itu nama kanak-kanak kerap disalah eja, mempunyai lebih daripada satu nama atau kerana kehilangan “Surat Beranak” – Sijil Kelahiran.
Saya pun ketika sudah bekerja membuat SD bagi menyeragamkan nama saya dalam Sijil Kelahiran dengan nama dalam Kad Pengenalan (sekarang MyKad) kerana berlaku sedikit perbezaan ejaan.
Mahiaddin Md Yasin pun boleh lakukan hal yang sama kalau dia berasa nama yang diberikan oleh ibu bapanya tidak sedap atau dia mahukan nama, yang pada anggapannya, lebih glamor seperti Muhyiddin Mohd Yassin.
Akhirnya kebanyakan orang kenal dia dengan nama Muhyiddin Mohd Yassin sehinggalah seorang pengedar dadah mendedahkan di Mahkamah yang nama sebenar Muhyiddin bukan Muhyiddin tetapi Mahiaddin. Akibat Mahiaddin mahu nama glamor dan tidak guna nama sebenar dalam urusan rasmi maka lelaki Sabah bernama Awang Sari Lasikan dibebaskan.
Sekarang dengan surat pekeliling Ketua Setiausaha Sulitnya sendiri, atas nasihat Jabatan Peguam Negara, sahlah yang nama Perdana Menteri Malaysia adalah Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin. Selamat datang Mahiaddin. Selamat tinggal Muhyiddin.
Hasanuddin simpati dengan Dr Zulkifli, susun tuala wanita bukan tugas Menteri Agama
June 16, 2021
Saya mendengar tentang sahabat ini dan mengenalinya sebelum menjadi Mufti Wilayah lagi.
Seorang yang warak, berilmu dan tinggi kerohaniannya. Banyak MODAL & IDEA bila berbicara dan menulis.
Sejak kena tipu dengan gang TEBUK ATAP dan terjun POLITIK tak tentu pasal; habis hilang MODAL & ketandusan IDEA.
Saya percaya tugas seorang Menteri terlalu banyak dan inilah masanya nak siapkan pelbagai RUU dan memberi nafas baharu kepada agensi agama.
HARGA MINYAK SAWIT BUKAN DITENTUKAN OLEH MENTERI TAPI PASARAN DUNIA
HAMDAN TAHA
Harga minyak masak sawit sekarang agak tinggi berbanding di
zaman PH memerintah saya sangat setuju tu
Walaupun harga minyak masak di zaman PH tapi orang kampung yang
ada sawit amat marah pada kerajaan PH ketika itu kerana harga sawit tandan masa
tu sangat rendah sehingga 200 ke 250 satu tan
Zaman PN ni pula harga minyak masak mahal tapi orang ada kebun
sawit sikit pun tak marah kerana harga sawit tinggi sehingga mencecah 950 satu
tan
Dari zaman Ph lagi saya telah menulis bahawa harga minyak sawit
tidak ada kena mengena dengan menteri dan kerajaan kerana dia di tentukan oleh
market dunia
Kebetulan PN memerintah dunia berdepan dengan covid 19 maka
industri minyak seperti soya,bunga matahari dan specis yang bukan pokok kekal
seperti sawit berdepan dengan masalah kerana covid,masalah pekerja dan
sebagainya maka pengeluaran minyak selain sawit terjejas di seluruh
dunia,sedangkan sawit tidak begitu terjejas kecuali terjejas dari segi tenaga
kerja itu pun hanya di malaysia tidak di indonesia
Minyak sawit akan mula jatuh harga apabila masalah covid 19 mula
dapat di selesaikan oleh negara negara pengeluar soya dan minyak lainnya
Jadi untuk kejatuhan harga minyak sawit kena tunggu lah masalah
lambakan minyak lain di dunia
Itu lah keindahan dunia ciptaan Allah dalam satu pihak sedang
rugi ada pihak lain pula yang sedang untung
Jadi bagi saya harga minyak masak dan harga sawit bukan isu
politik buat saya
Bagi orang kampung dan syarikat syarikat yang berlandaskan sawit
tahun ini akan buat duit,tabung haji,pnb dan yang ada ladang sekarang sedang
menikmati keuntungan berganda...
JANGAN PERCAYA SAMPAI KIAMAT
Mahathir kata beri dia peluang untuk pulihkan masalah negara
skrg, sbb dia ada pengalaman hadapi masalah besar.
Sembang hebat. Baru hadapi
masalah kepercayaan dlm parti sendiri pun hang dah letak jawatan, bubarkan
kabinet dan sanggup jatuhkan kerajaan sendiri. Itukah yang hang kata hang hebat atasi masalah?
Balik karala lah.....
W.FAUDZIN
Subscribe to:
Posts (Atom)