Rahsia Dr Mahathir mahu menjilat ludahnya?


MSO


Rahsia Dr Mahathir mahu menjilat ludahnya?

PENDAPAT



Mahathir sanggup ke mahkamah
untuk memperdayakan Anwar.

KETIKA para penyokong PH khasnya yang mendambakan Anwar Ibrahim jadi perdana menteri selepas pilihan raya ke-15 nanti, tanpa mengharapkan apa-apa bentuk kerjasama dan bantuan Mahathir Mohamad, tiba-tiba sahaja bekas perdana menteri dua kali itu merendahkan diri menghulurkan salam silaturhami untuk bersahabat sekali lagi dengan Anwar.

 

Tidak siapa terfikir setelah beliau berulang kali merendah-rendahkan Anwar, meremeh dan mengkhianati serta menafikan Anwar daripada menjadi perdana menteri, tiba-tiba beliau boleh memaling dan terhegeh-hegeh mencari Anwar kembali. Semalam beliau dengan nada insaf mengajak Anwar bekerjasama. 

Sikap Mahathir itu sebenarnya tidak mudah untuk difahami umum. Seni politiknya tersangat tinggi tidak gampang terjangkau oleh pemain yang akal politiknya cetek. Namun itulah kehebatan Mahathir Mohamad yang bersifat tidak tahu malu. Mahathir bukan seorang penganut falsafah, atau penilai teori semata-mata, tetapi seorang praktikal dan sanggup untuk mengulangi semua sejarah walaupun kotor dan jijik. 

Sakit hati para penyokong dan peminat Anwar terhadapnya yang melepaskan jawatan perdana menteri 2020, tanpa berunding, yang akhirnya menyebabkan peluang keemasan Anwar untuk jadi PM terlepas, masih belum reda, namun beliau sanggup untuk menghulurkan salam persahabatan dengan Anwar. Lagaknya semacam tidak ada apa-apa peristiwa sedih berlaku. Itulah kehebatan dan "kemancungan" hidungnya. 

Kehebatan Mahathir sebagai pengamal dan penganut politik Machiavelli tidak ramai memahminya. Beliau tidak akan pedulikan kepada nesta, cacian dan marah kepada perbuatan dan tindakannya, apa yang penting matlamatnya dicapai. Baginya segala cacian dan kehinaan itu sebagai cabaran buatnya bukan sedikit pun melemahkannya.

Beliau juga seorang yang cukup yakin dengan apa yang difikirkan. Dan beliau tidak pernah berhenti mengejar sesuatu selagi tidak mendapatnya. Mahathir seorang pengamal dan penganut tulen politik "matlamat menghalalkan cara", Machiavellisme. Itu Mahathir. 

Beliau tidak peduli perasaan orang lain, apa yang penting maksud dan cita-cita tercapai. Beliau disifatkan oleh pemerhati politik sebagai berhati kering. Orang lain hendak kata apa, hendak gelar apa, beliau tidak pernah meletak dalam hati dan mengganggu niatnya. Yang penting kepuasan jiwa dan nafsunya tercapai. Atas kedegilan dan politik tidak berhati perut inilah menyebabkan beliau berjaya dan selalu menang dan musuh dan kawan terpedaya dan tewas.

Tahun 2018 tidak ada siapa memikirkan beliau boleh datang berjumpa dengan Anwar di mahkamah semata-mata untuk menjalankan persahabatan politik. Beliau persis tidak ingat kekejaman dilakukan kepada Anwar dan muncul dengan penuh kesucian bagi berjumpa Anwar di mahkamah. Beliau tenang sahaja semacam tidak ada apa-apa dosa beliau terhadap Anwar. Beliau melakukan watak sebagai seorang wali keramat bagi mengabui mata umum. 

Beliau menghorbankan prinsip dan menggadaikan air mukanya berjumpa dengan Anwar untuk berkolaborasi bagi menjatuhkan Najib Razak. Beliau membina naratif untuk menumbangkan regim kleptokrat pimpinan Najib. Beliau bercerita akan kejahatan dan kemungkaran Najib selama jadi perdana menteri tanpa sekuman pun menceritakan kejahatan dan kemungkaran dilakukannya. Permainan atau amalan political logicalnya sangat hebat dan mengkagumkan.  

Asas dan hujah diberikan munasabah sehingga orang lupa memikirkan di sebalik logik itu ada sesuatu yang tidak logik. Beliau berjaya mengambus niat busuk di sebalik logikal hujahnya. Seperti mana yang telah beliau lakukan, mengkhianati Anwar itu. Beliau sudah berjanji, telah pun menanda-tangani akan melepaskan jawatan kepada Anwar selepas dua tahun, tetapi tidak ditunaikan, bukan itu sahaja beliau menutup langsung peluang Anwar sehingga memusnahkan kerajaan PH.

Untuk mencapai itu beliau menjadikan Anwar sebagai alat bagi beliau menjatuhkan Najib dan merasa jawatan PM kali kedua. Tindakan yang diambil itu akhirnya berjaya, beliau menjadi PM dan yang terngangga adalah Anwar untuk kesekian kalinya.  

Kali ini sejarah itu seperti dikisar kembali. Mahathir sekali lagi menghulur salam untuk berkawan dengan Anwar atas tujuan dan niat sama. Beliau membuat naratif yang sama, menzahirkan kebimbangan jika tidak bersama, regim Najib akan kembali berkuasa semua. Negara akan diperintah oleh pengkhianat. Lantaran itu katanya pembangkang perlu bersatu. 

Jangan mudah terpedaya dengan sandiwara Dr Mahathir ini. Kita semua perlu menjadi jerat bukan menjadi kancil. Sejarah lepas hendaklah senantiasa dikenang. Perlu difikir dan diketahui semasak-masaknya apakah motif disebalik tindakan itu sehingga beliau mengatakan akan sedia menjilat ludahnya. Tanpa ada sesuatu masakan tempua bersarang rendah. 

Dalam hal ini saya mengira begini. Apabila beliau sanggup menjilat kembali ludahnya ertinya beliau sudah nampak akan kekuatan PH waktu ini. Bahawa PH tanpa beliau masih survive. Apa dilakukan itu sebenarnya beliau ingin mengambil kesempatan apa yang dicapai PH kini. Sebelum ini beliau mengira, apabila beliau tidak lagi bersama PH, gabungan itu akan hancur atau pun tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan BN. 

Beliau kira tanpanya PH akan lemah. Sebaliknya tidak, PH menjadi lebih kuat, teguh dan iltizam tinggi untuk mengembalikan semula kerajaan PH yang dimusnahkan olehnya. Dengan menyakini rakyat yang memberi mandat kepada PH dalam Piraum ke-14 lalu akan berulang, PH yakin mereka akan menang. 

Senario atau kekuatan PH ini dilihat dan dicerapi oleh Mahathir. Walaupun kerajaan PH hilang di Melaka dan Johor, tetapi sang Singa tua itu mengerti kehilangan itu disebabkan strategi licit UBN bukan atas kehendak rakyat Melaka dan Johor. 

Mungkin setelah menyakinkan apa berlaku di Melaka dan Johor itu bukan petunjuk kekuatan sebenarnya BN, menyebabkan beliau tanpa mengaku PH mampu mengembalikan kerajaan PH justeru itu beliau mahu menghimpit PH untuk sekali lagi menumpangi PH. Itulah faktor dan motif kenapa beliau sanggup berpaling semula mengintai dan mencari Anwar. 

Dalam politik terbuka dan mempercayai teori "dua itu lebih baik daripada satu, dan bersatu dan berpadu itu kuat", Mahathir mahu mempraktikan teori itu. Umum mempercayai kalau semua parti pembangkang bersatu dan bersama, parti oposisi akan memperolehi kekuatan berganda. Semisalnya beliau membawa sama parti-parti dalam GTA bersama PH, ia menambahkan kekuatan PH. 

Namun walaupun teori itu logik tetapi dalam politik atau political game Mahathir ia tidak seharusnya mudah ditelan begitu sahaja. Ingatlah Mahathir tidak akan sanggup berbuat sesuatu termasuk sedia menjilat kembali ludahnya kalau ludah itu tidak terkena (jatuh) di atas emas atau berlian. Apa yang hendak dijilat itu bukan air ludahnya, tetapi emas yang terletak di tempat ludah itu. 

Bagi Mahathir pilihan raya ke-15 nanti beliau sudah dapat mengagak dan telah menganalisanya yang PH adalah emas yang perlu beliau rebut sama. Itulah kelicitan Mahathir Mohamad. [Tanpa edit.

 


Kalau debat bukan budaya, apa budaya kita?



Kenyataan Perdana Menteri Kerajaan Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media aurs perdana hari ini yang enggan berdebat dengan calon calon Perdana Menteri sebagaimana dicadangkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan.


Menjawab kenyataan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil tertanya tanya sekiranya debat yang dijadikan medium oleh ahli politik negara maju untuk mengetengahkan idea pentadbiran sebelum pilihan raya tidak boleh dijadikan budaya, maka apalagi budaya yang boleh diikuti rakyat.



"Saya baca Ismail Sabri kata debat bukan budaya kita. (Jadi) apa budaya kita?" tanyanya menerusi siaran TikTok.



Fahmi turut menyelitkan gambar seorang penunggang motorsikal yang memakai batu T hitam dengan tulisan di belakangnya berbunyi: 'Budaya debat bukan budaya kita, budaya kita adalah korupsi'.

 

80% pemuda tak puas hati prestasi kerajaan, jangan harap Umno menang besar - Rafizi





Tindakan tergesa gesa Umno-BN mengadakan Pilhan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam musim tengkujuh kerana menjangkakan mereka akan menang besar mungkin akan bertukar sebaliknya pada 19 November ini.



Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berdasarkan tinjauan pendapat terbaharu, keadaan sebulan sebelum PRU kali ini hampir sama seperti tinjuan yang dibuat dalam sebulan terakhir sebelum PRU 14 lalu.



Katanya, jika Umno yakin selepas menang besar di Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor mereka akan menang PRU maka keadaan samalah sebagaimana mereka dahulu yakin menang PRU 14 selepas menang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.



"Keadaan yang ada sekarang mirip 2018. Kenapa saya kata mereka boleh berangan (sahaja) dan perkara itu tak kan berlaku? Sebabnya sebahagian besar pengundi apabila ditanya (kajian sokongan) adakah anda berpuas hati dengan ekonomi sekarang, harga barang, gaji, peluang pekerjaan.



"Keadaannya (jawapan) lebih teruk daripada sentimen rakyat berbading 2018. Dulu bila kita tanya adakah kamu berpuas hati? 60% kata tak puas hati. Tanya adakah puas hati prestasi Kerajaan Persekutuan, 50% puas hati



"Angka terbaru pagi tadi, sekarang tanya bagaimana ekonomi harian kamu? 78% rakyat kata mereka tak puas hati. Prestasi Kerajaan Persekutuan, 63% rakyat tak puas hati.



"Oleh itu kalau Umno BN yakin boleh menang beesar maka tak ada bukti mereka boleh menang dan bentuk kerajaan macam Zahid Hamidi cakap," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Sungai Besar, Selangor, malam tadi.



Kata Rafizi, perubahan mood rakyat itu bukanlah menunjukkan Pakatan Harapan (PH) kali ini begitu kuat, malah ianya tidak banyak bersangkut paut dengan PH.


Hujahnya, angka ketidakpuasan hati rakyat itu berakibat keadaan kehidupan yang tidak berubah, malah lebih teruk daripada 4 tahun lalu.


"Isunya ialah keadaan tak berubah. Malah makin teruk. Kalau tanya kalangan pengundi muda 18 - 24 tahun, soalan paling penting, adakah puas hati keadaan ekonomi sekarang? Adakah tahun depan keadaan lebih baik dari tahun ini? Kalau rakyat biasa menjawab tak puas hati, yang muda angkanya lebih tinggi, sekitar 84%.


"Kalau tengok semua PRU lepas, dalam keadaan begini yang mana rakyat tak puas hati, maka rekod PRU lepas boleh berulang. Pengundi akan buang undi protes terhadap kerajaan sedia ada," katanya lagi.


Justeru, Rafizi mahu pendukung PH berkerja kuat untuk keluarkan pengundi muda dan yakinkan mereka bahawa peluang lakukan perubahan kali ini terbuka luas bagi mereka, dan ia akan menentukan nasib mereka untuk 5 tahun akan datang.


BAGI NAMA DULU DAN MASUK BERTANDING...TAK KAN LAH ORANG TAMBUN TENGIN SAMPAI TAHAP GABAN. JANGAN SEMBANG KENCANG - MANA TAU RIWAYAT HIDUP ATAU BERAKHIR...KALAU RASA ADA PENGARUH MASUK LAH...DIPERSILAKAN...SEMBANG TAK MAIN WOOOOO

 

Riwayat politik Anwar akan berakhir di Tambun, kata Pengarah Komunikasi BN



Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

 

Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah, kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata pengundi di Perak mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan riwayat politik cikgu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Malah, ini kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim, biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan mengalahkan Presiden PKR itu bermakna BN perlu bekerja keras memberi penjelasan mengapa perlu Anwar dikalahkan disitu.

Sebaliknya, beliau yakin pertembungan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon BN dan kehadiran Anwar sebagai calon akan meningkatkan motivasi serta semangat jentera BN Tambun dan BN Perak untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Beliau berharap pengundi di Tambun sedar bahawa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk Anwar sering bertukar kawasan bertanding setiap kali PRU kerana ketika menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat.

“Sebab itu mereka berpindah kawasan. Anwar Ibrahim dari Port Dickson ke Tambun. Jadi pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah. Terbaik pilihan ialah BN.

“Kita mesti menjadikan PRU15 medan menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian lama,” katanya.


JAGA AYAM DAN TELOQ AYAM PUN HANG TAK TAU- ADA ANGAN ANGAN HANG NAK KUASA LULUS PROJEK- TAK GUNA PUNYA MANUSIA.

 

Tak guna jadi TPM kalau tiada kuasa lulus projek




Jawatan timbalan perdana menteri (TPM) untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan itu perlu mempunyai kuasa untuk meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kuasa lebih signifikan berbanding jawatan semata-mata.

“Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sabah dan Sarawak,” katanya selepas menghadiri majlis angkat sumpah setiausaha politik kepada Premier Sarawak di Kuching, lapor FMT.

Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung jika gabungan itu menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Cadangan itu menerima reaksi yang pelbagai daripada lawan politiknya namun disokong orang kuatnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan tawaran tiga jawatan itu tidak membazir seperti didakwa banyak pihak, malah lebih menjimatkan walaupun diramalkan tahun depan negara bakal berdepan krisis ekonomi yang semakin perlahan.

Selain Zahid, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat tawaran sama seperti anak muridnya kepada parti dari Borneo itu, tetapi menawarkan dua jawatan TPM sahaja bagi mewakili Sabah dan Sarawak jika menang PRU-15 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November ini, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.


ADA PENGUNDI NAK BERKEMPEN SUPAYA JANGAN MENGUNDI CALON PH DI TITIWANGSA.

 

USAH PEDULI PERANGAI KERBAU SEKOR


Seusai solat jenazah ibuanda kepada Penasihat Keadilan yang juga bekas TPM Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis di masjid Mustakim Ampang tadi, saya dilingkungi beberapa orang yang sering mengikut penulisan saya baik di facebooks atau blog. 


Sambil bergambar, mereka masing-masing meluahkan rasa kesal dan marah kepada sikap dan ulah seorang pemimpin parti kerabat PH yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah atau pun boleh menimbulkan polemik. Mereka bertanya saya kenapa pemimpin itu bersikap demikian? 


Setakat menyoal, mungkin tidak ada masalah, tetapi ada seorang mencelah meminta agar pemimpin berkenaan yang katanya akan bertanding di Titiwangsa, agar tidak "diundi, biar dia kalah." Peluahan itu menunjukkan betapa marah oknum berkenaan kepada cara dan ulah pemimpin itu. 


"Saya tengok dia ini selalu jalan tempang, dan nampak sangat dia seperti tidak sukakan kepada Anwar dan lebih rindu Mahathir, apakah dia sudah tercalit cenual oleh Mahathir," katanya dengan nada geram.


Saya menenangkan oknum berkenaan agar tindakannya jangan sampai ke situ, "minta kalahkan", kerana dalam keadaan sekarang ini semua kerusi penting kepada PH. Jika tindakan itu diambil kerana tidak senang dengan tingkah lakunya, ia merugikan agenda lebih besar. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis sekandar tercemar. Anggap sahaja kerbau yang bawa lumpur itu kerbau "sinting". 


Agenda utama Piraum ke-15 ini memastikan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai perdana menteri. Keadaan waktu kini agak selesa dan berpeluang baik, usahkah diracau oleh marah kepada pemimpin yang saya sebut sebagai degil itu kerana ia boleh mengganggu agenda lebih besar. 


Dalam pada itu sekali lagi dinasihit kepada pemimpin berkenaan agar lebih berlunak dan bijak mengolah masa dan pandai serta kena pada tempat untuk menunjukkan ego sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang bijak itu tidak menimbulkan masalah kepada penyokong seperti gelagak yang anda lakukan itu. Trims.


KISAH MENTERI UMNO KENA TANGKAP SEBAB FAHAMAN KOMENEH....MACAI NAK KATA APA....


 

VERSI BARU KELENTONG KES ADIB-KERAJAAN MELAYU ISLE LAK HENTI


 

PRU PELUANG UNTUK RAKYAT TENTUKAN SIAPA LEBIH BAIK


“CALON BN AKAN DITAPIS PELBAGAI AGENSI, TERMASUK ADA YANG MUNGKIN KAHWIN DI SIAM”

 

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah termasuk pemberian nafkah.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata pemilihan calon masih dalam proses dan pembentangan “pusingan pertama” telah dibuat oleh pengerusi perhubungan negeri sebelum dibuat kali kedua dalam perjumpaan sekali lagi.

“Kita juga akan ada saringan. Kena buat pemeriksaan antara nama-nama yang dicadangkan itu.

“Kita akan menyemak dengan polis, SPRM (Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi, mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi pun kita kena semak juga kot ada yang kahwin kat Siam ke.

“Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di Mahkamah Syariah ke, kalau dulu kita tak pernah periksa, kali ini kita lebih terperinci,” kata beliau kepada media selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman di Kuala lumpur hari ini. – Bernama



TAK MAU TAK PA LAH MAIL - KAMI TAU AWAL DAH.....SAJA MENCABAR SAJA MENGUJI

 

Ismail tolak debat calon PM dengan Anwar




Ismail Sabri Yaakob menolak debat calon perdana menteri dengan
 Anwar Ibrahim kerana berpandangan tidak akan mendatangkan
 sebarang hasil.

KUALA LUMPUR: Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Anwar Ibrahim supaya calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka, sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perdana menteri sementara itu, berkata debat bukan “bukan budaya kita” dan perbahasan disarankan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

“Bukan budaya kita, dia tak datang apa-apa hasil. Kalau bagi debat, dia akan sebut janji dia bulan bintang akan sebut, jadi tak perlu,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail berkata demikian ketika ditanya cadangan Anwar supaya tiga calon perdana menteri PH, PN, dan BN untuk mengadakan debat secara terbuka.

Pada 20 Okt, Anwar berkata, perbahasan itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar, perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan dan menerusi langkah itu rakyat boleh menilai tentang soal hala tuju dan masa depan negara.

Anwar merupakan calon perdana menteri bagi PH, manakala Muhyiddin Yassin calon bagi jawatan itu bagi PN.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata kerajaan dibentuk berdasarkan kepercayaan diberikan rakyat.

“Saya rasa tak perlu ada debat, kita sibuk di kawasan kita, kawasan masing-masing berkempen,” katanya.

Ismail ketika ditanya mengenai persediaan senarai calon BN untuk menghadapi PRU, berkata pimpinan tertinggi parti itu sudah mendapat pembentangan mengenai senarai calon dari setiausaha parti negeri.

Bagaimanapun, pihaknya akan membuat saringan sekali lagi termasuk semakan di Mahkamah Syariah.

“Kita akan buat saringan dengan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi.

“Mungkin kali ini pejabat agama, pejabat kadi (kalau ada) kahwin siam, timbul isu nanti. (Ia termasuk) isu nafkah anak tak bayar, (atau) ada pertuduhan dari Mahkamah Syariah,” katanya.

TPM 2, BN TIRU POLISI PAKATAN RAKYAT?


AUN BODO...KEH..KEH


 

TIPU


 

JANGAN DOK PERCAYA






 

Ayo bangkit basmi kleptokrasi


Memandangkan PRU-15 semakin hampir dalam tempoh kurang daripada sebulan, kita mesti berazam untuk memilih pemimpin yang bukan sahaja bebas daripada kegiatan rasuah, tetapi yang akan membantu untuk menghapuskan semua unsur kleptokrat yang menjangkiti kerajaan di semua peringkat dengan penyakit ini.

Istilah kleptokrasi sangat penting untuk memahami perbezaan antara negara yang hanya dipengaruhi oleh rasuah, daripada negara yang dikuasai oleh rasuah. Istilah negara kleptokratis merujuk kepada negara yang dikuasai ‘maling’ atau pencuri harta rakyat.

Sebuah kleptokrasi merupakan pemerintahan oleh pencuri yang menyamar sebagai pegawai negara yang jujur. Ciri utama kleptokrasi adalah ia sejenis ‘jenayah negara’. Seorang kleptokrat merupakan pegawai negara yang mencuri daripada dana dan sumber negara melalui kegiatan rasuah. Rasuah ditakrif sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah, syarikat swasta, ataupun orang awam dan terdiri daripada tiga komponen, iaitu, penyuapan, pemerasan, dan nepotisme.

Penghubung bagi tiga jenis rasuah ini, adalah, penempatan kepentingan masyarakat umum di bawah kepentingan peribadi serta pengkhianatan kepercayaan.

Menurut Syed Hussein Alatas dalam buku beliau bertajuk “Korupsi: Sifat, Sebab dan Fungsi”, ciri rasuah yang penting adalah dwifungsi pada mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah. Contohnya, ketika seorang pegawai disuap oleh pihak yang menawarkan pemberian supaya mengeluarkan lesen perniagaan, perbuatan mengeluarkan lesen itu merupakan fungsi, baik pun daripada segi jawatannya mahupun daripada segi kepentingan peribadinya. Rasuah terdapat di semua negara, tetapi bukan semua negara yang dikuasai oleh daya rasuah. Negara yang dikuasai rasuah dapat digelar sebagai kleptokrasi atau pemerintahan oleh maling.

Istilah kleptokrasi berasal daripada dua perkataan, iaitu, “klepto” (mencuri) dan “krasi” (pemerintahan). Negara seumpama ini dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam amalan rasuah sebagai cara pengumpulan modal yang utama. Kleptokrat-kleptokrat yang utama tidak terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam yang memeras atau menerima suapan untuk membiayai hidup mereka, tetapi daripada elit-elit politik dan birokrasi yang menggunakan rasuah sebagai cara mengumpulkan modal, memajukan kepentingan ekonomi peribadi, dan memperkayakan diri sendiri.

Ciri-ciri negara kleptokratis

Penerimaan lesen-lesen, francais, insentif, dan konsesi cukai dimudahkan melalui hubungan penaung dan yang dinaungi dan seringkali juga melibatkan nepotisme. Sebuah kleptokrasi itu dikuasai oleh pegawai negara dan ahli politik yang amat egoistik. Tujuan mereka melakukan rasuah bukan untuk membantu kaum keluarga dan sahabat disebabkan oleh perasaan kewajipan moral dan timbal-balik, tetapi oleh ketamakan yang berlebihan.

Tekanan untuk membantu kaum keluarga seringkali didorong oleh kepatuhan kepada apa yang difahami sebagai norma masyarakat. Menurut teori kebudayaan rasuah, amalan rasuah itu selaras dengan nilai tradisional, apabila orang tua membantu anggota keluarga yang muda. Kita menolak teori ini kerana norma masyarakat kita, walaupun menggalakkan pembantuan sesama keluarga, tidak pada waktu yang sama mendorong kegiatan jenayah. Sebenarnya, rasuah dalam konteks kleptokrasi berasaskan kepada keinginan untuk keuntungan peribadi. Seorang kleptokrat mempunyai perwatakan egoistik.

Pelbagai perkara dianggap ciri negara kleptokratis termasuk:

  • ia sejenis jenayah negara;
  • hubungan rasuah antara ahli politik dan birokrat pada satu pihak, dengan ahli kelas pemodal pada pihak lain;
  • rasuah merupakan salah satu alat pengumpulan modal yang utama dan dapat dianggap faktor pengeluaran dalam bidang ekonomi;
  • ia berasas kepada peranan dwifungsi negara dalam proses pembangunan;
  • ia berdasarkan kepada permintaan dan penawaran pertolongan;
  • kleptokrasi adalah transistemik, iaitu, terdapat di kedua-dua negara demokratis dan autoriter;
  • dalam sebuah negara kleptokratis, kebanyakan pegawai negara terlibat dalam rasuah, sekurang-kurangnya secara berskala kecil, supaya status quo dapat dikekalkan. Pertikaian dan pertentangan daripada dalam negara dielakkan;
  • negara kleptokratis itu merupakan oligarki, iaitu, negara itu dikuasai oleh segolongan kleptokrat egoistik yang kecil.

Bahaya rasuah

Oleh kerana negara memain peranan yang amat penting, khususnya di negeri-negeri membangun, negara kleptokrasi dapat membawa kesan yang amat buruk terhadap ekonomi, termasuk kehilangan pendapatan pemerintah, kekurangan kecekapan, herotan dasar-dasar kerajaan, dan penumpuan modal.

Ada yang berhujah rasuah dapat menambahkan kecekapan kerana pekerja yang menerima wang segera akan menjadi lebih produktif tanpa tambahan gaji. Pemerhatian ini kurang tepat kerana wang segera biasanya tidak membeli kecekapan, tetapi hanya suatu perkhidmatan yang tidak akan diberi tanpa insentif kewangan itu.

Pemerintahan kleptokratik juga menyebabkan penyimpangan dasar-dasar kerajaan. Sesuatu dasar yang bertujuan memanfaatkan segolongan tertentu dalam masyarakat akhirnya dimanfaatkan golongan-golongan lain.

Contohnya, di sebuah negara di Asia Tenggara beberapa tahun yang lalu, pemerintah memperuntukkan ribuan ekar untuk sebuah syarikat besar sedangkan tanah itu dikhaskan untuk ribuan keluarga.

Rasuah juga mengakibatkan penumpuan modal. Rasuah dan, khususnya, nepotisme memain peranan yang penting dalam penumpuan modal. Ini merujuk kepada sejauh mana segolongan kecil syarikat menguasai industrinya daripada segi jumlah pengeluaran dan guna tenaga.

Contohnya, kadar penumpuan modal dianggap agak tinggi jika 75% daripada guna tenaga dalam industri dalam lima syarikat terbesar.

Negara kleptokratis amat berbahaya. Kesedaran tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pembangunan ekonomi dan politik seharusnya dipertingkatkan sehingga muncul gerakan sosial menentang kleptokrasi.

Malangnya, selain segolongan kecil sarjana seperti Syed Hussein Alatas, Peter Evans, dan Bjorn Beckman yang mengambil perhatian tentang dimensi rasuah dalam pengkajian negara, masih ada kekurangan usaha mendidik rakyat tentang bahaya fenomena negara kleptokratis.

Izinkan saya menamatkan makalah ini dengan beberapa petikan daripada Qasidah Anti-Korupsi yang dikarang di Indonesia. Saya rasa ada beberapa ajaran bagi warga Malaysia yang dapat diperolehi daripada sikap anti rasuah dari seberang.

Islam agama yang bersih lagi suci,
Umatnya dilarang berbuat mencuri,
Apalagi korupsi, lebih jahat lagi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Bagaimana Indonesia diberkahi,
Kalau pejabatnya banyak yang korupsi,
Memberantasnya pun hanya pilih-pilih,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Negeri RI bangkrut bukan sebab subsidi,
Bukan juga karena luasnya negeri,
Tapi negeri bangkrut lantaran korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Rakyat banyak melarat akibat korupsi,
Sekolah jadi mahal akibat korupsi,
Rumah sakit antri akibat korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Ma‘siat merajalela akibat korupsi,
Preman di mana-mana akibat korupsi,
Rakyat diadu domba akibat korupsi,
Ayo kita bangkit membasmi korupsi,

Miskin makin miskin akibat korupsi,
Bangkrut makin bangkrut akibat korupsi,
Rusak makin rusak akibat korupsi,

Jika kita benar-benar menyayangi negara, jangan kita memberi kesempatan untuk kleptokrat dan maling memerintah. Mari kita memperalatkan undi kita untuk memajukan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan segolongan kecil.