AMK KEDAH DESAK YB LUNAS LETAK JAWATAN. JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Negeri Kedah
Ahad | 4hb Oktober 2020
#KLUSTER_POLITIK:
YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT
Negeri Kedah telah digemparkan dengan beberapa Kluster Jangkitan
Covid-19 yang baru iaitu Kluster Bah Rose, Bah Ketil dan Bah Lunas di mana
ianya amat membimbangkan. Wujud persoalan di kalangan rakyat Negeri Kedah,
adakah ketiga-tiga Kluster baru ini sebenarnya Kluster ‘Super Spreader’ yang
sama puncanya?
Lebih mengecewakan ialah kejadian yang melibatkan EXCO Kerajaan
Negeri Kedah iaitu YB Azman Nasruddin. Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang
mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat swab test dan kuarantin diri
sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk Kerajaan Perikatan Nasional
amat mendukacitakan. Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau
yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus,
Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19. Ini sekaligus menyebabkan lebih 600
pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan
Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. YB Azman
Nasruddin juga telah menghadiri pelbagai program rasmi Kerajaan Negeri dan
beberapa program di Langkawi pada 27hb September 2020.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah bersimpati dengan
keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat
sembuh. Walau bagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut YB Azman
Nasruddin untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di
Negeri Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang
Janggus.
YB Azman Nasruddin wajib meletakkan jawatan beliau sebagai EXCO
Kerajaan Negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu Integriti beliau
sebagai seorang pemimpin Negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya
terhadap kejadian yang berlaku.
AMK Kedah juga mendesak YB Azman Nasruddin didakwa di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua
darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.
Adakah Kerajaan Negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang
telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster
Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan
dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan.
Sekian. Terima kasih.
MOHAMMED FIRDAUS JOHARI
KETUA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI KEDAH
DIVA AA KENA HAMPUT...
RINA HAMZAH
Apa dah jadi dengan mereka bertiga nih yer masing-masing Gila berat. Aku dengar rawatan renjatan electric mampu kurangkan sakit gila! Cer bagi renjatan sekali sorang.
kes 1
TOLONG PUN SUSAH, TAK TOLONG PUN SUSAH....TEMPAT MAKAN ANGIN SEMUA PENUH MASA MORATORIUM
HAMDAN TAHA
Kes kes pelajar universiti dan kolej elok lah serahkan kepada
keluarga mereka...
Ramai yang membantu tapi rakyat Malaysia ni manja sangat pun tak
bagus juga. Kecuali mereka betul betul susah. Tapi jika susah sangat pun
logiknya mereka tak akan bole masuk ke universiti dan kolej....
Ada ibu bapa dan masyarakat habis kan duit bercuti sakan dalam
tempoh tiga bulan ini dan menariknya yang penuhkan tempat tempat percutian ini
99.9 peratus orang Melayu...
Jom kita ke PD, Melaka,CH dan Langkawi....Pangkor....semua penuh
sesak dengan orang Melayu. Saya cuba buat kajian sendiri begitu juga kawan
saya. Dalam fikiran saya dan sahabat saya hotel lima bintang di KL dan di
lokasi lokasi tetentu dah pasti kosong....manakan tidak pelancong luar negara
tak ada....kita pun cuba lah buat panggilan....tapi untuk hujung
minggu...jumaat dan saptu juga ahad....mengejutkan penuh bro....hebatnya rakyat Malaysia....
Saya juga ada rakan rakan dalam industri perhotelan. Jelas jika
tanya mereka pelangan sekarang semua Melayu....Cina dan India ni takut mati
kata seorang rakan pada saya. Mereka betul betul takut kepada virus 19 ini dan
tak sibuk pula nak bercuti dan buat hari keluarga musim musim ini....saya rasa
di seluruh dunia sekarang ini orang Melayu sahaja yang bukan main lagi buat
perjumpaan hari keluarga di pusat pusat pelancungan di musim sekarang....kerana
kerajaan bagi peluang pada rakyat tak perlu bayar duit kereta dan rumah selama
6 bulan....horeeeyyyy enjoy bro....
Orang cina sekarang ni berhati hanti dan bagi mereka bukan
masanya untuk suka suka dan cuti cuti Malaysia. Rakyat Malaysia bukan saja ke
sabah kerana politik yang pergi enjoy bercuti pun beribu ribu orang....airasia
ke sana penuh brooo....siapa tu orang Melayu bro....
Tiba tiba kecoh kita satu Melaya ada anak anak susah sampai ada
yang tak makan sebab penanguhan masuk ke kolej. Sikit punya hal jer...setakat
tambang bas....dan duit minyak ayah hantar ke kolej tu biasa la bro....
Marah lah org saya kata begini....tapi sampai ada yang sediakan
bas van dan buat kutipan ....sampai UPSI pun terpaksa buat teguran....ini
sebenarnya salah dan kesilapan menteri dan kementerian pengajian tinggi dalam
urusan media dan penjelasan yang tepat sahaja....saya kira selepas ini tugas
buat arahan kepada kolej dan universiti ini serahkan kepada KSU atau KP tak
perlu lah Menteri buat kenyataan.....tugas menteri buka itu.....nampaknya
menteri pengajian tinggi ini perlukan team di pejabat menteri yang baik dan
bagus....kesian kat dia
Banyak prosedur, Naib Canselor UPSI minta Ustaz Ebit mohon maaf terbuka...pulak....tak yah la Ustaz..
Oleh FAZLI RADZIOctober 4, 2020
Lantaran menyediakan bas secara percuma kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam untuk pulang ke Pantai Timur, Ustaz Ebit Lew dihubungi Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran.
Pihak pendakwah berkenaan dihubungi hari ini supaya membuat permohonan maaf secara terbuka susulan inisiatifnya membantu mahasiswa yang terkandas.
Sehubungan itu, Ustaz Ebit tampil meminta maaf dan memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan 20 bas untuk membantu mahasiswa pulang susulan keputusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.
“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama yang dihormati Naib Cancelor Prof Datuk UPSI sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.
“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas,” katanya.
Sebelum ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.
Ekoran keputusan tergesa-gesa itu, ramai pelajar tidak puas hati dan terkandas dalam perjalanan selain berdepan masalah kewangan selepas banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan pendaftaran di universiti masing-masing.
Ustaz Ebit memberitahu niat asalnya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu hanya untuk membantu selepas menerima banyak keluhan pelajar.
“Sebab dulu saya berhari-hari lapar itu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid saja dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.
“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat,” katanya.
Berkongsikan ciri bas yang disediakannya, Ustaz Ebit berkata, bas-bas tersebut adalah bersaiz besar dengan kerusi dan penjarakan ruang yang selesa.
“Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke hentian bas dan naik kereta api. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” ujarnya lagi.
21 POSTING SEHINGGA KINI....LAGI BERITA AKAN MENYUSUL
TALIAN TERGANGGU...PERJALANAN KE PENEMPATAN JAUH DI PEDALAMAN.
AKAN MENYUSUL LAGI BERITA..TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA.
TAK PERLU PRK BATU SAPI, BERI SAHAJA WARISAN MENANG?
Tak perlu PRK Batu sapi, beri sahaja Warisan menang?
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menyeru semua parti politik tidak bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong.
Jelasnya, tumpuan harus diberikan kepada usaha membela nasib rakyat terutama di kala berlaku peningkatan kes Covid-19 seluruh negara.
“Takziah. Rasanya pilihan raya kecil (PRK) tak perlu ada pertandingan. Bagi sahaja Parti Warisan Sabah (Warisan) menang tanpa bertanding.
“Tumpu bantu rakyat adalah lebih baik,” katanya dipetik.
Vui Keong meninggal dunia sekitar jam 11.30 pagi hari ini selepas mendapat rawatan di sebuah hospital dekat Kota Kinabalu, Sabah.
Mendiang sebelum ini menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dilapor mengidap sakit radang paru-paru.
Terdahulu, rata-rata orang ramai termasuk orang kenamaan mengucapkan takziah kepada keluarga Vui Keong sambil menyifatkan mendiang sebagai pemimpin amat disegani.
GERAK98 DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM MALAM INI - KARTEL MASIH DIPELIHARA DI SELANGOR?
Malam ini, GERAK98
akan berada di Bukit Jelutong, Shah Alam. Di Selangor, masalah utamanya adalah
masih banyak saki baki kartel belaan si kitol yang masih berleluasa dan diberi
tempat bahkan menjadi bakal calon pilihanraya nanti.
Mengapa ini berlaku?
Siapa yang tidak menghormati keputusan parti apabila melantik Penyelaras Dun
yang bermasalah? Wajarkah MB Selangor diganti kerana tiada keberanian untuk
membawa inspirasi parti di dalam menghapuskan saki baki pengkgianat?
GERAK98 bersama Sdr
Ezam akan mengulas isu panas ini di Shah Alam. Mohon hebahkan!!
WFAUZDIN NS
MUDAH SAHAJA NAK DAPATKAN ANUGERAH LEBAI...
W.FAUDZIN
Bukan susah nak dapat anugerah dari lebai. KPI nak jadi ikon dakwah:
1. Banyakkan fitnah terutama kepada DAP .(Ada atau tidak? ada....)
2. Karang cerita kubur/alam ghaib.(Ada atau tidak? Kerap ada dalam kuliah )
3. Jual air jampi.(Ini bukan jual tapi selalunya ada atas permintaan orang ramai dan kemudian orang sedekahkan)
4. Kerap buat live waktu solat tahajud.( Yang ini ada...Kah....)
Itu je.
SOALAN YANG PATUT KHALID SAMAD JAWAP KEPADA PENYOKONG PH PRO DSAI.
TERUS TERANG saya dah TAK tahu nak kata apa dgn Khalid Samad ni.
Saya anggap dia salah seorang PUNCA PH berpecah. Lalu dalam kebuntuan itu,
despite all he has said, saya rasa kita perlu tanya TIGA persoalan UTAMA
ini....
1) APA KAMU DAH BUAT ATAU KATA BILA MANA PT95 ASYIK MENYERANG
DSAI DGN PELBAGAI TUDUHAN DAN TOHMAHAN seperti Gila-gila nak jadi PM, Liberal,
TIDAK disokong oleh orang Melayu, TIDAK bawa manfa'at pada kabinet lalu, jumpa
Raja2, jumpa org lain kritikal terhadap dia (PT95), tak sokong dia masa jd PM dan
berkomplot lawan dia atau nak rampas jawatan PM selepas diberikan pengampunan?
APA KAMU DAH KATA ATAU BUAT Khalid Samad?
2) APA KAMU DAH KATA, BUAT ATAU TEGUR APABILA AHLI-AHLI AMANAH
YANG BERJAWATAN, DEKAT DENGAN KAMU DAN MAT SABU, DIN AYUB DAN MAHFUZ OMAR SETIAP
HARI MNYERANG DSAI dengan pelbagai penghinaan, herdikan, perli, kecam, tuduhan,
fitnah dan memperlekehkan yang mana kami ada Screenshots bukti mereka
melakukannya sehingga ke saat ini?? APA KAMU INGAT LUKA YANG KAMU DAN ANAI-ANAI PANtuk "TOREH" ke atas penyokong-penyokong PH yang pro DSAI boleh
hilang dengan hanya melupakan begitu shj dan tidak diungkit-ungkit lagi?
3) PIHAK mana yang tidak reti nak berhenti, "HIT BELOW THE
BELT" dan MELAMPAUI BATAS dalam MUAFAKAT?? Pernah kamu tekankan PT95,
pejuWANG, Shafie Apdal, Warisan dan Anai2 PANtuk #K3 sepatutnya
sokong DSAI dan PH?
You tell us (PH supporters) Khalid Samad..!! Kalau tak mampu
jawap dgn memuaskan, elok Khalid Samad SHUT the Fuck Up..!!
- Zus Din
04 Oktober 2020
KENAPA GUAN ENG TAK BALAS SURAT KELUAR DAP ZAID IBRAHIM ?
Barangkali ramai yang tidak menyedari bahawa Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, bukan lagi ahli DAP sekarang ini.
Ia mungkin antaranya kerana beliau agak memencilkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkembangan politik negara sejak mutakhir ini.
Beliau bagaimanapun sebenarnya telah keluar DAP sejak beberapa bulan dulu lagi.
Zaid telah mengutus surat memaklumkan keluar daripada DAP pada 15 April 2020 yang lalu.
Ketika itu, PKP sedang dilaksanakan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19.
Surat memaklumkan berhenti menjadi ahli DAP itu dihantarnya melalui email kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.
Bagaimanapun, menurut Zaid, tiada balasan diterimanya daripada DAP sehingga ini berhubung surat yang dihantarnya itu.
Mengapa Guan Eng tidak membalasnya atau memaklumkan kepada media bahawa Zaid bukan lagi ahli DAP?
Adakah DAP tidak mahu tindakan Zaid keluar parti itu diketahui umum?
Seterusnya, tambah Zaid lagi, beliau mahu berehat dahulu buat masa ini dan belum memikirkan lagi untuk menyertai mana-mana parti.
Bulan lalu, beliau menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital swasta di ibu kota dan antara yang datang menziarahinya ialah bekas Perdana Menteri, Najib Razak. (Shahbudindotcom 04/10/2020)
PELAJAR TERKANDAS: BEZA DR MASZLEE DAN MUFTI
Pelajar terkandas: Beza Dr Maszlee dan mufti
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Pelajar Universiti Terkandas : Beza Dr Maszlee dan Dr Zulkifli Al Bakri dalam memahami Falsafah Ibnu sabil..
Semalam tidak sampai 24 Jam, Selepas Dr Maszlee buat live mengenangkan Nasib pelajar University yang terkandas.. Dr Maszlee berjaya mengumpulkan lebih RM 46 ribu sumbangan Derma dan menerima 3 ribu permohonan.. Bagi aku ini gambaran Pemimpin yang Progresif dan memahami falsafah kepimpinan dalam Islam..
Malangnya, Kita tidak dengar lagi apa apa reaksi dari Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakry atau Mufti akan nasib nasib pelajar ini… begitu juga Institusi zakat yang patutnya lebih utama memberikan respon balas.. Itulah beza antara orang Alim dan faqih yg aku tulis sebelum ini…
Kerana dikalangan Asnaf yang layak mendapat Zakat itu adalah dengan gerangan dibawah takrif Ibnu Sabil, Iaitu mereka yang terkandas dalam Perjalanan… Tidak ada respon dari satupun pusat Zakat lagi… sedangkan keperluan mereka mendesak..
Itu sebab aku kata, ramai Agamawan hebat membicarakan Soal Agama di medan Kuliah, Tetapi gagal mempraktikkan ilmu dalam Kehidupan apalagi dalam Pemerintahan…
Apalah sangat kalau Pusat Zakat mengeluarkan dana Segera bernilai RM 1 juta setidaknya.. Dulu pandai pulak segerakan bantuan RM 100 ribu dari tabung Musa’adah kepada guru PASTI milik PAS…
kalau bab Bendera terbalik, isu BMF.. atau DAP.. Mungkin Mufti dan Menteri ini akan laju buat kerja seperti mana kerja kerja bantuan di Sabah yang dilakukan Menteri Agama baru baru ini…
Pelajar pelajar dari kalangan latar belakang Miskin dan Pelajar ini layak untuk dapatkan bantuan Zakat..Jika tidak dibawah takrif Ar-Riqab pun, Tetapi takrif Ibnu sabil.. mungkin depa hanya faham makna “fi sabilillah” hanya dalam urusan parti depa, Kerana Parti depa itu konon berada dijalan Allah…. Menuntut ilmu itu mungkin bukan Jalan Allah..
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ASNAF IBNU SABIL ?
Antara Takrif yang berikan oleh Imam Ibnu Utsaimin , dia mengatakan,
السبيل : الطريق ، وابن السبيل أي : المسافر ، وسمي بابن السبيل ؛ لأنه ملازم للطريق..
” As-Sabil artinya jalan. Ibnu Sabil artinya musafir. Disebut Ibnu Sabil (anak jalanan), karena dia kelazimannya selalu berada di perjalanan..”
فعلى هذا يكون المراد بابن السبيل المسافر الملازم للسفر ، والمراد المسافر الذي انقطع به السفر أي نفدت نفقته ، فليس معه ما يوصله إلى بلده
” kerana itulah.. maksud dari Ibnu Sabil adalah musafir yang sedang dalam perjalanan. Sementara makna musafir yang tidak mampu melanjutkan perjalanan, maksudnya orang yang kehabisan bekal, sehingga dia tidak memiliki bekal untuk meneruskan perjalanan pulang ke daerah/negeri nya… “
Bagaimana apakah layak Zakat ini diberikan kepada mereka yang belum lagi melakukan Perjalanan..? Kata Ibnu Utsaimin..
وأما من كان في بلده ويريد أن يسافر فإنه ليس ابن سبيل ، فلا يعطى من الزكاة لهذا الوصف…
” Adapun orang yang berada di daerahnya, dan hendak berangkat safar, maka dia belum disebut Ibnu Sabil.oleh kerana itu, tidak boleh diberi zakat dalam keadaan ini…”
Apakah Asnaf Ibnu Sabil ini mensyaratkan Mereka yang datang hanya dari Keluarga Miskin ?
berkata Ibnu Utsaimin..
وابن السبيل يعطى لحاجته ، وليس شرطاً ألا يكون عنده مال..
” Ibnu Sabil diberi zakat untuk menutupi keperluan perjalananya, dan bukan syarat dia harus orang miskin di daerahnya…”
Apapun Perbahasan Fiqh.. Jika Menteri Agama dan Institusi Zakat tidak caknapun.. Sepatutnya Kementerian Pengajian Tinggi itu sendiri yang patut bertanggung jawab…semua kesilapan ini dari mereka sendiri.. Tapi apa boleh buat.. Inilah Gambaran Kerajaan dan Kelompok ruwaibidhah.. Mereka tidak mampu menguruskan urusan Manusia..
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
” Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain…”
ELAK GELOMBANG KETIGA, PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19
Elak gelombang ketiga, putuskan rantaian Covid 19
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pandemik Covid 19 yang kembali mewabak memerlukan rakyat lebih bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian penyebaran virus maut itu.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan sebarang usaha dan nasihat yang diberikan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) tentang tanggungjawab masyarakat bagi memastikan Malaysia tidak dilanda gelombang ketiga pandemik.
“Saya amat mengalu-alukan kenyataan oleh Akademi Perubatan Malaysia yang mengingatkan kita semua akan tanggungjawab bersama dalam memutus rantaian penyebaran wabak Covid-19.
“Petugas barisan hadapan telah bekerja tanpa lelah sejak awal tahun ini dalam melindungi kita semua dan membendung penguncupan ekonomi.
“Janganlah kita tambahkan beban mereka dengan sikap alpa dan tidak bertanggungjawab. Kita juga harus memainkan peranan aktif penuh disiplin dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan pembatasan fizikal,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Dalam kenyataan itu juga Anwar turut mengkritik Kerajaan Perikatan Nasional agar bertindak berlandaskan undang-undang dan tidak ada sesiapa terkecuali sekiranya melanggar peraturan dan SOP mencegah Covid 19
“Tidak ada yang harus dikecualikan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan. Saya mendesak pihak berwajib untuk memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang ketat tanpa pengecualian atau diskriminasi,” katanya lagi.
Baru-baru ini, AMM mengeluarkan kenyataan agar rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab dalam menjaga diri sendiri, keluarga dan masyarakat berikutan kemungkinan gelombang ketiga Covid 19 menyerang negara.
AMM memberi amaran, sekiranya SOP tidak dipatuhi dan jangkitan semakin meluas maka Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan semula dan mungkin menggugat teruk ekonomi negara.
SENARAI 121 MP SOKONG ANWAR PM9 BUKAN DARI KEADILAN
Senarai 121 MP sokong Anwar PM9 bukan dari KEADILAN
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menafikan beliau mengeluar atau dikaitkan dengan senarai nama-nama Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.
Senarai yang tular sejak semalam dan dipetik beberapa portal berita serta blogger, menamakan lebih 120 Ahli Parlimen dari pelbagai parti yang didakwa menyokong Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9.
“Tidak benar, saya tiada senarai seperti yang didakwa dan tidak pernah memberi sebarang senarai kepada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan di Twitter.
Senarai Ahli Parlimen menyokong Anwar heboh buat kali kedua selepas tular lebih seminggu lalu yang memaksa berbelas-belas Ahli Parlimen BN membuat kenyataan menafikan mereka telah beralih arah.
Anwar dalam kenyataan medianya pada 22 September hanya menegaskan sokongan yang beliau terima kukuh dan bukan sekitar 10 kerusi majoriti. Beliau akan mempersembahkan sokongan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepada awam.
PIBG SK Permatang Janggus desak Exco Kedah mohon maaf dan bayar pampasan!
KEDAHKINI
October 4, 2020
Kami dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Janggus, Pulau Pinang menuntut agar EXCO Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada semua ibu bapa dan guru-guru SK Permatang Janggus kerana sikap tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan.
EXCO Kerajaan Negeri yang merupakan pemimpin utama negeri Kedah beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan kuarantin diri beliau setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional.
Namun, setelah pulang dari Sabah, beliau bertindak mementingkan diri dan tidak membuat swab test sebaik pulang. Kejadian ini menyebabkan isteri beliau yg merupakan guru di sekolah kami positif.
Kami menuntut permohonan maaf rasmi dan bayaran pampasan kerugian kepada pihak pelajar dan guru SK Permatang Janggus oleh YB EXCO Azman Nasrudin.
Tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab menyebabkan anak-anak kami merana dan mengalami kesusahan. Mereka tidak boleh meneruskan pelajaran dan terganggu kehidupan.
Kami jugak mendesak agar isteri YB Azman Nasrudin dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya.
KENYATAAN MEDIA PIBG SK PERMATANG JANGGUS
Kami dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Janggus, Pulau Pinang menuntut agar EXCO Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada semua ibu bapa dan guru-guru SK Permatang Janggus kerana sikap tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan.
Sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang merupakan pemimpin utama negeri Kedah beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan kuarantin diri beliau setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional. Namun, setelah pulang dari Sabah, beliau bertindak mementingkan diri dan tidak membuat swab test sebaik pulang. Kejadian ini menyebabkan isteri beliau yg merupakan guru di sekolah kami positif.
Kami menuntut permohonan maaf rasmi dan bayaran pampasan kerugian kepada pihak pelajar dan guru SK Permatang Janggus oleh YB EXCO Azman Nasrudin. Tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab menyebabkan anak-anak kami merana dan mengalami kesusahan. Mereka tidak boleh meneruskan pelajaran dan terganggu kehidupan.
Kami jugak mendesak agar isteri YB Azman Nasrudin dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya.
PIBG SK Permatang Janggus
PATUT NAZRI AZIZ SURUH DIA SERTAI BERSATU...
NIZAM AKA
Wahhh..Begitu sekali
Nuar Musa jilat Bersatu?Sanggup langgar geng sendiri demi nak terus berkawan
dgn Bersatu yang telah perkecilkan dan perlekehkan Umno?Sanggup sanggah Tim
Presiden,Mohd Hassan sendiri kerana pertahankan Bersatu?Masih nak jilat PPBM walaupun Umno telah diaibkan dan dimalukan seteruk-teruknya oleh PPBM..Walaupun jelas
Bersatu yang permainkan dan perkudakan Umno?
Last-last Nuar Musa
dicabarkan oleh orang kuat Umno,Nazri Aziz supaya join sahaja Bersatu jika hati dan
perasaan lebih menyayangi Bersatu..Beranikah Nuar Musa sahut cabaran Nazri?Kalau
tak berani,maka jelas Nuar Musa adalah ahli politik yg paling dayus dan
pengecut..
Subscribe to:
Posts (Atom)