Inilah komen yg keluar dari lebai Hadi selepas dia dan partinya
disindir dan dibuli semahunya dlm himpunan agung umno baru2 ini. Soalannya,
siapa yg melakukannya?
Sewaktu partinya berada dlm PR dulu, pernah tak partinya
diaibkan sedemikian rupa dlm kongres atau konvensyen Dap atau Keadilan di
hadapannya sendiri sebagai tetamu? Tidak pernah. Cuma ini berlaku dlm himpunan
agung Umno iaitu rakan muafajat nasionalnya sendiri.
Parti Pas kata, tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan
melayu dan islam. Umno pun kata perkara yang sama kerana kononnya mahu lawan
Dap.
Nah, sudah bersatukah mereka? Umno tolak Bersatu. Pas pula
bersama Bersatu tapi mahu juga kepada Umno. Malangnya, umno perlakukan Pas
sedemikian rupa di khalayak ramai. Adakah ini yang dikatakan penyatuan melayu
islam?
Tanpa Keadilan dan Dap pun, melayu tidak boleh bersatu kerana
apa? Ianya adalah kerana tiada keikhlasan di antara mereka. Sebab itu gabungan
mereka tidak berkat dan tidak pernah aman.
Pas lebih selamat dan dihormati oleh rakan sewaktu berada dalam
PR dulu. Di bawah PR, negeri yg PR perintah, tetap ada Exco dari Pas dilantik
sebagai tanda rakan. Samada di P.Pinang mahu pun di Selangor ketika itu.
Sekarang Pas bersama MN kononnya. Di Pahang, ada tak Adun Pas
dilantik jadi Exco? Di Kelantan dan Tganu, ada tak Adun Umno dilantik jadi
Exco? Itukah yang dikatakan muafakat? Masing-masing lepas tengkuk masing2.
Umno dengan stail Umno, masih perasan partinya kuat. Pas pula
bermain dua kolam asalkan Pas untung. Prinsip sudah ke laut.
Alhamdulillah, Keadilan tetap istiqomah dan tidak mudah menjual
prinsip. Pelacur politik yang ada dalam Keadilan telah berhijrah ke rumah
sebelah sana yang penuh sarat dengan pelacur2 politik.
WFAUZDIN NS