KENYATAAN MEDIA



ISU 40 PERATUS HASIL: TIADA RAYUAN, RUNDINGAN

DIMULAKAN SEGERA



“ Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.”


#MalaysiaMADANI





Kabinet Baru


Amir Zuhair






Pada 2 Disember ini, tempoh lantikan empat orang Senator yang sedang memegang jawatan Menteri akan tamat. Secara automatik, apabila tempoh Senator mereka berakhir, jawatan Menteri yang disandang turut terlucut mengikut peruntukan Perlembagaan.


Daripada empat Senator tersebut, seorang daripadanya sudah pasti tidak akan disambung lantikannya kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang Senator hanya boleh dilantik untuk maksimum dua penggal sahaja (1 penggal = 3 tahun, jadi 2 penggal = 6 tahun).


Inilah sebabnya ramai bertanya mengapa Dr. Asyraf Wajdi tidak dilantik sebagai Menteri dalam kabinet sekarang, walaupun beliau memegang jawatan kanan dalam parti sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hal ini kerana beliau telah pun menamatkan dua penggal Senatornya sebelum ini, sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Maka dari sudut undang-undang, beliau tidak lagi layak dilantik sebagai Senator buat kali ketiga.


Yang menarik, pada 2 Disember ini, terdapat tiga portfolio Menteri yang akan kosong:


 1. Menteri Ekonomi

 2. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 3. Menteri Perdagangan dan Industri


Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-16 hanya perlu diadakan selewat-lewatnya penghujung tahun 2027, kekosongan tiga kementerian strategik ini wajib diisi segera demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan dasar-dasar ekonomi tidak terbantut.


Maka, rombakan kabinet hampir pasti berlaku.

Saya menjangka ia akan dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 November ini.


Ketika ini, ramai ahli politik kiri dan kanan sudah mula bertanya siapa yang akan kekal dan siapa yang akan gugur. Bahkan ada juga yang sudah mula melobi jawatan, pejabat dan pemandu di Putrajaya.


Walau siapa pun yang naik, dan walau siapa pun yang turun ingat satu perkara yang paling asas, amanah.


Jawatan bukan tanda mulia. Jawatan itu timbangan di akhirat.


Hari ini kamu disanjung, dipuja, dikerumuni ramai,

bergambar dan bergelak ketawa sambil memegang gelas.


Tetapi jika ketika berkuasa kamu menjadi sombong,

meminggirkan yang membantu kamu naik, menghina suara orang bawahan dan berjalan dengan riak serta takbur, percayalah, apabila kamu tidak lagi punya apa-apa, manusia tidak akan lagi memandang kamu seperti dahulu.


Kerana dulu kamu dianggap manis seperti madu,

bukan kerana nilai dirimu, tetapi kerana kuasa dan sumber yang kamu pegang.


Nilai sebenar manusia tersingkap ketika dia tidak lagi punya jawatan.


ingatlah firman Tuhan,


“Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki.


Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”


APA PUN LEPAS PILIHANRAYA...SABAHAN JANGAN KERAP KENA TIPU.

 



Dasyat Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim, Selesai Terus isu Sabah. 






Pjbt Peguam Negara setuju tak buat rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan terus buat RUNDINGAN sampai Selesai untuk Sabah.


Sabah apa lagi, undi lah Pakatan Harapan, GPS dan BN. Ayuh Bah!!!


Zaman PN dulu bagi ciput ja, ini kasih terus 40%




TU DIA WEII....NI KAJIAN BUDGET KEDAH ....RAKYAT KEDAH JADI PENDERMA

 


BAJET KEDAH RM1.33 BILLION KUTIP DARI TITIK PELUH TANAH RAKYAT.



1. Sidang DUN kali ini akhirnya membuka pekung yang lama disembunyikan.


Bukan sekadar kenaikan cukai tanah, tetapi keseluruhan Bajet Kedah 2026 menunjukkan negeri ini sebenarnya berada dalam kedudukan fiskal yang lemah, dan poket rakyatlah yang akan diperas untuk menampungnya.







2. Jumlah bajet Kedah 2026 ialah RM1.33 bilion, tetapi hasil negeri cuma RM838 juta. 








Defisit negeri: RM99 juta (11.81%), antara yang terbesar dalam sejarah Kedah.


3. Lebih mengejutkan, 66% hasil negeri datang daripada tanah:


– Hasil Tanah: RM554.81 juta

– Pelbagai Hasil: RM232.88 juta

– Hasil Hutan: RM33 juta

– Hasil Daerah: RM17.31 juta



Ini gambaran paling jelas bahawa Kedah bukan negeri industri. Kedah masih hidup atas “old economy”: tanah, premium tanah, urus geran, urus hak milik.


Bila struktur hasil selemah ini, kerajaan negeri memilih jalan paling cepat dan mudah, iaitu kutip lebih daripada rakyat dan naikkan cukai tanah.


4. Sebelum ini Kerajaan negeri mensasarkan hasil RM1 bilion menjelang 2028, dan langkah pertama bermula tahun 2026: naikkan cukai tanah besar-besaran.


Dokumen TERHAD yang dibentangkan sendiri oleh kerajaan negeri dalam Sidang DUN Kedah harini mengesahkan (akan diwartakan jika rakyat Kedah kekal diam dan tidak bersuara).


– Hasil cukai tanah 2025: RM218 juta

– Hasil cukai tanah 2026: RM330 juta

– Kenaikan: RM112 juta (51.38%)


5. RM112 juta ini bukan hasil kemajuan ekonomi, bukan hasil pelaburan, bukan hasil industri.


RM112 juta ini ialah wang yang diambil daripada 850,000 pemilik tanah di Kedah.


Kadar kenaikan (belum diwartakan tetapi sudah disiapkan):


– Pertanian: 17% – 150%

– Kediaman: 14% – 43%

– Perniagaan: 50% – 100%

– Industri: 16% – 50%


Kenaikan sampai 150% kepada petani bukan satu polisi, tetapi satu hukuman.


Kenaikan 100% kepada peniaga bukan reformasi, tetapi beban hidup.


Kenaikan 43% kepada rumah rakyat bukan kesejahteraan, tetapi tekanan.


Yang lebih mengejutkan, apabila kita gabungkan dokumen cukai tanah ini dengan Bajet Kedah 2026, gambarnya menjadi lebih jelas — dan lebih perit untuk rakyat.


6. Realiti Bajet Kedah 2026; Negeri tidak cukup duit, rakyat kena cukai, perbelanjaan negeri boros, hasil tidak berkembang.


Perbelanjaan Mengurus Kedah 2026 mencecah RM937 juta jadi semakin besar, semakin berat, tetapi hasil negeri tidak naik seiring. Keadaan ini menyebabkan Kedah tidak punya ruang untuk membina projek pembangunan baharu.


7. Hampir semua perbelanjaan Negeri guna duit Persekutuan samada secara geran ataupun pinjaman, sebab kewangan negeri tidak mampu.


Baca Kumpulan Wang Pembangunan Kedah 2026: RM244.44 juta. 


Daripada itu, sektor air adalah komponen terbesar:


▪️KWB Air: RM242.18 juta

• Daripada jumlah itu, RM241.41 juta ialah pinjaman Persekutuan (99.7%)

• Dana negeri sendiri: RM0.77 juta


Air Kedah bukan negeri yang urus, bil air Kedah naikan, tapi tak cukup duit nak buat pinjam Persekutuan m


▪️Jalan raya pun sama:


• MARRIS Kedah 2026: RM305 juta

• MARRIS 2024: RM295 juta


Semua jalan negeri dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. 


Lepas tu kerajaan negeri asyik menuduh Pusat tak bantu.


8. Kesimpulan pedih untuk rakyat Kedah;


Bila semua data ini digabungkan, gambarnya sangat jelas:


i. Negeri tak cukup hasil.

ii. Negeri bergantung pada tanah.

iii. Negeri bergantung pada Persekutuan, zakat, wakaf dan pinjaman.

iv. Negeri tiada ruang membina projek sendiri.

v. Negeri tak mampu biayai program rakyat secara mega 

vi. Lalu tahun 2026, kerajaan negeri pilih jalan paling mudah: naikkan cukai tanah secara besar-besaran sehingga 150%.


Dan dalam masa sama, mereka masih melaungkan Kedah sebagai “tempat berlindung orang miskin”.


Bagaimana rakyat mahu berlindung, jika kerajaan negeri sendiri yang menambah beban hidup mereka?


Syam Ghaz




AAAAUUUUMMMM


 

MAI PERODUA MUDAH JAWAB...


 

DIA NI DOK BUAT BUAT TANYA SOKLAN BODO


 

PEMBANGKANG NAK JADIKAN JENERAL TAK JADI KERAJAAN TU PASAI PA...NO IDEA KE?


 

KENA SALING HOTMAT MENGHORMATI ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


 

LAKI RINA KENA SOUND DENGAN SPEAKER


 

TUUU DIA.. WALAUN PUNYA PASAL


 

KEH KEH KEH..


 

KEH KEH KEH... WALAUN TAK SEKOLAH... SYARAT BAGI KENA ISTIHAR HARTA.. TU TAMBAHAN SYARAT


 

KADAR PENGANGGURAN.



Nazri Hamdan



Kadar pengangguran Malaysia kekal rendah pada 3% untuk suku ketiga 2025, tapi yang jadi isu besar ialah lebih sepertiga graduan bekerja di luar bidang atau di bawah tahap kelayakan mereka. 


Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), kira-kira 1.96 juta graduan dan pemegang diploma masih terperangkap dalam kerja separuh mahir atau rendah mahir, termasuk kerja yang tak perlukan ijazah pun. 


Walaupun bilangan penganggur turun kepada 519,900 orang, fenomena ni tunjukkan pasaran kerja Malaysia belum cukup menampung pekerjaan berkemahiran tinggi untuk tenaga muda berpendidikan.


Menariknya, negeri macam Putrajaya, Pahang, dan Selangor catat kadar pengangguran paling rendah antara 1.4% hingga 1.8%, sementara kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi pula datang dari Selangor (78.2%). 


Pekerjaan banyak bertambah dalam sektor perkhidmatan, jualan runcit, F&B, komunikasi, dan pembuatan, tapi kadar pengangguran belia 15–24 tahun masih tinggi iaitu sekitar 10.1%. 


Senang cerita, kerja memang ada, tapi banyak kerja tu tak padan dengan kelayakan atau gaji yang setimpal, jadi walaupun angka nampak cantik atas kertas, realitinya ramai graduan masih rasa “tersangkut” dalam kerjaya yang tak sepadan dengan apa yang mereka belajar.



TEDIA HAIHHHH... AWAT LAGU NI??


De De


 RM16 JUTA UNTUK KERETA YB, TAPI UNTUK RAKYAT... “TADOK” 😏




Yee... betul, memang ada negeri lain pun bagi kemudahan pinjaman kepada ADUN-ADUN mereka.

Tapi bezanya — had pinjaman tu jauh lebih rendah!

Dan... kerajaan negeri mereka tak pernah guna alasan “tak ada duit” bila rakyat minta tolong.

Bila rakyat tanya tentang bantuan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik,

jawapan YB: “Tadok.”


Tapi bila nak bagi peruntukan RM16 juta untuk YB beli kereta baru — tup-tup... ada pulok!

Bila rakyat minta bantuan raya untuk rasa sikit nikmat di hari mulia,

jawapan YB: “Tadok.”


Tapi bila nak bantu YB beli kereta mewah Tesla, BYD, Jaecoo J7,

duit terus ada.

Bila rakyat susah,

minta bantuan persekolahan anak-anak macam dulu —

supaya nasib keluarga boleh berubah —

dijawabnya: “Pitih takdok.”


Tapi bila nak beli kereta baru untuk YB,

pitih berduyun-duyun mai.

Bila rakyat merungut bil air makin tinggi, hidup makin sempit,

jawapan rasmi: “Kerajaan takdok duit nak tanggung kos pengurusan air.”


Tapi untuk YB beli kereta... takdak masalah.

Itulah sebab rakyat marah.

Itulah sebab rakyat terasa hati.

Bukan semua rakyat “tahi politik”.

Yang duk menjilat, memutar lidah,

itu hanyalah lantikan politik cap ayam —

biawak hidup yang makan duit rakyat.


Ada pulak satu “mamak lantikan politik” cuba nak bela kerajaan negeri, katanya:

“Zaman dulu pun YB dapat pinjaman beli kereta juga.”

Yerrr betul.


Tapi dulu had pinjaman cuma RM43,000!

YB masa tu pun kalau beli kereta, paling tidak pun Viva atau Myvi,

suruh bini guna hantar anak pergi sekolah.

Bukannya beli kereta mewah enam angka.

Alasan paling kelakar yang mereka bagi:

“YB-YB susah nak dapat loan sebab sepenggal cuma 5 tahun.”

Hello ban.gla budusss,


selama ni YB pergi kerja naik basikal ke?

Rakyat freelance pun boleh buat loan kereta,

inikan pula YB gaji RM11,000 sebulan!

Inilah kualiti lantikan politik cap ayam —

tiada manfaat, tiada akal, hanya pandai menjilat.

Rakyat makin miskin,

mereka makin mewah atas alasan “khidmat rakyat”.


📸 Bukti di atas:

Respon sebenar seorang YB bila rakyat tanya pasal bantuan pesakit kronik —

“Tadok.”


Tapi bila isi borang, disuruh juga.

Kesimpulannya:

Pitih takdok, tapi borang tetap bagi.

Duit untuk YB beli kereta?

Sentiasa ada. 🙄




BUAT BUAT BIMBANG KONON.. PADA HAL HANG NAK PEKENA KONONNYA LA.. KENA DENGAN PM ANWAR MEMANG KENA LA.. DIA FIGHTERS...

 


PMX tak percaya pada panglima panglima perang pasca Kongress Keadilan 20...

PEMBANGKANG CUBA MENGGANGU PMX MENJAWAB! DISEKOLAHKAN SPEAKER!

PMQT- PM Anwar Ibrahim jawab isu mantan jeneral Rangsi, 40% hasil Sabah dan Da...

PADU UCAPAN PENGULUNGAN DS MAT SABU DALAM KONVENSYEN AMANAH!

JADI KERAJAAN KENA BIJAK CARI DUIT.. BUKAN BEBANKAN RAKYAT.


 

PAS MENGGELABAH.... HONGGANG BUKAN INDIBIDU. TAPI WADAH MENUNTUT HAK RAKYAT KEDAH


 

OWWHHH... BIASA TENGOK... OOOO.. FAHAM PUN PASAI TAK LAKU.. ELOK.. MACAM TU LA.. ORANG TAK PI.

 


BETUL LAH TU..



 Jamzuri Ardani


Saya tak dengar ucapan ni sebab saya tak hadir hari kedua konvensyen. Hari pertama datang sekejap jumpa kawan-kawan pastu balik sebab demam. 


Hari ni ada kengkawan share dalam group. 


Saya gini je ... benda-benda baik macam ni kena mula dari atas sekali. Kalau tidak satu sen pun tak guna. 


Tak gitu?




APA ISU SEBENAR UPKO KELUAR PH? MUDAH.... JOM PAHAM.


Norman Daud


 Malam ini, (semalam) Parti UPKO mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH)  satu langkah yang mengejutkan ramai pemerhati politik, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah.





Punca utama? Isu pemberian khas 40% hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan dari Sabah  satu perkara yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, tetapi masih belum diselesaikan sejak Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963.


UPKO mendakwa Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan tanggungjawab itu dan tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang sebelum ini mengesahkan hak Sabah terhadap pemberian khas tersebut. Keputusan kerajaan untuk merayu keputusan itu dianggap sebagai tanda pengkhianatan terhadap rakyat Sabah.




Namun di sebalik emosi kekecewaan itu, perlu juga dilihat fakta sebenar di sebalik angka yang sering dilaungkan.


Beberapa pihak mendakwa Sabah menyumbang lebih RM100 bilion setahun hasil petroleum kepada Malaysia  satu angka yang ternyata tidak benar. Berdasarkan data rasmi, jumlah keseluruhan hasil petroleum huluan Malaysia pada tahun 2024 hanyalah sekitar RM127 bilion, dan pecahan sebenarnya seperti berikut:


Semenanjung Malaysia: RM34.6 bilion


Sarawak: RM31.5 bilion


Sabah: RM26 bilion


Jadi, dari mana datangnya dakwaan Sabah menyumbang RM100 bilion seorang diri?


Realitinya, Sabah menerima royalti 5% daripada hasil minyak dan gas , satu kadar yang ditetapkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Pada tahun 2024, Sabah menerima RM1.827 bilion royalti, sedikit menurun berbanding RM1.877 bilion pada 2023.


Isu 40% pula berbeza sama sekali dengan royalti petroleum. Ia bukan tentang minyak semata-mata, tetapi melibatkan semua hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di Sabah  termasuk cukai, levi, lesen dan pelbagai bentuk pendapatan lain.


Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim  telah menjelaskan bahawa sementara menunggu keputusan muktamad mahkamah, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan pemberian khas Sabah daripada RM26.7 juta setahun semasa era BN kepada RM306 juta pada 2024, dan RM600 juta pada 2025.


Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM17 bilion untuk pembangunan Sabah jauh lebih besar daripada kira-kira RM10 bilion hasil yang dikutip daripada negeri itu.


Langkah UPKO keluar daripada Pakatan Harapan ini dilihat sebagai usaha menonjolkan diri sebagai pembela hak Sabah menjelang PRN. Dalam suasana politik yang semakin panas, setiap parti kini berlumba-lumba mahu dilihat paling lantang menuntut “hak negeri di bawah bayu”. Tapi ada juga khabar angin cakap mereka keluar sebab tak puas hati hanyab diberi 5kerusi untuk bertanding. 


Justeru, biarlah mahkamah tertinggi negara menentukan tafsiran muktamad tentang maksud sebenar pemberian khas 40% itu. Buat masa ini, jelas bahawa Sabah bukan penyumbang RM100 bilion hasil petroleum setahun seperti yang digembar-gemburkan. 


Dalam suasana menjelang Pilihan Raya Negeri, isu ini pastinya akan terus menjadi senjata politik bagi sesiapa yang mahu dilihat “berani menuntut hak Sabah.” hakikatnya, Kerajaan Madani dibawah pimpinan PMX komited untuk menyelesaikan isu ini dan memastikan hak rakyat sabah terbela berdasarkan angka yang sahih bukan khabar angin



𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞: 𝗣𝗔𝗥𝗔𝗚𝗟𝗜𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗘𝗩𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 — 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 & 𝗔𝗡𝗚𝗜𝗡 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜




I̲n̲t̲r̲o̲:

𝘚𝘪𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘩𝘢𝘥 𝘵𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘯𝘷𝘰𝘪 𝘏𝘢𝘳𝘭𝘦𝘺, 𝘨𝘦𝘯𝘨. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳 𝘮𝘰𝘥𝘦 — 𝘱𝘢𝘳𝘢𝘨𝘭𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨.

𝘉𝘪𝘭𝘢 𝘱𝘢𝘳𝘢𝘨𝘭𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘰𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘨𝘪𝘯, 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘳 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭. 𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪, 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 — 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪, 𝘷𝘪𝘴𝘪 — 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴. 𝘐𝘯𝘴𝘱𝘪𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘢𝘴, 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯.


𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘱𝘶𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘬 — 𝘰𝘵𝘢𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪, 𝘦𝘹-𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘭𝘦𝘣𝘢𝘪, 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘦𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳-𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬.

𝘚𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘪𝘵, 𝘬𝘰𝘱𝘪 𝘢𝘪𝘴 𝘬𝘢𝘸 𝘥𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯, 𝘬𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘱 𝘱𝘢𝘯𝘢𝘴 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘭𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵 — 𝘴𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢 𝘵𝘦𝘣𝘢𝘭 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶.


𝘛𝘪𝘣𝘢-𝘵𝘪𝘣𝘢, 𝘰𝘵𝘢𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘶𝘵. 𝘚𝘶𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘪𝘬𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘫𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘪𝘱𝘢𝘵:


> “Boleh aku tanya terus terang? Kenapa korang takut sangat dengan Rafizi, sampai sanggup plot nak singkir dia? Bukankah dia yang bantu kita menang PRU14 dan PRU15 dulu?”


𝘚𝘶𝘯𝘺𝘪. 𝘈𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘱𝘶𝘯 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘦𝘯𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘦𝘴𝘪𝘳.

𝘎𝘦𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘴𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 — 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘶𝘳𝘢-𝘱𝘶𝘳𝘢 𝘩𝘪𝘳𝘶𝘱 𝘬𝘰𝘱𝘪.


𝘚𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘦𝘹-𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯𝘵𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮 𝘴𝘪𝘯𝘪𝘴 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘪𝘭 𝘣𝘪𝘴𝘪𝘬,



> “Bang Leon, pujuk la diorang... suruh pecah sikit pekung. Aku pun nak dengar jugak tembelang sebenar ni.”


𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘯𝘺𝘢 — 𝘴𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘨𝘦𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮 𝘱𝘢𝘩𝘪𝘵, 𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘯𝘢𝘧𝘢𝘴 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘱𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘢𝘯𝘴... 


𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗘𝗩𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜: 𝗥𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗚𝗘𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜


(𝘋𝘪𝘴𝘢𝘬𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘪𝘵, 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘱𝘢𝘳𝘢𝘨𝘭𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬)


𝘈𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘱𝘦𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘱𝘢 𝘭𝘦𝘮𝘣𝘶𝘵, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘫𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨.

𝘖𝘵𝘢𝘬 𝘨𝘦𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘭𝘪𝘨𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘭𝘪𝘥𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘬𝘶.

𝘈𝘬𝘩𝘪𝘳𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘶𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 — 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘰𝘴𝘢 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘭𝘢𝘮𝘢:



> “Kami bukan benci Rafizi… kami cuma takut. Sebab kalau dia masih pegang jawatan, ramai akan telanjang.”


𝘋𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘳𝘢𝘪 𝘴𝘢𝘵𝘶-𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶.


𝗕𝗮𝗯 𝟭: 𝗕𝗼𝗺 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗗𝗨


Rafizi bukan sekadar menteri, dia jurutera sistem integriti.

Bila dia lancarkan PADU — sistem data rakyat paling lengkap — ramai yang gelabah.

Sebab apa? Sebab PADU bukan sekadar nak bagi bantuan tepat, tapi mampu “𝘮𝘦𝘮𝘣𝘰𝘨𝘦𝘭𝘬𝘢𝘯” kaki sakau, proksi, dan mule politik yang simpan dedak dalam akaun famili dan kroni.


Itulah sebabnya masa PADU diumumkan, beberapa nama besar dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung mula resah.

Yang kononnya juara rakyat, tiba-tiba jadi penentang tegar “𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘤𝘦𝘯𝘵𝘳𝘢𝘭𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯”.

Kononnya risau privasi rakyat — tapi hakikatnya risau akaun mereka sendiri.

PADU bagi mereka bukan sistem bantuan — 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣 𝙙𝙤𝙨𝙖.


𝗕𝗮𝗯 𝟮: 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗣𝗮𝗶𝗽 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵




Ramai ejek Rafizi dengan gelaran “𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘍𝘰𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢”.

Padahal mereka tak faham — setiap formula yang dia cipta, ialah 𝙠𝙪𝙣𝙘𝙞 𝙩𝙪𝙩𝙪𝙥 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣.

Sejak zaman dia Menteri Ekonomi, dia banyak reform cara pengagihan dana — dari projek kecil sampai geran besar.

Dan bila dia mula sentuh isu komisyen, middleman dan supplier “orang dalam”, ramai yang mula panas bontot.


Ada yang merungut,


> “𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘙𝘢𝘧 𝘯𝘪, 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘬𝘰𝘮𝘪𝘴𝘺𝘦𝘯 𝘬𝘰𝘱𝘪-𝘖 𝘬𝘪𝘵𝘢?”


Itulah punca sebenar — bukan sebab dia tak mesra parti, tapi sebab dia 𝙜𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙥𝙖𝙞𝙥 𝙧𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙖𝙢 yang dah lama berkarat.

Bila Rafizi keluar kabinet, ramai senyum lega.

Tapi dalam diam, mereka lupa — Raf tak pernah berhenti bekerja.


𝗕𝗮𝗯 𝟯: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲 𝗠𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻𝗽𝗿𝗲𝗻𝗲𝘂𝗿


Ramai fikir bila Raf letak jawatan, dia dah give up.

Salah besar.

Rafizi bukan jenis pak angguk atau politikus hobi. Dia 𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙞𝙨 𝙩𝙪𝙡𝙚𝙣 — dan kali ni, dia bawa Reformasi ke ekonomi rakyat.


Lahir lah 𝙁𝙡𝙚𝙭𝙞𝙢𝙖𝙧𝙩 dan 𝙆𝙚𝙨𝙪𝙢 — dua tapak awal rantaian ekonomi sosial (𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘌𝘯𝘵𝘦𝘳𝘱𝘳𝘪𝘴𝘦 𝘊𝘩𝘢𝘪𝘯) yang dibina dari bawah.

Rafizi faham: kalau nak bantu rakyat, jangan bagi ikan.

𝘽𝙖𝙜𝙞 𝙟𝙤𝙧𝙖𝙣, 𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙘𝙞𝙣𝙜, 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙞𝙥𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙨𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞.


Tapi dia tak berhenti di situ — dia tengah rancang 𝙪𝙥𝙨𝙩𝙧𝙚𝙖𝙢 (𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯) dan 𝙙𝙤𝙬𝙣𝙨𝙩𝙧𝙚𝙖𝙢 (𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘳𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘥𝘢𝘪 𝘳𝘶𝘯𝘤𝘪𝘵) supaya harga kekal 𝙢𝙪𝙧𝙖𝙝, stok 𝙨𝙩𝙖𝙗𝙞𝙡, dan hasil negara 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙘𝙤𝙧 ke tangan orang tengah.

Itu sebab dia nampak lebih jauh dari yang lain — ini bukan bisnes, ini 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙨𝙪𝙧𝙫𝙞𝙫𝙖𝙡 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖.


𝗕𝗮𝗯 𝟰: 𝗦𝗜 & 𝟲𝗚: 𝗦𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻


Rafizi tahu masa depan ekonomi bukan sekadar AI.

AI (𝘈𝘳𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦) tu baru anak tangga pertama.

Yang sebenar bakal ubah dunia ialah 𝙎𝙄 — 𝙎𝙮𝙣𝙩𝙝𝙚𝙩𝙞𝙘 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙡𝙡𝙞𝙜𝙚𝙣𝙘𝙚, teknologi buatan China yang self-evolving, boleh belajar dan beradaptasi sendiri.


Dengan 6G dan SI, sistem pertanian, logistik dan runcit boleh 𝙖𝙪𝙩𝙤𝙢𝙖𝙩𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 — yield tinggi, tenaga kerja minimum, kebocoran sifar.

Dan bila 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙧𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙞𝙙𝙙𝙡𝙚𝙢𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙥𝙞, ramai politikus lama akan lenyap macam debu dalam sejarah.


Sebab itu Rafizi “𝘣𝘪𝘴𝘪𝘯𝘨” bab ART (𝘈𝘨𝘳𝘦𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘰𝘯 𝘙𝘦𝘤𝘪𝘱𝘳𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘛𝘳𝘢𝘥𝘦, 𝘜𝘚-𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢).

Dia nampak risiko — kalau kita terikat dengan teknologi lapuk Barat (𝘈𝘐 & 4𝘎), kita akan jadi user, bukan pencipta.

𝘿𝙞𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙗𝙚𝙗𝙖𝙨, 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙪𝙡𝙖𝙩, 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙚𝙧𝙙𝙞𝙠 𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙜𝙞𝙩𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖.

Itulah ketakutan sebenar geng Damai dan kroni status quo.


𝗕𝗮𝗯 𝟱: 𝗣𝗹𝗼𝘁 𝗧𝘄𝗶𝘀𝘁 𝗱𝗶 𝗞𝗮𝗸𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁


Selesai geng Damai habis bicara, otai Reformasi senyum.

Dia angkat gelas kopi ais dan berkata:


> “𝙎𝙤 𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙𝙣𝙮𝙖, 𝙠𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 — 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙙𝙞𝙖 𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡, 𝙠𝙖𝙣?”


Semuanya diam.

Hanya kedengaran bunyi angin lalu — dan mungkin, suara hati yang mula menyesal.


Dan di sinilah plot twist sebenar — geng Damai ni rupanya dihantar oleh panglima baru mereka.

Katanya, nak ber-Damai dengan Hiruk, minta Rafizi bantu PRU akan datang. Sebab PRN Sabah dah bayang cam terkapai-kapai dan nampak akan hangus. PMX pulak yang terpaksa ke depan. Biasanya PMX akan tumpu di Putrajaya untuk settle isu lebih penting dan genting untuk negara, bukan PRN negeri.


Kita semua terdiam… antara nak ketawa atau tepuk dahi.


> 𝘼𝙙𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙖𝙠𝙩𝙞𝙠 𝙗𝙖𝙧𝙪 — 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙠𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢?


𝘈𝘱𝘢 𝘬𝘰𝘮𝘦𝘯 𝘬𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨? 𝘚𝘪𝘭𝘢 𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩. 


𝗕𝗮𝗯 𝟲: 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗴𝗹𝗶𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗛𝗶𝗿𝘂𝗸


Matahari mula terbenam di kaki bukit.

Aku pandang ke langit, teringat masa kami melayang tadi.

Terbang tinggi bukan untuk lari dari dunia — tapi untuk lihat dunia dengan lebih luas.

Dan dari atas sana, jelas satu perkara:


𝗬𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵,

𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.


====>>>

✍️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

1). 𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘪𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘮𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘭𝘶𝘬𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘳𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘳𝘶. 𝘙𝘢𝘧𝘪𝘻𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘬𝘰𝘯 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘵𝘶 — 𝘥𝘪𝘢 𝘫𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘢𝘴 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘺𝘶 𝘳𝘦𝘱𝘶𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘦𝘴𝘪 𝘬𝘶𝘬𝘶𝘩.


2). 𝘒𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬𝘶𝘵 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘯… 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭.


𝗧𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗯: 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗴𝗹𝗶𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗛𝗶𝗿𝘂𝗸 — 𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶.


𝗣/𝗦: 

𝘼𝙙𝙖 𝙚𝙭𝙥𝙤𝙨é 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙥𝙖𝙣𝙖𝙨 yang geng Damai minta kami “hold” dulu. Katanya, nak tunggu panglima mereka confirmkan sesuatu dulu. 

𝙎𝙩𝙖𝙮 𝙩𝙪𝙣𝙚𝙙… yang ni lagi pedas dari sambal gesek politik. •••


MASAALH DI LANGKAWI HANG TAK TANYA... LANGKAWI MULA MEROSOT.

 


PERTAHAN PBT ATAU RAKYAT

 


ISU MINYAK HILANG... RATU BADAK TAK LEH JAWAB...


 

TAK LEH PAKAI JUGA... SAMPAH LAM BERSATU


 

KEH KEH KEH... PENGKHIANAT PKR TAK BERFUNGSI DI PADANG SERAI

 


DIA KELUAR KERANA DIA NAK SOKONGAN BUKAN LAIN TAPI PASAL TAK OUAS HATI.