Saya amat terkejut dan berasa tidak jujur jika dikatakan saya jarang mengkritik pembangkang. Walaupun banyak berita dan artikel saya dihantar ke Laman Marhaen, namun saya tidak pernah walau satu artikel pun di hantar ke laman umno reform. Saya amat terkejut kerana sudah lama saya tidak menghantar sebarang berita atau kritikan kepada pembangkang, tetapi satu komen saya baru-baru ini telah dipetik di laman umno reform dan seterusnya nama saya digunakan untuk seterusnya seperti berita yang disertakan. Bagi webmaster umno reform, laman anda dikenali ramai pengguna dan peminat politik, namun janganlah gunakan wartawan LR kerana saya tidak pernah pin menghantar sebarang berita kepada pihak tuan.
Memanglah adakalanya bila kita mengkritik pembangkang ada yang marah. Sebagai sebuah Negara demokrasi kritikan kepada pembangkang bukannya bermakna kita tidak sedar, namun adakala kritikan adalah untuk menyedarkan pimpinan agar sedar akan matlamat perjuangan. Kalau tak tahan dikritik lebih baik jadilah wartawan berita harian atau utusan Malaysia yang sentiasa memuji kepimpinan sampaikan pemimpin jadi tak ketahuan.
Maka kerana itulah menjadi wartawan bebas dan menghantar ke laman-laman bebas adalah agar kita sama-sama menjadi pemerhati politik di negara tercinta ini. Namun menggunakan nama orang lain bagi menjelaskan maksud adalah tidak adil juga.
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 09.07.2006
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)