Tak perlu PRK Batu sapi, beri sahaja Warisan menang?
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menyeru semua parti politik tidak bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong.
Jelasnya, tumpuan harus diberikan kepada usaha membela nasib rakyat terutama di kala berlaku peningkatan kes Covid-19 seluruh negara.
“Takziah. Rasanya pilihan raya kecil (PRK) tak perlu ada pertandingan. Bagi sahaja Parti Warisan Sabah (Warisan) menang tanpa bertanding.
“Tumpu bantu rakyat adalah lebih baik,” katanya dipetik.
Vui Keong meninggal dunia sekitar jam 11.30 pagi hari ini selepas mendapat rawatan di sebuah hospital dekat Kota Kinabalu, Sabah.
Mendiang sebelum ini menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dilapor mengidap sakit radang paru-paru.
Terdahulu, rata-rata orang ramai termasuk orang kenamaan mengucapkan takziah kepada keluarga Vui Keong sambil menyifatkan mendiang sebagai pemimpin amat disegani.