SPEAKER ROSAK TERUK...KENA BUANG...



 Sementara itu DILAPORKAN telah berlaku KEROSAKAN TERUK SPEAKER di Parlimen. Khabarnya sampai tak boleh repair dah. MP sampai dihalau keluar dewan isu rampasan aset Petronas


Zunar cartoonist fan club


ELOK NUSI DEDAHKAN SECARA TERPERINCI- - JANGAN DOK ACAH ACAH NAK DEDAHKAN.

 

Banjir Baling: 'Saya tahu siapa terlibat, jangan paksa kita dedahkan' - Sanusi



Abd Hadi Che Awang
Banjir Baling: 'Saya tahu siapa terlibat, jangan paksa kita dedahkan' - Sanusi
Sanusi mengulas mengenai penolakan usul ADUN pembangkang dalam sidang media di Wisma Darul Aman, pada Isnin. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa beliau telah menerima kandungan dokumen dan kronologi berkaitan isu pembalakan dan kelulusan projek durian jenis Musang King di Gunung Inas, Baling daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
Menurutnya, beliau juga turut mengetahui nama-nama individu tertentu yang telah menandatangani kelulusan bagi projek penanaman durian Musang King di lokasi terbabit.
Bagaimanapun jelas Sanusi, dirinya tidak mahu membuat pendedahan itu kerana memegang kepada prinsip untuk tidak terus bermain 'blame game' sebaliknya fokus kepada jalan penyelesaian terhadap apa yang berlaku.
Beliau turut mendakwa tindakan ADUN pembangkang membawakan dua usul di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini adalah bertujuan untuk memastikan dirinya tidak bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan memandangkan belum menerima laporan keseluruhan daripada agensi berkaitan.
Situasi juga akan menyebabkan kumpulan pembangkang di negeri itu akan terus memainkan isu berkenaan sebagai isu politik.
"Pembangkang hari ini (bawa usul dan Speaker menolak), oleh kerana kita tidak dapat laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), laporan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), (dan ketika ini) saya hanya ada kronologi dan laporan daripada Jabatan Perhutanan Kedah,
"Jadi adalah tidak adil untuk merujuk satu jabatan sahaja, dan saya tahu siapa yang sign surat untuk luluskan projek Musang King, saya tahu (mereka) ada dalam (kalangan ADUN-ADUN Pembangkang) ini, jadi jangan paksa kita dedahkan semua ini, saya sudah janji tidak mahu main 'blame game', saya akan be fair kepada semua," katanya.
Sanusi berkata demikian bagi mengulas mengenai penolakan usul ADUN pembangkang dalam sidang media di Wisma Darul Aman, pada Isnin.
Tambahnya, penolakan itu turut dibuat mengikut peraturan Dewan DUN Kedah, yang mana masa yang diperlukan sebelum sesuatu usul dibahaskan adalah 14 hari.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan Speaker DUN, Datuk Juhari Bulat, tetap memberi peluang kepada pembangkang membacakan usul berkenaan sebelum menolaknya bagi perbahasan.
Terdahulu, Juhari menolak dua usul dibawa ADUN pembangkang mengenai perkara berkaitan bencana terbabit.
Menurutnya, beliau menolak usul yang dibawa Datuk Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) kerana tempoh notis diberikan ADUN berkenaan terlalu singkat dan tidak mengikut peraturan ditetapkan iaitu 14 hari sebelum tempoh persidangan atau jika diusulkan melalui Menteri Besar, tempohnya adalah tujuh hari.
Manakala penolakan usul dibawa Tan Kok Yew (PH-Derga), dibuat selepas usul tersebut disebabkan oleh masa yang tidak sesuai kerana tindakan secara tergesa-gesa itu sama sekali tidak adil kepada kerajaan dan Speaker.

JOM KITA JIHAD....



HORREY! JIhad Inflasi telah mencapai matlamatnya!

MISSION ACCOMPLISHED!


Zunar cartoonist fan club 


PH HADAPI GENERASI BERBEZA DALAM PRU 15


TIADA KHEMAH BESAR TIDAK SEMESTINYA TOLAK SEKUTU



Apa sudah jadi dengan Bukit Gambang Resort?

 








1 LOVE PAHANG

Apa sudah jadi dengan Bukit Gambang Resort?

Sebahagian gambar yg dimuat naik oleh owner unit bertarikh 29 May 2022 di Caribbean Bay Resort mengambarkan keadaan semasa di BGRC.

Persoalannya:

1. Adakah waterpark akan beroperasi kembali?

2. Bila facilities resort area diselenggara dan dibuka semula?

Semoga BGRC kembali "hidup" seperti dulu²... Mesti ramai yang ada kenangan dekat sini Description: 😌

Sumber Bukit Gambang Waterpark Unit Owner

 

APA PUNYA PM...DAH LANTIK MENTERI 70 ORANG ...3 ORANG LAGI PEGANG JAWATAN BERKAITAN...TU PUN TAK BOLEH LAGI NAK KAWAL....MEMANG LEMAH TENAGA BATIN BETUL LAH KERAJAAN INI...

 


Restoran pun guna, sukar kawal minyak masak peket subsidi, kata PM




Pada 6 Julai lalu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
 Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak peket 1kg
 hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli atau digunakan
 bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.

KUALA LUMPUR: Minyak masak subsidi jenis peket 1kg sukar dikawal susulan terdapat perniagaan atau restoran berskala besar turut menggunakannya.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perniagaan yang menggunakan minyak masak peket itu, kerajaan akan dituduh zalim.

“Yang susah nak kawal ini adalah minyak masak peket untuk kegunaan rumah, tetapi pengusaha restoran besar gunakan.

“Tak sampai hati nak ambil tindakan ‘mak cik-mak cik’ goreng pisang. Itu salah satu sebab minyak masak peket tak boleh komersial tetapi jika penguat kuasa nak saman makcik tukang masak atau rampas minyak masak mereka nanti kita dituduh zalim kepada rakyat,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta kerajaan menyasarkan subsidi kepada golongan memerlukan saja bukannya untuk golongan kaya.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan tidak berdiam diri dan sedang berusaha untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Bagaimanapun, katanya kerajaan perlu meneliti mekanisme akan diambil sebelum melaksanakannya agar tiada golongan memerlukan tercicir.

“Ini bukan sesuatu perkara mudah dan ada perkara perlu dipertimbangkan.

“Kerajaan tidak berdiam diri dan perdana menteri tak boleh dikatakan tak lakukan apa-apa tindakan. Insya-Allah kita akan lakukan terbaik untuk negara,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak peket 1kg hanya untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh dibeli dan digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran.

Bagaimanapun, Nanta berkata pengecualian itu diberikan kepada peniaga kecil.

Namun, pada masa sama, Nanta menegaskan bahawa penggunaan minyak masak peket tidak boleh digunakan oleh perniagaan atau restoran pada skala yang besar.

Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian subsidi bagi minyak masak jenis peket dengan isipadu 1kg akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat.

Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi 1kg sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi 1kg untuk kegunaan golongan B40.

SELAIN PKR, SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN TERMASUK UMNO JUGA PERLU MENYANGGAH NAJIB



 Antara intipati penting dalam ucapan penggulungan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR hari ini, selain menyeru semua pihak bekerja keras bagi memenangkan parti dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, beliau juga menekankan perlunya propaganda dan pembohongan Najib Razak disanggah secara besar-besaran.

Katanya, tindakan Najib berterusan “meracun” pemikiran rakyat dengan propaganda dan pembohongannya perlu ditangani segera dan mahu semua ahli parti itu bersama-sama menghentikannya.

Menurut Rafizi lagi, semua ahli PKR mesti mula bertindak aktif menyanggah apa saja propaganda yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah itu.

“Kita kena sanggah Najib, tak boleh biarkan dia bermaharajalela, tak boleh biarkan dia terus syok meracun pemikiran rakyat.

“Mulai hari ini, semua kita bila balik ke kawasan masing-masing, kita perlu terus sanggah Najib sehingga kita hantar dia ke penjara,” katanya dengan penuh semangat dan disambut tepukan gemuruh oleh perwakilan.

Serentak itu, Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan laporan polis secara besar-besaran akan dibuat terhadap Najib pada Selasa ini berhubung pembohongan dan isu perkauman yang dimainkannya.

“Hari Selasa nanti kita buat laporan polis secara besar-besaran, tak boleh biarkan dia terus main isu perkauman.

“Selepas ini kalau Najib berbohong, kita buat laporan polis demi laporan polis lagi,” tambah Rafizi.

Jika kita perhati dengan teliti, propaganda palsu dan mainan sentimen perkauman oleh Najib sebagaimana didakwa Rafizi begitu ketara di media sosial bekas Perdana Menteri itu demi semata-mata untuk beliau meraih sokongan dan populariti di sebalik kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Di media sosial, Najib terlihat seolah-olah serba tahu, tetapi di mahkamah banyak perkara dijawabnya hanya dengan dua patah perkataan – tak tahu.

Sebab itu, sebagaimana saranan Rafizi, adalah penting untuk semua propaganda, pembohongan dan mainan isu perkuman Najib itu disanggah dengan bersungguh-sungguh.

Ia sebenarnya bukan saja perlu disanggah oleh ahli-ahli PKR, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia serta sebahagian ahli UMNO yang bersama kerajaan sedia ada sekarang ini.

Hakikatnya, kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sekarang, salah seorang pemimpin kanan UMNO sendiri jadi tidak stabil adalah kerana sering didesak untuk disegerakan PRU15 oleh kluster mahkamah yang mana Najib merupakan sebahagian daripadanya.

Kadang-kadang desakan serta tekanan agar disegerakan PRU15 itu bukan pun berasaskan fakta, tetapi lebih kepada sentimen dan keinginan hati semata-mata.

Jika tanpa gangguan daripada Najib dan kluster mahkamah, Ismail Sabri tentu dengan aman dan selesa boleh memimpin kerajaan ini sehingga ke akhir penggal Parlimen iaitu Julai tahun depan.

Dalam konteks PKR dan rakyat Malaysia pula, sanggahan kepada Najib lebih untuk memastikan usaha PKR dan PH membina negara berasaskan keharmonian semua kaum mencapai kejayaan akhirnya.

Jika pembohongan dan api perkauman terus disemarakkan, negara bukan saja tidak maju ke depan, malah akan berundur ke belakang kerana tiada negara boleh mencapai kemajuan tanpa perpaduan dan selagi sentimen perkauman menjadi alat politik untuk meraih populariti.

Senang cerita, semua kita rakyat Malaysia perlu bangun menyanggah Najib sehingga beliau ke penjara demi Malaysia yang aman dan sejahtera. – ShahbudinHusin 17/07/2022.




WOIIIIIIII SEMUA .......NAJIB INGAT ORANG BODO CAM DIA...

 



Najib kata PH gila sebab tak mahu batalkan MoU. Kenapa Najib cakap macam tu? Kerana dia sedar MoU itulah yang menghalang UMNO untuk sabotaj kerajaan yang diterajui oleh UMNO sendiri.

Kalau tidak kerana MoU yang disokong oleh PH, rasanya UMNO sendiri dah tarik balik sokongan terhadap Ismail sebagai PM kerana Najib dan Zahid terlalu ingin dapatkan kuasa dan bebaskan mereka dari tuduhan di mahkamah.

Atas sebab itulah Najib keluarkan kenyataan ini. Ini bukan untuk pemimpin PH tetapi untuk penyokong supaya penyokong PH akan desak pemimpin PH untuk batalkan MoU. Selepas itu, PRU pun akan segera diadakan.

Sebab itu aku tak percaya Isnail akan jadi PM lagi kalau betul UMNO menang dalam PRU15 nanti. Aku yakin secara tiba-tiba Zahid atau mungkin Najib sendiri jadi PM. Benda dah berlaku di PRN Johor.

Aku begitu benci dengan kerajaan lembab dan bengap yang dipimpin oleh Isnail ini. Tetapi aku sokong MoU dikekalkan supaya PRU awal dapat dielak paling tidak sehingga Najib dan Zahid masuk penjara. Bukan lama pun lagi. Guane boh?

Raja Gelap

 

KAH..KAH....KATAK DAH TAK BOLEH LOMPAT LAGI..SEMOGA TERLAKSANA.

 



Sidang Dewan Rakyat bersambung, tumpuan kepada RUU anti-lompat parti



Gesaan supaya undang-undang mengharamkan lompat parti timbul semula selepas “Langkah Sheraton” yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan menjadi tumpuan pagi ini apabila Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti yang dinantikan, akan dibentangkan.

RUU itu adalah antara terma utama yang terkandung dalam memorandum kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Charles Santiago dari DAP berkata, ahli Parlimen akan dapat melihat kandungan RUU dan “butiran tepat” hari ini, sebelum ia dibahaskan selama dua hari pada minggu berikutnya.

“Semua pihak akan menelitinya dan kami boleh menjangkakan banyak idea dan cadangan,” kata Ahli Parlimen Klang itu kepada FMT.

Bagaimanapun Santiago berkata, terdapat “konsensus umum” bahawa ia perlu diluluskan.

“Jika tidak, ia akan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap ahli politik dan lebih penting lagi, ia tidak akan menimbulkan keyakinan kepada orang ramai untuk keluar mengundi,” katanya.

Santiago berkata, perbahasan mengenai RUU anti-lompat parti menjadi hangat dan gamat jika ahli Parlimen menyentuh “Langkah Sheraton”.

Tindakan itu membawa kepada kejatuhan kerajaan PH selepas ahli Parlimen daripada gabungan itu berpaling tadah.

“Ia akan menjadi peluang bagi sesetengah pihak untuk melepaskan kemarahan, tetapi juga saat kebenaran bahawa pindaan dibuat bagi memastikan ‘Langkah Sheraton’ tidak berulang.”

Santiago juga berkata, satu lagi RUU yang akan menarik minat ramai ialah bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, bagi menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja.

Maria Chin dari PKR berkata, selain RUU anti-lompat parti, beliau menantikan pembentangan RUU gangguan seksual dan RUU mengenai Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) serta Akta Perkhidmatan Parlimen.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu turut menggesa Dewan Rakyat membenarkan media masuk semula ke parlimen kerana ketika ini, hanya media terpilih dibenarkan masuk.

Katanya, masyarakat sivil juga tidak boleh dilayan seperti “penceroboh”.

“Tiada alasan lagi kerana kita telah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid.

“Selagi orang ramai memakai pelitup muka, melakukan penjarakan sosial dan sentiasa membersihkan diri, Parlimen perlu membenarkan media dan masyarakat sivil diberi akses kerana mereka membawa suara rakyat.”

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, RUU anti-lompat parti akan “panas” jika dibahaskan hingga ke perkara-perkara kecil, termasuk definisi melompat dan bahagian perlembagaan yang akan dipinda.

“RUU itu baharu buat kita, banyak yang dipertaruhkan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau berharap ahli Parlimen akan membahaskan dasar kerajaan yang bertujuan untuk menyekat kenaikan kos makanan dan meminimumkan inflasi.

STEVEN SIM MEMBANTU WARGA YANG LUMPUH










Hari ni, saya bersama Pak Majid, seorang pemandu teksi kat Bukit Mertajam hantar sebuah kerusi roda baru kepada warga mas OKU di Machang Bubok.

Pak Zainol yang menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa kudung kaki hidup sebatang kara di kampung. Isterinya dah meninggal dunia 10 tahun yang lalu, mereka tidak ada anak.

Walaupun kudung kaki, Pak Zainol mampu hidup berdikari. Bulan-bulan dapat SOCSO dan bantuan zakat untuk berubat. Description: 💪🏽

Pak Majid yang baik hati pula selalu bawa Pak Zainol pi merata dengan teksinya. Pi hospital, pi pusat dialisis, pi ambik ubat, kadang kala pi jalan-jalan di JUSCO bila Pak Zainol dah bosan duk sorang-sorang kat rumah.Description: ❤️

Mereka sebenarnya baru kenal tak sampai setahun. Walaupun Pak Majid sendiri orang susah, dia sanggup membantu orang lain. Jadi bila dia bagitau saya, kerusi roda Pak Zainol dah rosak, saya terus pi beli yang baru dan kami hantar ke rumah Pak Zainol.

Kesian tengok Pak Zainol tinggal sorang-sorang kat rumah. Saya berjanji kat dia, saya akan aturkan anak-anak angkat saya untuk teman dia pi shopping sekali sekala. Saya juga hulurkan sumbangan RM1000 kepada Pak Zainol untuk buat belanja.

Saya bagitau Pak Majid, sebulan sekali bila nak bawa Pak Zainol ke hospital untuk jumpa doktor, saya akan bayar duit tambang teksi dia. Semoga dipermudahkan urusan mereka berdua. Description: 🤲🏼Description: 🙏🏼