PEMBELIT

 

PEMBELIT


Saya cuba nak faham DRAMA terbaru seorang pemimpin muda. Sampai dia digantung dari masuk Parlimen 6 bulan. 


Apa yang dia buat?


Minggu lepas, dalam perbahasan Parlimen beliau, beliau utarakan:


1. Dia dapat surat layang, berkenaan pelopor sebenar isu Blackrock dan MAHB. 

2. Dalam surat itu, ceritakan seorang pegawai KWSP yang dibenci. Banyak buat hal dengan pekerja dan takde integriti jua. 

3. Dia terang2 sebut nama pegawai tersebut bagi semua orang dengar. 


********************


Bila saya dengar, saya tepuk dahi. Pemimpin muda ini patutnya seorang legislatif yakni pembuat undang2 di Parlimen, tapi undang2 Dewan pun dangkal dan tak hadam. 


Memang suatu Peraturan dalam Dewan, tiada nama khusus boleh digunakan kalau tiada dalam dokumen SAHIH dan bukti nyata. Itu basic sahaja sebenarnya. 


Sebabnya, imuniti atau kekebalan YB berbicara dalam Dewan, tidak langsung boleh disaman. Tidak bermakna, mereka boleh membuli dan suka suki memfitnah. 


A joke untuk seorang YB membawa surat layang sebagai bukti nyata seorang itu sudah bersalah. Dan dengan lantang dan tak tahu malu, menyebut nama pegawai tersebut dalam Dewan yang dia ada kekebalan. Ini lari dari konsep Intergriti. Sudah jatuh membuli. 


Kalau pun surat layang itu ada merit, adakah Parlimen itu forumnya? Patutnya bincang isu negara dan masalah rakyat. 


Setakat surat layang, dalam media dan sosial media pun boleh diketengah. Dan apakah selepas ini, ramai MP lain pula akan ulas dan bahas segala surat layang seluruh negara. Again, adakah level itu saja Parlimen Malaysia? 


Lagi satu saya kenot brain. Apa kena mengena isu pegawai KWSP ini dengan MAHB? Dia bukan CEO atau Pengerusi. Bukan juga dalam Board. Kenapa begitu teruk sangat drama nya kaitkan naratif “Pegawai bermasalah KWSP” dengan penjualan saham MAHB? 


Seriously, takkan dia ingat rakyat ni benak sangat? 


*****************


Isunya Pemimpin Muda ini bukan benak, tetapi sebenarnya terlajak pandai. 


Ingat dulu, ramai terpana dengan jargon2nya. Ketika ulas 1MDB. Masa tu target audience dia geng elitis dan terpelajar. Makanya kena blend well la nak impress mereka. 


Sejak bertanding atas tiket Parti yang dia sendiri maki, bodohnya penyokong mereka, warna Pemimpin Muda ini bertukar pula. 


Tiada lagi jargon berbelit. Hanya retorik dan kata mudah menaikkan emosi. Dengan crowd baru ini, dia buat naratif membodohkan. Playing it to the gallery.  Chameleon sekali. 


Saya seram memerhati perangai dan antics Pemimpin Muda ini. Opportunist yang terserlah. Pemimpin yang hanya “pandai” berkata tapi terbukti tak tahu buat kerja. Jadi Timbalan Menteri kerjanya promosi surat sokongan sahaja. 


Elok dia digantung 6 bulan dari dia cemarkan the August House. Kualiti MP Surat Layang tidak perlu ditayangkan kepada dunia. Malu kita. 


Tapi berhati2lah. Dia sudah katakan Speaker gantung dia kerana lawan Blackrock. Walhal isu sebenarnya mengenai “pegawai bermasalah” di KWSP.


See... bagaimana dia membelit dan probok2 rakyat Marhein.


Pemimpin muda ini kita perlu nyahkan segera dari dunia politik negara. At the rate he’s going and his antics, belitnya sudah level Machiavelli. 


Seriously, saya seram sekali.  


Salam hormat,

Liyana Marzuki