OWHH...LAGU TU NO...


 

PREBET ADAMMENINGGAL DUNIA


Mohd Shah Rim


 Innalillahi wainna ilaihi raji’uun



Adam Jaafar @ Prebet Adam yang terkenal dengan kes menggemparkan negara di Chow Kit pada 11 Oktober 1987 meninggal dunia tengahari tadi di Hospital Besar, Pulau Pinang.


Allahyarham berasal dari Sungai Pinang, Georgetown. Semoga Allah merahmatinya.


Innalillahi lillahi wainna Ilaihi rajiun


JOM DEGHAIH LETAK JAWATAN


 

DAH LA KENDURI TAK IKUT SOP...BOLEH PULA HONEYMOON KAT LANGKAWI ????...KAYANGAN LA KATAKAN.,

 

Kecoh di medsos kisah pengantin kayangan Neelofa dan suaminya berhoney moon di Langkawi,  sedangkan ada larangan merentas negeri.. untuk berlaku adil,  setelah aku check, Neelofa dan suami merentas negeri melalui agent pelancong, ni dibenarkan oleh SOP.. bijak Neelofa..




JANGAN SEMBANG KARI..IKUT RESAM UMNO SEMBANG KARI

 

Harap-harap ini bukan sembang kari dan  diharapkan menteri agama yang juga menteri nikah kahwin serta beberapa menteri lain yang telah dilaporkan media  melanggar SOP betul2 diambil tindakan....




TEMU ANWAR DI AMPANG BERSAMA ALTIMED N AFDLIN SHAUKI

 Khamis ini di Ampang! 






Join saya dan Dato Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Shari bersama Altimet dan Afdlin Shauki.


Daftar kehadiran di: bit.ly/meetanwar


#MeetAnwar

NI UNIT UNIT DALAM TENTERA PAS NI..,KENA PAHAM YA BAJU BAJU...



Ahmad Shahril


 Mau dia orang tak goyang unit udara,darat,laut semua ada...yang putih tu opkos la unit laut,ni nak bagi tau yang  uniform raincoat tu itu unit payung terjun...putih tu Laksamana tu.


uniform raincoat tu itu unit payung terjun...

Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh

 

Irwan Muhammad Zain

Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh
Ku Li menegaskan, desakan agar semua ahli parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan meletak jawatan dibuat agar parti itu tidak dipersalahkan sekiranya ada perkara yang rakyat tidak puashati dengan Perikatan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli UMNO di seluruh negara mengharapkan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang kini menganggotai Kabinet segera meletak jawatan, dakwa Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ia susulan Perhimpunan Agung UMNO 2020 memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Tengku Razaleigh berkata, apabila keputusan itu dibuat, perwakilan dan ahli UMNO mengharapkan satu kejutan besar iaitu peletakan jawatan serentak menteri dan timbalan menteri serta pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan, desakan agar semua Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan meletak jawatan agar parti itu tidak dipersalahkan sekiranya ada perkara yang rakyat tidak puas hati dengan Perikatan Nasional.
Tegas beliau, apabila parti telah membuat satu keputusan besar seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, ia perlu diikuti dengan peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri serta pengerusi GLC dari UMNO.
"Berhenti serentak ramai-ramai, supaya kita memberi kejutan kepada kerajaan bahawa keadaan bukanlah seperti yang biasa diamali, ataupun dirasa oleh rakyat. Tetapi itu tidak berlaku malah ada yang tunggu sampai Ogos.
"Jadi pelik, saya sendiri pun susah nak terang kepada orang kerana dalam satu segi kita mendokong kerajaan ini, satu segi lagi kita bukan anggota kerajaan ini cuma sebagai pendokong... dokong apa tak tahu.
"Ada yang cakap kepada saya, sepatutnya sudah putus kerana ini kehendak akar umbi. Jadi dengan sendirinya kita mesti berundur, tidak boleh terlibat lagi sedikitpun dengan kerajaan ini.
"Macam saya sebut tadi, yang jadi menteri berundur dari jadi menteri, alah tak berapa sen pun rugi jadi menteri. Takkan lah kita nak pegang lagi jawatan yang tak bermakna lagi kepada perjuangan parti," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Tengku Razaleigh, beliau dan ramai lagi ahli-ahli UMNO kecewa dengan sikap Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan kerana masih enggan meletak jawatan biarpun telah dibuat keputusan tidak ada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Jelas beliau, Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada gerak kerja parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan mempertahakan jawatan yang disandang.
Ini bukan kali pertama, Tengku Razaleigh membuat gesaan agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC agar segera meletak jawatan.

Demokrasi Malaysia hampir terkubur ekoran Parlimen digantung - Anwar

 




Demokrasi di Malaysia hampir dikuburkan berikutan pergantungan Parlimen yang tidak diketahui bilakah akan berakhir.

Bercakap dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema “Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan mengenai soal semak dan imbang yang pincang selepas Parlimen tidak dibenarkan bersidang.

"Saya bangkitkan soal demokrasi di negara ini yang malap dan terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.

"Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin meruncing ketika ini kesan dari wabak Covid-19. Saya berikan beberapa angka kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu diwacanakan dengan lebih terperinci," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berbicara mengenai isu rasuah yang dianggapnya menghakis etika kebertanggungjawaban institusi penting kerajaan sejak kebelakangan ini.

"Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban.

"Agensi atau suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan," katanya.

Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan perlunya usaha meningkatkan kesedaran rakyat berhubung demokrasi dengan wacana berkaitan topik berkenaan harus dibawa ke segenap peringkat.

“Untuk meningkatkan kesedaran rakyat ia tidak harus terbatas pada wacana di bilik-bilik hotel tapi mesti turun ke bawah.

“Cerdik pandai dan golongan elit jangan hanya duduk selesa. Mereka mesti anggap ini sebagai tanggungjawab bersama,” katanya lagi.

 

[VIDEO] Pegawai Khas Sanusi hentam Kerajaan PN Kedah

 

[VIDEO] Pegawai Khas Sanusi hentam Kerajaan PN Kedah


Ucapan Pegawai Khas MB Kedah yang mendedahkan aktiviti tidak bermoral, “BULI” dan “MENJATUHKAN MARUAH” berlaku di kalangan pegawai dari parti Pas di Pejabat MB Kedah!

OOOOOO...DUNIA JANGAN LUPA...

 Risau kalah dalam pilihanraya, Menantu Hadi harap kerjasama tiga parti di Perak diteruskan

Risau kalah dalam pilihanraya, Menantu Hadi harap kerjasama tiga parti di Perak diteruskan

Pas Perak menaruh harapan tinggi agar kerjasama antara tiga parti Melayu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini diteruskan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, jalinan kerjasama antara tiga parti itu telah membentuk suasana harmoni di negeri ini bukan sahaja di peringkat pentadbiran, malah kepimpinan akar umbi.

“Apa yang saya lihat kerjasama tiga parti dalam mentadbir Perak ini sangat erat sehinggalah ahli majlis dan jawatankuasa kampung juga hubungannya berjalan dengan baik dan harmoni.

“Sebab itu, harapan besar kita supaya kerjasama yang berlaku hari ini dikekalkan sehinggalah selepas PRU15. Saya yakin ia bukan harapan besar Pas sahaja, tetapi daripada rakyat juga yang mahu melihat parti-parti besar Melayu Islam bekerjasama dan bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Menurutnya, dalam konteks kerajaan Perak, pendirian UMNO sepertimana disuarakan dalam perhimpunan agung yang berakhir Ahad lepas tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama antara tiga parti itu.

“Sama ada itu pendirian parti atau hanya cadangan daripada perwakilan, itu kita tidak pasti tetapi ia tidak jejaskan hubungan baik yang kita bina di peringkat negeri,” katanya.

Perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu dan menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Mohd Akmal berkata, buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRU15 akan datang.

Katanya, adalah tidak sesuai untuk menyatakan perkara itu terutama selepas UMNO memuktamadkan pendirian mereka.

“Mana-mana parti pun dah kenal pasti kerusi mana mereka nak tanding, jika tanya kepada Pas, kita juga sudah ada jumlah kerusi berkenaan, cuma kita akan maklum kemudian.

“Baru lepas perhimpunan (UMNO), tak kan lah tiba-tiba kita nak umumkan, biar ambil masa dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan akan bertanding di semua 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu serta dua kerusi yang kini diwakili Bersatu iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah.

Pada PRU14 lalu, Pas menang di tiga kerusi DUN iaitu Gunung Semanggol, Selama dan Kubu Gajah.

Mohd Akmal yang menang di Selama dan Razman Zakaria di Gunung Semanggol telah dilantik membarisi anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak bersama tiga wakil Bersatu dan lima wakil rakyat daripada UMNO.

Sebelum itu, Mohd Akmal yang juga Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau hadir merasmikan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seminar Pematuhan Syarat EIA sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat negeri Perak di sini pada Selasa. 










DAH TAK SABAQ NAK MAKAN KUIH PAU?

 

Hari tu hanya PAU2020 yg tertangguh angkara PKP. Tahun ini juga akan ada satu lagi kuih PAU2021. "Kluster Menteri" dah tak sabaq nak lanyak "Kluster Mahkamah".

Once and for all kata "Rajinikanth Malaya". Kalau menang dan berjaya "take over" UMNO dari "Kluster Makhkamah" depa boleh jilat tapak kaki Abah Kau Mooyiddin selamanya. "Happily ever after".

UMNO sama UMNO gaduh, kita kat luar tepuk tangan. Bhai....popcorn satu.Description: 😁

- Zus Din

30 March 2021

 

PELUANG PH DI PRU15 TETAP CERAH

 





Seperti ulasan saya mengenai peluang PH di PRU15 sebelum ini, saya masih optimis Majoriti Rakyat akan memilih PH. Sekurang2nya PKR dan DAP mampu mencapai prestasi baik. Amanah, jika terus bergayut pd OT95 dan "Kluster pujaWANG", dijangka ghuyub.

Walau pun ramai yg suka mempersendakan Inche Ibrahim Ali sdgkan byk lagi katak2 lain dlm politik Malaysia ni, saya percaya telahan Brahim seperti dilaporkan MSO ada benarnya. Sebab...

1) PN memg hancur. Tiada manifesto, janji pun tak ada, apa pun tak bley..kata org. Ekonomi lingkup, menyamun kuat. Demokrasi pun dicabul, dirogol dan dimandulkan. Clueless, Hopeless, Useless and Brainless nak perintah negara ni. Kerja PNkhianat ni dera rakyat asalkan dia boleh putar alam utk terus berkuasa. Dipilih oleh payung kuning bukannya rakyat. Kemarahan rakyat mkn dlm especially "Economic Voters". Tunggu PRU15. Rakyat benci PNkhianat dan katak2 dlm PPBM yg memg jd lubok katak2 dr UMNO dan kartel PKR.






2) UMNO BN dah tumbang di PRU14. Tapi Kleptokrat belum dihukum sepenuhnya. Rakyat masih ingat, rakyat takkan lupa. UMNO BN dah berpecah mereka tak sekuat dulu tapi org2 mcm Lobakman dan Isham Jalil je masih perasan rakyat nak undi UMNO BN lagi tapi tak mungkin UMNO BN yg hanya diundi 34% pengundi di PRU14 akan dpt semula undi majoriti.

Ahli UMNO atas kertas shj lebih 3 juta, hakikatnya berapa kerat yg nak undi UMNO BN? Begitu juga MCA dan MIC. Mereka ingat dlm keadaan UMNO BN jadi PNkhianat mandat rakyat berterusan menongkat PN utk mendera rakyat maka rakyat akan undi UMNO BN?? Bodohnya UMNO ni mereka buat PAU dan balun rakan2 komponen PN yg turut bersama mereka dlm KERAjaan HAPRAK Tebuk Atap. Rakyat bukan bodoh nak menilai bhw UMNO BN lah yg angkat dan tongkat PNkhianat ni.

3) PA$ is a gone case. Pelacur politik yg mengangkang kpd dua Jebong dan Pondan iaitu UMNO-PPBM yg sdg "boxing tumbuk angin ala Labu Labi" skrg. PA$ akan ghuyub, penyokong pun tahu lebai2 penipu, jual agama, berjuang utk perut dan alat bawah perut mereka shj. Mudah bg PH utk kempen dan seperti dulu, "reduce PA$ to a non competitor".

4) Meskipun PH kini berantakan, tapi tidak separah PN mahu pun BN. Menuju PRU15 PH akan mula bergerak sebagai satu unit. Skrg, PH terganggu oleh #K3 PANDAP yg lapaqkan OT95 a.k.a SAKATua dan "Kluster pujaWANG". Tapi harus diingat mereka hanya MINORITI. PH akan berjaya atasi masalah dgn terus bergerak ke depan atau move forward.

#PENTING bagi mana-mana pemimpin Amanah yg bersama DSAI dan PH harus jelas memperlihatkan kecenderungan itu utk "DISASSOCIATE" dari OT95 dan "Kluster pujaWANG". Jika tidak, mereka akan menjadi mangsa ditolak pengundi angkara perbuatan Oren Masam #K3 yg Minoriti. Setakat ini hanya Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus shj yg memperlihatkan sokongan dan dokongan SECARA JELAS kpd DSAI. Mereka ini dilihat sebagai menolak OT95. Pendirian yg lain sekabur video Minrit.

Saya kira DSAI dan PKR punya pengalaman ini, terus jalan sehingga KARTEL terasa ditinggalkan. Yg penting, PH kena benar2 selective dlm memilih calon. Yg cenderung kpd OT95 dan Kluster pujaWANG mesti dinyahkan atau biar GERAK98 langgar. Dgn DSAI KETUAI KEMPEN PH saya yakin sokongan di PRU15 utk PH akan melonjak. Insya Allah.

JIKA benar PH boleh secure 90 kerusi (yg saya rasa mungkin lebih) selepas PRU15, PH boleh terokai penjajaran baru dgn lain-lain MP atau parti. Klau parti2 Sabah & Sarawak sokong, PH boleh bentuk kerajaan persekutuan.

PH semestinya masih pilihan rakyat di PRU15 dan undi Majoriti 48% di PRU14 dulu tak mungkin jauh tergugat hanya kerana PPBM dan Kartel PKR jd PNkhianat. Tidak semudah itu undi Majoriti 48% boleh terpadam hanya kerana tanpa Bersatu dan Warisan. PH masih berpeluang menang di PRU15. Rakyat pun tak sabar nak hukum PNkhianat.

Rakyat menderita di bawah PN, rakyat sedar UMNO BN menyamun dan belum terhukum sepenuhnya manakala PH terutama DSAI dan PKR dinafikan hak 1 penggal utk membuktikan mandat diberikan rakyat di PRU14. Ada penganalisis pernah memberi pandangan bhw DSAI dan PKR dilihat pengundi sebagai TERANIAYA dan DITIPU. Jangan MUDAH MENIDAKKAN UNDI SIMPATI yg pernah dibuktikan pengundi dlm kes "Mata lebam Anwar".

Di PRU15 nanti kita akan saksikan ramai penyokong ATAS PAGAR PA$ dan UMNO BN juga akan beralih arah ke PH sbb momokan2 lama KUNUNnya PH kencing hancing, Islam terancam, Melayu terabai, DAP kuasai Kerajaan bla bla bla..TELAH TERBUKTI KARUT. Rakyat bukan bodoh.

Kita yg aktif membicarakan soal politik di SocMed hanyalah MINORITI dari Total pengundi. Pengundi MAJORITI adalah mereka yg tidak aktif berkomentar soal politik sebaliknya mereka hanyalah THE SILENT READERS AND VOTERS dan lebih cenderung dgn berita-berita am, sukan dan artis.

Tunggu jawapan yg TUNTAS dari MAJORITI PENGUNDI di PRU15 nanti.

Wallahualam.

- Zus Din

30 March 2021

 

Tinggalkan PN kalau dah kecewa sangat, kata Khalid kepada Umno


Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, Umno sebahagian daripada ‘konspirasi’ untuk mengekalkan kerajaan PN.

PETALING JAYA: Umno tidak boleh mengeluh tentang kekurangan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, kerana parti itu yang memastikan kerajaan tetap bertahan, kata bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menuduh Umno bersubahat dalam “konspirasi” untuk mengekalkan kerajaan semasa.

“Sama ada mereka suka atau tidak, Umno adalah sebahagian daripada konspirasi ini. Umno berada dalam kedudukan yang mampu menjatuhkan kerajaan ini dan membawa masuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

“Mereka bersikap seperti pembangkang, tetapi merekalah yang mendukung kerajaan,” kata beliau.

Khalid berkata sedemikian sebagai respons terhadap kenyataan rakan panelisnya di sebuah forum, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, yang menganjurkan lebih banyak sokongan bipartisan untuk meredakan kekecewaan rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

Sharil menyifatkan Khalid sebagai sinis, setelah pengarah komunikasi Amanah itu membuat beberapa komen mengenai Umno.

“Saya suka bekerjasama, tetapi bagaimana nak kerjasama, jika dalam kedudukan ini, (Khalid) masih nak ‘tembak’?” soal Shahril.

“Saya bersikap sinis kerana ada banyak perkara yang menyebabkan saya bersikap sinis,” balas Khalid, merujuk kepada keadaan darurat.

Panel tersebut adalah sebahagian daripada Forum Demokrasi Malaysia, yang dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa.

ANWAR IBRAHIM: MENERIMA KUNJUNGAN DUTA SWEDEN

 



ANWAR IBRAHIM

Menerima kunjungan hormat Duta Sweden ke Malaysia TYT Dag Juhlin-Dannfelt di pejabat tengahari tadi.

Perbincangan kami menyentuh hubungan dua hala Malaysia dan Sweden.

Kami juga bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Semoga hubungan kedua-dua negara akan terus kukuh dan stabil.

-

Received a courtesy call from the Swedish Ambassador H.E Dag Juhlin-Dannfelt.

We touched on various contemporary issues both international and domestic, including bilateral ties between Malaysia and Sweden.

I’m confident that relations between our countries and people will continue to strengthen and improved for the better.

 

VIDEO DAN FOTO : : Bicara Tentang Demokrasi Tapi Tidak Pada Kemiskinan - Anwar Ibrahim





May be an image of one or more people and people standing


May be an image of one or more people and people standing


Berbicara dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema “Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi yang turut melibatkan tokoh-tokoh lain.

Saya bangkitkan soal demokrasi di Malaysia yang malap dan terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.

Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin meruncing saat ini kesan dari wabak COVID-19. Saya juga berikan beberapa angka kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu diwacanakan dengan lebih terperinci.

Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban. Agensi atau suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.

 



KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG


May be an image of 2 people and text



KENYATAAN MEDIA

30 Mac 2021

Pada hari Sabtu yang lalu, sekumpulan anak muda dan aktivis telah berarak ke Padang Merbok dan melakukan aksi duduk bantah di hadapan bangunan Parlimen. Setakat ini, tidak ada pengumuman yang mengatakan para demonstran ini telah melanggar SOP terkait wabak COVID-19.

Sebaliknya, terdapat beberapa individu yang terlibat dengan unjuk rasa pada Sabtu telah dipanggil oleh pihak polis untuk diambil keterangan mereka. Jika ada pertuduhan terhadap mereka, ia harus dibuat secara terbuka dan diteliti oleh badan kehakiman kita yang bebas.

Tindakan polis memanggil para pemimpin dan aktivis yang terlibat dengan demonstrasi aman tersebut sangat membimbangkan dan merungsingkan. Wabak COVID-19 ini ternyata telah memberi tantangan yang maha dahsyat pada institusi-institusi serta kesihatan demokrasi kita.

Ia memberi keyakinan dan kekuatan kepada diri saya tatkala menyaksikan keprihatinan yang ditonjolkan anak-anak muda ini tentang negara, dan dengan tertib dan aman menganjurkan unjuk rasa tanpa melanggar SOP terkait wabak.

Saya menggesa pihak polis untuk mencontohi ketertiban aktivis-aktivis ini, tonjolkan ketelusan agar Malaysia dapat terserlah sebagai demokrasi yang matang, meski keadaan yang malap saat ini.

Tidak ada sesiapa yang harus gentar dalam menyatakan pendirian serta pendapat dalam masyarakat demokratik semacam kita.

Sebilangan kita merasakan dengan berdemonstrasi itu adalah selari dengan jaminan Perlembagaan, dan sebarang cubaan untuk menghakis hak itu wajar disanggah.

ANWAR IBRAHIM

 

MACAM POMPUAN KITA GELAR "GOLD DIGGER" LA..ITU SAJA LAH KALAU NAK UMPAMAKAN PARTI LEBAI NI

 


PAS pasti pilih Bersatu berbanding UMNO, kata penganalisis politik

PAS pasti pilih Bersatu berbanding UMNO, kata penganalisis politik

Pengkaji Ilham Center pula berpendapat, PAS lebih yakin untuk bersama Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin berbanding Umno yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah eksekutifnya Hisommuddin Bakar malah berpendapat pilihan itu sudahpun nyata di tangan PAS.

“Saya rasa PAS dah ada pilihan iaitu Bersatu dan PN. Bila PAS buat keputusan bersama dengan PN, keyakinan PAS untuk memihak kepada Muhyiddin dan PN lebih kuat berbanding MN yang dipelopori mereka dengan Umno.

“Pertimbangan PAS untuk sertai PN adalah kerana mereka lebih yakin kepada Bersatu berbanding dengan Umno,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Lanjut di bawah:

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/307894




MUHYIDDIN MUNGKIR JANJI-NAJIB

 

Antara yang didedahkan oleh Presiden UMNO dalam ucapan PAU minggu lepas, ialah perjanjian kerjasama untuk penubuhan Kerajaan PN sebelum ini adalah kerajaan perlu membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU awal tahun ini.

Dengan syarat tersebut, MKT UMNO ketika itu bersetuju menyertai PN dan melantik Perdana Menteri dari PPBM.

Sejak awal lagi syaratnya ialah Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari 2021 dan PRU perlu diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021 bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“28 Mac 2021: Zahid dedah kerajaan PN gagal kotakan janji bubar Parlimen, adakan PRU awal tahun”

Ini konsisten dengan pendirian bersama BN dan PAS selepas Tun Mahathir letak jawatan pada bulan Februari tahun lepas.

Sebab kita faham perbentukan kerajaan yang tidak dipilih Rakyat dengan majoriti yang kecil akan mengundang kemarahan Rakyat, melanggar prinsip demokrasi dan membawa kepada kerajaan yang tidak stabil yang akhirnya akan merugikan Rakyat dan negara.

Dengan itu, BN dan PAS membuat sidang media bersama untuk memaklumkan bahawa pendirian bersama yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ialah untuk parlimen dibubar dan mandat dikembalikan kepada Rakyat agar satu kerajaan yang stabil dan dipilih Rakyat dapat dibentuk.

“25 Feb 2020: BN, PAS, PBRS tuntut bubar Parlimen”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659173/bn-pas-pbrs-tuntut-bubar-parlimen

(Namun pendirian beberapa individu yang sangat tegas untuk mempertahankan demokrasi dalam sidang media tersebut seakan-akan telah berubah selepas setahun merasa jadi Menteri)

Tetapi YDPA tidak perkenan dengan hasrat tersebut masa itu selepas bersidang dengan Majlis Raja-raja Melayu.

Akhirnya, kita terpaksa membentuk kerajaan sementara dengan PPBM masa itu yang merupakan musuh yang kita baru kalahkan dengan megahnya di Tanjung Piai tak sampai 3 bulan lalu.

Jadi, masa itu BN dan PAS kuat dan PPBM lemah. Buat apa kita nak sokong PPBM jadi PM jika tiada syarat yang diletakkan pada mereka?

Syarat yang diberi masa itu ialah parlimen mesti dibubarkan dalam tempoh setahun supaya mandat dipulangkan kepada rakyat dan BN hanya akan sokong kerajaan PN sehingga PRU15.

Pendirian ini tidak berubah dari awal-awal lagi sehingga sekarang.

“14 Mac 2020: Najib: Sokongan kepada PN ada hadnya”

https://www.malaysiakini.com/news/514646

Sebab itu, Presiden UMNO, Timbalan Presiden, Penasihat UMNO, Penasihat BN, Ketua Pemuda menolak sebarang jawatan dalam kerajaan PN.

Pada awalnya dan selaras dengan syarat yang diberi, PM8 telah berulang kali umum akan laksanakan PRU dalam masa terdekat termasuk semasa kempen PRN Sabah

“18 Sept 2020: Muhyiddin: PRU segera jika kita menang di Sabah”

https://www.malaysiakini.com/news/543113

Namun PM8 tidak kotakan janji serta syarat awal kita dan telah dua kali meminta darurat diisytiharkan – pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021 supaya PRU boleh ditangguhkan dengan alasan Covid.

BN steady dan pegang kepada janji serta pendirian kita walaupun pihak lain berkali-kali kencing.

Kita umum sokong kerajaan PN sehingga PRU15 sahaja, kita kotakan.

Kita tandatangan perjanjian untuk bermuafakat dengan PAS, kita masih tepati walaupun muafakat ini sedang tercabar.

BN tak pernah janji untuk bertanding bersama PPBM dalam PRU15.

BN tak pernah tandatangan untuk sertai PN.

BN tak pernah tikam belakang parti-parti lain dalam kerajaan PN.

Tidak kena-mengena dengan apa-apa kluster, rundingan dengan PKR atau tuduhan “gila kuasa” seperti dilemparkan tiap-tiap hari oleh propaganda sebelah sana.

Kesemua ini adalah janji, syarat dan pendirian dari awal-awal lagi.

Dan kita tak pernah bersetuju bahawa “Penyatuan Ummah” ada syarat bahawa kuasa besar perlu dipegang oleh parti terkecil.

NAJIB RAZAK

30 Mac 2021.






Menteri Umno tak berani letak jawatan, pengecut, tak setia, kata Nazri

 

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nazri Aziz, mengingatkan menteri Umno dalam Kabinet PN supaya mempertahankan maruah diri.

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nazri Aziz, menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi.

Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu senada dengan amaran seorang pemimpin tertinggi PPBM terhadap pemimpin Umno yang mengertak atau mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya sokong sepenuhnya seruan Rosol Wahid (ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM) supaya menteri, timbalan Umno letak jawatan tanpa letak syarat.

“Kenapa nak cakap kalau disuruh baru nak berhenti? Berhenti sahaja tanpa syarat, tidak susah. Kena dengar suara akar umbi,” kata Nazri kepada FMT.

Terdahulu, media melaporkan Rosol mencabar Umno menarik balik sokongan terhadap PN tanpa syarat.

“Sekarang bukan zaman ugut, seperti yang Tok Mat (Mohamad Hassan) kata, bukan main silat pulut, kita main boh terus. Nak tumbuk, tumbuk jer la, tidak perlu main acah-acah sahaja.

“Ini tidak, ada syarat itu, syarat ini, hendak tarik (sokongan), tarik lah, bukan main gertak sahaja,” kata beliau.

Dalam pada itu, Nazri mengingatkan menteri Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional supaya mempertahankan maruah diri.

Kata beliau, menteri dan timbalan menteri Umno perlu memutuskan sama ada mereka mahu kekal dengan Umno atau bersama PPBM.

“Kalau (mereka) letak jawatan sekarang, tak jejaskan kerajaan sebab darurat.

“Kalau teragak-agak, kita tak setia pada parti dan tiada harga diri. Jangan label diri pejuang kalau tidak berani,” kata beliau.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata isu letak jawatan ini tidak perlu timbul kerana kerajaan sekarang hanya “sementara” dan menunggu masa untuk dibubarkan.

“Tidak payah nak bising-bising. Tiba sahaja pembubaran Parlimen, Covid-19 selesai, sudah tentu akan kembalikan mandat pada rakyat,” katanya.

Ahad lalu, Umno dalam perhimpunan agungnya di Kuala Lumpur, memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata partinya tidak akan mendukung PN kerana PPBM berniat menghapus dan menggantikan Umno.

Macam mana PN mahu rampas Selangor, Putrajaya belum tentu selamat? - Halimey

 


Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya Perikatan Nasional (PN) akan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang sebagaimana dilapor Sinar Harian semalam, dipertikaikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar.

Menurut Halimey, Wan Saiful tidak perlu 'mengacau' politik Selangor dengan ramalan tidak berfakta seperti itu. Wan Saiful sendiri kalah di kampung halaman beliau, Parlimen Pendang, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Malah, katanya demografi dan aliran pemikiran politik rakyat Selangor amat berbeza dengan Kedah atau negeri-negeri di Utara Semenanjung di mana politik Wan Saiful bertapak.

"Sebagai sebuah negeri maju sememangnya Selangor menjadi tumpuan untuk diambilalih pentadbirannya. Namun dengan inisiatif-inisiatif khas dari Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Amiruddin Shari kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun politik, Kerajaan Negeri pada hari ini semakin mendapat tempat di hati rakyat

"Pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN. Ini jelas menunjukkan sokongan dan keyakinan rakyat Selangor kepada kerajaan PH. Walaupun beberapa kerusi telah dicuri oleh mereka yang tiada maruah, namun Kerajaan Selangor dengan jumlah 41 kerusi pada hari ini masih lagi berdiri kukuh. Kenyataan (Wan Saiful ini) dangkal dan tidak masuk akal," katanya.

Sebaliknya, Ahli Dewan Negeri Sri Setia itu mempersoalkan perjuangan PN yang kini semakin dipersoalkan rakyat, khususnya Pas yang membisu daripada memperjuangkan negara Islam sebagaimana sebelum PRU ke 14 lalu.

Sikap seperti itu, katanya akan menjauhkan sokongan kepada PN dalam PRU akan datang.

"Teman setia PN ialah Pas. Umum ketahui, Pas adalah parti yang sentiasa punya alasan terkini bagi setiap pendirian mereka. Contohnya, apabila jadi pembangkang, gegak gempita memperjuangkan RUU355. Namun apabila menjadi kerajaan, usahkan berbunyi, menguit pun tidak dan sehingga kini kita pun keliru ke mana hala tujuan Pas di Negeri Selangor. Seperti tikus jatuh ke beras, terutama setelah menjadi Menteri dalam Kerajaan pintu belakang.

"Mereka punya beribu alasan, cuma memilih yang mana satu untuk digunakan. Adalah satu kesilapan besar untuk parti Wan Saiful menjadikan parti yang tidak mempunyai pendirian ini sebagai teman berlari. Rakyat Selangor sangat muak dengan kombinasi parti yang tiada maruah, menjadi pencuri kerusi dan parti yang suka mengguna pelbagai alasan untuk menghalalkan cara," katanya.

Halimey turut mempertikaikan cabaran Wan Saiful untuk merampas Selangor pada ketika PN sendiri tidak mampu menjamin mereka akan kekal di Putrajaya, selepas Umno secara rasmi menarik diri daripada perikatan itu pada PRU akan datang.

"Tatkala sibuk mendendangkan khayalan dan sendaloka palsu untuk mengambilalih pemerintahan Negeri Selangor, Kerajaan Pusat pimpinan Perikatan Nasional (PN) seperti diledakkan sebiji bom apabila Umno mengumumkan menamatkan kerjasama dengan mereka."Kerajaan Pusat pimpinan PN sedang membilang hari-hari akhir di singgahsana Putrajaya. Jadi, eloklah Wan Saiful menumpukan sahaja usaha-usaha menyelamat Kerajaan PN yang entah esok atau lusa akan berakhir riwayatnya, dari bercakap berkaitan mengambilalih tampuk pimpinan Kerajaan Selangor," katanya lagi.

Justeru, Halimey mencabar Wan Saiful bertanding di mana-mana kerusi di Selangor untuk menguji populariti beliau.

Katanya, jika sejarah menunjukan rakyat Pendang menolak Wan Saiful apatah lagi rakyat Selangor yang sememangnya benci dengan mereka yang telah khianat kepada perjuangan parti.