Di Majlis Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Bersama Jawatankuasa Masjid dan Surau Port Dickson. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada umat.
APA BEZA SUARA ISLAM YANG DIBAWA OLEH PH DAN UMNO/PAS?
PH bawa suara Islam dengan menghapuskan amalan rasuah, menangkap si perasuah serta berusaha memperbaiki kerosakan yg telah dilakukan oleh perompak-perompak ini. Slogan PH yg dibawa berkenaan Islam adalah "Islam Rahmatan Lil Alamin".
Pihak yang satu lagi, mereka bawa suara Islam dengan bersekongkol dgn parti yang dulunya terbabit dalam rompakan besar-besaran, berpuas hati dengan skandal rompakan 1MDB, Tabung Haji, KWAP, LTAT, Felda dan banyak lagi.
Slogan Islam yg mereka bawa adalah "Asalkan Melayu bukan Dap".
BERGAMBAR: ANWAR DI KARNIVAL PENGGUNA PORT DICKSON SEMALAM
hadir ke Karnival Jualan Pengguna (Jualan Murah) KPDNHEP bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Saifuddin Nasution di Port Dickson.
AKAUN MEDIA SOSIAL ANWAR DICEROBOH
KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ingin saya maklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabat saya. Ini termasuklah semua akaun media sosial milik saya.
Gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak tatkala kita meluangkan seberapa banyak masa di ruang digital. Ternyata ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita mencakup teknologi, dan senantiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas-perkakas digital samada untuk keuntungan segera atau membangkit ketidaktentuan dan kecelaruan.
Sedang ‘big data’ dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) hanya akan dipacu dengan baik sekiranya ruang digital digunakan secara meluas, ia harus diseimbangkan dengan perlindungan data yang munasabah dan pendekatan yang baik dalam bagaimana data digunapakai. Isu-isu ini juga turut disentuh saya dalam mengajukan Digital Native Agenda (DNA23) yang kini menjadi fokus.
Tatkala kami sedang menyelenggara permasalahan ini, ingin saya sarankan semua pihak untuk kekal waspada terkait segala maklumat yang datang dari pejabat saya, mahupun akaun-akaun media sosial atas nama saya. Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan dalam menyelesai isu pencerobohan siber ini.
ANWAR IBRAHIM
5 Mei 2019
========================
MEDIA STATEMENT BY YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
It has come to my attention that there has been a cybersecurity breach in my office. This includes intrusion into my social media accounts.
Security breaches like these are increasing as we spend more of our time in the digital space. It is an unfortunate consequence of embracing technology - there are always going to be individuals who use digital tools to either make a quick profit or to use social media to create unrest and discontent.
Whilst big data and artificial intelligence can only take off when people utilise digital technology ubiquitously, this has to be balanced with adequate data protection as well as an ethical approach to how data is used. Addressing these issues form part of the Digital Native Agenda (DNA23) initiative that I am championing.
Whilst we work to address the cybersecurity breach, please be wary of information that purportedly comes from my office or social media account. We are working with relevant authorities re this issue.
ANWAR IBRAHIM
5 May 2019
MEDIA SOSIAL, ANCAMAN RUNTUHKAN NEGARA
Media sosial, ancaman runtuhkan negara
Pengaruh media sosial yang tiada batasan dan pelbagai ancaman luar mampu menggugat keamanan negara, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Beliau berkata di ambang Malaysia baharu ini, negara menghadapi pelbagai cabaran melibatkan isu penghinaan terhadap agama, pelbagai identiti akibat intra-etnik, kecelaruan minda dan pengaruh budaya kebendaan.
Katanya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta agensi berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing secara inklusif bagi mengeratkan lagi hubungan di antara penganut pelbagai agama terutama terhadap mereka yang terpinggir dari arus kemodenan atau hidup dalam kelompok tersendiri.
“Bagaimanapun, bagi mewujudkan keseimbangan dan menghormati sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai fahaman agama, masyarakat juga perlu matang dalam menyebarkan mesej positif dan sahih,” katanya dalam ucapan merasmikan Penutup Seminar Memperkasa Komuniti Ke Arah Agenda Perpaduan Nasional bersempena Sambutan Minggu Perpaduan Melaka 2019.
Teks ucapan Adly dibacakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong, Damian Yeo Shen Li.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka Habibah Jaafar dan Pengurus Besar Institut Tun Perak Zaipul Anwar Zainu.
Sementara itu, Adly berkata sehingga kini, terdapat 243 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini dengan 2,000 anggota yang merupakan ejen perpaduan dan kesejahteraan bagi sesebuah masyarakat
“KRT memainkan peranan penting dalam memperkasa iklim perhubungan utuh antara kaum berteraskan memperkukuh perpaduan dan keharmonian komuniti setempat.
“Jika kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara itu baik, maka ekonomi negara akan berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua,” katanya.
PANDANGAN SENGET 2 BERANAK
Semalam bapa kata 20%, anak pulak lambung di haramkah.. Makanya, dua-dua beranak jenis buta dan tuli. Agaknya yang pergi mengadap Tun merayu itu ini saka pak haji kut...
1. Royalti minyak dapat
2. MPKK lantik mangkuk Pas juga
3. Ruang kebebasan bersuara
4. Peruntukan ICU untuk MP, MP Pas pun dapat
5. BSH
6. MySalam
7. Peruntukan kepada sekolah agama [sekolah bawah Pas pun minta]
8. Penstrukturan semula projek ECRL.
9. iSuri
10. Dana 'negara' yang dilarikan oleh kawan 'baghu' hampa akan dikembalikan oleh beberapa negara.
2. MPKK lantik mangkuk Pas juga
3. Ruang kebebasan bersuara
4. Peruntukan ICU untuk MP, MP Pas pun dapat
5. BSH
6. MySalam
7. Peruntukan kepada sekolah agama [sekolah bawah Pas pun minta]
8. Penstrukturan semula projek ECRL.
9. iSuri
10. Dana 'negara' yang dilarikan oleh kawan 'baghu' hampa akan dikembalikan oleh beberapa negara.
Rupa-rupanya jenis pak haji pak lebai tak pernah puas hati eh?
ASRI ANAK PULAU PINANG, MUSTAHIL BELIAU TAK TAHU , KECUALI FAKTA DIPUTARBELITKAN
Guan Eng akan bertemu Dr Asri jelaskan hakikat DAP martabat Islam
Pada 5
oleh PENTADBIR
oleh PENTADBIR
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menegaskan bahawa DAP menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Penegasan itu dibuat pemimpin DAP berkenaan bagi menjawab kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyentuh mengenai Islam dan DAP.
“Saya telah menghubungi Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam.
“Dr Asri telah memberitahu saya bahawa kenyataan yang dilaporkan media adalah berlainan daripada apa yang beliau katakan sebenarnya,” kata Steven dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, DAP bersedia menerima teguran dan nasihat demi kebaikan bersama, namun menjadi tugas parti untuk menolak fitnah pembangkang selama ini kononnya ia menentang syiar dan syariat Islam.
Tambah beliau, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga telah menjemput Asri untuk bertemu serta berbincang mengenai isu tersebut dan telah disambut baik oleh mufti berkenaan.
“Saya berharap semoga silaturahim antara DAP dan Dr Asri dapat dikekalkan dengan meneruskan perbincangan, dialog dan persefahaman sesama kita,” ujar Steven.
DAP martabat syiar Islam
Dalam pada itu, Steven turut menyorot pelbagai peruntukan yang telah disalurkan kerajaan negeri Pulau Pinang serta Putrajaya dalam memartbatkan syiar Islam di negara ini.
Sebagai contoh, di Pulau Pinang, katanya, peruntukan untuk hal ehwal Islam telah meningkat berkali-kali ganda berbanding zaman pentadbiran Barisan Nasional.
Negeri Pulau Mutiara yang dipimpin Ketua Menteri dari DAP itu juga turut membangunkan industri hahal dengan menyediakan kawasan seluas 100 ekar sebagai Hab Halal.
“Antara kejayaan dasar-dasar ini termasuklah penambahan bilangan huffaz daripada 103 orang pada 2008 kepada 600 orang pada masa kini, iaitu sebanyak 482% dalam tempoh sepuluh tahun.
“Kita juga berbangga apabila pelajar-pelajar Islam di Pulau Pinang memperoleh pencapaian KAFA terbaik di seluruh Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018.
“Kini kerajaan negeri juga sedang membangunkan perpustakaan digital Islam pertama di rantau Asia Tenggara,” ujar Steven yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
Di peringkat Persekutuan pula, katanya, Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi hal ehwal Islam.
Ia meningkat daripada RM1.1 bilion pada 2018 kepada RM1.2 bilion pada 2019.
“Selain itu, kerajaan persekutuan juga turut memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, dan RM25 juta lagi kepada sekolah-sekolah pondok berdaftar.
“Kedua-dua institusi ini tidak mendapat sebarang peruntukan dalam Bajet 2018 di bawah kerajaan Barisan Nasional.
“Tambahan lagi, RM50 juta juga diperuntukan untuk 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara,” katanya.
Tahun ini, katanya, Kementerian Kewangan juga menyalurkan RM5 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran untuk kerja-kerja mencetak kitab suci Al-Quran.
Malah, katanya, institusi agama Islam juga dibela apabila Tabung Haji menyuntik dana berjumlah RM17.8 bilion demi memulihkan Tabung Haji selepas penyelewengan oleh kerajaan terdahulu.
“DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara.
“Namun begitu, DAP sering difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka,” ujarnya.
SELEPAS SETAHUN … ‘SAYA TETAP PILIH PH’ – PROF AGUS
Selepas setahun … ‘Saya tetap pilih PH’ – Prof Agus
- Setahun yang lalu, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PH untuk membawa pembaharuan kepada negara. Rakyat mahu isu 1MDB diselesaikan, rasuah dihapuskan, urus tadbir negara diluruskan, reformasi institusi dilaksanakan, hak politik mereka dihormati, dan paling utama bebanan kos hidup menurun.
- Namun, menghampiri setahun rakyat kecewa. Kekalahan PH di tiga PRK adalah bukti kekecewaan tersebut. Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan PH.
Mengapa rakyat kecewa?
- Rakyat kecewa kerana perlahannya tindakan reformasi kerajaan, lambatnya tindakan kerajaan menyelesaikan skandal 1MDB, kecewa kerana harga komoditi sawit dan getah jatuh teruk, kecewa kerana menteri PH kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sesama mereka, kecewa pemansuhan GST tidak menurunkan kos hidup dan harga barang, kecewa kerana kerajaan PH mengubah kaedah bayaran PTPTN dari janji asal manifesto mereka, dan kecewa kerana kurangnya peluang pekerjaan.
- Selain itu, rakyat juga kecewa kerana kerajaan PH meneruskan dasar kerajaan dahulu yang tidak sesuai seperti meneruskan harga mingguan minyak dan AES, kecewa dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, dan paling utama kecewa dengan iltizam politik PH dalam melaksanakan janji manifesto PRU-14nya.
Bagaimana reaksi PH apabila dikritik?
- Reaksi PH mudah. Mereka meminta rakyat bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan PH. Kata mereka, kerajaan PH ini ibarat bayi yang baru setahun, takkanlah hendak mengharapkan bayi ini terus berlari. Kata mereka lagi, banyak hal perlu diselesaikan oleh kerajaan untuk memastikan segala janji dapat ditunaikan. Ini kerana PH mengambil alih pentadbiran yang sudah rosak. Bila sudah rosak, maka ini memakan masa untuk memperbetulkan semuanya.
- Tidak hanya itu, PH juga menyatakan faktor utama manifesto tidak dapat dilaksanakan adalah disebabkan negara ketiadaan wang. Ini kerana wang negara telah banyak dirembat oleh kerajaan kleptokrat terdahulu. Atas hujah ini, kerajaan PH meminta rakyat faham dan bertimbang rasa.
Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, parti mana pilihan saya?
- Saya melihat kedua-dua parti PH dan parti oposisi mempunyai hujah masing-masing. Tetapi jika dikehendaki memilih parti mana pilihan saya, sekiranya pilihan raya diadakan (dalam tempoh terdekat ini), saya memilih untuk mengundi PH.
- Pertama, jikapun PH ada kelemahan, saya dapati pemimpin PH belum lagi terlibat dalam gejala rasuah atau penyelewengan kuasa yang besar. Bagi parti oposisi PAS dan BN pula, jikapun mereka telah menunjukkan penyatuan yang tentunya baik untuk Melayu dan Islam, saya hairan apabila masih ada lagi dalam kalangan pemimpin mereka yang mempertahankan 1MDB dan salah laku kerajaan dahulu.
- Kedua, walaupun kerajaan PH masih lagi mempunyai hala tuju yang kurang jelas dan ada dalam kalangan menterinya kurang kompeten, saya setuju dengan pandangan supaya kerajaan ini perlu diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya hatta jika mempunyai lampu Aladdin sekali pun, kerajaan PH tidak boleh merubah Malaysia dalam masa setahun. Ini kerana saya melihat besarnya kerosakan Malaysia sebelum PRU-14 yang lalu.
- Ketiga, saya melihat kerajaan PH berwajah Malaysia, manakala PAS dan UMNO masih lagi terikat rapat dengan politik perkauman. Dalam dunia tanpa sempadan, saya percaya politik Malaysia perlu keluar dari politik sempit sebegini untuk maju ke depan.
- Keempat, biarpun PH masih perlahan dalam tindakannya untuk membawa perubahan institusi seperti yang dijanjikan, saya nampak kesungguhan kerajaan PH untuk membawa perubahan tersebut. Ini dapat dilihat dalam kes pelantikan Pengerusi SPR, SPRM, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara—yang saya yakin dapat membawa negara ke depan. Saya juga dapati kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah, meningkatkan kebebasan media, dan menghormati hak-hak politik rakyat.
- Kelima, saya melihat kerajaan PH masih tidak tergelincir dari landasan objektif dan misi mereka untuk menambahbaik urus tadbir dan pengurusan pembangunan ekonomi negara. Pada hemat saya, setakat waktu ini, perlahan pun tidak mengapa asalkan manifesto yang dijanjikan dapat ditunaikan sebelum PRU ke-15.
- Kita masih ada empat tahun lagi sebelum tempoh kerajaan PH berakhir. Dalam tempoh tersebut, masih banyak lagi perkembangan yang akan berlaku. Untuk mengekalkan pemerintahannya, kerajaan PH perlulah bertindak ke hadapan sesuai dengan aspirasi rakyat dan bukan lagi mencari alasan. Selesaikan tiga perkara: tunaikan manifesto PRU-14, selesaikan isu anak muda berkaitan dengan PTPTN dan peluang pekerjaan, dan turunkan kos hidup rakyat.
- Bagi parti oposisi pula, mereka juga mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Kekalkan perpaduan dalam pakatan oposisi, mantapkan kerjasama bersama dengan parti-parti bukan Melayu, dan tidak lagi mempertahankan perkara yang salah di mata rakyat.
- Semoganya, politik Malaysia ke depan adalah politik demokratik yang menjunjung hak-hak rakyat dan negara.
MEMBANTAH PERKARA YANG DIBUAT Umno
Geng-Penyokong yang haru biru pening..
Bantah statut ROM
- BN mula-mula apply benda nih.. dan kerajaan PH takde pun nak teruskan. Dah apa masalah kome?? Nak berpolitik?
- BN mula-mula apply benda nih.. dan kerajaan PH takde pun nak teruskan. Dah apa masalah kome?? Nak berpolitik?
Bantah UEC
- Benda nih pun dah dibuat masa zaman BN. Hala la kemarahan tu sama puak-puak umno yang sama-sama berdemo tu. Takleh ke?
- Benda nih pun dah dibuat masa zaman BN. Hala la kemarahan tu sama puak-puak umno yang sama-sama berdemo tu. Takleh ke?
Bantah ICERD
- dah macam tape buruk je gaya berdemo. Jelas-jelas PH tak laksana pun ICERD apa bonda la kalian berpolitik neh.
- dah macam tape buruk je gaya berdemo. Jelas-jelas PH tak laksana pun ICERD apa bonda la kalian berpolitik neh.
Mano RUU BODO 355 HADI?
KETUA PEMUDA Umno KENCING
KP UMNO kuat kencing. SUDAH la kalah, ingatkan nak insaf rupanya jadi lagi jahat.Berkawan dengan Pas ingat elok, hampas juga rupanya..
AYAT-AYAT GADUH TUN MAHATHIR….
Perbalahan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Sultan Johor nampaknya akan berterusan lagi.
Kali ini ia kelihatannya melibatkan sebidang tanah milik Sultan Johor di Bukit Cagar yang terlibat dalam rancangan pembinaan Sistem Transit Rapid atau RTS dari Johor Bahru ke Singapura.
Belum pun reda isu campurtangan Statut Rome dan perlantikan Menteri Besar serta dua Exco Johor baru-baru ini, kini meletus pula soal berkaitan tanah di Bukit Cagar ini.
Tanah berkenaan merupakan salah satu dari lima lot tanah di Bukit Chagar yang diterima Putrajaya dari kerajaan Johor pada 2012 sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tanah untuk membina Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru (CIQ).
Bagaimanapun satu daripada lot tanah itu telah menjadi milik Sultan Johor yang dikatakan pemindahannya dilakukan sebelum PRU 2018 lalu.
Jika kerajaan ingin mendapatkan semula tanah seluas 4.5 hektar tersebut, bermakna Putrajaya perlu membayar RM495 juta untuknya.
Menurut laporan, tidak diketahui bagaimana tanah itu dipindahkan dan siapa yang bertanggungjawab mengenainya, sama ada Perdana Menteri atau Menteri Besar Johor ketika itu.
Jawapan Tun Mahathir berkenaan tanah tersebut yang diperlukan untuk pembinaan RTS bagaimanapun nampaknya akan mencetuskan perbalahan yang berterusan dengan Istana Johor.
Kata Tun Mahathir, kerajaan akan membeli balik tanah tersebut daripada Sultan Johor kiranya baginda telah membuat pembayaran untuk memilikinya sebelum ini.
“Tetapi jika ia belum dibayar, kerajaan tidak perlu membelinya kerana ia adalah milik kerajaan.
“Hanya sekiranya baginda sudah membayar, barulah kami perlu membelinya balik,” tegas Perdana Menteri.
Alamak….bisanya ayat-ayat Tun Mahathir kali ini?
Ini ayat gaduh atau ayat yang bertujuan untuk berunding dengan baik?
Adakah ini bermakna kerajaan akan mengambil balik tanah tersebut secara percuma begitu saja?
Wajar atau tidak Tun Mahathir mengeluarkan ayat sedemikian, sedang dari segi pemilikan tanah itu sudah menjadi milik Sultan Johor?
Apa agaknya reaksi Sultan Johor selepas ini? (Shahbudindotcom 03/05/2019)
AS, SINGAPURA PULANG WANG 1MDB, BUKTI PH BOLEH MENTADBIR – IR NIZAR
AS, Singapura pulang wang 1MDB, bukti PH boleh mentadbir – Ir Nizar
Pembangkang yang memperdaya rakyat kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu mentadbir seharusnya membuka mata dengan keputusan Amerika Syarikat dan Singapura memulangkan wang rampasan urusniaga 1Malaysia Development Berhad, RM106 juta dan RM828 juta kepada kerajaan Malaysia.
Menurut Exco Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, keputusan itu hanya dibuat selepas kedua-dua negara berpuas hati bahawa kerajaan Malaysia tidak lagi mengamalkan kleptokrasi dan akan membelanjakan wang hanya untuk kebajikan rakyat.
Katanya, keyakinan kedua-dua negara itu juga membuktikan Malaysia berada di atas landasan yang betul dalam hal urus-tadbir.
“Saya hanya berharap kepulangan duit tersebut dapat membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan PH mempunyai kebolehan mentadbir. Sebab kebolehan ini telah diragukan oleh ramai orang, terutamanya puak pembangkang (BN dan PAS).
“Seperti yang saya tekankan banyak kali, Kerajaan PH memerlukan masa untuk mentadbir dengan jayanya kerana kita sedang menghadapi banyak cabaran iaitu ekonomi dunia sedang menguncup dan beban hutang negara yang tinggi,” kata Nizar kepada Suara Pakatan Daily.
Sehubungan itu, beliau menyeru puak-puak ektremis kaum dan agama supaya menghentikan retorik mereka serta-merta kerana politik bodoh tersebut tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana malah akan menghancurkan negara.
“Kerajaan PH tidak pernah mengenepikan atau mengabaikan hak Melayu tetapi sebaliknya telah banyak membantu dengan memberi lebih RM6 bilion untuk FELDA.
“Selain dari itu, Kerajaan PH juga berhasrat mendapatkan dana di antara RM6 bilion hingga RM10 bilion untuk projek di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) juga akan diteruskan untuk memanfaatkan masyarakat Melayu di negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Bukankah ini menunjukkan Kerajaan PH telah memberi keutamaan kepada masyarakat Melayu?” tanyanya.
Nizar turut menempelak pembangkang yang mengapi-apikan isu Melayu dan menunding jari kononnya kerajaan lemah tetapi tidak pernah pula memberi cadangan untuk memperbaiki keadaan negara.
“Sehingga kini, adakah puak pembangkang memberi sebarang cadangan untuk mengatasi cabaran yang sedang dihadapi oleh Kerajaan PH atau apa-apa cadangan untuk memajukan negara?” tanya Nizar.
Subscribe to:
Posts (Atom)