AZMIN TOLAK JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG! MUNGKIN MAHU JAWATAN TIM PRESIDEN?



Menjelang pemilihan Bersatu Oktober ini, Datuk Seri Azmin Ali dilapor menolak tawaran presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Setiausaha Agung. Azmin yang merupakan Ketua Bersatu Selangor itu memaklumkan beberapa Ketua Bahagian Bersatu negeri berkenaan penolakan tawaran tersebut, lapor FMT, yang memetik sumber. “Azmin dengan penuh prinsip tolak jawatan berkenaan dan mahu fokus kepada PN Selangor yang diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang. ‘Namun, ada juga desas-desus mengatakan Azmin tak sanggup ‘downgrade’ dirinya daripada menang Timbalan Presiden PKR untuk jawatan Setiausaha Agung,” kata sumber itu kepada FMT. Pada 13 Julai lalu, Bersatu ‘memperkenalkan’ lima barisan pemimpin tertingginya menjelang pemilihan parti itu Oktober depan. Setiausaha Agungnya sekarang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Presiden. Parti itu turut mencadangkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin untuk dilantik sebagai Naib Presiden manakala Azmin dicadangkan sebagai Setiausaha Agung.




No comments: