HADI...JEMIN...MUHYIDDIN....LAGU MANA NI??? MELAYU ISLE...MELINGKUP DAH...
MOHD SHAH RIM
Honda, Toyota menghentikan operasi mereka kerana PKP, Honda
seperti dilaporkan oleh ( https://asia.nikkei.com/Location/Southeast-Asia/Malaysia)
dijangka kembali beroperasi setelah PKP sementara Toyota pula tidak menyatakan
bila akan kembali beroperasi, kilang Sony di Prai pula menutup operasi setelah
36 tahun melabur diMalaysia, seramai 1,800 pekerja tempatan kini penganggur dan
pasti memberi tekanan kepada mereka dan ahli keluarga.
Kadar pengangguran di Malaysia 17.1 % juga adalah paling tinggi
pernah direkodkan sejak 35 tahun iatu 7.4 pada tahun 1986.
Negara berhadapan dengan krisis, kerana tiada pelaburan masuk
bagi mengerakkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan sepanjang
PN masuk melalui pintu belakang..
APA KHABAR PADA PENDOKONG PN??
DIKTATOR KATA ORANG LAIN DIKTATOR
W.FAUDZIN
Uweekk...nak muntah aku. Diktator tuduh org lain diktator. 2 X 5, 5 X 2.
Toyota dan Honda tutup operasi kilang di Malaysia?
Toyota Motor dan Honda Motor telah menghentikan operasi di beberapa kilang di Malaysia, kerana PKP yang dikenakan oleh kerajaan untuk memerangi lonjakan jangkitan koronavirus.
Toyota menutup dua loji pemasangan pada hari Khamis. Ketika ditanya bila kemudahan akan dibuka semula, wakilnya mengatakan bahawa “keputusan akan dibuat kemudian.”
Honda menangguhkan pengeluaran di dua kilang pada hari Rabu. Satu kilang membuat roda dua sementara yang lain menghasilkan kenderaan roda empat. Pembuat kereta Jepun itu merancang untuk membekukan operasi sehingga 26 Januari, apabila PKP tamat.
Pada tahun 2019, Toyota mengeluarkan kira-kira 61,000 kenderaan di Malaysia, termasuk subkompak Yaris dan trak pikap Hilux. Kapasiti tahunan Honda di pasaran ialah 300,000 roda dua dan 100,000 roda empat, seperti sedan Civic dan Accord.
Perodua, pembuat kereta nasional yang disokong oleh syarikat kereta Jepun Daihatsu Motor, juga menghentikan pengeluaran pada hari Khamis. Perodua menjual 220,000 kenderaan tahun lalu, memegang bahagian pasaran teratas melebihi 40%.
Malaysia membuat satu lagi perintah PKP pada hari Rabu yang melarang perjalanan antara negara ke mana sahaja di negara ini. Bagi lapan wilayah termasuk ibu kota, Kuala Lumpur, orang di luar industri penting dilarang pergi bekerja.
Pemasangan kenderaan pada awalnya termasuk dalam senarai industri penting, sehingga kerajaan secara rasmi memberi pengecualian pada saat-saat terakhir pada Selasa malam. Pengeluaran kenderaan juga ditangguhkan semasa penutupan yang dilaksanakan pada bulan Mac 2020.
Malaysia adalah pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, di belakang Thailand dan Indonesia. Keluaran dalam tempoh Januari-November tahun lalu turun 19% kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Tetapi pembuat kenderaan telah menuju pemulihan kerana pengurangan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi. Langkah itu menyasarkan penjualan kenderaan penumpang. Hasilnya, pengeluaran kenderaan melebihi jumlah tahun sebelumnya bermula pada bulan Jun.
Ahli Parlimen Bayan Baru lancar kempen 1 Keluarga B40, 1 Komputer
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin melancarkan kempen 1
Keluarga B40, 1 Komputer bagi membantu murid-murid daripada golongan kurang
berkemampuan mengikuti kelas atas talian setelah tidak dapat ke sekolah sejak
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.
Justeru, beliau berkata kempen itu mengalu-alukan derma berupa komputer, laptop, ipad dan smartphone lama untuk diperbaiki yang kemudiannya akan diedarkan secara percuma kepada murid-murid dan pelajar keluarga B40.
Katanya, murid-murid dan pelajar hanya dapat menghadiri sekolah 3 bulan sepanjang 2020, dan masih belum menghadiri sekolah sejak 2021 sekali gus menjadi "lost generation" kerana peluang pembelajaran mereka terbantut.
"Kementerian Pelajaran ingin menggalakkan pembelajaran secara atau talian, tetapi kebanyakan keluarga B40 tidak mampu memiliki komputer, laptop, iPad dan smartphone. Mungkin ibu bapa ada, tetapi tidak mencukupi jika keluarga mempunyai beberapa kanak-kanak.
"Untuk mengelakkan "lost generation" daripada terus keciciran pembelajaran, kami dari Parlimen Bayan Baru akan mengutip komputer, laptop, iPad dan smartphone lama, kemudian diperbaiki oleh sekumpulan sukarelawan mahasiswa, kemudian kami akan memberi secara percuma kepada murid-murid dan pelajar B40," katanya.
Tambah Sim, derma berbentuk 'micro-fundraising' RM50 atau ke atas turut dialu-alukan untuk menggantikan hard disk, ram, video card yang rosak.
"Sasaran kami adalah mendapat 400 peranti dalam 14 hari. Setakat ini sudah ada 350 pelajar telah memohon kepada kami. Maka keperluan amat mendesak," katanya.
Sebarang derma dan sumbangan berbentuk kewangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru bernombor 5570-5461-1829.
8 bulan lagi baru rakyat dapat vaksin? Ini tidak boleh diterima - Xavier
Posted By Amir WRLR
Naib Presiden KEADILAN, Dr. Xavier Jayakumar membidas keputusan
kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan bahawa rakyat hanya akan
mendapat vaksin pada suku ketiga tahun ini.
Beliau berpendapat kerajaan PN seolah-olah tidak serius dalam usaha untuk mendapatkan vaksin lebih awal.
"Pengumuman yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertugas untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sangat mengecewakan.
"Ini menunjukkan kurangnya usaha yang jelas dilakukan oleh kerajaan PN bagi membuat persiapan awal untuk vaksin tersebut. Sebaliknya, mereka lebih berminat untuk memegang tampuk kekuasaan daripada kesejahteraan rakyat.
"Sekarang Khairy telah menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan mendapat akses kepada vaksin pada suku tahun ketiga 2021, sekitar 8 bulan dari sekarang, seolah-olah mengatakan bahawa darurat akan berterusan hingga akhir tahun ini, sementara negara terus menderita kerana ketidakcekapan kerajaan," katanya.
Justeru, Xavier yang juga bekas Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli menggesa kerajaan memberikan fokus penuh atau undurkan diri sahaja jika sudah tidak mampu untuk mentadbir negara.
"Ini sama sekali tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya perancangan dan tidak menunjukkan tanda terdesak. PN harus berhenti berpolitik dan menumpukan perhatian pada kesejahteraan negara.
"Sekiranya kerajaan ini tidak mampu menangani keadaan itu, PN harus mengundurkan diri kerana sangat jelas bahawa ia tidak lagi memegang majoriti di Parlimen," katanya.
PM..BILA NAK DISUNTIK DENGAN VAKSIN?
AZRUL AMIRUDDIN
Reccep Tayyep Erdorgan dah,Jokowi dah,Hsien Leong dah..sekarang
rakyat Malaysia nak tanya..ABAH SUDIN SEMBAB..bila lagi nak jadi
orng pertama kena suntik vaksin di negara ini?
ORANG LAIN KALAU BUAT DIKATAKAN GILA KUASA..TAPI KALAU KENA PUAK DIA ..OWWHHH....
FAEZUDDIN PUAD
1. Segerombolan politikus berkumpul di Sheraton merancang dan
melakukan rampasan kuasa daripada Kerajaan PH pada hujung Februari tahun lalu -
tak gila kuasa cuma selamatkan negara daripada DAP.
2. Satu per satu kerajaan negeri yang diterajui PH seperti
Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Perak ditumbangkan PN - oh tukar kerajaan saja,
tak gila kuasa.
3. Pemimpin politik yang mempunyai cita-cita untuk menjadi
Perdana Menteri sekali lagi buat kali ketiga - dia minta 6 bulan saja, ini tak
gila kuasa.
4. Seorang PM yang telah hilang majoriti dalam parlimen,
langsung tiada hasrat meletakkan jawatan sebaliknya sanggup lakukan apa sahaja
untuk pertahankan pembentukan kerajaan sedia ada walaupun dengan cara yang
cukup kotor - tak mengapa sebab dia pandai baca doa, tak gila kuasa.
5. Tapi apabila Anwar Ibrahim utus saja surat kepada DYMM Yang
Di-Pertuan Agong pohon ditamatkan darurat lebih awal dengan disertakan
alasan-alasan yang rasional - oh Anwar Ibrahim gila kuasa! Padahal sememangnya
darurat boleh ditamatkan lebih awal sebelum 1 Ogos sepertimana diberitahu oleh
Bapa Perutusan Khas (BAPAK).
6. Sekiranya orang lain ada cita-cita hendak menjadi PM, itu
bukan satu masalah asalkan bukan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim saja gila
kuasa.
7. Yang rampas kuasa daripada orang lain - tak gila kuasa. Anwar
Ibrahim nak kembalikan mandat rakyat - tak boleh, gila kuasa.
8. Kes Covid-19 naik salah Anwar Ibrahim, kerajaan pohon darurat
salah Anwar Ibrahim, lambat dapat vaksin salah Anwar Ibrahim, pelabur lari
salah Anwar Ibrahim, semua yang berlaku salah Anwar Ibrahim? KJ tersembam muka
atas jalan pun salah Anwar Ibrahim?
9. Hebatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim? PM gagal tapi
yang dituduh gila kuasa dan salah adalah Anwar Ibrahim. Simpati saya buat
beliau.
10. Jangan khuatir, InshaAllah, Allah akan bersama dengan orang
yang benar. Moga terus diberikan kekuatan buat
untuk terus berjuang demi rakyat Malaysia.
Wallahualam, amin.
DARURAT – ANTARA KONSENSUS DAN PERCANGGAHAN
1. Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang berbeza pandangan kepada satu keperluan mendesak untuk tangani pandemik global yang melanda negara. Ia menjadi konsensus atau persetujuan secara ijmak bahawa mengatasi covid 19 adalah tanggungajwab nasional setiap warganegara.
2. Sebab persetujuan mutlak adalah kerana setiap kita mesti membina ketahanan nasional sebagai benteng terakhir bagi menyelamatkan negara dan warganya dari dihancurkan oleh penangan wabak ini.
3. Kita bersetuju secara konsensus bahawa kesan paling utama terjejas teruk adalah aktiviti ekonomi ke atas setiap rakyat di sektor swasta dan yang bekerja sendiri. Penderitaan yang dialami dalam keluarga dan masyarakat adalah tanggungjawab kita bersama untuk kita tangani.
4. Namun negara kita juga pada waktu yang sama melalui krisis politik dengan masalah kerajaan yang lemah dan secara berperlembagaannya tidak ada keabsahan majoriti. Bagaimana konsensus di atas dapat digerakkan bersama jika kerajaan PN hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan tidak mematuhi perlembagaan negara?
5. Sebaik jalan adalah TSMY akur kehilangan majoritinya dan menyerahkan kepada yang ada majoriti melalui proses perlembagaan jua supaya sebuah kerajaan yang sah dapat dibentuk dan berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat untuk mengatasi masalah pandemik ini.
6. Tanggungjawab kerajaan baru adalah meneruskan peruntukan undang-undang yang ada dengan mengukuhkan konsensus mengatasi isu penularan dan peningkatan covid 19. Pada waktu yang sama tanggungjawab kerajaan baru ialah mengembalikan demokrasi dan kepercayaan orang ramai terhadap insitutusi pemerintahan dengan mengambil masa sebelum pembubaran wajib pada tahun 2023 untuk tujuan tersebut. Kerajaan baru ini adalah kerajaan yang membentuk satu konsensus lebih besar yang dinamakan sebagai KERAJAAN KONSENSUS NASIONAL.
7. Tiada percanggahan dari sudut membentuk ketahanan nasional dalam mengatasi covid 19 malah ia adalah satu konsensus. Percanggahan pendapat hanyalah kepada cara mengatasi krisis politik yang pada hemat kami harus kembali kepada peruntukan perlembagaan tanpa berkompromi pada asas-asas demokrasi. Parlimen dan DUN tidak perlu digantung. Malangnya darurat telah mengurangkan semua peruntukan demokratik malah juga hak asasi dan institusi keperwakilan tidak lagi berperanan secara sepenuhnya.
Kita bina konsensus bersama dan cari jalan penyelesaian lebih tuntas dalam perbezaan kita memahami pendekatan mengatasi krisis politik yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan dan politik.
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden AMANAH
15 Jan 2021.
SILA JAWAB WALAUNCAI...NI APA CER..BUKAN ANGKARA PH ATAU DAP....
Kerajaan PN mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit Tabung Haji?
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan Jaminan Kerajaan termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha untuk menanggalkan keistimewaan yang ada pada institusi unik umat Islam itu dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri Jaminan Menyeluruh Kerajaan ke atas wang pendeposit Tabung Haji (TH).
“Sesungguhnya, TH adalah institusi yang cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi ummah sejak ditubuhkan pada 1963.
“Justeru, Pemuda UMNO menggesa Menteri Agama tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini akan terus mempertahankan Jaminan Kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Asyaf dalam kenyataannya turut menghuraikan apakah maksud Jaminan Kerajaan.
“Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam TH adalah dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan.
“Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit,” katanya.
Begitu juga beliau mempersoalkan mengapakah ianya hendak dipinda.
“Keistimewaan TH yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain.
“Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM),” ujarnya.
Tambahnya lagi, tindakan untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 itu pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan (level playing field) dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak.
“Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman Pakatan Harapan (PH) di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini,” katanya lagi.
JANGANLAH BUSUK HATI...
AWANG BIN AHMAD AWANG
Kita jaga kita. Hati biarlah baik. Jangan biarkan orang ramai
dok mengata "dari muda hingga ke tua hatinya sentiasa busuk". Dalil
itu dalil ini...mengelirukan akidah orang ramai..sikap busuk hati jangan ada
atau…memang sikap Melayu kot…busykkkk
Wallahu a'lam...
BAHAN TERBAIK KALAU NAK CAKAP PADA WALAUN DAN MACAI BODO UMNO: TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!
BERSATU MELAYU ISLE LA SANGAT..LEBAI HADI DAH KELUAR FATWA DEMI JAWATAN DAN KELOMPOK PENGUASA YANG MERAMPAS DAN TERLIBAT DALAM PEGKHIANATAN. JADINYA TAK BOLEH PAKAI KALAU SAMA SAMA TERLIBAT DENGAN REGIM KLEPTOKRASI.PEEEGEEEDAHHH......
COPY
POSTER BY AMIR WRLR
TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!
Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah,
Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP..
Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan
Melayu Islam kena di Pertahankan..
Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu
Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds
Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan
Islam Bersatu pun.. ?
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak,
Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi
apa beza kalau DAP perintah pun...
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana
Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan
tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2
Penjajah dan Toghut..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati
akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap
berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun..
Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang
Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa..
Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua
Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani
Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib... dulu
salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin
teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin
PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni
sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap
memuncak..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh
angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin
suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila
wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa
tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan
tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu..
Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah
Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS
Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...
Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti
Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat..
Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah
berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga
untuk berjamaah..
Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti
rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam
selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...
Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu
mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya
lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang
penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..
Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO
mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan
pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti
Utara dulu..
Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam
ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO
sendiri...
Pas dan Trump sama ‘sebiji’, kalah pilihanraya tapi nak jadi kerajaan, kata Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyifatkan Pas menurut jejak Donald Trump yang dikenali sebagai pemuja keunggulan orang kulit putih (white supremacy).
Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 sejak tahun 2016 itu juga didakwa menghasut penyokongnya menyerang ganas bangunan Capitol minggu lalu.
“Saya berucap di Parlimen menentang kempen ‘white supremacy’ yang dibawa oleh Trump.
“Tetapi Pas perjuangkan ‘Malay supremacy’ demi peroleh kuasa walaupun tidak ada satu pun isu Melayu Islam yang mereka bisingkan sebelum ini diselesaikan.
“Yang ada lulus judi 22 kali. Pas ikut sunnah Trump. Yang ikut sunnah Trump itu Pas. Kalah pilihan raya tapi nak jadi kerajaan,” ujarnya dalam ciapan di Twitter hari ini.
Untuk rekod, kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi daripada lapan kali setahun pada tahun 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.
Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, Trump mengisytiharkan darurat di Washington DC selepas penyokong menyerang Parlimen iaitu bangunan Capitol kerana takut hilang kuasa.
“Pas dan Trump sama ‘sebiji’. Cara sama. Tujuan pun sama,” tempelak Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.
Beliau turut mengingatkan sikap Pas sebelum ini yang kerap menggunakan alasan kerana Islam untuk pelbagai situasi politik.
“Dahulu ketika lawan Umno kerana Islam, nak kerjasama dengan Umno pun kerana Islam, rampasan kuasa tebuk atap juga kerana Islam, menyokong Muhyiddin mohon darurat untuk pertahan kuasa juga kerana Islam.
“Naikkan cabutan khas judi 22 kali setahun pula kerana apa? Islam jadi bahan gadaian,” tambah Mohamad lagi.
Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil
Pas ada banyak dalil ‘menghalalkan’ kebatilan kerajaan PN – Faiz Fadzil
Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.
Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.
Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).
Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.
Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.
“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.
Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.
“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.
“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.
KEH..KEH...SUNNAH BERSEKONGKOL DENGAN KLEPTOKRAT, PENGKHIANAT DAN BAGAI LAGI MACAMANA LEBAI?MAKAN GAJI BUTA MACAMANA PULAK?
Mereka yang menolak darurat lebih hayati ‘sunnah’ Trump berbanding Rasulullah, kata Abdul Hadi
Pas menyatakan hukum Proklamasi Darurat seperti mana diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah wajib bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menolak perisytiharan itu disifatkan sebagai sudah lupa kepada sunah Nabi Muhammad yang mengajar cara untuk menghadapi darurat wabak dengan kadar dan tempoh tertentu.
Katanya, lebih dikesali, kelompok itu dilihat lebih menghayati ‘sunnah’ Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berpolitik tanpa mempedulikan wabak yang kian kritikal.
“Kami menganggap mereka sudah lupa kepada sunnah Rasulullah yang mengajar cara untuk menghadapi darurat wabak dengan kadar dan tempoh tertentu.
“Darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan. Semua pihak perlu berhenti sekejap berpolitiking, walaupun masih ada yang tidak mahu mengaku kalah dengan apa sahaja tindakannya.
“Darurat adalah kawalan yang wajib ditunaikan oleh kerajaan berdaulat untuk sementara waktu, bukan selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.
Dalam kenyataan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.
Sementara itu, Abdul Hadi menambah, Covid-19 sudah menjadi ancaman terhadap pasukan barisan hadapan yang telah didapati positif, lantas memerlukan tindakan yang luar biasa bagi menangani wabak ini sepenuhnya.
“Cadangan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan telah dipersembahkan kepada Seri Paduka dan Baginda telah melakukan budi bicara melalui musyawarah Majlis Raja-Raja pada peringkat awal.
“Lalu Baginda telah mengambil keputusan yang tidak gopoh dengan memberikan tempoh supaya pihak kerajaan mengambil peluang melaksanakan langkah penyelesaian tanpa darurat, sekiranya dapat diatasi,” jelasnya.
PELAJAR KAMU SEDANG GELAK TERSUNGKUR..KEH...KEH
Hanif Rahamat
Mcm mana lah dia jadi penyelia
untuk student dia ni?? Pensyarah kanan tapi otak kiri. Hello, orang x sekolah
pun tahu impact daripada PKP lah. 6 negeri ni menyumbang lebih daripada 50%
KDNK Malaysia kau cakap xde kesan. Jangan buat malu doctorate tu lah hawaww.
BENARKAH PARLIMEN DIGANTUNG? ADAKAH MUHYIDDIN PERMAINKAN ISTANA?
Shahbudin Hussein
Kalau kita lihat kenyataan media Istana
Negara berkaitan darurat ini, Agong hanya memperkenankan perlaksanaan perintah
tersebut untuk menangani Covid19 semata-mata.
Tidak ada disebut sama sekali tentang
Parlimen digantung dan pilihanraya tidak dibenarkan.
Hanya Muhyiddin yang menyebutnya dalam
perutusan khas beliau kemudiannya.
Soalnya, benarkan darurat Covid19 yang
diperkenankan Agong ini bersekali dengan penggantungan Parlimen dan larangan
pilihanraya?
Jika kenyataan media Istana Negara tidak
terkandung perkara tersebut, bagaimana Muhyiddin boleh menyebutnya?
BERITA VIDEO : MASYARAKAT ISLAM DIGESA TOLAK PEMIMPIN BERIMEJ MUNGKAR DAN MUNAFIK
BERITA VIDEO : RENTASAN 805 | YDPA TOLAK PERMOHONAN PM-8 ISYTIHAR DARURAT BUAT PERTAMA ...
BERITA VIDEO : DARURAT BUKAN PENYELESAI MASALAH
BERITA VIDEO : PM HILANG MAJORITI TAPI ENGGAN LETAK JAWATAN!
ISHHH....ZALIM NYA DAP TERHADAP RAKYAT PULAU PINANG.
PKP: P. Pinang lulus pakej bantuan RM20 juta
Oleh B. Suffian
Berita baik buat warga Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan pakej bantuan kewangan bernilai RM20 juta untuk menghadapi cabaran perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pakej kewangan itu bertujuan memberi bantuan kepada kumpulan-kumpulan sasar yang terkesan ekoran penguatkuasaan semula PKP.
Beliau berkata, kerajaan negeri pada tahun lalu memberikan bantuan kewangan sejumlah RM151 juta kepada banyak orang, perniagaan dan organisasi yang terjejas.
“Kerajaan negeri meminta semua pihak untuk mematuhi SOP yang ada untuk mengurangkan penularan Covid-19.
“Kita perlu sedar bahawa berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sehingga 13 Januari 2021, dari jumlah kumulatif 5,479 kes, 3,246 (59 peratus) adalah warganegara sementara 2,233 (41 peratus) bukan warganegara.
“Adalah jelas bahawa virus itu ada di mana-mana dan siapa saja, sama ada warga tempatan atau warga asing boleh dijangkiti.
“Sehubungan itu, kita tidak boleh leka dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi semua orang di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam semalam (Rabu) sehingga 26 Januari depan.
Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.