AMK KEDAH DESAK YB LUNAS LETAK JAWATAN. JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT

 


Image may contain: 2 people, text that says "KLUSTER POLITIK: 010 Air mata YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT. MOHAMMED FIRDAUS JOHARI KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH 00 PKASA NAAMANAMANE HARARA"


Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Negeri Kedah

Ahad | 4hb Oktober 2020

#KLUSTER_POLITIK: YB LUNAS WAJIB LETAK JAWATAN, JANGAN WUJUD LAYANAN DUA DARJAT

Negeri Kedah telah digemparkan dengan beberapa Kluster Jangkitan Covid-19 yang baru iaitu Kluster Bah Rose, Bah Ketil dan Bah Lunas di mana ianya amat membimbangkan. Wujud persoalan di kalangan rakyat Negeri Kedah, adakah ketiga-tiga Kluster baru ini sebenarnya Kluster ‘Super Spreader’ yang sama puncanya?

Lebih mengecewakan ialah kejadian yang melibatkan EXCO Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Azman Nasruddin. Sikap tidak bertanggungjawab beliau yang mementingkan diri sendiri dengan tidak membuat swab test dan kuarantin diri sendiri setelah pulang dari Sabah berkempen untuk Kerajaan Perikatan Nasional amat mendukacitakan. Akibat dari sikap beliau ini menyebabkan isteri beliau yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang positif Covid-19. Ini sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19. Sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari. YB Azman Nasruddin juga telah menghadiri pelbagai program rasmi Kerajaan Negeri dan beberapa program di Langkawi pada 27hb September 2020.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah bersimpati dengan keadaan kesihatan beliau dan seluruh keluarga serta mendoakan agar beliau cepat sembuh. Walau bagaimanapun, salah tetap salah. AMK Kedah menuntut YB Azman Nasruddin untuk memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Kedah termasuk kepada semua ibu bapa serta guru-guru SK Permatang Janggus.

YB Azman Nasruddin wajib meletakkan jawatan beliau sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan segera. Ini melibatkan isu Integriti beliau sebagai seorang pemimpin Negeri yang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku.

AMK Kedah juga mendesak YB Azman Nasruddin didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Jangan wujud layanan dua darjat antara rakyat marhaen dan pemimpin politik.

Adakah Kerajaan Negeri Kedah atau pihak berwajib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebagaimana tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap lelaki yang menjadi punca bermula dan merebaknya Kluster Sivagangga dulu? Setiap rakyat di Malaysia harus dilayan serta dibicarakan dengan adil dan saksama. Hak keadilan itu perlu diutamakan.

Sekian. Terima kasih.

MOHAMMED FIRDAUS JOHARI

KETUA

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI KEDAH

 

DIVA AA KENA HAMPUT...


RINA HAMZAH

 Apa dah jadi dengan mereka bertiga nih yer masing-masing Gila berat. Aku dengar rawatan renjatan electric mampu kurangkan sakit gila! Cer bagi renjatan sekali sorang.


kes 1




TOLONG PUN SUSAH, TAK TOLONG PUN SUSAH....TEMPAT MAKAN ANGIN SEMUA PENUH MASA MORATORIUM

 




Sekarang Ramai Pelajar 'Terkandas' Di Universiti. Apa Yang Ebit Lew Nak  Buat Untuk Tolong Mereka Dapat Pujian Ramai – Awattt Syeikhhh Network




HAMDAN TAHA


Kes kes pelajar universiti dan kolej elok lah serahkan kepada keluarga mereka...

Ramai yang membantu tapi rakyat Malaysia ni manja sangat pun tak bagus juga. Kecuali mereka betul betul susah. Tapi jika susah sangat pun logiknya mereka tak akan bole masuk ke universiti dan kolej....

Ada ibu bapa dan masyarakat habis kan duit bercuti sakan dalam tempoh tiga bulan ini dan menariknya yang penuhkan tempat tempat percutian ini 99.9 peratus orang Melayu...

Jom kita ke PD, Melaka,CH dan Langkawi....Pangkor....semua penuh sesak dengan orang Melayu. Saya cuba buat kajian sendiri begitu juga kawan saya. Dalam fikiran saya dan sahabat saya hotel lima bintang di KL dan di lokasi lokasi tetentu dah pasti kosong....manakan tidak pelancong luar negara tak ada....kita pun cuba lah buat panggilan....tapi untuk hujung minggu...jumaat dan saptu juga ahad....mengejutkan penuh bro....hebatnya rakyat Malaysia....

Saya juga ada rakan rakan dalam industri perhotelan. Jelas jika tanya mereka pelangan sekarang semua Melayu....Cina dan India ni takut mati kata seorang rakan pada saya. Mereka betul betul takut kepada virus 19 ini dan tak sibuk pula nak bercuti dan buat hari keluarga musim musim ini....saya rasa di seluruh dunia sekarang ini orang Melayu sahaja yang bukan main lagi buat perjumpaan hari keluarga di pusat pusat pelancungan di musim sekarang....kerana kerajaan bagi peluang pada rakyat tak perlu bayar duit kereta dan rumah selama 6 bulan....horeeeyyyy enjoy bro....

Orang cina sekarang ni berhati hanti dan bagi mereka bukan masanya untuk suka suka dan cuti cuti Malaysia. Rakyat Malaysia bukan saja ke sabah kerana politik yang pergi enjoy bercuti pun beribu ribu orang....airasia ke sana penuh brooo....siapa tu orang Melayu bro....

Tiba tiba kecoh kita satu Melaya ada anak anak susah sampai ada yang tak makan sebab penanguhan masuk ke kolej. Sikit punya hal jer...setakat tambang bas....dan duit minyak ayah hantar ke kolej tu biasa la bro....

Marah lah org saya kata begini....tapi sampai ada yang sediakan bas van dan buat kutipan ....sampai UPSI pun terpaksa buat teguran....ini sebenarnya salah dan kesilapan menteri dan kementerian pengajian tinggi dalam urusan media dan penjelasan yang tepat sahaja....saya kira selepas ini tugas buat arahan kepada kolej dan universiti ini serahkan kepada KSU atau KP tak perlu lah Menteri buat kenyataan.....tugas menteri buka itu.....nampaknya menteri pengajian tinggi ini perlukan team di pejabat menteri yang baik dan bagus....kesian kat dia

Zarina Abdol

Majid

Zarina Abd Majid

 

 

Banyak prosedur, Naib Canselor UPSI minta Ustaz Ebit mohon maaf terbuka...pulak....tak yah la Ustaz..

 

Naib Canselor UPSI minta Ustaz Ebit mohon maaf terbuka


21 POSTING SEHINGGA KINI....LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 

TALIAN TERGANGGU...PERJALANAN KE PENEMPATAN JAUH DI PEDALAMAN.


AKAN MENYUSUL LAGI BERITA..TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA.



TAK PERLU PRK BATU SAPI, BERI SAHAJA WARISAN MENANG?


GERAK98 DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM MALAM INI - KARTEL MASIH DIPELIHARA DI SELANGOR?





Malam ini, GERAK98 akan berada di Bukit Jelutong, Shah Alam. Di Selangor, masalah utamanya adalah masih banyak saki baki kartel belaan si kitol yang masih berleluasa dan diberi tempat bahkan menjadi bakal calon pilihanraya nanti.

Mengapa ini berlaku? Siapa yang tidak menghormati keputusan parti apabila melantik Penyelaras Dun yang bermasalah? Wajarkah MB Selangor diganti kerana tiada keberanian untuk membawa inspirasi parti di dalam menghapuskan saki baki pengkgianat?

GERAK98 bersama Sdr Ezam akan mengulas isu panas ini di Shah Alam. Mohon hebahkan!!

WFAUZDIN NS




MUDAH SAHAJA NAK DAPATKAN ANUGERAH LEBAI...

Image may contain: 1 person, text that says "Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ustaz Ahmad Dusuki dinobatkan sebagai IKONDAKWAHYADIM "Semoga dengan penganugerahan sebagai Ikon Dakwah ini dapat mengembangkan dakwah yang lebih luas dalam segenap lapisan masyarakat. Syabas Tahniah YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN Daripada AMAN RAZALI Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Ahli Parlimen Kuala Nerus"


W.FAUDZIN

 Bukan susah nak dapat anugerah dari lebai. KPI nak jadi ikon dakwah:

1. Banyakkan fitnah terutama kepada DAP .(Ada atau tidak? ada....)
2. Karang cerita kubur/alam ghaib.(Ada atau tidak? Kerap ada dalam kuliah )
3. Jual air jampi.(Ini bukan jual tapi selalunya ada atas permintaan orang ramai dan kemudian orang sedekahkan)
4. Kerap buat live waktu solat tahajud.( Yang ini ada...Kah....)
Itu je.




SOALAN YANG PATUT KHALID SAMAD JAWAP KEPADA PENYOKONG PH PRO DSAI.

 



TERUS TERANG saya dah TAK tahu nak kata apa dgn Khalid Samad ni. Saya anggap dia salah seorang PUNCA PH berpecah. Lalu dalam kebuntuan itu, despite all he has said, saya rasa kita perlu tanya TIGA persoalan UTAMA ini....

1) APA KAMU DAH BUAT ATAU KATA BILA MANA PT95 ASYIK MENYERANG DSAI DGN PELBAGAI TUDUHAN DAN TOHMAHAN seperti Gila-gila nak jadi PM, Liberal, TIDAK disokong oleh orang Melayu, TIDAK bawa manfa'at pada kabinet lalu, jumpa Raja2, jumpa org lain kritikal terhadap dia (PT95), tak sokong dia masa jd PM dan berkomplot lawan dia atau nak rampas jawatan PM selepas diberikan pengampunan? APA KAMU DAH KATA ATAU BUAT Khalid Samad?

2) APA KAMU DAH KATA, BUAT ATAU TEGUR APABILA AHLI-AHLI AMANAH YANG BERJAWATAN, DEKAT DENGAN KAMU DAN MAT SABU, DIN AYUB DAN MAHFUZ OMAR SETIAP HARI MNYERANG DSAI dengan pelbagai penghinaan, herdikan, perli, kecam, tuduhan, fitnah dan memperlekehkan yang mana kami ada Screenshots bukti mereka melakukannya sehingga ke saat ini?? APA KAMU INGAT LUKA YANG KAMU DAN ANAI-ANAI PANtuk "TOREH" ke atas penyokong-penyokong PH yang pro DSAI boleh hilang dengan hanya melupakan begitu shj dan tidak diungkit-ungkit lagi?

3) PIHAK mana yang tidak reti nak berhenti, "HIT BELOW THE BELT" dan MELAMPAUI BATAS dalam MUAFAKAT?? Pernah kamu tekankan PT95, pejuWANG, Shafie Apdal, Warisan dan Anai2 PANtuk #K3 sepatutnya sokong DSAI dan PH?

You tell us (PH supporters) Khalid Samad..!! Kalau tak mampu jawap dgn memuaskan, elok Khalid Samad SHUT the Fuck Up..!!

- Zus Din





04 Oktober 2020

 

KENAPA GUAN ENG TAK BALAS SURAT KELUAR DAP ZAID IBRAHIM ?

 

Barangkali ramai yang tidak menyedari bahawa Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, bukan lagi ahli DAP sekarang ini.

Ia mungkin antaranya kerana beliau agak memencilkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkembangan politik negara sejak mutakhir ini.

Beliau bagaimanapun sebenarnya telah keluar DAP sejak beberapa bulan dulu lagi.

Zaid telah mengutus surat memaklumkan keluar daripada DAP pada 15 April 2020 yang lalu.

Ketika itu, PKP sedang dilaksanakan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19.

Surat memaklumkan berhenti menjadi ahli DAP itu dihantarnya melalui email kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Bagaimanapun, menurut Zaid, tiada balasan diterimanya daripada DAP sehingga ini berhubung surat yang dihantarnya itu.

Mengapa Guan Eng tidak membalasnya atau memaklumkan kepada media bahawa Zaid bukan lagi ahli DAP?

Adakah DAP tidak mahu tindakan Zaid keluar parti itu diketahui umum?

Seterusnya, tambah Zaid lagi, beliau mahu berehat dahulu buat masa ini dan belum memikirkan lagi untuk menyertai mana-mana parti.

Bulan lalu, beliau menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital swasta di ibu kota dan antara yang datang menziarahinya ialah bekas Perdana Menteri, Najib Razak. (Shahbudindotcom 04/10/2020)




PELAJAR TERKANDAS: BEZA DR MASZLEE DAN MUFTI


ELAK GELOMBANG KETIGA, PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19


SENARAI 121 MP SOKONG ANWAR PM9 BUKAN DARI KEADILAN


PIBG SK Permatang Janggus desak Exco Kedah mohon maaf dan bayar pampasan!

 KEDAHKINI

PIBG SK Permatang Janggus desak Exco Kedah mohon maaf dan bayar pampasan!


Kami dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Janggus, Pulau Pinang menuntut agar EXCO Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada semua ibu bapa dan guru-guru SK Permatang Janggus kerana sikap tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan.




EXCO Kerajaan Negeri yang merupakan pemimpin utama negeri Kedah beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan kuarantin diri beliau setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional.

Namun, setelah pulang dari Sabah, beliau bertindak mementingkan diri dan tidak membuat swab test sebaik pulang. Kejadian ini menyebabkan isteri beliau yg merupakan guru di sekolah kami positif.

Kami menuntut permohonan maaf rasmi dan bayaran pampasan kerugian kepada pihak pelajar dan guru SK Permatang Janggus oleh YB EXCO Azman Nasrudin.

Tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab menyebabkan anak-anak kami merana dan mengalami kesusahan. Mereka tidak boleh meneruskan pelajaran dan terganggu kehidupan.

Kami jugak mendesak agar isteri YB Azman Nasrudin dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya.

KENYATAAN MEDIA PIBG SK PERMATANG JANGGUS

Kami dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Janggus, Pulau Pinang menuntut agar EXCO Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada semua ibu bapa dan guru-guru SK Permatang Janggus kerana sikap tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan.

Sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang merupakan pemimpin utama negeri Kedah beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan kuarantin diri beliau setelah pulang dari Sabah berkempen untuk kerajaan Perikatan Nasional. Namun, setelah pulang dari Sabah, beliau bertindak mementingkan diri dan tidak membuat swab test sebaik pulang. Kejadian ini menyebabkan isteri beliau yg merupakan guru di sekolah kami positif.

Kami menuntut permohonan maaf rasmi dan bayaran pampasan kerugian kepada pihak pelajar dan guru SK Permatang Janggus oleh YB EXCO Azman Nasrudin. Tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab menyebabkan anak-anak kami merana dan mengalami kesusahan. Mereka tidak boleh meneruskan pelajaran dan terganggu kehidupan.

Kami jugak mendesak agar isteri YB Azman Nasrudin dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya.

PIBG SK Permatang Janggus

Image may contain: 1 person, sitting

PATUT NAZRI AZIZ SURUH DIA SERTAI BERSATU...

 

NIZAM AKA

Wahhh..Begitu sekali Nuar Musa jilat Bersatu?Sanggup langgar geng sendiri demi nak terus berkawan dgn Bersatu yang telah perkecilkan dan perlekehkan Umno?Sanggup sanggah Tim Presiden,Mohd Hassan sendiri kerana pertahankan Bersatu?Masih nak jilat PPBM walaupun Umno telah diaibkan dan dimalukan seteruk-teruknya oleh PPBM..Walaupun jelas Bersatu yang permainkan dan perkudakan Umno?

Last-last Nuar Musa dicabarkan oleh orang kuat Umno,Nazri Aziz supaya join sahaja Bersatu jika hati dan perasaan lebih menyayangi Bersatu..Beranikah Nuar Musa sahut cabaran Nazri?Kalau tak berani,maka jelas Nuar Musa adalah ahli politik yg paling dayus dan pengecut..Image may contain: 5 people, including Khairul Hilmi Che Ali, text that says "Desakan Mohd HassanKata Mohd Hassan. Tok Mat desak Zahid bawa Umno keluar dari mkk PN secepat mungkin ONLINE October UMNO Online @umnoonline 2020 5:30 pm Kembalikan UMNO Ke Landasan Sebenar... Kerjasama Politik Tidak Menguntungkan Mohamad Hasan Translate Tweet Nazri Cabar Annuar.. HOME SABAH POLLS NEWS BERITA Dia boleh pergi, masuk PPBM, kata Nazri kepada Annuar OPINION Jawab Nuar Musa.. Annuar Musa @AnnuarMusa Apa ITU landasan sebenar..?? Translate Tweet UMNO Online @umnoonline 4h Kembalikan UMNO Ke Landasan Sebenar... Kerjasama Politik Tidak Menguntungkan Mohamad Hasan umno-online.my/2020/10/1/kem.. BeahiT Aziz ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nazri PM 01 Oct 20 Twitter for Android"