MB LATO LATO “PANAS TAKPE TAPI JANGAN KOYAK” PESANAN YB RAFIZI!

Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi, kata Ab Rauf



Adun Rembia Jailani Khamis yang didakwa menyertai PAS, terikat dengan aku janji yang ditandatanganinya ketika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka ke-15 lalu.






PENGHASUT DITANGKAP PIHAK POLIS! KEPUTUSAN SPEAKER TEPAT KATA PAKAR!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan tepat apabila mengisytiharkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing. Pakar undang-undang, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi merujuk kepada Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa pemecatan, pembuangan atau penyingkiran daripada parti bukan alasan untuk mengosongkan sesuatu kerusi. Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman Universiti Malaya itu berkata, Speaker juga tidak bertindak sewenang-wenangnya kerana beliau memiliki budi bicara terkawal dan perlu meneliti adakah isunya adalah pemecatan atau berhenti daripada menjadi ahli parti. Kata Shad Saleem, kebiasaannya seseorang Ahli Parlimen berhenti daripada menjadi anggota parti atas tindakannya sendiri seperti tidak membayar yuran, gagal menghadiri mesyuarat, meletak jawatan atau menyertai parti lain. Namun apabila membabitkan penyingkiran daripada parti, itu adalah keputusan parti sendiri. “Parti akan memberi notis dan akan melakukan siasatan. Ia akan membuang ahli terbabit daripada parti kerana wujud salah laku. “Dilihat dari sudut ini, nampaknya tindakan Bersatu membatalkan keanggotaan keenam-enam Ahli Parlimen sebenarnya adalah satu penyingkiran atau pemecatan secara konstruktif dan bukannya sekadar kes mereka berhenti menjadi ahli,” katanya seperti dilapor Bernama dalam temu bual dalam program Bernama World. Secara peribadi, beliau tidak menyokong tindakan lompat parti kerana ia adalah amalan yang tidak bermoral dan menafikan keputusan pilihan raya. Bagaimanapun pada masa sama, beliau akui tidak nampak situasi membabitkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu akan menjadi ancaman kepada kewujudan atau fungsi parti politik di Malaysia. “Jangan lupa bahawa selama 64 tahun kita tidak mempunyai sebarang undang-undang antilompat parti kerana ia hanya muncul pada 2022,” katanya lagi seperti dilapor. Pada 11 Julai lepas, Johari mengulangi bahawa keputusan berkaitan status bekas enam Ahli Parlimen Bersatu itu adalah kekal kerana kerusi mereka tidak dianggap kosong menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. 6 Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).




TERKINI! UMNO saman Adun Rembia RM100 juta? | Umno letak calon muda | Be...


1. Mohd Azmawi diumum calon BN di PRK Dun Nenggiri. 2. Wan Ahmad Fayhsal dakwa tidak diberi peluang untuk bela diri 3. Akmal Saleh dakwa Jailani Khamis perlu bayar RM100 juta kerana melanggar perjanjian. 4. Tindakan Adun Rembia dilihat cuba mengelak dikenakan tindakan kerana melompat parti. 5. Khalid Samad akui Amanah sukar tarik sokongan Melayu 6. Saksi beritahu mahkamah, bekas MB perlis terima cek lebih RM600,000, Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia








Saifuddin Nasution mengulas isu bacaan Qunut Nazilah oleh MP Jasin di De...

PEMBELIT

 

PEMBELIT


Saya cuba nak faham DRAMA terbaru seorang pemimpin muda. Sampai dia digantung dari masuk Parlimen 6 bulan. 


Apa yang dia buat?


Minggu lepas, dalam perbahasan Parlimen beliau, beliau utarakan:


1. Dia dapat surat layang, berkenaan pelopor sebenar isu Blackrock dan MAHB. 

2. Dalam surat itu, ceritakan seorang pegawai KWSP yang dibenci. Banyak buat hal dengan pekerja dan takde integriti jua. 

3. Dia terang2 sebut nama pegawai tersebut bagi semua orang dengar. 


********************


Bila saya dengar, saya tepuk dahi. Pemimpin muda ini patutnya seorang legislatif yakni pembuat undang2 di Parlimen, tapi undang2 Dewan pun dangkal dan tak hadam. 


Memang suatu Peraturan dalam Dewan, tiada nama khusus boleh digunakan kalau tiada dalam dokumen SAHIH dan bukti nyata. Itu basic sahaja sebenarnya. 


Sebabnya, imuniti atau kekebalan YB berbicara dalam Dewan, tidak langsung boleh disaman. Tidak bermakna, mereka boleh membuli dan suka suki memfitnah. 


A joke untuk seorang YB membawa surat layang sebagai bukti nyata seorang itu sudah bersalah. Dan dengan lantang dan tak tahu malu, menyebut nama pegawai tersebut dalam Dewan yang dia ada kekebalan. Ini lari dari konsep Intergriti. Sudah jatuh membuli. 


Kalau pun surat layang itu ada merit, adakah Parlimen itu forumnya? Patutnya bincang isu negara dan masalah rakyat. 


Setakat surat layang, dalam media dan sosial media pun boleh diketengah. Dan apakah selepas ini, ramai MP lain pula akan ulas dan bahas segala surat layang seluruh negara. Again, adakah level itu saja Parlimen Malaysia? 


Lagi satu saya kenot brain. Apa kena mengena isu pegawai KWSP ini dengan MAHB? Dia bukan CEO atau Pengerusi. Bukan juga dalam Board. Kenapa begitu teruk sangat drama nya kaitkan naratif “Pegawai bermasalah KWSP” dengan penjualan saham MAHB? 


Seriously, takkan dia ingat rakyat ni benak sangat? 


*****************


Isunya Pemimpin Muda ini bukan benak, tetapi sebenarnya terlajak pandai. 


Ingat dulu, ramai terpana dengan jargon2nya. Ketika ulas 1MDB. Masa tu target audience dia geng elitis dan terpelajar. Makanya kena blend well la nak impress mereka. 


Sejak bertanding atas tiket Parti yang dia sendiri maki, bodohnya penyokong mereka, warna Pemimpin Muda ini bertukar pula. 


Tiada lagi jargon berbelit. Hanya retorik dan kata mudah menaikkan emosi. Dengan crowd baru ini, dia buat naratif membodohkan. Playing it to the gallery.  Chameleon sekali. 


Saya seram memerhati perangai dan antics Pemimpin Muda ini. Opportunist yang terserlah. Pemimpin yang hanya “pandai” berkata tapi terbukti tak tahu buat kerja. Jadi Timbalan Menteri kerjanya promosi surat sokongan sahaja. 


Elok dia digantung 6 bulan dari dia cemarkan the August House. Kualiti MP Surat Layang tidak perlu ditayangkan kepada dunia. Malu kita. 


Tapi berhati2lah. Dia sudah katakan Speaker gantung dia kerana lawan Blackrock. Walhal isu sebenarnya mengenai “pegawai bermasalah” di KWSP.


See... bagaimana dia membelit dan probok2 rakyat Marhein.


Pemimpin muda ini kita perlu nyahkan segera dari dunia politik negara. At the rate he’s going and his antics, belitnya sudah level Machiavelli. 


Seriously, saya seram sekali.  


Salam hormat,

Liyana Marzuki




AWAS SCAMMER.


       

          Zunar Cartoonist Fan Club



LAGU INI DITUJUKAN KHAS BUAT MAT JARGON DENGAN UCAPAN- UPSEREYNAPETEY


 

BILA SEMUA DIPAJAK- JADILAH MAT JARGON.


Zuwairi Md Yusof






 

OTAK dia PAJAK,AKAL dia LELONG,KEMALUAN dia JUAL.MARUAH pun dia SEWABELI itulah WAN FAHYSAL AHLI PARLIMEN PN BERSATU MACHANG,KELANTAN.Kau memekak tak boleh membela diri dan konon jadi mangsa keadaan?Habis itu PENJAWAT AWAM yang kau tibai di parlimen di saksikan punya ramai orang live dapat pertahankan diri dia dari serangan kamu eh?


Kepada semua 1 juta lebih PENJAWAT AWAM dan RATUSAN RIBU PESARA KERAJAAN,inilah perangai buruk hodoh sebenar wakil rakyat PN yg di undi ramai PRU15 lalu.Kepada semua ANAK ANAK MUDA di luar sana.Pastikan orang macam ini tidak mewakili anda lagi PRU16 nanti bermula PRN MELAKA,JOHOR dan SABAH.Buang jauh ramai2 PAS dan BERSATU dari hidup anda semua melainkan anda memang suka di perbodoh dan di permainkan SCAMMER PN,sekian.




BERBALOIKAH KHIANAT? HANG PI JOIN PARTI LOMPAT.. DALAM TU SEKOQ TAK BERGUNA.

 


Berbaloikah khianat? Elok-elok duduk jawatan no. 2 dalam Parti Keadilan, tamak haloba, khianat, lompat macam beruk join Bersatu. 


 Nah, sekarang hanya ditawarkan jawatan lantikan sebagai Setiausaha je?  Mana maruah kamu semburit?

W. Fauzidin



DURIAN SUMBER EKONOMI BARU NEGARA

 


Kerajaan akan meneliti bantuan dan kaedah peralihan penanaman durian secara tradisonal kepada durian bernilai tinggi, yang boleh menjadi ledakan ekonomi baharu buat negara.




PENCAPAIAN PMX YANG SANGAT MEMBANGGAKAN

 

ISLAH


Pencapaian PMX, dalam tempoh 20 bulan adalah sangat memberangsangkan. Pelbagai inisiatif dan reformasi telah dilaksanakan, membawa perubahan positif yang ketara kepada negara. Dengan visi dan kepimpinan yang cemerlang, beliau telah berjaya memacu ekonomi, meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di persada dunia.



Selama 20 bulan ini juga kita telah menyaksikan banyak pencapaian yang membanggakan, dari projek pembangunan infrastruktur yang besar hingga kepada peningkatan dalam pelbagai sektor. Usaha yang gigih ini menunjukkan komitmen PMX terhadap kemajuan negara.



AKIBAT SENTIMEN BMF SUATU KETIKA DULU DIZAMAN DIN CIRIT. MALL TUTUP KEDAI.

 Ahmad Norazlan. 


Sesetengah Melayu ni memang pelik, tak habis-habis main sentimen bangsa dan agama.


Arab pun meniaga tidak gunakan sentimen bangsa dan agama, waima meniaga kurma sekali pun.


Kempen produk Bumiputera atau produk Muslim memang naif dalam perniagaan kerana menyempitkan peluang pasaran.


Malah tidak semua Bumiputera atau Muslim akan beli dan bukan Bumiputera dan bukan Muslim pasti tidak akan beli.


Ahza Adhwa


Yang penting ialah mutu barangan atau perkhidmatan, disiplin dan berdaya saing.



Saya bukan nak cakap apa. Tapi Yahudi punya model perniagaan tak jual dekat bangsa dia sahaja. Dia serve dekat semua masyarakat. Dia serve semua agama. Inclusive. Ini antara model perniagaan Yahudi. Yahudi tak bangun pagi berfikir orang Melayu nak jatuhkan perniagaan Yahudi. Dia bangun pagi berfikir untuk kembangkan perniagaan dia.



Cuba bayangkan Yahudi bukak mall, dalam mall tu tiba-tiba semayang Yahudi dipromosikan untuk promot mall. Ataupun, penganut agama Buddha bukak mall, dalam mall tu nampak tok sami Buddha tengah semayang kat tengah mall. It's not wrong, it's just. Weird. Di awal pembukaan Malakat Mall, solat orang Islam dijadikan "anchor" untuk orang datang mall. It's not wrong, it's weird.


Tapi ini bukan masalah utama dia. Malakat Mall punya masalah terbesar dia takde anchor tenant. Dalam kita nak buat mall, benda pertama kena ada anchor tenant iaitu "Satu brand yang boleh buatkan orang ramai masuk mall."


Kenapa orang pergi IOI Putrajaya? Anchor tenant dalam tu bapak banyak. GSC, Lotus, Parkson, Aeon. Semua tu anchor tenant. Saya ni hampir setiap minggu pergi AEON dia untuk beli barang dapur. Tiba-tiba je saya dah dapati diri saya masuk kedai Adidas, kemudiannya termasuk kedai Kenangan Kopi. Kemudian termasuk kedai makanan Korea ntah apa nama. Macam itu lah ada anchor tenant. Nak beli barang dapur RM 800, terbelanja pulak extra RM 200. Dan benda ini berulang kali berlaku setiap kali saya pergi IOI.


Bila dah jumpa anchor tenant, adakah Malakat Mall boleh berjaya? Tak jugak. Banyak lagi benda lain kena diperhalusi. Tapi, kalau model mall asas pun dah takde. Tak payah sembang benda lain.


Tapi ingatlah dalam berniaga ni, kita tak perlu pun scream, "We are Meleys. We are Muslim." Orang akan research sendiri sapa owner bila dah berjaya dan besar. Tengok macam Farm Fresh, tengok macam Zus Coffee, tengok macam Grab, tengok macam McDonald's. Ada ke brand ni scream, "Ini produk Cina, Ini produk Yahudi." Tak dak pung. Eh tak yah pergi jauh, sekarang Kenangan Kopi dari Indonesia, tak de pun dia scream "Ini produk Indonesia, Ganyang produk Malaysia." 


Bila kita menjual, kita nak menjual dekat semua orang. Dalam menjual, kita menang bila semua orang boleh beli dari kita.



𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!! 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐕𝐒 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓?

 

𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆!!  𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓 𝐕𝐒 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓? 

 


Soalan : Dr boleh ke saya makan durian kalau ada penyakit Diabetes.


Jawab : Boleh makan syarat dengan Ilmu!! 


Apa kelebihan Durian ini sebenarnya: 

✅ Membantu untuk menambah darah. 

Durian kaya dengan folate dan acid folic yang di perlukan untuk penghasilan sel darah merah.  

 

✅ Melancarkan penghadaman 

Durian mengandungi serat atau fiber yang membantu untuk melancarkan sistem panghadaman dan mengelakkan masalah sembelit. 

 

✅ Kaya antioksidan 

Buah ini juga mengandungi anti oksidan yang tinggi yang membantu untuk memperlahankan proses penuaan. Ia juga penting untuk mengelakkan kerosakan sel yang boleh menyebabkan kanser 

 

✅ Vitamin 

Terdapat pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan seperti vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan vitamin b6 

 

✅ Manfaat untuk tulang. 

Durian mengandungi kandungan garam mineral seperti potasium dan kalsium yang banyak. Ini baik untuk pembentukan tulang yang kuat dan sihat 

 

✅ Bebas kolesterol 

Buah ini mengandungi sifar kolesterol. Ia juga mengandungi lemak tidak tepu yang baik untuk mengurangkan lemak yang jahat 

 

✅ Mengurangkan stress dan membantu masalah tidur 

 

Durian mengandungi tryptophan ia iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang membantu masalah tidur. Ia juga merupakan bahan yang di perlukan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Kedua dua bahan ini membantu untuk mengurangkan stress, masalah kebimbangan dan kemurungan. 

.  

Walaubagaimanapun, manfaat ini boleh menjadi MUDARAT sekiranya di ambil dalam kuantiti yang berlebihan. 

 

⚠️ Pakar nutrisi menasihatkan untuk mengambil 100gram durian bagi setiap hidangan atau hanya 2-3 ulas kecil durian.  

 

⚠️ Selain itu, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi yang perlu di ambil dengan kuantiti yang minimum oleh pesakit kencing manis. 

 

⚠️ Apabila di hadam di dalam perut, ia akan membebaskan gas dan alkohol yang menyebabkan perut menjadi kurang selesa. Oleh itu, bagi individu yang mengalami masalah perut khususnya gastritis dan keradangan perut, ia perlu di ambil dengan lebih berhati hati. 

 

⚠️ Badan akan terasa panas selepas makanan durian. Ini adalah berpunca dari proses metabolisma dan tindak balas kimia yang berlaku semasa proses penghadaman durian. Bagi sesetengah individu, keadaan ini menyebabkan badan berasa kurang selesa. Namun, ia tidak menyebabkan demam, batuk dan berkahak. 

.  

Kesimpulannya, telah terbukti raja buah ini mengandungi pelbagai manfaat. Namun terpulang kepada cara pengambilan anda yang menentukan sama ada ia menjadi manfaat atau mudarat berdasarkan kuantiti yang di ambil.


Faham kan, saya explain cara mudah!!


Dr Norman Norawi

-Nutrition Expert-

--------------------

Persatuan Perubatan Pemakanan Malaysia (ASFAMM) 

https://ezy.la/DAFTAR_AHLI_ASFAMM_2024



KEH..KEH..KEH....SANUSI KATA KEPALA BAPAK HANG.


 

AKHBAR PEROSAK MINDA UMMAT ..LAKU LAGI KAH.?


 

PERJUANGAN YANG HAMPIR PENGAKHIRAN.

 


PENGAKHIRAN



Saya sudah dengar bisikan professional yang tidak puashati dengan pindaan akta yang katanya memberikan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kuasa yang besar. Ada fakta yang tidak tepat berkeliaran. 


İni jawapan saya, didalam Bahasa Inggeris dengan izin. 


MMC does not conduct programs. MMC only recognises programs and qualifications. University and KKM are the ones who conduct the programs. There is no conflict of interest. Even though MQA accredits local University programs, the panel of assessors or POA is also nominated by MMC. MQA doesn’t have the expertise to do the evaluation. MQA also depends on the experts to do it for them. MQA can’t do it alone. 


Majority of professional bodies are in support for the amendments. Let’s agree to disagree.

Most importantly, let’s help each other. 

Move forward together.


It is the new beginning, certainly not the end. 

İni bukan pengakhiran perjuangan, ini PERMULAAN.


Terima kasih, masih panas buku pindaan akta perubatan ini❤️



TAKI UMUM KATAK MASUK PAS


 

BEZA AKHBAR LIDAH SETAN

 

Desa HM


Korang tengok macam mana akhbar lidah setan melaporkan... 




Jauh berbeza berbanding fakta.


Fakta sebut... Ringgit meningkat, Indeks saham meningkat dan pelaburan terbesar sejak 3 tahun lepas.


Tapi... begitulah. Akhbar yang kononnya mewakili puak2 terpaling Islam... 


Kalau tak buat fitnah... lama dah tutup kilang....


Org melayu pulak.. kita bagi fakta, depa tak percaya. Tp kalau bab cerita2 fitnah, melayu memang nombor satu...


🤭🤭🤭🤭



SEMOGA HUBUNGAN MALAYSIA - IRAN LEBIH AKHRAB

 




Dalam perbualan telefon bersama Dr Masoud Pezeshkian hari ini, saya sampaikan ucapan tahniah kepada beliau yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran yang baharu pada 30 Julai ini, selain menyatakan harapan melihat negara tersebut terus berkembang hebat di bawah pimpinan beliau.


Saya turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian almarhum Ebrahim Raisi, bekas Presiden Iran yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu. 


Perbualan kami kemudian menyentuh mengenai komitmen berterusan kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Iran, selain sedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya. 


Saya tegaskan betapa hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing, sebaliknya akan berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.


Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel.


Di akhir perbualan, saya menyampaikan jemputan buat Dr Masoud untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin, dan Dr Masoud turut menjemput saya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Iran.


🇲🇾 🇮🇷 


#MalaysiaMADANI


===================


In a telephone conversation with Dr. Masoud Pezeshkian today, I extended my heartfelt congratulations on his inauguration as the new President of Iran on July 30 and expressed my hopes for Iran’s continued progress under his leadership.


I also offered condolences for the late President Ebrahim Raisi, who tragically died in a helicopter crash on May 19.


Our discussion reaffirmed both nations’ commitment to strengthening bilateral relations, investment, and trade, and exploring untapped areas of cooperation. I underscored that our cooperation would be driven solely by the welfare and prosperity of our peoples, free from foreign interference.


I also commended Iran’s steadfast support in the pursuit of justice for the Palestinian people and its stance against the Zionist Israeli regime’s oppression and atrocities.


Finally, I invited Dr. Masoud to visit Malaysia soon, while he also extended an invitation for me to visit Iran to further enhance our cooperation and friendship.


🇲🇾 🇮🇷


#MalaysiaMADANI



AKIBAT TERPENGARUH BMF ZAMAN PN. KINI BUNGKUS.

 

Desa HM


Orang nak berniaga, angpa nak berniaga...



Tapi.. nak berniaga untuk satu bangsa sahaja.. nak tunjuk racist.


Dari dulu lagi, aku kata benak... ramai melayu marah..


Kan dah bungkusss.


🙄🙄🙄🙄



SPEAKER DUN ENGGAN ISTIBAR.. KAH. KAH...


 

AZMIN TAK MAHU JAWATAN SU. PADAN MUKA KAU SEBAB DUDUK DALAM PKR KO TAMAK NAK LAWAN PRESIDEN.



EERRRKKK-NAMPAK BODO KA CERDIK.


 

NAK BODOHKAN ORANG MELAYU KAH?

 

Harakahdaily kata pekerjaan utama penduduk 𝗡𝗲𝗴𝗴𝗶𝗿𝗶 adalah 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹? Sebab kalau lori logistik, pengangkutan awam, nelayan dan para petani semua masih dapat subsidi..



Atau Harakah nak kata sistem jalanraya di parlimen itu sangat buruk selepas lebih 30 tahun 𝗣𝗔𝗦 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 sehingga rakyat di sana terpaksa gunakan 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 4𝗪𝗗?


Ataupun Harakah 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂, mereka-reka 𝗻𝗮𝗿𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 demi untuk 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 di situ? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KO. MEMANG TAK. CERDIK MAT JARGON.





Zuwairi Md Yusof
 

 Kau janganlah tunjuk tak cerdik.Kezaliman yang sebenar adalah menghina dan menuduh STAFF KWSP iaitu Penjawat Awam dengan Surat Layang.Bagaimana Penjawat Awam tersebut nak mempertahankan diri tanpa sebarang sumber atau fakta.Malu dia dapat.Persepsi negatif dia dapat tapi tak boleh nak buat apa2.Bodoh Penyokong PAS kata Wan Ahmad Faysal!


MP Machang di gantung 6 bulan atas perkara yg di bangkitkan terhadap Pegawai kerajaan hanya berdasarkan surat layang.Parlimen adalah tempat membuat undang2.Perkara yg tiada bukti/fakta yg jelas tidak boleh di rujuk untuk keputusan/undang2 di buat.Parlimen bukan kedai kopi kau dan rakan2 PN nak melalut merapu menuduh bukan2 sesuka dan sesedap rasa mulut kamu.


Ada sorang MP PN yg rasa dirinya "mini god", buat tuduhan terhadap pegawai kanan GLC tapi bacul utk lafaskan tuduhan sama di luar parlimen.Sudahlah bodoh berlagak pandai acah2 serba tahu siap salah guna kekebalan ahli parlimen dia untuk menyerang orang lain sesuka hati.Ini tidak boleh di biarkan sama sekali memang patut di gantung lama biar dia rase tarak gaji dan elaun 6 bulan padan muka kau.



TUNGGANG SAMPAI TAHAP TU.


Desa HM


 Dimulakan dengan sekeping surat yang tidak tahu dari mana asal usulnya... 



Di pertengahannya dijadikan hujah oleh seorang ahli parlimen utk berbahas...


Kemudiannya ...

Diambil tindakan mengikut tatacara dan prosedur Dewan Rakyat...


Diakhiri dgn bacaan qunut nazilah dikepalai oleh lebai yang tidak pernah lekang di tubuhnya dengan serban dan jubah.


Sampai ke situ, mereka tunggang agama!


🙄🙄🙄🙄



KITA TAHU MEREKA DARI PN BANYAK CAP AYAM.

 


Alhamdulillah. 𝗦𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 digantung 6 bulan daripada menghadiri sidang dewan. Maknanya lepas ni terselamatlah telinga kita dari 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗿𝗶𝘁 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝘆𝗮.



Biar jadi pengajaran kepada MP yang lain terutamanya daripada PN. Kita tahu 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗠𝗣 𝗣𝗡 𝘁𝘂 𝗰𝗮𝗽 𝗮𝘆𝗮𝗺, tak ada kualiti tapi kalau nak berhujah pun tetap mesti 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮, 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝘁𝗮.


Machang dah selesai. Lepas ni aku harap jenis bebal tak bertempat macam 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗲𝗵 𝖽𝖺𝗇 𝗔𝗿𝗮𝘂 pulak yang kena. Lepas dari tu mungkin la baru boleh aman sidang di parlimen kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KADANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN PUN AHLI MENYAMPAH JUGAK

 


Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk bersedia membayar RM100 juta kepada UMNO sebagai ‘balasan’ menyertai parti lain.



Ini kerana jelasnya, semua ADUN Barisan Nasional (BN) di Melaka telah menandatangani perjanjian dan aku janji untuk membayar jumlah denda berkenaan pada pilihan raya negeri yang lalu, sekiranya mengkhianati perjuangan parti.


"Dia kena ingat masa PRN lalu semua ADUN BN dalam negeri Melaka ada tandatangan perjanjian antaranya kalau kita lompat parti boleh didakwa dan kena dengan RM100 juta.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



LAGI MAKMAL DADAH DITEMUI

 


Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis kokain dan menahan pasangan suami isteri dan seorang lelaki dalam dua operasi di Cheras di sini Selasa lepas.



Menerusi serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) itu, sebanyak 44.93 kilogram kokain dianggarkan bernilai RM9 juta dirampas.


Pemeriksaan di dalam rumah itu menemukan 44.93 kilogram kokain dan 52.5 liter cecair kimia yang diletakkan di dalam botol minuman beralkohol.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PUAK KHAWARIJ NI SUKA JATUHKAN HUKUM SESAMA ISLAM. MACAM DEPA BAGUS.



 Wan Fayhsal digantung selama enam bulan kerana 𝗺𝗲𝗻𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, sesuatu yang Allah ﷻ dan Nabi ﷺ benci. Kemudian boleh MP Jasin baca doa 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗻𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵.



Doa tu untuk musuh Islam. Ia adalah satu 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 menuduh seorang Islam yang lain sebagai 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 tanpa bukti yang nyata.


Adakah menghukum seorang yang memfitnah orang lain itu menjadikan orang itu musuh Islam? Bahkan si pemfitnah itulah yang 𝘀𝗲𝘄𝗮𝗷𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶.


PAS nak menipu Allah? Dengan Allah ﷻ pun dia nak 𝘴𝘱𝘪𝘯. Dasar 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮.


Sekarang kita doakan ramai-ramai agar apa yang dia doakan itu 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Semoga PN 𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿 𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗶𝗻𝗶.


Aku tak kisah nak bermusuh dalam politik. Itu normal. Tapi 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗼𝗽𝗲𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 demi 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺, apatah lagi seakan cuba nak memperdayakan Allah ﷻ memang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Inilah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 yang sebenarnya.


Semoga Allah ﷻ hapuskan penunggang-penunggang agamaNya ini. Hapus dan tak muncul lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ORANG BAIK DISAYANGI

 


"Sesungguhnya guru saya adalah orang yang sangat baik. Dunia ini tidak layak untuknya."



Demikian luahan salah seorang bekas pelajar mangsa kes pembunuhan, Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dikenali sebagai Tasya menerusi TikTok pada Rabu.


"Cikgu nak awak sentiasa kuat. Jangan sedih-sedih tau. Awak nak SPM nanti, fokus belajar. Kalau awak takut tak ada kawan, awak cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tak ada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PEMBANGKANG YANG GAGAL BERFUNGSI MEMBELA RAKYAT


ISLAH


 Agak lucu apabila pembangkang mensifatkan pemimpin hari ini sebagai Kerajaan "lembu kenyang". Sedangkan mereka jauh lebih kenyang ketika memegang tampuk kuasa tempoh hari. 



Ketika rakyat berhadapan dengan kesusahan yang memaksa mereka mengangkat bendera putih, apa tindakan mereka? Parlimen ditutup, menyebabkan suara rakyat sukar didengari. 


Pelbagai isu rakyat tidak diberi perhatian sewajarnya, dan keputusan penting tertangguh. Walhal, ketika itulah masa paling kritikal untuk kepimpinan berfungsi dengan efektif dan proaktif.


Pembangkang sikapnya memang begitu. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelangkang.



PENJAWAT AWAM DEPA SEMBANG. KEMUDIAN BACA QUNUT NAZILAH

 


Surat layang aku guna ChatGPT. "Write a story into how a member of parliament from Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad is engaged with frog smuggling and frog kissing."



Penjawat awam dizalimi Wan Fayhsal, tapi depa baca Qunut Nazilah seolah-olah depa yang teraniaya.


Serius la PN. Satgi kata hampa khawarij penunggang agama, hampa sentap.


Macam kita tau, Wan Fayhsal digantung 6 bulan dari sidang Parlimen, sebab menggunakan surat layang sebagai rujukan untuk berbahas dalam Dewan.


Setiap ucapan dalam dewan akan masuk dalam hansard, dan selamanya kekal di situ. 


Ada beberapa masalah dari ucapan Wan Fayhsal bersumberkan surat layang itu.


1. Dia sebut penjawat awam tu bersifat kaki buli. 


Apa-apa yang diucapkan oleh Ahli Parlimen dalam dewan akan dapat perlindungan imuniti, jadi penjawat awam KWSP yang disebut namanya itu tak boleh amik tindakan saman. 


Tak adil bagi dia. Dia yang sepatutnya lebih layak baca Qunut Nazilah ditujukan kepada Wan Fayhsal.


2. Sumber surat layang yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.


Ia bukannya dokumen rasmi Kerajaan, mahupun surat bertandatangan. Ia sepucuk surat layang yang entah macam mana boleh sampai ke tangan Wan Fayhsal.


Tiada mana-mana legislative body dalam dunia ni yang terima surat layang sebagai hujah atau asas.


Mungkin DUN Kedah, Kelantan, Terengganu nak buat, taktau la.


Bayangkan kalau apa yang diucapkan Wan Fayhsal dibiarkan. Semua Ahli Parlimen boleh bawak surat layang masing-masing tuduh sana-sini.


Dah jadi majalah mistika, penuh dengan kisah karut marut.


Gila punya mudah nak karang sebuah cerita.


Tak payah tulis sendiri pun, guna ja ChatGPT. Tengok contoh yang aku sertakan di gambar dengan prompt, "Write a story into how a member of parliament from Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad is engaged with frog smuggling and frog kissing."


Tak sampai lima minit, siap cerita surat layang untuk aku burukkan seseorang.


3. Selalu sangat kita petik ayat, "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – 


dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”


Pentingnya bersikap tabayyun. Tambahan lagi bila kita dapat sesuatu dari sumber entah dari mana.


Kalau tengok lidah rasmi PAS sendiri pun dok ulang bab tabayyun.


https://harakahdaily.net/index.php/2020/06/13/empat-garis-panduan-tabayyun-menurut-syarak


Tapi bila tang orang lain dia tibaiyun, cam besa.


.


Ittaqullah. Ittaqullah.


Jangan sebab kebencian tu buat hampa semua jadi ghuluw, melampaui batas.


Yang malang, Wan Fayhsal tidak sekalipun sebut dia mintak maaf atas ketelanjuran menggunakan surat layang, menyebut nama dan menuduh penjawat awam tersebut.


Takiyuddin, Ahli Parlimen Kota Bharu cuba defend, katanya pegawai KWSP tu bukannya penjawat awam, jadi tidak tertakluk dalam peraturan Dewan.


Tapi sebenarnya mengikut Akta KWSP, Seksyen 70,


"Tiap-tiap ahli Lembaga, Panel Pelaburan,pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan"


Maksudnya peraturan Dewan itu terpakai untuk pegawai KWSP yang dimalukan Wan Fayhsal tersebut.


Namun, nampaknya hukuman 6 bulan itu tidak menginsafkan Wan Fayhsal pun, dia lebih keras mengkritik dan menegakkan benang basah.


Teruskanlah begitu. Lagi ramai orang atas pagar semakin meluat dengan kamu.


Dia yang pukul, dia yang menangis. 🙄


Najib Bakar



KEMISKINAN SABAH DAN SARAWAK. JIKA TIADA SISTEM. PENYELESAIAN GAGAL



 Untuk isu semalam yg di tanya Bung Moktar & kebimbangan isu kemiskinan oleh Shafie Apdal kpd menteri ekonomi, pendapat GM itulah yg perlu & harus berlaku di Parlimen menggunakan peluang itu sebaik mungkin. 


Tidak ada salahnya isu PADU, statistik, strategi piawaian antarabangsa dalam isu data kemiskinan. Sdra Rafizi bertindak atas kewajaran menteri ekonomi. Maaf, kami bukan nak backup @ jek si Rafizi tu sangat, tapi kalau data awal peringkat Persekutuan tu tak ada, pun susah juga nak salur ke bawah.


Cuba fikir, dah berapa puluh tahun kita asyik sebut kemiskinan Sabah Sarawak...jalan berlubang...infrastruktur jalan raya...pembangunan kemiskinan...pembaikan perumahan rakyat...dan pelbagai bantuan ? Ada setahun dua atau dh puluh tahun kita bincang ? Kenapa faktor kelemahan situasinya masih sama ?


Persoalannya apa dah jadi ? Mana silapnya?


Apakah kalian tahu atau sengaja buat lupa, TMJ sendiri kerap tersinggung dgn "Kerajaan Persekutuan beri berbilion" kpd Sabah & Sarawak tapi tidak ke Johor. Johor semakin hari, semakin berkembang dgn industri. 


Tapi mengapa jalanraya, paip air, bangunan Sabah & Sarawak masih lg era 60 an ? 


Pernah dengar org yg jaga air Sabah duitnya simpan dalam almari...peti ais & atas siling? Dan pelbagai korupsi yg terkait kpd tender & kontrak sebelum ini. Apatah lagi di Sarawak pernah Sarawak Report isukan tanah beribu ekar kpd kroni pd harga murah & menindas puak suku di sana. 


Sengaja buat2 lupa?


Itulah yg berlaku, kelemahan Sabah & Sarawak itu berpunca dari pemerintahan mereka di sana sendiri. Semua dok mengaut keuntungan tersendiri, politik hanya sebuah jalan utk meletakkan diri di atas sambil menikmati pelbagai kelebihan, pencen sbg penerusan hidup, board direktor selepas satu sykt kepada satu sykt yg lain. 


Ada nak tolong rakyat kamu? Apakah ada yg bertanya menteri kerjaraya atau perbandaran setempat lihat struktur jalan,paip, pembangunan ? 


Selama ini kamu sendiri buat apa? 


Mengapa asyik kerap di tanya kpd Persekutuan dgn minta berbilion kemudian terima berbilion hingga TMJ sendiri jeles kpd situasi tersebut tetapi isu pokoknya masih lagi tak habis puluh tahun ?


Peruntukan itu ada wahai Bung Moktar & Syafie Apdal. Tapi siapa pelaksana pd kerajaan negeri sehingga kerajaan tempatan/bandaraya ? Ini yg perlu di rombak dan lihat sendiri. 


Indonesia dh siapkan Istana Garudanya di Kalimantan. Mereka menukar pusat pentadbiran dan biar pelaburan asing masuk meluas. Dengan bilangan penduduk rakyatnya berjumlah 282 juta pada tahun 2024, menghapuskan sybsidi minyak & diesel kpd rakyatnya kemudian alihkan subsidi yg terhapus itu kepada belanja pembangunan dan wilayah ekonomi baru dgn menarik pelabur asing & tawaran pekerjaan kpd penduduknya...akhirnya mereka mampu buat perubahan. 


Limpahan ekonomi mereka akan sampai ke Sabah & Sarawak menerusi Kalimantan. Persoalannya lagi, apa yg kerajaan Sarawak & Sabah akan buat sebelumnlimpahan ekonomi tersebut berlaku. 


Duduk saja sambil tunggu dana berbilion kerajaan pusat ?


Maaf, bukan nak perlekehkan 2 negeri ini. Memang ada pembangunan ekonomi di negeri tersebut tetapi tidak sampai meluas di pendalaman. 


Sarawak dh mula cuba ambil alih Affin Bank yg memang dlm pandangan & pengetahuan kami sendiri. Memang ada agenda tersendiri, ya itu mmg kami akui. Sabah juga ada Labuan sbg pemangkin. 


Apa yg kami dapati, dengan pemilikan beribu hektar  tanah oleh kroni2 yg di dedahkan Sarawak Report suatu ketika dahulu...kerajaan negeri nak buat jalan pun tak boleh sebab tanah persendirian. Rakyat yg menduduki di persekitaran tersebut bergelut dgn tanah becak dan berlubang malah lebih teruk. 


Nak lalu tanah persendirian kroni, dah tentu bermasalah. Rakyat di sana masih bergelut kemiskinan. Jadi, apakah tidak boleh cuba mula dari bawah iaitu mempastukan sempadan & laluan oleh pejabat tanah & galian di sana. Jabatan Kerjaraya perlu bertindak proaktif. Setidaknya laluan Pan Borneo sudah mula membantu utk mendapatkan limpahan ekonomi. Projek bekalan air, elektrik dll. 


Ya, cakap memang mudah dan senang...itulah kata mereka. Tapi berbilion di beri kpd Sabah & Sarawak, apa limpahan yg rakyat di sana dapat. Apakah dapat hanya pd kroni2 atau pun melalui proksi board direktor saja kemudian bising di Parlimen ? 


Masaalahnya, bukankah kamu sendiri yg pernah pegang jawatan menteri kerjaraya...menteri Besar...ketua menteri... Dan semua kuasa itu pernah di dalam kawalan dan tangan kamu. 


Tapi apa yg kamu buat ? Yg menjahanamkan Sabah & Sarawak bukan Kerajaan Persekutuan. Baik bermula Mahathir, Paklah, Najib, Muhyiddin, Mael Sabri hinggalah Anwar. Sebaliknya adalah kamu sendiri yg pernah memerintah di sana menerusi proksi2 kamu sendiri di sana. 


Apakah lupa dgn pekung yg terbuka mengaitkan arwah Taib Mahmud  oleh Siti Clare menerusi Sarawak Report itu sendiri ?


Nah...cubalah buka mata tu sendiri. Saat 2 negeri Borneo itu menerima berbilion hingga TMJ sendiri geram, Johor boleh maju...Sabah Sarawak ?


Betul Johor dekat dgn Singapor menerima limpahan ekonomi. Kali ini Indonesia buka pusat pentadbiran yg baru di Kalimantan, Sabah Sarawak akan merasai. Persoalannya di akhir, apakah limpahan itu akan sampai kpd rakyat setempat di sana atau hanya sampai pd kroni2 elit di sana !


Tepuk dada, tepuklah kepala itu sendiri.


Yang berkarya:

Gino Marvela



AZMIN TOLAK JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG! MUNGKIN MAHU JAWATAN TIM PRESIDEN?



Menjelang pemilihan Bersatu Oktober ini, Datuk Seri Azmin Ali dilapor menolak tawaran presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha Agung. Azmin yang merupakan Ketua Bersatu Selangor itu memaklumkan beberapa Ketua Bahagian Bersatu negeri berkenaan penolakan tawaran tersebut, lapor FMT, yang memetik sumber. “Azmin dengan penuh prinsip tolak jawatan berkenaan dan mahu fokus kepada PN Selangor yang diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang. ‘Namun, ada juga desas-desus mengatakan Azmin tak sanggup ‘downgrade’ dirinya daripada menang Timbalan Presiden PKR untuk jawatan Setiausaha Agung,” kata sumber itu kepada FMT. Pada 13 Julai lalu, Bersatu ‘memperkenalkan’ lima barisan pemimpin tertingginya menjelang pemilihan parti itu Oktober depan. Setiausaha Agungnya sekarang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Presiden. Parti itu turut mencadangkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin untuk dilantik sebagai Naib Presiden manakala Azmin dicadangkan sebagai Setiausaha Agung.




Johari menegur Kiandee kerana mempersoalkan peranan sebagai speaker Dewan



Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini menegur Ronald Kiandee (PN-Beluran) kerana mempersoalkan peranannya sebagai pegawai kerajaan, selepas beliau menyuruhnya menanggalkan topi politiknya.




Adun Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta pada Umno - Akmal



Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Muhamad Jailani Khamis supaya sedia untuk membayar denda RM100 juta kepada Umno susulan tindakan Adun Rembia itu `melompat' ke parti lain. Beliau berkata, ini memandangkan perjanjian dan akujanji ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, wajib membayar denda itu kerana mengkhianati parti.




Bekas COO HRD Corp dihalang jumpa menteri? Pintu saya terbuka - Sim




Menteri Sumber Manusia Steven Sim menafikan bahawa bekas ketua pegawai operasi RD Corp, Ariff Farhan Doss 'disekat' daripada bertemu beliau. Terdahulu, Ariff yang dipecat pada Mei lalu, mendakwa dia cuba bertemu dengan sekurang-kurangnya dua menteri sumber manusia untuk memaklumkan mereka tentang isu di agensi itu tetapi 'dihalang' untuk berbuat demikian.


HRD Corp: 4 MP PKR persoal Menteri Kesuma lantik audit bebas



Empat ahli parlimen PKR mempersoalkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp). Sebelum ini, Menteri Kesuma Steven Sim, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.