Dalam perbualan telefon bersama Dr Masoud Pezeshkian hari ini, saya sampaikan ucapan tahniah kepada beliau yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran yang baharu pada 30 Julai ini, selain menyatakan harapan melihat negara tersebut terus berkembang hebat di bawah pimpinan beliau.
Saya turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian almarhum Ebrahim Raisi, bekas Presiden Iran yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu.
Perbualan kami kemudian menyentuh mengenai komitmen berterusan kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Iran, selain sedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya.
Saya tegaskan betapa hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing, sebaliknya akan berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel.
Di akhir perbualan, saya menyampaikan jemputan buat Dr Masoud untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin, dan Dr Masoud turut menjemput saya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Iran.
🇲🇾 🇮🇷
#MalaysiaMADANI
===================
In a telephone conversation with Dr. Masoud Pezeshkian today, I extended my heartfelt congratulations on his inauguration as the new President of Iran on July 30 and expressed my hopes for Iran’s continued progress under his leadership.
I also offered condolences for the late President Ebrahim Raisi, who tragically died in a helicopter crash on May 19.
Our discussion reaffirmed both nations’ commitment to strengthening bilateral relations, investment, and trade, and exploring untapped areas of cooperation. I underscored that our cooperation would be driven solely by the welfare and prosperity of our peoples, free from foreign interference.
I also commended Iran’s steadfast support in the pursuit of justice for the Palestinian people and its stance against the Zionist Israeli regime’s oppression and atrocities.
Finally, I invited Dr. Masoud to visit Malaysia soon, while he also extended an invitation for me to visit Iran to further enhance our cooperation and friendship.
🇲🇾 🇮🇷
#MalaysiaMADANI