BUKTIKAN DALAM DEWAN


 Bagaimana kalau ada MP kerajaan pula yang beralih sokongan dan menyokong Mahiaddin atau mana mana pemimpin pembangkang? Adakah DS Anwar akan jatuh?


Kalau Perdana Menteri hilang sokongan, maka perlu dibuktikan dalam dewan iaitu melalui usul undi tidak percaya. PM tak boleh jatuh hanya dengan MP umum tukar sokongan.


MP Kerajaan Perpaduan telah menandatangani MoU yang mana sekiranya ada yang menyokong undi yang boleh menyebabkan PM hilang keabsahan, mereka akan dikira telah mengosongkan kerusi mereka.


Bermakna, jika ada usul undi tidak percaya, sekiranya ada MP kerajaan yang undi menyokong usul tersebut, maka dia akan hilang kerusi. Maknanya PN pun tak dapat kerusi tu.


Jadi berdasarkan kefahaman aku seperti yang di atas, kedudukan DS Anwar sebagai PM takkan terjejas jika PN merancang mahu tarik MP kerajaan menyokong mereka guna cara yang sama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BODOH KERANA MEMALUKAN NEGARA

 


LAGI FITNAH AYAM TAK SEMBELIH KONONNYA- PDRM BOLEH PANGGIL SIASAT.

 



Makin menjadi-jadi fitnah puak ni. Dan ini bukan lagi fitnah biasa. Ini dah menimbulkan kegusaran awam ni. Kalau report dah boleh jadi kes polis.


Nampaknya ekstremisme dalam politik dah makin jadi normal di kalangan puak sana. Dengan fitnah, dengan ugutan, keadaan semakin meruncing.


Pihak polis kena ambil tindakan. Bukan hanya pada kerengga macam ni. Tapi pada syaitan-syaitan yang menghasut mereka befikiran begini. Jika dibiarkan, akan jadi tidak terkawal nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KIRI KANAN SEMUA SALAH. DIA SALAH DIA KATA DIA BETUL. MANGKOK BETUL


Che Ibrahim.

 Kesian.... Masa kena dakwa dulu dikatakan kerana tak sokong Muhyidin, kemudian dikenakan hukuman kerana tarik sokongan ke atas PMX..... Kiri kanan nah kena.




TAK CUKUP JOMMMLAH

 

Hamdan Kepala Batas


Sangkar peti disangka mantap

Gagal mengaut lubuk tenggiri 

Hajat di hati ingin tebuk atap

Kapal ditebuk rakan sendiri



TAK PASAL PASAL SINGAPURA HANTAR BANTAHAN KERANA ADA SEKOQ MP KEPALA BATAS YANG BENGAP


 

BERITA FMT.


 

TUUU DIAAAA- MAHIADDIN. PUNYA TAK YAKIN PADA DIRI SENDIRI. PROMOSI SAMPAI 500 JUTA

 


Perbelanjaan untuk promosi kerajaan oleh Pagoh saja lebih RM500 juta. Untuk satu tahun saja hingga RM300 juta. Fuh! Bukan kecik anak punya belanja.


Semenjak dari pendedahan oleh PMX dalam dewan hingga hari ini, aku masih fikirkan lagi, apa promosi hang dilakukan oleh Mahiaddin sehingga setinggi itu jumlah perbelanjaannya?


Serius, aku tak ingat. Yang aku ingat, dia baca doa dalam tv, edarkan pdf. Itu saja. Takkan setakat itu pun belanja sampai lebih RM500 juta? Serius la?


Ada baiknya disiasat secara terperinci ke mana duit itu dibelanjakan. Adakah RM500 juta itu termasuk membayar cytro PN yang dengarnya dapat bayaran mencecah jutaan ringgit?


Mungkin! Sebab itu, bila dah tak lagi jadi kerajaan, peruntukan tak ada, cytro PN mulai goyang. Bekalan dedak dah habis. SPRM sewajarnya siasat kiranya ada unsur salah laku. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DEKAT NAK SAMA






 Mastodon adalah sejenis haiwan purba yang bentuk fizikalnya seperti gajah namun lebih besar. Haiwan ini telah pupus pada hari ini 


Tapi, hari ni pun masih ada makhluk yang namanya bermula dengan MAST juga. Cuma tak pasti kalau mereka ni sepupu sepapat.


Tu je nak kabo... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAU KENA TEAM DIA TAK ADIL. NAK BEZA KES 47 TU DAN SYED GUNA DUIT SAPA.


 

TIBA TIBA NAK SALAHKAN KERAJAAN


 

KENA HADAP LA SEBAB MAIN FITNAH


 

KENA PENJARA SALAH KERAJAAN....


 

KAH KAH...MAT SABU DULU JADI PEMBANGKANG LA NI DAH BUAT SESUATU YANG BAGUS


 

TAK PAYAH NAK DOK WALANON LA......PADAN MUKA HANG.....


 

MP PERMATANG PAUH. BUAT KAJIAN LEBIH SIKIT


 

WOOIIII DAH FITNAH MINTA MAAF. HANG TAK SEKOLAH KA.


 

REGA AYAM MURAH DAH OIII- DULU MENTERI DAN PM GAGAL.


 

PATUT PUN KAD WARTAWAN DITARIK KERANA DAH BANYAK KALI TANPA BUKTI SAHIH DAN MEMFITNAH...ALAAA...SUARA KEADILAN 25 TAHUN TAK ADA KAD MEDIA


 

KLUSTER PENJARA

 



The pot calling the kettle black. Kalau dengar dia ni bercakap, macam dia tu berintegriti sangat. Macam la dia sorang je yang amanah.


Tapi akhirnya terbukti dia pun mat sakau. Mungkin sebab itulah dia tentang peralihan kuasa daripada Mahathir ke DS Anwar dulu. Dia tahu Mahathir akan lindungi dia sedangkan DS Anwar takkan kompromi dengan penyelewengan dan rasuah.


Sekarang Saddiq bukan lagi kluster mahkamah. Dia dah rasmi jadi kluster penjara. Kesian la orang yang jangka bakal pemimpin masa depan. Rupanya dia hanya bakal banduan. Muka jambu pulak tu. Sabun jatuh nanti jangan kutip tau. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HARAP JGN SALAHKAN KERAJAAN YG ADA





Norman Radzuan


 Syed Saddiq didapati bersalah

HARAP JGN SALAHKAN KERAJAAN YG ADA


Syed Saddiq didapati bersalah atas empat pertuduhan pegubahan wang haram dana Armada. Beliau dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan dan denda RM 10 juta.


Saya harap Syed Saddiq atau penyokong pembangkang tidak menyalahkan kerajaan yg ada atas keputusan mahkamah ini kerana Syed Saddiq pernah memberitahu mahkamah “Saya didakwa kerana tak sokong Muhyiddin.”


"Permintaan utk menyokong Muhyiddin walaupun saya tiada masalah peribadi dengannya. Namun, jika perkara itu (menyokong kepimpinan Muhyiddin) akan menghentikan pendakwaan (terhadap saya), ia salah…”


Ini bermakna kes pendakwaan mahupun keputusan mahkamah bukan kerana SS tidak mahu menyokong PMX tetapi pengakuan SS dia didakwa kerana tidak sokong Muhyiddin.



BERSATU MAKIN KARAM

 

Bersatu makin apaa tentuannn.? Makinn kaaa.?? Kaaaaa.??? Karammmm..🤣


Inspired by Najib Bakar ..

😁😁😁..



SALAH...

 

Didapati bersalah.

Hormati keputusan mahkamah. 


Boleh rayu lagi.






https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/09/syed-saddiq-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-ubah-wang-haram/



LEBAI KAKI FITNAH.

 




Punya banyak PMX buat untuk Palestine, Ketua Dewan Ulama PAS kata Malaysia ragu sokong Palestine?


Lepas tu pertahankan pulak itu hanya pertanyaan...sebab ada tanda soal.


Cis ulama apa kau ni?

Menanam fitnah dan persepsi jahat hanya kerana kepentingan politik kau.



ANWAR JANGAN TERLALU TERUJA, BOLEH JADI YANG DATANG BERI SOKONGAN ADALAH UMPAN SAJA


Saya adalah antara sejumlah besar rakyat Malaysia yang gembira pada mulanya apabila tiba-tiba ada Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Pada saya, ini bukan saja menandakan kepimpinan Anwar lebih diyakini, malah akan menjanjikan atmosfera politik yang lebih stabil kepada negara sehingga PRU16 akan datang.


Apabila politik stabil, harapan seterusnya tentulah agar kerajaan mampu melakukan lebih kebaikan kepada rakyat, mengembangkan lagi ekonomi, menyediakan lebih peluang pekerjaan dan menjadikan negara ini benar-benar sejahtera untuk didiami.


Bermula dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), kemudian Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan seterusnya Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang tampil secara terbuka mengumumkan sokongan terbuka mereka kepada Anwar, saya menulis dengan respon yang baik terhadap tindakan mereka itu.


Bahkan, semalam selepas Mohd Azizi mengumumkan sokongannya kepada Perdana Menteri, saya malah menyarankan agar PN secara “en bloc”sepatutnya segera memberi sokongan kepada Anwar juga.


Ini kerana dengan satu demi satu telah beralih sokongan, bersama PN yang semakin hilang harapan untuk menjatuhkan kerajaan, lebih baiklah mereka beramai-ramai menyokong kepimpinan Anwar.


Setidak-tidaknya dengan berbuat demikian, semua Ahli Parlimen PN akan beroleh peruntukan kerajaan bagi kawasan masing-masing dan pengundi mereka akhirnya dapat sama-sama menikmati limpahan pembangunan.


Tetapi, apabila tidak sampai 24 jam selepas Mohd Azizi mengalihkan sokongannya, ia kemudian diikuti pula oleh Ahli Parlimen keempat iaitu Zahari Kechik, hati kecil saya mula terdetik perasaan sangsi.


Kenapa begitu cepat seorang lagi Ahli Parlimen Bersatu menyusul memberi sokongan, apakah semua ini sengaja direncana?


Di waktu yang sama, saya juga meneliti pimpinan utama Bersatu tidak begitu keras mengecam tindakan Ahli Parlimen mereka yang beralih arah itu.


Hanya ketika Iskandar Dzulkarnain saja terlihat ada reaksi yang agak keras, namun selepas itu semuanya dianggap semacam biasa-biasa saja.


Bahkan, pimpinan utama Pas juga tidak ternampak marah dengan tindakan Mohd Azizi dan Zahari itu, walhal kedua-dua calon Bersatu itu bertanding dalam PRU15 lalu adalah menggunakan lambang bulan.


Tidakkah Pas sepatutnya rasa mereka dikhianati?


Dalam konteks berkaitan, beberapa perkhabaran pula singgah ke telinga saya mengatakan usaha blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sebenarnya masih lagi berjalan dan tidak pernah dihentikan.


Malah ada pemimpin pembangkang baru-baru ini difahamkan telah menghantar wakilnya ke Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin negeri Sabah yang tertentu.


Meskipun dalam masa yang sama ada pemimpin dalam Bersatu sendiri difahamkan tidak berapa yakin usaha menjatuhkan Anwar boleh membuahkan kejayaan, pokoknya PN tetap mencari jalan dan tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan kerajaan sebelum PRU16 tiba.


Semua ini lantas menimbulkan persoalan, apakah seorang demi seorang Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan ini hanya sekadar umpan agar Anwar jadi leka?


Ini seterusnya mengingatkan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan pada 2009 lalu di mana ia bermula dengan Adun Bota daripada UMNO, Nasarudin Hashim tiba-tiba keluar parti dan menyertai PKR.


PR amat seronok ketika itu kerana majoriti kerajaan negeri telah bertambah, tetapi tidak lama kemudian, kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaluddin berjaya ditumbangkan hanya setelah 11 bulan berkuasa apabila dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dan Othman Jailu mengumumkan keluar parti, seterusnya diikuti seorang Adun DAP, Hee Yit Fong mengumumkan menjadi Adun Bebas.


Nasarudin yang sebelum itu melompat ke PKR turut kembali semula kepada UMNO kemudiannya, lalu termenjadilah Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.


Apakah strategi yang sama sedang digunakan untuk menumbangkan Anwar dan kerajaan perpaduan?


Bermula dengan tindakan Zahari semalam yang menjadi Ahli Parlimen keempat memberi sokongan kepada Anwar, saya tidak lagi jadi teruja dengan peralihan sokongan yang berlaku.


Kalau selepas ini ada lagi yang berbuat demikian pun, saya hanya ingin memerhati saja.


Memang semua yang beralih sokongan itu sudah dan akan digantung keahlian, tetapi mereka masih bebas menyokong sesiapa saja di masa akan datang, apabila setelah kerajaan bertukar tangan.


Akhirnya, harap-harap Anwar tidak terpedaya dan tidak termakan umpan yang ada jerat di sebaliknya. – ShahbudinHusin 09/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/09/anwar-jangan-terlalu-teruja-boleh-jadi-yang-datang-beri-sokongan-hanya-umpan-saja.html



NOOOOOHHHHH....THE GREATER KEDAH BAWAH SANUSI


BUDAK PAS BARU NAK JADI WALAUN.

 

Budak-budak pas kata Anwar agen Israel.

Xtau ape yang Pas sumbat dalam kepala mereka.😂

Satu dunia tengok kesungguhan DSAI perjuangkan nasib Palestin dengan ruang dan upaya yang kita ada.






PICISAN


Kecoh di media sosial, video viral Ahli Parlimen Kepala Batas. Beliau katakan Lim Guan Eng itu sepupu kepada Chin Peng, Ketua Parti Komunis Malaya. Beliau juga terkait dengan “Lim Kuan Yew”. Bekas Perdana Menteri Singapura. 


Kalau Ravi Pi Mai Tangtu dengar, mesti dah kena sound “sudah tukar kaaaa…”. Bila masa pulak Lee Kuan Yew tukar nama? 😅


Saya bukan apa, propaganda semua Pemimpin Cina itu komunis kita dengar dari kecil. Namun, dumbing down itu masih berlaku hingga kini. 65 tahun kita merdeka. Takkan la modal politik tetap sama. 


Kalau yang percaya rakyat biasa, kita ok lagi. Ni Pemimpin muda ada PhD. Mewakili parti Islam pula. Takkan la tak semak betul2 semasa bicara? Tabbayyun itu di mana? Adakah kerana yang nak difitnah itu orang Cina, maka halal segalanya? 


Saya tak lah berapa berkenan dengan LGE yang mereka gelar TOKONG ini. Banyak je posting saya hentam dia. Tapi kalau betul nak hentam sekali pun, biarlah kita guna fakta. Takut kita pulak mendatangkan fitnah kepada agama. Orang lain pandang slack pada agama kita. 


Mungkin YB Siti Mastura ada alasan sendiri. Kita tunggu penjelasan. Mungkin juga dia ada bukti Sijil Beranak Chin Peng sekali dengan family tree. Kita nanti... Kalau perlu masuk mahkamah untuk buktikan. Go ahead. 


Cuma saya harap level MP kita jangan lagi guna isu perkauman dan picisan. Tambah benda tak betul dan fitnah pula. Kan ke boleh malu sendiri.


Nak menang kerana politik benci ni takkan boleh bertahan lama. Sekejap je orang akan dengar. Anda adu domba. Sampai masa, orang akan tengok kualiti anda juga. Takkan boleh elak punya. 


Kita pun kena tebus otak kita. Bila orang politik keluarkan politik kebencian dan menghentam, kita harus juga tanya “what’s your alternative?” Kalau setakat bangkang, gengster kampung dusun pun boleh buat. Takyah la dibayar dengan dana awam. 


Ni juga terpakai kepada parti yang dulu jadi pembangkang. Lebih 20 tahun tunggu jadi Kerajaan. Hentam juga dari dulu. Banyak benda Kerajaan tak betul. 


Makanya kali ini, anda di atas, rakyat punya ekspatasi tinggi, kita tuntut janji reformasi. Setahun dah berlalu dan ada 4 tahun lagi. Kalau berjaya boleh sambung lagi satu penggal. 


Kalau tidak, penggal depan, at the rate they are going, seperti ramai rakyat yang syok, nak angkat DS Sanusi jadi Perdana Menteri. 


Itu namanya demokrasi. Ikut selera majoriti. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



WALAUN TERKEDU


 

LAGI KES MP BENGAP


 

NAYA CAM GINI PUNYA MP


 

ADA NIAT NAK TOLONG RAKYAT KAWASAN MASING MASING

 


KEH..KEH..KEH.....BENGONG

 

PM Singapura nama Lim Kuan Yew kata walauntit.🤣🤣





THE STRAITS TIMES SINGAPURA MELAPORKAN





Ha masak la…pandai2 kau kaitkan keturunan org dgn komunis. Lee Kuan Yew tu mantan Perdana Menteri Singapura dik..mudah betul kaitkan keturunan org.


Saya juga ingin menegur pimpinan kerajaan, selepas ini apa sahaja isu fitnah terus saman. Jgn beri tempoh masa apatah memaafkan begitu sahaja. Sikap anda sebenarnya menggalakkan fitnah itu berlaku.


FITNAH berleluasa kerana sikap pemimpin kerajaan… lalu mereka fitnah dahulu kemudian mohon maaf kemudian. Fitnah itu sudah membuatkan jutaan org Melayu percaya… kesian bangsa ini.


Jadi mereka akan lakukan lagi dan lagi. Jika saya Menteri KDN saya cadangkan satu akta fitnah 3R wajibkan dimasukkan (direman) dlm lokap 14 minggu. Baru tahu menyesal buat fitnah.


Ingat FITNAH punca umat Islam berpecah. Nabi SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras kerasnya. Kata baginda "Tidak masuk syurga org yg menyebarkan fitnah (mengadu domba)."


Ingat jgn ingat berkopiah dan bertudung labuh kamu boleh masuk syurga. Allah tidak pandang pada parti kamu, pakaian kamu, pendidikan kamu tetapi ketakwaan kamu kdpNya.