Ahmad Norazlan.
Sesetengah Melayu ni memang pelik, tak habis-habis main sentimen bangsa dan agama.
Arab pun meniaga tidak gunakan sentimen bangsa dan agama, waima meniaga kurma sekali pun.
Kempen produk Bumiputera atau produk Muslim memang naif dalam perniagaan kerana menyempitkan peluang pasaran.
Malah tidak semua Bumiputera atau Muslim akan beli dan bukan Bumiputera dan bukan Muslim pasti tidak akan beli.
Ahza Adhwa
Yang penting ialah mutu barangan atau perkhidmatan, disiplin dan berdaya saing.
Saya bukan nak cakap apa. Tapi Yahudi punya model perniagaan tak jual dekat bangsa dia sahaja. Dia serve dekat semua masyarakat. Dia serve semua agama. Inclusive. Ini antara model perniagaan Yahudi. Yahudi tak bangun pagi berfikir orang Melayu nak jatuhkan perniagaan Yahudi. Dia bangun pagi berfikir untuk kembangkan perniagaan dia.
Cuba bayangkan Yahudi bukak mall, dalam mall tu tiba-tiba semayang Yahudi dipromosikan untuk promot mall. Ataupun, penganut agama Buddha bukak mall, dalam mall tu nampak tok sami Buddha tengah semayang kat tengah mall. It's not wrong, it's just. Weird. Di awal pembukaan Malakat Mall, solat orang Islam dijadikan "anchor" untuk orang datang mall. It's not wrong, it's weird.
Tapi ini bukan masalah utama dia. Malakat Mall punya masalah terbesar dia takde anchor tenant. Dalam kita nak buat mall, benda pertama kena ada anchor tenant iaitu "Satu brand yang boleh buatkan orang ramai masuk mall."
Kenapa orang pergi IOI Putrajaya? Anchor tenant dalam tu bapak banyak. GSC, Lotus, Parkson, Aeon. Semua tu anchor tenant. Saya ni hampir setiap minggu pergi AEON dia untuk beli barang dapur. Tiba-tiba je saya dah dapati diri saya masuk kedai Adidas, kemudiannya termasuk kedai Kenangan Kopi. Kemudian termasuk kedai makanan Korea ntah apa nama. Macam itu lah ada anchor tenant. Nak beli barang dapur RM 800, terbelanja pulak extra RM 200. Dan benda ini berulang kali berlaku setiap kali saya pergi IOI.
Bila dah jumpa anchor tenant, adakah Malakat Mall boleh berjaya? Tak jugak. Banyak lagi benda lain kena diperhalusi. Tapi, kalau model mall asas pun dah takde. Tak payah sembang benda lain.
Tapi ingatlah dalam berniaga ni, kita tak perlu pun scream, "We are Meleys. We are Muslim." Orang akan research sendiri sapa owner bila dah berjaya dan besar. Tengok macam Farm Fresh, tengok macam Zus Coffee, tengok macam Grab, tengok macam McDonald's. Ada ke brand ni scream, "Ini produk Cina, Ini produk Yahudi." Tak dak pung. Eh tak yah pergi jauh, sekarang Kenangan Kopi dari Indonesia, tak de pun dia scream "Ini produk Indonesia, Ganyang produk Malaysia."
Bila kita menjual, kita nak menjual dekat semua orang. Dalam menjual, kita menang bila semua orang boleh beli dari kita.