Sementara itu DILAPORKAN telah berlaku KEROSAKAN TERUK SPEAKER di Parlimen. Khabarnya sampai tak boleh repair dah. MP sampai dihalau keluar dewan isu rampasan aset Petronas
Zunar cartoonist fan club
Zunar cartoonist fan club
Naib Presiden Amanah bidas Naib Presiden Pas berkenaan isu Stesen Bas & jalan sempit di Kelantan. #politik #nikamar #hasanuddinyunus #stesenbaskelantan
KEADILAN akan menghadapi generasi berbeza dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 berbanding PRU yang sebelumnya.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, KEADILAN menghadapi tanggungjawab besar untuk berhadapan PRU akan datang dan menghadapi pula generasi berbeza sama sekali daripada sedekad lalu.
“Kita berdepan generasi berbeza daripada yang masuk pilihan raya sebelum ini
“Ini bukan generasi emosi, turun jalan raya, masuk lokap. Ini bukan generasi bersih. 60% pengundi kita kalau PRU dipanggil 3 – 4 bulan ini umurnya di bawah 35 tahun.
“Mereka tak tahu Bersih, 1998 atau 2008. Kesedaran politik mereka pada 2018. Jadi mereka tidak lihat KEADILAN parti teraniaya, parti bawa suara rakyat dari jalan raya.
“Mereka tak peduli semua itu. Mereka hanya tahu kamu kerajaan apa, kamu buat dan apa yang akan kamu buat,” katanya dalam penggulungan Kongres Nasional KEADILAN ke 16.
Katanya, KEADILAN telah berjaya tumbangkan Umno dalam PRU 14 dan selepas itu rakyat mahu melihat apa yang dilakukan oleh parti dan kerajaan Pakatan Harapan
“Kita telah berjaya tumbangkan Umno. Rakyat terima kasih kepada kita. Kita perlu ingat, selepas kita menang kehendak rakyat terhadap kita lebih rumit. Rakyat mahukan kita bukan semata mata Umno teruk merosakkan rakyat. Mereka tahu Umno buat kerosakan dan rasuah.
“Selepas 2018 setelah kita menjadi kerajan, mereka mahu melihat bagaimana kamu menyelesaikan masalah.
“Selesaikan masalah mesti diterjemahkan dari segi ketangkasan dan kepintaran kita. Kalau kita kata menteri Umno tak cerdik sudah tentu kita perlu jadi cerdik,” katanya.
Rafizi juga mengingatkan bahawa jika memerintah semula pada PRU 15 keadaan negara menjadi sukar dengan kemerosotan ekonomi.
Oleh itu pemimpin KEADILAN perlu lebih bersedia.
“Kita juga berdepan dengan maslah negara berbeza daripada yang dialami sebelum ini. Kita mahu jadi kerajaan dan jangan lupa kalau jadi kerajaan kita berhadapan masalah dan kesukaran yang belum dihadapi sebelum ini.
“Kerajaan akan menghadapi masalah dalam keadaan kewangan kerajaan yang begitu sempit. Kita berada di penghujung kitaran ekonomi yang selama ini bergantung kepada sawit, petroleum, perkilangan.
“Kita ada lagi industri yang boleh menyelamatkan kita. Ekonomi tak baik, wang tak ada. Kita juga mewarisi projek insfrastruktur besar, projek mahal dan dibebankan hutang dari negara China. Beban hutang ini akan diwariskan 10 – 20 tahun dari sekarang,” katanya lagi.
Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022.
Bagaimanapun dengan pengakuan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam sidang media tengah hari tadi bahawa khemah besar bukan bermakna menolak semua pihak yang ingin bersekutu, maka strategi pilihan raya KEADILAN semakin jelas hala tujunya.
Menurut Rafizi, parti politik lain yang mempunyai prinsip sama menentang BN boleh dipertimbangkan asalkan perjuangan mereka selari dengan KEADILAN.
Beliau menjawab ketika wartawan bertanya apakah akan wujud perbezaan pendekatannya dan Anwar dalam isu kerjasama politik.
“Saya tak rasa ada perbezaan seperti digembar gemburkan.
“Hari ini KEADILAN telah menyatakan bahawa kita akan memperkukuhkan dari segi dasar atau polisi. Kalau ada di kalangan tertentu yang mereka juga menolak Umno – BN, mereka tidak terpalit rasuah dan ada nilai nilai tambah, sudah tentu itu boleh dibincang (sebagai sekutu).
“Namun bukan (kerjasama) itu menjadi strategi yang utama (pilihan raya). Strateginya kita sebagai Pakatan Harapan, KEADILAN sebagai tulang belakang memperkukuh parti, mencari jalan penyelesaian (masalah rakyat), membuat penawaran dan kalau ada perti lain yang mereka mahu kerjasama, mereka tertakluk kepada ini (terima reformasi sistem),” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi jelas menolak amalan kerjasama lepas bersama pasukan Tun Mahathir apabila KEADILAN terlalu banyak berkompromi tetapi akhirnya kerjasama itu dihancurkan oleh parti Bersatu.
Kerjasama kali ini, kata Rafizi, akan lebih tertumpu kepada soal dasar dan pelaksanaan agenda rakyat.
“InshaAllah akan mengelakkan pengalaman kita yang lepas, sehingga kita terpaksa berkompromi beberapa perkara dan akhirnya bila banyak rundingan itu (berkisar) siapa dapat apa, kerusi, jawatan.
“Ia tidak pergi ke soal dasar, soal pelaksanaan (agenda rakyat).
“Jelas mana mana pihak yang merasakan mahu kerjasama untuk melawan BN, mereka juga faham (kehendak PH). Itu akan memudahkan usaha kita masuk pilihan raya,” katanya lagi.
Apa sudah jadi dengan Bukit Gambang Resort?
Sebahagian gambar yg dimuat naik oleh owner unit bertarikh 29
May 2022 di Caribbean Bay Resort mengambarkan keadaan semasa di BGRC.
Persoalannya:
1. Adakah waterpark akan beroperasi kembali?
2. Bila facilities resort area diselenggara dan dibuka semula?
Semoga BGRC kembali "hidup" seperti dulu²... Mesti
ramai yang ada kenangan dekat sini
Sumber Bukit Gambang Waterpark Unit Owner
KUALA LUMPUR: Minyak masak subsidi jenis peket 1kg sukar dikawal susulan terdapat perniagaan atau restoran berskala besar turut menggunakannya.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perniagaan yang menggunakan minyak masak peket itu, kerajaan akan dituduh zalim.
“Yang susah nak kawal ini adalah minyak masak peket untuk kegunaan rumah, tetapi pengusaha restoran besar gunakan.
“Tak sampai hati nak ambil tindakan ‘mak cik-mak cik’ goreng pisang. Itu salah satu sebab minyak masak peket tak boleh komersial tetapi jika penguat kuasa nak saman makcik tukang masak atau rampas minyak masak mereka nanti kita dituduh zalim kepada rakyat,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta kerajaan menyasarkan subsidi kepada golongan memerlukan saja bukannya untuk golongan kaya.
Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan tidak berdiam diri dan sedang berusaha untuk melaksanakan subsidi bersasar.
Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu meneliti mekanisme akan diambil sebelum melaksanakannya agar tiada golongan memerlukan tercicir.
“Ini bukan sesuatu perkara mudah dan ada perkara perlu dipertimbangkan.
“Kerajaan tidak berdiam diri dan perdana menteri tak boleh dikatakan tak lakukan apa-apa tindakan. Insya-Allah kita akan lakukan terbaik untuk negara,” katanya.
Pada 6 Julai lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak peket 1kg hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli dan digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.
Bagaimanapun, Nanta berkata pengecualian itu diberikan kepada peniaga kecil.
Namun, pada masa sama, Nanta menegaskan bahawa penggunaan minyak masak peket tidak boleh digunakan oleh perniagaan atau restoran pada skala yang besar.
Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi bagi minyak masak jenis peket dengan isipadu 1kg akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat.
Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi 1kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi 1kg untuk kegunaan golongan B40.
Katanya, tindakan Najib berterusan “meracun” pemikiran rakyat dengan propaganda dan pembohongannya perlu ditangani segera dan mahu semua ahli parti itu bersama-sama menghentikannya.
Menurut Rafizi lagi, semua ahli PKR mesti mula bertindak aktif menyanggah apa saja propaganda yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah itu.
“Kita kena sanggah Najib, tak boleh biarkan dia bermaharajalela, tak boleh biarkan dia terus syok meracun pemikiran rakyat.
“Mulai hari ini, semua kita bila balik ke kawasan masing-masing, kita perlu terus sanggah Najib sehingga kita hantar dia ke penjara,” katanya dengan penuh semangat dan disambut tepukan gemuruh oleh perwakilan.
Serentak itu, Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan laporan polis secara besar-besaran akan dibuat terhadap Najib pada Selasa ini berhubung pembohongan dan isu perkauman yang dimainkannya.
“Hari Selasa nanti kita buat laporan polis secara besar-besaran, tak boleh biarkan dia terus main isu perkauman.
“Selepas ini kalau Najib berbohong, kita buat laporan polis demi laporan polis lagi,” tambah Rafizi.
Jika kita perhati dengan teliti, propaganda palsu dan mainan sentimen perkauman oleh Najib sebagaimana didakwa Rafizi begitu ketara di media sosial bekas Perdana Menteri itu demi semata-mata untuk beliau meraih sokongan dan populariti di sebalik kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Di media sosial, Najib terlihat seolah-olah serba tahu, tetapi di mahkamah banyak perkara dijawabnya hanya dengan dua patah perkataan – tak tahu.
Sebab itu, sebagaimana saranan Rafizi, adalah penting untuk semua propaganda, pembohongan dan mainan isu perkuman Najib itu disanggah dengan bersungguh-sungguh.
Ia sebenarnya bukan saja perlu disanggah oleh ahli-ahli PKR, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia serta sebahagian ahli UMNO yang bersama kerajaan sedia ada sekarang ini.
Hakikatnya, kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sekarang, salah seorang pemimpin kanan UMNO sendiri jadi tidak stabil adalah kerana sering didesak untuk disegerakan PRU15 oleh kluster mahkamah yang mana Najib merupakan sebahagian daripadanya.
Kadang-kadang desakan serta tekanan agar disegerakan PRU15 itu bukan pun berasaskan fakta, tetapi lebih kepada sentimen dan keinginan hati semata-mata.
Jika tanpa gangguan daripada Najib dan kluster mahkamah, Ismail Sabri tentu dengan aman dan selesa boleh memimpin kerajaan ini sehingga ke akhir penggal Parlimen iaitu Julai tahun depan.
Dalam konteks PKR dan rakyat Malaysia pula, sanggahan kepada Najib lebih untuk memastikan usaha PKR dan PH membina negara berasaskan keharmonian semua kaum mencapai kejayaan akhirnya.
Jika pembohongan dan api perkauman terus disemarakkan, negara bukan saja tidak maju ke depan, malah akan berundur ke belakang kerana tiada negara boleh mencapai kemajuan tanpa perpaduan dan selagi sentimen perkauman menjadi alat politik untuk meraih populariti.
Senang cerita, semua kita rakyat Malaysia perlu bangun menyanggah Najib sehingga beliau ke penjara demi Malaysia yang aman dan sejahtera. – ShahbudinHusin 17/07/2022.
Najib kata PH gila sebab tak mahu batalkan MoU. Kenapa Najib
cakap macam tu? Kerana dia sedar MoU itulah yang menghalang UMNO untuk sabotaj
kerajaan yang diterajui oleh UMNO sendiri.
Kalau tidak kerana MoU yang disokong oleh PH, rasanya UMNO
sendiri dah tarik balik sokongan terhadap Ismail sebagai PM kerana Najib dan
Zahid terlalu ingin dapatkan kuasa dan bebaskan mereka dari tuduhan di
mahkamah.
Atas sebab itulah Najib keluarkan kenyataan ini. Ini bukan untuk
pemimpin PH tetapi untuk penyokong supaya penyokong PH akan desak pemimpin PH
untuk batalkan MoU. Selepas itu, PRU pun akan segera diadakan.
Sebab itu aku tak percaya Isnail akan jadi PM lagi kalau betul
UMNO menang dalam PRU15 nanti. Aku yakin secara tiba-tiba Zahid atau mungkin
Najib sendiri jadi PM. Benda dah berlaku di PRN Johor.
Aku begitu benci dengan kerajaan lembab dan bengap yang dipimpin
oleh Isnail ini. Tetapi aku sokong MoU dikekalkan supaya PRU awal dapat dielak
paling tidak sehingga Najib dan Zahid masuk penjara. Bukan lama pun lagi. Guane
boh?
PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan menjadi tumpuan pagi ini apabila Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti yang dinantikan, akan dibentangkan.
RUU itu adalah antara terma utama yang terkandung dalam memorandum kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).
Charles Santiago dari DAP berkata, ahli Parlimen akan dapat melihat kandungan RUU dan “butiran tepat” hari ini, sebelum ia dibahaskan selama dua hari pada minggu berikutnya.
Bagaimanapun Santiago berkata, terdapat “konsensus umum” bahawa ia perlu diluluskan.
“Jika tidak, ia akan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap ahli politik dan lebih penting lagi, ia tidak akan menimbulkan keyakinan kepada orang ramai untuk keluar mengundi,” katanya.
Santiago berkata, perbahasan mengenai RUU anti-lompat parti menjadi hangat dan gamat jika ahli Parlimen menyentuh “Langkah Sheraton”.
Tindakan itu membawa kepada kejatuhan kerajaan PH selepas ahli Parlimen daripada gabungan itu berpaling tadah.
“Ia akan menjadi peluang bagi sesetengah pihak untuk melepaskan kemarahan, tetapi juga saat kebenaran bahawa pindaan dibuat bagi memastikan ‘Langkah Sheraton’ tidak berulang.”
Santiago juga berkata, satu lagi RUU yang akan menarik minat ramai ialah bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, bagi menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja.
Maria Chin dari PKR berkata, selain RUU anti-lompat parti, beliau menantikan pembentangan RUU gangguan seksual dan RUU mengenai Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) serta Akta Perkhidmatan Parlimen.
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu turut menggesa Dewan Rakyat membenarkan media masuk semula ke parlimen kerana ketika ini, hanya media terpilih dibenarkan masuk.
Katanya, masyarakat sivil juga tidak boleh dilayan seperti “penceroboh”.
“Tiada alasan lagi kerana kita telah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid.
“Selagi orang ramai memakai pelitup muka, melakukan penjarakan sosial dan sentiasa membersihkan diri, Parlimen perlu membenarkan media dan masyarakat sivil diberi akses kerana mereka membawa suara rakyat.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, RUU anti-lompat parti akan “panas” jika dibahaskan hingga ke perkara-perkara kecil, termasuk definisi melompat dan bahagian perlembagaan yang akan dipinda.
“RUU itu baharu buat kita, banyak yang dipertaruhkan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau berharap ahli Parlimen akan membahaskan dasar kerajaan yang bertujuan untuk menyekat kenaikan kos makanan dan meminimumkan inflasi.
Hari ni, saya bersama Pak Majid, seorang pemandu teksi kat Bukit
Mertajam hantar sebuah kerusi roda baru kepada warga mas OKU di Machang Bubok.
Pak Zainol yang menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa
kudung kaki hidup sebatang kara di kampung. Isterinya dah meninggal dunia 10
tahun yang lalu, mereka tidak ada anak.
Walaupun kudung kaki, Pak Zainol mampu hidup berdikari.
Bulan-bulan dapat SOCSO dan bantuan zakat untuk berubat.
Pak Majid yang baik hati pula selalu bawa Pak Zainol pi merata
dengan teksinya. Pi hospital, pi pusat dialisis, pi ambik ubat, kadang kala pi
jalan-jalan di JUSCO bila Pak Zainol dah bosan duk sorang-sorang kat rumah.
Mereka sebenarnya baru kenal tak sampai setahun. Walaupun Pak
Majid sendiri orang susah, dia sanggup membantu orang lain. Jadi bila dia
bagitau saya, kerusi roda Pak Zainol dah rosak, saya terus pi beli yang baru
dan kami hantar ke rumah Pak Zainol.
Kesian tengok Pak Zainol tinggal sorang-sorang kat rumah. Saya
berjanji kat dia, saya akan aturkan anak-anak angkat saya untuk teman dia pi
shopping sekali sekala. Saya juga hulurkan sumbangan RM1000 kepada Pak Zainol
untuk buat belanja.
Saya bagitau Pak Majid, sebulan sekali bila nak bawa Pak Zainol
ke hospital untuk jumpa doktor, saya akan bayar duit tambang teksi dia. Semoga
dipermudahkan urusan mereka berdua.