APA PUNYA GAFLAH...

 Che Ibrahim. 

Isu cuti mingguan tidak wajar dikaitkan dengan mulia atau tidak mulianya hari tersebut di sisi Islam. Apa yang lebih penting ialah apabila pekerja diberi hak untuk cuti mingguan, maka kerajaan/majikan kepada pekerja itu lebih berhak untuk menentukan hari hari yang sesuai untuk diberi cuti yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak. 


Ambo tidak setuju dengan pandangan hari jumaat perlu dijadikan Hari Cuti Mingguan kerana cuti tidak ada kaitan dengan Islam, ianya adalah hak antara pekerja, majikan dan penguasanya. Tidak ada satu dalil pun yang menggalakkan umat Islam mengambil cuti rehat pada hari jumaat. Terserah kepada Kerajaan untuk menentukan hari yang sesuai untuk dijadikan Cuti Mingguan.



Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengkritik pengumuman bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.


Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu berkata, Jumaat adalah hari yang mulia dalam budaya Islam dan mempunyai pengertian yang besar bagi masyarakat Islam di seluruh dunia.


“Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor."


Berita penuh: https://mk.my/uPJGjZO



MAKLUMAT EKONOMI

 

Maklumat terkini dari Bank Dunia ini bakal menjadi pembakar semangat kepada kesemua pemegang taruh terutama dari sudut perkhidmatan awam untuk terus bekerja keras demi negara.



Keberadaan negara di landasan sekarang adalah hasil kerja keras dan usaha reformasi semua pihak berkepentingan yang terlibat.


#KementerianEkonomi

#MalaysiaMadani

#taatsetia



𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗞?



✍️ Ahmad Mursi  


1.  Bagi negeri-negeri yang menetapkan cuti pada hari Jumaat untuk memudahkan solat Jumaat, itu langkah yang baik. 


2.  Namun, tidak tepat untuk mengatakan bahawa negeri tersebut lebih "Islamik" berbanding negeri-negeri lain yang menetapkan cuti pada hari Ahad. 


3.  Firman Allah SWT: "𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯! 𝘈𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘶 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘨𝘦𝘳𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙗𝙚𝙡𝙞" (Surah Al-Jumu'ah: 9), yang menunjukkan bahawa umat Islam juga terlibat dalam perniagaan atau pekerjaan pada hari Jumaat. 


4.  Kemudian Allah berfirman lagi: "𝙎𝙚𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙙𝙞 𝙢𝙪𝙠𝙖 𝙗𝙪𝙢𝙞, 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙖𝙧𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙧𝙣𝙞𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝" (Surah Al-Jumu'ah: 10). 


5.  Maksudnya, setelah solat Jumaat, umat Islam dianjurkan untuk kembali melakukan aktiviti seperti berniaga, bekerja, atau mencari rezeki yang merupakan 'kurnia Allah', yang merujuk kepada manfaat duniawi dan ukhrawi (Tafsir Ibn Kathir). 


6.  Dalam Islam, ibadah khusus itu penting, namun mencari nafkah juga adalah satu kewajiban yang penting bahkan menjadi satu ibadah jika niatnya baik.


7.  Ini tidaklah menafikan kepentingan Hari Jumaat buat umat Islam sebagai penghulu segala hari, hari mustajab doa, dilipatgandakan pahala amalan, dan juga hari di mana kiamat akan berlaku, serta kelebihan-kelebihan lain.


8.  Islam tidak seperti sebahagian penganut agama Yahudi atau Kristian (tidak semua) yang melarang sebarang bentuk kerja dan mengkhususkan hari Sabat (dari gelincir matahari Jumaat hingga gelincir matahari Sabtu) atau Ahad untuk ibadah.


9.  Islam memudahkan dalam soal pemilihan hari cuti, dan ini hanyalah berkaitan dengan Siasah Syariyyah yang melihat kepada maslahah (kepentingan umum) yang telah ditentukan oleh pihak pemerintah. 


10.  Di Johor khasnya, terdapat juga rungutan mengenai waktu cuti yang berlainan antara suami, isteri, dan anak-anak, lebih-lebih lagi jika bekerja di negeri yang berlainan atau di Singapura atau berbeza swasta dan kerajaan. Ini menghadkan waktu cuti bersama keluarga.


11.  Sebahagiannya ada yang selesa melakukan aktiviti keluarga serta bermusafir pada hari cuti Sabtu dan Ahad, dengan mengambil rukhsah (keringanan) tanpa terikat dengan kewajiban solat Jumaat. Mazhab Syafi'i mensyaratkan musafir dimulakan sebelum Subuh untuk membolehkan solat Zohor menggantikan solat Jumaat.


12.  Ada yang kata, cuti hari Jumaat akan menyebabkan kurang individu culas solat Jumaat. Ada juga pandangan bahawa, komitmen individu untuk hadir solat Jumaat lebih besar semasa berada di pejabat, berbanding jika mereka berehat di rumah pada hari cuti. Wallahua'lam.



SIKAP SOMBONG PERASAN DAH KUAT. HATI HATI DENGAN KESOMBONGAN.

 

Terima kasih kepada 𝗔𝘀𝘆𝗿𝗮𝗳 𝗪𝗮𝗷𝗱𝗶 atas kenyataan ini. Tapi kenyataan begini sahaja 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗱𝗮𝗶. Natijah dari kenyataan yang dikeluarkan beberapa pemimpin UMNO 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.



Kebiadaban dan kesombongan 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹, 𝗡𝘂𝗿𝗷𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 dan Ketua Pemuda UMNO Johor 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝘇𝗹𝗲𝗲𝗻 𝗔𝗺𝗯𝗿𝗼𝘀 tak hanya merosakkan reputasi UMNO malahan turut beri 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗛.


Bayangkan sepanjang tempoh kempen, pemimpin PH berusaha memujuk pengundi PH untuk mengundi BN hanya untuk tiga 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵 itu mempersoalkan dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗣𝗛.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Asyraf ini tak cukup tegas untuk mereka yang secara terang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢. Bukankah jelas mereka ini 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻?


Tindakan tegas mesti diambil. Paling tidak pun 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 dan dituruti 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 terhadap PH. Jika tidak, kita akan terus 𝗿𝗮𝗴𝘂𝗶 𝗸𝗲𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 dalam Perpaduan.


Seandainya tindakan tegas tidak diambil terhadap tiga makhluk itu, maka kita boleh 𝘁𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳𝗸𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵! Presiden yang takutkan MKT nya sendiri.


Kami penyokong PH akan terus memerhati dari masa ke semasa perkembangan ini. Kalau keadaan masih tak berubah, jangan terkejut kalau penyokong PH akan bertindak sendiri. Nantikan saja. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Alhamdulillah TV Alhijrah dah insaf.


Ezreien Muhaize




Semoga dapat tambah panjangkan lagi minit on air Ustaz Shamsuri untuk slot² akan datang.


Ajar kitab Bahrul Mazi dalam slot baru pula selepas ni. 



SUDAH SUDAH LA ATOK..


 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗮 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸 ni tak payah la diberikan peluang bercakap. Bukan apa, bila bercakap je merapu. Sampai 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶.



Mahathir kata isu harga air mentah yang dijual kepada Singapura 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽𝗶.


Nak peluang apa lagi tok? Nak masa berapa banyak lagi? Dia jadi PM bulan 22 bulan. Sebelum tu 22 tahun dia jadi PM. 𝗔𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁?


Masa 22 bulan tu pun, bukan di dijatuhkan. Tetapi dia 𝙗𝙚𝙣𝙩𝙚𝙨 𝗸𝗮𝗸𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 sampai tergolek dog. Masa apa lagi yang dia nak?


Kalau dia tak tamak dan 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dari jadi PM, keadaan negara tak jadi sebegini. Banyak isu boleh selesai.


22 bulan pun, kalau cekap, kalau 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁, dia boleh buat. Dalam masa 22 bulan, bermacam isu yang DS Anwar telah selesaikan. Boleh je?


Sudah la tu orang tua. Rehat je la di rumah. 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁 la pulak. Dosa qazaf, memfitnah dan menganiaya DS Anwar serta ramai yang lain tu masih belum terhapus.


Tak payahlah nak merapu. Tapi pelik juga. Mahathir kata kerajaan sekat kebebasan bersuara. Tapi bebas pulak dia merapu. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HANTAR MEMORANDUM & MAHU AGAR PDRM SIASAT PIHAK MENIPU DAN TERBABIT!


Sidang Media dan Penyerahan Memorandum oleh Joseph Prakash Pengasas Pertubuhan Kebajikan Intergriti Persahabatan Nasional berkaitan isu penipuan syarikat pelaburan (Scammer) kepada Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 7hb Oktober 2024 (Isnin)






AKHIRNYA VIDEO KELUAR INTERVIEW CNBC BERSAMA DENGAN PM DS ANWAR IBRAHIM!



ADA JUGA VIDEO INTERVIEW YANG DIPOTONG-POTONG OLEH GENG PEMBANGKANG UNTUK MEMBERIKAN MAKSUD YANG LAIN DAN TUJUAN UNTUK MENJATUHKAN PMX! AKHIRNYA VIDEO KELUAR INTERVIEW CNBC BERSAMA DENGAN PM DS ANWAR IBRAHIM!





ROMBAKAN KABINET PERPADUAN ? SEORANG PEMIMPIN BESAR PN MASUK KABINET ?

DAP BOLEH SAMAN PRESIDEN PAS HADI! PENCERAHAN MANTAP DARI BRO ISWARDY!

HENTI POLEMIK KERAJAAN PERPADUAN DI JOHOR – DAP

 


October 2024


DAP tidak pernah meminta penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor, apatah lagi mengemis sebarang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata DAP menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Shah yang menitahkan tiada pembangkang di Johor sebaliknya hanya ada wakil pengimbang.

“DAP tak akan minta untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri Johor, kita selesa, kita memainkan peranan dan menjadi pengimbang kepada negeri Johor.

“BN menang 40 kerusi, PH ketika itu lawan BN menang 12 kerusi tambah satu kerusi Muda, PN menang tiga kerusi. Jadi BN dengan selesa boleh menubuhkan kerajaan di Johor dengan majoriti yang kuat. Itu hakikat yang kita terima.

“Jadi, saya nak menyatakan pandangan dan pendirian DAP bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan mengemis jawatan kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor, di Johor, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak dalam PH termasuk Amanah terus mendesak supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor susulan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, dua minggu lalu.

Cadangan itu menerima reaksi beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang kemudiannya menimbulkan polemik berterusan antara PH dan BN.

Mengulas lanjut, Loke berkata polemik kononnya PH Johor mahu kerajaan Perpaduan ditubuhkan perlu dihentikan.

Katanya dia juga telah memaklumkan kepada Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor sejak tahun lalu supaya perkara itu tidak dibincangkan.

“Kepada rakan-rakan Umno, pendirian kita jelas, DAP bukan jenis nak mengemis jawatan. Kita nak berada dalam kerajaan, kita lawan dalam pilihan raya, menang dalam pilihan raya, malah apa yang patut kita wakili, kita wakili.

“Itu sebabnya untuk di Johor, nasihat saya untuk ahli-ahli kita bersabar, kita mainkan peranan kita sebagai wakil rakyat, sebagai ADUN, kita berkhidmat dan pastikan kita kuat. Kita menang balik sokongan rakyat, kita pertahankan setiap kerusi kita dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengulas kerjasama antara PH dan BN Johor dalam pilihan raya umum dan PRN16 akan datang, Loke berkata, ia akan dibincangkan bila tiba masanya.

“Soal pilihan raya umum depan, nak bekerjasama apa, apa caranya, apa modelnya kita akan bincang di peringkat pusat. 

“Tak perlu bimbang, tak perlu gusar. Tanggungjawab pemimpin DAP Johor buat kerja betul-betul, berkhidmat kepada rakyat, jaga kawasan baik-baik, jaga kawasan kita sehingga kita menang balik semua kawasan kita. Ini mesej yang saya nak sampaikan,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/721707

 

JKOM – ELOKLAH DITUTUP ATAU SERAH SAJA KEPADA UMNO!!

 

JKOM – ELOKLAH DITUTUP ATAU SERAH SAJA KEPADA UMNO!!

7 October 2024

Jkom Oh Jkom…sudah hampir dua tahun berlalu, masa terbazir dan wang pembayar cukai habis begitu saja tetapi hasil kerjanya tak pernah kelihatan sampai sekarang.

Sudah banyak PRK dan dalam pelbagai isu yang timbul, termasuk sebahagian besarnya melibatkan hentaman kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kewujudan JKom langsung tidak dirasai.

Kalau apa pun “hasil kerja” terkait Jkom yang jadi sebutan hanyalah tentang “video Wahab” yang hasil siasatannya masih disembunyikan hingga sekarang.

Dalam tempoh hampir dua tahun ini, Jkom dikira agensi paling malang kerana terpaksa melantik dua Ketua Pengarah dan kedua-duanya pula ditamatkan perkhidmatan di tengah jalan.

Salah yang dilantik atau salah pihak yang melantik?

Dalam perkembangan terbaru sebagaimana dilaporkan media semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fungsi Jkom akan diteliti semula terutama dari sudut organisasi dan perjawatan.

“Dalam masa yang sama kita berhasrat memindahkan secara fizikal pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi (sekarang ini pejabat Jkom terletak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya).

“Selain itu, fungsi Jkom juga akan diteliti semula,” katanya.

Fahmi juga berkata, pihaknya masih belum menentukan bila perlantikan Ketua Pengarah Jkom yang baharu, selepas perkhidmatan Mohd Khairuddin Othman ditamatkan, akan dilakukan semula.

“Kita belum lagi ke arah itu,” tambahnya.

Adoiiii…apa ni Fahmi, sudahlah belum ada ketentuan bila Ketua Pengarah baharu akan dilantik, sekarang fungsi Jkom pula mahu dikaji semula.

Kenapa setelah hampir dua tahun terbentuk kerajaan madani dan sudah dua Ketua Pengarah dilantik, baru sekarang mahu dikaji semula fungsi Jkom?

Kenapa tidak dibuat kajian di peringkat awal lagi atau sebelum Ketua Pengarah pertama, Dr Agus Yusof dilantik dahulu?

Nak buat kajian tu berapa lama pula?

Enam bulan? Setahun? Dua tahun?

Lepas tu nak pindahkan lagi pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi yang sudah tentu akan mengambil masa berbulan-bulan juga lamanya.

Bermakna, ada tiga perkara masih membelenggu Jkom sekarang – ketiadaan Ketua Pengarah, kajian semula fungsinya dan cadangan pindah pejabat.

Akhirnya, mungkin setahun lagi Jkom akan kekal terkangkang tidak berfungsi sebagaimana sekarang.

Apa pun, gagalnya Jkom berfungsi selama ini bukan saja memperlihatkan kegagalan Fahmi selaku menteri yang bertanggungjawab, malah juga menyerlahkan kegagalan kerajaan madani pimpinan Anwar.

Dipendekkan cerita, jika beginilah gayanya, lebih baiklah tutup saja Jkom ini.

Daripada kewujudannya menyakitkan hati penyokong-penyokong PH yang selalu mengecam atas kegagalan agensi itu berfungsi, baiklah ia dihantar ke tempat persemadian untuk dikebumikan.

Atau pun jika Jkom masih mahu dikekalkan juga, lebih wajar rasanya ia diserah kepada UMNO untuk mengendalikannya.

Menteri-menteri UMNO barangkali lebih pandai berbanding Fahmi untuk menjadikan Jkom benar-benar berkesan mempertahankan kerajaan. – ShahbudinHusin 07Oktober2024.

 

JANGAN PERCAYA HADI AWANG. DIA JADI OENASIHAT PUN TAK BUAT APA UNFUK SYIAR ISLAM BERKEMBANG.

 

ISLAH


Kerajaan Madani nyata lebih berkesan memperkasa Syiar Islam dengan tindakan jelas, bukan sekadar omong-omong kosong. Dari pendidikan hingga undang-undang syariah, banyak inisiatif sudah dilaksana.



Berbanding PAS yang sekadar bersuara, Kerajaan Madani buktikan komitmen dengan langkah nyata. Mana yang lebih penting? Gimik laungan retorik yang diulang-ulang setiap kali kempen atau tindakan tuntas yang terus nampak kesannya? 


Tepuk dada, tanya selera.


Jangan lupa like, comment, share dan follow kami untuk infografik yang padat, terkini, dan mudah hadam.



MUHONG LAH... HANG TAKAT AMBIK SEJARAH USM.. NAK SEMBANG BAB KEJURUTERAAN.


 

PROJEK NAK SURUH ORANG PERCAYA...TAPI TAKUT NAK ISTIHAR HARTA.


 

BUDI MADANI MELAHIRKAN USAHAWAN


 

BIJAK SANA APA... MUHONG LEBIH


 

Projek Pisang Rakyat (PPR), Padang Besar.

Desa HM




Kenapa kami cetuskan idea ini?


✅️ Selepas melakukan program ziarah ke kampung2 sambil menyampaikan sumbangan pack makanan... kami melihat, banyaknya ruang2 tanah kosong di belakang2 rumah yg terbiar, dipenuhi lalang dan semak samun dan tidak dimanfaatkan.


✅️ Kami mula memikirkan, bagaimana utk membantu mereka agar tanah2 itu dpt dimanfaatkan dan memberikan sumber ekonomi kpd mereka.


✅️Kami memilih pisang kerana, itulah satu2nya tanaman yg paling mudah. Pacak dan tinggal pun, akhirnya tetap akan berbuah. Cuma kualiti dan berat buah shj yg berbeza. Tak perlu nak kerap membaja, meracun dan mengawal serangga perosak mcm tanaman2 lain...


✅️Kami buat culculation ringkas. Kalau bantu dgn memberikan anak benih terbaik, setiap pokok boleh menghasilkan tandan pisang yg baik. Setandan pisang yg sederhana baik, boleh dpt minima 20 kg/tandan.


✅️Dgn mengambil kira harga tolak RM 2.50 sekilo (paling rendah), setiap pokok boleh menghasilkan RM 2.50 × 20kg = RM 50.00.


✅️Sebuah rumah atau satu keluarga, akan dpt 20 pokok. Bermakna selepas 8 bulan, peserta tsb akan dpt hasil sebanyak RM 50.00 × 20 tandan = RM 1000.00. 8 bulan tempoh yg ideal utk pokok yg menggunakan benih tisu kultur.


✅️Setiap anak pokok akan melahirkan anak2 baru. Peringkat slps 5 bulan ditanam, hanya satu anak dibenarkan hidup. Selepas 8 bulan induk pertama dah tuai hasil, anak kedua akan mula mengeluarkan jantung. Begitulah kitaran. Hanya sampai anak yg ke tiga shj dibenarkan sblm rawatan tanah dilakukan.

Bererti, dari satu pokok asal, peserta akan dpt tambahan lagi 2 pokok. Ini menjadikan keseluruhan dari mula sehingga tamat satu pusingan, mereka menanam keseluruhan sebanyak 60 pokok.


✅️Keseluruhan, kalau dgn mengambilkira RM 50.00 setandan × 60 pokok, setiap peserta akan mampu utk memperolehi pendapatan sebanyak RM 3000.00 utk tempoh masa selama 14 bulan (8 bln + 3bln + 3 bln)


✅️Itu utk pendapatan, sekiranya penjagaan biasa2. Kalau cukup baja, cukup penjagaan, satu tandan pisang gred A++ boleh menghasilkan antara 40 ke 50 kg setandan.


So, sebagai kesimpulan...


Pertama, 

kami dpt bantu rakyat. Nak bantu dgn duit, kami bukan jutawan. Nak bantu dgn bakul makanan, berapa hari boleh kekal.


Kedua, kami dpt bantu negara dan kerajaan. Kurangkan jumlah import pisang.. sekaligus, bantu duit kita utk tidak mengalir keluar. Skrg, negara masih import lebih 50% pisang terutama dari Filipina dan Thailand.. 

Tanah kita, kita biarkan naik semak samun... lps tu, nk mkn pisang pun kena bwk masuk dari siam!


Bantu setakat yg kami mampu.


Benih dlm tapak semaian di Pdg Besar, ada 2,000 anak pisang berangan, dan dari Selangor Fruit Valley, ada 2,700 yg akan di bawa balik ke Pdg Besar.


Target utk first round... kami akan cuba penuhi kouta 20,000 anak pokok percuma, khusus utk asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas dan warga B40...


Doakan....


#KamiAmanah 

#TerusBekerja 


❤️❤️❤️❤️



KEH.. KEH.. KEH..


 

KALAU TANYA DIN.. JENUH CARI SKRIP... BAGI KE HADI.. LAIN TANYA LAIN DIA JAWAB.


 

BANYAK DUIT YANG SEPATUTNYA RAKYAT DAPAT KEUNTUNGAN.


 

MARA BERGERAK SWIRING TEKNOLOGI DAN KEILMUAN AGAMA.

 MSO


MARA bukan sahaja memperkasakan kependidikannya dalam bidang akademik sains, matemeti, IT dan bidang baru AI, tetapi ikut melengkapkan ilmu agama dalam kalangan pelajarnya dengan hafalan dan tafsiran Quran. 



Bak kata orang untuk melahirkan murid pandai perlu kepada guru dan pemimpin yang bijak dan muhid dalam ilmunya.


Apa yang terpamer atau kemampuan Pengeruai Mara Dr Asyraf Wajdi Duduki tepat dan seiring dengan usaha dan azam Mara itu untuk melahiran pelajar bijak akademik dan Quran.


Dalam satu lawatan ke sekolah sians Mara beliau bertahmik Quran dengan seorang pelajar.  Satu aksi spontan yang sangat membahagiakan melihatnya. Inilah Mara kerajaan Madani. Trims.



RAMAI JA NAK TENGOK HANG MAKAN SAMAN


 

NAK HANTAQ DIN, NAK HANTAQ. EZAH? HADI? KIOK LA MALAYSIA..


 

TEMBERANG LEBAI

 Muklis Edsie

Sat pecah batu

Sat pecah tanah

Sat pecah paip

Sat pecah panggung 


Gebang lebai 🤭




ANWAR KUTUK HIPOKRASI BARAT


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik sekeras-kerasnya negara Barat atas hipokrasi yang dilihat dalam menangani konflik Gaza semasa temu bual eksklusif dengan penyiar dan pengulas politik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Mehdi Hasan.



"Tindakan hipokrit banyak negara Barat yang membiarkan apa yang berlaku di Gaza sangat mengejutkan dan mengerikan bagi saya," kata Anwar dalam temu bual itu.


Beliau menekankan peranan Malaysia dalam menyuarakan keadilan, walaupun merupakan sebuah negara kecil.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



ANGKUH ORANG TENDANG HANGPA MASUK LONGKANG

 


Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada malam ini menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak harus menjadikan UMNO angkuh dan bongkak.



Sebaliknya, parti Melayu itu perlu memastikan mandat yang diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan memaklumkan, MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PUAK KHAWARIJ BENGONG


Mukhlis Eddie 


Bila Johor tukar hari cuti ke Sabtu & Ahad ..

Puak² khawarij dok propa benda gini ..



MANUSIA MANA SEBAGAI PENGASAS SOLAT 2 IMAM....???


Norizan Abd Hamid

Pecahbelah umat namanya 


SAMPAI HARI INI MANUSIA ITU DIAM, DIAM SEBAB TAK RASA BERSALAH.



WARNA MERAH Untuk Atasi Masalah KANSER PROSTAT?

 

WARNA MERAH Untuk Atasi Masalah KANSER PROSTAT?



Lycopene adalah pigmen (warna) merah yang hadir dalam tomato, lobak merah, tembikai dan papaya merah.


Bahan ini bersifat sebagai antioksidan dan antikanser terutamanya untuk atasi masalah kanser prostat, pankreas, perut dan usus besar.

Bahan ini juga boleh rencatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.


Ia juga bagus untuk kesihatan kulit.


Kajian yang dijalankan di Cancer Center, Illinois, USA mendapati tumor prostat pada tikus tumbuh lebih perlahan jika tikus diberi serbuk tomato kering.


Walaubagaimanapun, bahan khasiat lycopene kurang larut dalam air tetapi lebih larut dalam minyak. Justeru, tomato sebaiknya dimasak bersama sedikit minyak zaitun untuk tingkatkan khasiatnya.


Walaupun banyak kebaikan, tomato tidak sesuai untuk siapa yang ada masalah hati, seperti juga cili dan terung.


Tomato juga kaya potassium dan bantu rendahkan tekanan darah tinggi tetapi tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



BAHASA MALAYSIA.

 

Ahmad Norazlan


Dahulu ramai netizen Indonesia dakwa bahasa Melayu Malaysia banyak campur bahasa Inggeris ketika bercakap.


Kini terlalu banyak kosa kata bahasa Indonesia meminjam dari bahasa Inggeris.


Bahasa Melayu Malaysia miliki hubungan sejarah panjang dengan Inggeris di zaman penjajahan silam berbanding dengan bahasa Indonesia yang miliki hubungan sejarah panjang dengan Belanda dan bukan Inggeris.




🇲🇾🇮🇩 Difference between Bahasa Melayu (Malay) language and Indonesian language (Bahasa Indonesia). 


Created in 1928, Bahasa Indonesia is a form of Malay, heavily Dutchified, Javanized and Anglicized, and self-proclaimed as the "perfected form of Malay"


“International Circuit” in 🇲🇾 Malay language:


Litar Antarabangsa. (‘Litar’ means circuit, ‘Antarabangsa’ means international). 


“International Circuit” in 🇮🇩 Indonesian language:


Sirkuit Internasional (modified directly from English)