Keh..Keh...Keh...MUDA MUDA DAH HILANG ARAH

 



Eh biar betul Saddiq. Ingatkan takde akar umbi je. Rupanya calon pun tak ada. Sampai nak ambil calon bidan terjun. Teruk sangat parti hingusan ni.


Integriti apanya kalau begini. Calon main cekup, dia kenal celah mana? Ambil contoh temuduga bekerja. Masa temuduga bukan main elok. Dah mula kerja baru tahu rupanya bodoh dan pemalas.


Macam ni cara Muda uruskan parti? Adoyai! Pakat musnah la. Dengan struktur parti dia pun tunggang langgang, baik rakyat pilih calon dari sayap pemuda parti yang ada. Lebih berkualiti. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


UNTUK APA TENGKU ZAFRUL CUBA DILETAKKAN BERTANDING KERUSI DUN, ADAKAH UMNO MAHU REBUT KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR?


Paling waras sekali, Tengku Zafrul sepatutnya tidak bertanding di mana2 kerusi DUN dan menumpukan usahanya membantu PH/BN mencapai kemenangan di Selangor, tapi jika mahu diletakkan bertanding juga, letakkanlah beliau untuk berlawan dengan tokoh2 utama PN seperti Azmin Ali misalnya….



Untuk PRN akan datang ini, khususnya dalam konteks Selangor, peranan yang sewajibnya mesti dimainkan oleh UMNO ialah membantu dalam memastikan kerajaan PH sedia ada yang ditambah dengan jenama kerajaan perpaduan, terus kekal mentadbir negeri itu.


Ini kerana PH memang sudah sedia memerintah Selangor dengan majoriti yang besar yang diraihnya pada PRU yang lalu.


DUN Selangor mempunyai 56 kerusi Dun dengan kedudukan terkini ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, AMANAH-6), BN (lima), BERSATU (empat), Parti Bangsa Malaysia (dua), manakala PAS, Pejuang dan WARISAN masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.


Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan Dun melebihi enam bulan.


Dengan kerajaan sedia ada dipastikan terus memerintah Selangor, maka UMNO bolehlah beroleh apa-apa jawatan, baik sebagai Exco, dalam GLC negeri dan sebagainya, selaras dengan kerjasama yang sedia wujud antara PH dengan BN di peringkat pusat.


Kalau pun UMNO mahu meminta tambahan kerusi daripada lima yang sedia dimilikinya, permintaan itu mestilah munasabah dan tidak sampai mahu merampas kerusi-kerusi yang sedia dipegang oleh PH.


Ini tidak, sudahlah dikhabarkan daripada lima dan PH sedia memberikan BN sehingga 10 kerusi, itu pun diberitakan masih dianggap tidak cukup lagi.


Ada laporan menyebut BN mahu diperuntukkan sebanyak 14 hingga 17 kerusi Dun diberikan kepada mereka.


Dikatakan bahawa hujah yang digunakan ialah ia untuk memperlihatkan parti dominasi Melayu tetap mempunyai peranan penting, selain kononnya jika UMNO tidak diberi banyak kerusi, kedudukan parti itu untuk terus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri juga boleh terancam.


Tidak cukup dengan banyak kerusi yang dituntut, Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kalah pada PRU15 lalu di Parlimen Kuala Selangor, turut menjadi topik paling hangat dikatakan mahu diletakkan sebagai calon di peringkat Dun pula.


Beberapa kerusi diintai untuk diberikan kepada beliau, antaranya Kuang dan Sungai Kandis.


Soalnya, untuk apa Tengku Zafrul mahu dibawa bertanding di peringkat Dun?


Tidak cukup lagilah jawatan menteri dan senator yang dipegangnya sekarang?


Walaupun tempoh senatornya akan tamat pada Disember 2025 dan ketika itu nanti jawatan menterinya juga wajib dilepaskan, ia bukan alasan untuk memberinya peluang bertanding di peringkat Dun di Selangor.


Lebih tidak masuk akal jika UMNO beria-ia mahu Tengku Zafrul bertanding di Dun Sungai Kandis, kawasan yang kini diwakili PH dan Adunnya sekarang sedang menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.


Kenapa UMNO mahu memilih kawasan yang selamat yang sudah sedia dimenangi oleh PH untuk diperuntukkan kepada Tengku Zafrul?


Sebagai menteri dan jika Tengku Zafrul benar-benar pemimpin yang hebat, kenapa UMNO tidak mempertaruhkannya untuk berlawan dengan pemimpin utama PN seperti Azmin Ali misalnya?


Kenapa mesti diberi kawasan yang selamat untuknya?


PH dan khususnya PKR, wajib mempertahankan mana-mana kerusi yang sedia dimilikinya dan tidak semudah itu menyerahkannya kepada kawan yang baru didampingi kerana jika itu berlaku, ia akan membunuh moral ahli-ahli parti di seluruh negara.


Paling waras dan munasabah sekali sebenarnya, Tengku Zafrul sebaiknya tidak bertanding dalam PRN kali ini dan beliau lebih wajar memainkan peranan untuk membantu kemenangan PH/BN, sambil selepas itu nanti menumpukan khidmatnya kepada rakyat tanpa jawatan dalam kerajaan dan memilih mana-mana kawasan Parlimen di Selangor yang ketika ini diwakili blok pembangkang untuk PH/BN merampasnya dalam PRU16 akan datang.


Yang pelik juga, dengan beria-ia mahu meletakkan Tengku Zafrul bertanding di Dun yang selamat, apakah UMNO ada niat terselindung mahu merebut jawatan Menteri Besar daripada PKR? – ShahbudinHusin 28/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



TAK BERSIH" "TAK BERSIH" "TAK BERSIH"


Adrian Lim




Itulah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada hari ini.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini telah DILUCUTKAN JAWATAN SEBAGAI YB selepas didapati melakukan rasuah dalam PRU15 yang lalu.


Saya ulammm......! Bekas Timbalan Menteri zaman PN ini didapati MERASUAH DAN MEMBELI UNDI semasa kempen PRU. 


Dengan itu, PRN dijangka berlangsung tidak lama lagi.

PN TERGUGAT DI KEDAH DAN TERENGGANU

 

Kerjasama antara PH dan BN memang betul-betul menggugat PN. Dalam PRU15, PN jadikan UMNO sebagai pengacau untuk kalahkan PH. Tapi kini, PH dan BN masuk PRN bersama. Jika undi PH pergi BN dan undi BN pergi ke PH, maka PN akan lebur.


PN tahu ini mesti dihentikan. Jadi, mereka mulakan dengan menghasut agar BN tinggalkan PH. Sebab itu ada pemimpin, baik dari BN mahupun dari PH, yang giat keluarkan kenyataan yang mengguriskan hati parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.


Tapi nampaknya usaha ini gagal. Tidak mendapat sambutan pun sama ada daripada pucuk pimpinan mahupun dari kalangan ahli akar umbi sendiri. Jadi ada pula pemimpin yang cuba memujuk UMNO agar bersama PN. Namun ini pun tak berjaya juga.


Akhir sekali, mereka terpaksa pecahkan undi PH. Alihkan undi PH/BN ke parti lain. Tapi parti yang mana? Tak ada pilihan. Zahid dan UMNO tak mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Begitu juga GPS. Yang tinggal kini hanyalah parti Muda.


Muda parti yang lemah. Jadi kena ada strategi agar Muda mampu curi undi PH/BN. Caranya? Bermula dengan Syed Saddiq serang kerajaan melalui isu LCS. Walaupun isu itu dijawab dengan tenang dan lengkap, tapi Syed Saddiq tolak kebenaran. Kenapa?


Kerana dia nak wujudkan persepsi yang kononnya PH lari dari perjuangan. Kemudian dia akan buat seolah macam memberontak dan bergerak solo. Tujuannya cuma satu. Dia nak tunjuk konon hanya Muda yang masih ada integriti. Jadi bolehlah dia alih sokongan rakyat daripada PH kepada partinya.


Jelaslah ini usaha terdesak sebab Muda bukanlah parti yang ada akar umbi. Matlamat pun tak jelas, macamana nak pecahkan undi PH? MP dan ADUN Muda pun tak perform. Syed Saddiq pun tahu hal ini tapi apa lagi usaha yang boleh dia dan PN lakukan?


Mahu tak mahu, suka tak suka, PH mesti dikalahkan dan ini saja cara yang mereka boleh fikirkan. Kalau tak banyak, dapat curi undi sedikit pun jadilah. Dengan harapan isu 3R yang terus dimainkan PN dapat menambah sokongan rakyat kepada mereka.


Begitulah. Nampaknya semua dah dirancang teliti. Memang mereka nak jadikan PRN 6 negeri sebagai pukulan TKO terhadap PH. Kalau PH kalah di enam negeri ini, mungkin akan ada MP yang tarik balik sokongan biarpun bakal kehilangan kerusi.


Apa salahnya hilang kerusi kalau habuannya besar? Kan? Pemberi habuan juga sanggup bayar asalkan tak perlu masuk penjara. PRN 6 negeri ini akan jadi jalan terakhir untuk mereka buktikan kepada MP UMNO yang pro-PN berbaloi untuk melawan Zahid.


Tapi aku rasanya usaha ini takkan berjaya. Gaya DS Anwar yang tenang buat aku percaya ada sesuatu yang DS Anwar rancang untuk berhadapan dengan strategi gila mereka ini. Kita tunggu sajalah waktu kempen nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi aku berdasarkan observasi sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


JAHATNYA TV3- MASIH 3 SUKU MACAM DULU

 


Kerja tak bertanggung jawab oleh TV3. Timbulkan persepsi seolah yang dibebaskan adalah mereka yang dituduh membunuh Allahyarham Adib.


Sedangkan 17 orang yang dibebaskan tak ada kena mengena pun dengan kes pembunuhan itu. Buletin TV3 seolah mahu bina persepsi buruk terhadap kerajaan ini.


Mintak tolong sahabat semua, singgah ke post ni, (click https://shorturl.at/bxIJY), click tiga titik di sudut atas sebelah kanan dan lepas tu report post tersebut.


Kalau nak add a reason, pilih false information dan kemudian click politics. Semoga berita ini akan diturunkan oleh Facebook. 


Lagi ramai lagi bagus. Kalau nak tunggu menteri bertindak mungkin lambat. Tapi kita sendiri pun boleh buat. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



BOLEH TANYA TAK

 So nak tanyalah ni...




Memfitnah tu bukan dosa besar ke?

Mencarut? Termasuk dosa besar tak?

Menipu pun tak dikira dosa besar ye?

Menghina (body shaming) pun bukan dosa besar?

Menipu perbuatan yang tak berdosa ke?

Mengkafirkan orang dapat pahala?


Tanya je sebab cakap memang murah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


NEVER SAY NEVER




Januari tahun ini, Pemuda PAS kata, partinya tak pernah amalkan politik wang dan sogokan rasuah. 


Fast forward 5 bulan, semalam Pas hilang kerusi di Kuala Terengganu kerana terbukti ada sogokan rasuah kepada pengundi. 


Never say never, my friend. Kan sudah berbalik kepada anda? 


Selama jadi Pembangkang, kutip derma tin milo. Bila dah berkuasa 33 bulan, duit Jana Wibawa pun disapu. Boleh pulak buat wang saku, untuk PRU. 


Kalau parti lebai pun tak tahan iman, terlibat rasuah juga. Seleweng harta negara. Mereka takde hak nak laung mereka maksum belaka. 


Tambah lagi nak claim orang lain semua musuh agama… seolah2 agama yang satu ini mereka yang punya. 


~LM~



KEH..KEH..AKHIRNYA ...,...PENGERUSI FELDA.


Shahbudin husin.


Akhirnya Teresa Kok dilantik juga sebagai Pengerusi Felda 🤪🤪🤪



BERITA MENGECEWAKAN

 


Ini berita yang melukakan hati Pemfitnah Nasional. Harga beras tempatan kekal, tidak dinaikkan.


Yang naik adalah beras import. Tapi beras tu tidak termasuk dalam senarai kawalan. Itu pun kan beras kayangan. Yang tak mampu, beli beras tempatan je dah la.


Nampak sangat PN tak jujur. Sengaja nak timbulkan keresahan rakyat demi politik. Mereka tak pedulikan kebenaran. Nak bagi orang tak jujur tadbir negara? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MERENDAHKAN MARTABAT WANITA BILA ISTERI JADI CAGARAN PILIHANRAYA....




Aku tak rasa minta nombor telefon itu merendahkan martabat wanita. Lagipun DS Anwar siap puji lagi keberanian gadis tersebut.


Yang dikatakan merendahkan martabat wanita ialah bila isteri dijadikan cagaran untuk jadi calon dalam PRU - bai'ah talak tiga.


Itu menjadikan wanita seolah-olah objek. Itulah satu penghinaan yang amat kejam. Tapi dia tak bunyi pula kan? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

POSTING FITNAH DAN PEMBOHONG

 


MMMS


Dan dan kena kena hack ye? Tak apa nanti polis siasat boleh la tunjuk admin mana yang post fake news tersebut. 


Kes di siasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menyalahgunakan media sosial. Kalau bersalah boleh penjara dan denda yang mana kalau kena boleh hilang kerusi ADUN. 


Kalau ikut kes Peguam Negara Malaysia v Mkini Dotcom Sdn Bhd. Malaysiakini bertanggungjawap atas komen netizen walaupun bukan mereka yang tulis, jadi nak tengok juga kesudahan cerita lebai ini.


PERANTAU DAH BALIK....AYAQ ADA KA ?








KEH..KEH.,.HAH HAMBIK


 

KENAPA UMNO BERSAMA PH


 

PAS BESUT KOYAK


 

LEBAI BUAT PERANGAI


 

MUDA BUAT PERANGAI


 

SELANGOR KUBU KITA


 

APA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI PADA RAKYAY


 

NASIHAT KEPADA MAHATHIR YANG MEMECAH BELAH RAKYAT


 

17 MELAYU DITAHAN KES ADIB. JOM TONTON SETERUSNYA


 

UNDI PAS DAPAT DOSA


 

BNM AKAN CAMPUR JIKA RINGGIT MERUDUM


 

PENDEDAHAN LOKMAN ADAM KES ADIB. YANG DILEPASKAN ADALAH MELAYU DAN TIADA KAITAN DENGAN KES ADIB


 

MOHON MAAF LAGI





 Kes terbaru Harakah Daily buat permohonan maaf. 


Sesuai dengan modus operandi: Fitnah-Maaf-Repeat. 


Inilah lidah rasmi parti Islam. Bukankah fitnah ini lebih teruk dari membunuh? 


Islam terancam bukan sebab siapa2. 


Sebab utama ialah penunggang agama yang sanggup halalkan fitnah dan rasuah, untuk nafsu mereka. 


Nafsu nak berkuasa memerintah negara. Padahal tak sekompeten mana. 


~LM~



SEMAK & TUMBANG



1. Dalam setiap pilihanraya, ada pemenang dan ada yang kalah. Dalam konteks Malaysia, pemenang adalah mereka yang dipilih oleh YDPA memerintah negara. Bagi yang kalah pula, mereka jadi Pembangkang. Tugas nya semak dan imbang. 


2. Kerajaan perlu berusaha keras untuk stabilkan dan majukan negara selepas pilihanraya. Pembangkang pula perlu pastikan Kerajaan buat kerja. 


3. Selepas pilihanraya, setiap politikus sepatutnya tidak fikirkan lagi tentang parti dan diri sendiri. The war is over actually. Mereka patut letak emosi ke tepi dan pentingkan ibu pertiwi. Jangan jadi sore loser sampai nak menjahanamkan negara sendiri. 


4. Tetapi ini tidak terjadi. Selama 7 bulan ini, kita dengarkan setiap bulan pihak Pembangkang nak tumbangkan Kerajaan. Yang terbaru kononnya nanti bulan 8. 


5. Pengundi yang bijak akan tanya, kalau tumbangkan Kerajaan tak sampai setahun lepas pilihanraya, apa yang rakyat dapat? Semestinya, another round of politicians, bersuka ria, membahagikan kuasa sesama mereka. Persoalannya, are they any better? Adakah mereka lebih baik untuk negara? 


6. Kini, mereka bising mengenai tukaran ringgit dan dollar. Paling teruk kata mereka. Hakikatnya, prestasi Ringgit terbaik adalah pada tahun 1980. Masa tu RM2.18 ke 1 Dollar sahaja. Ringgit terteruk adalah pada 5 November 2022 iaitu RM4.75 ke USD. 


7. Ringgit terteruk dalam sejarah negara adalah post PRU15. Pasaran kena spooked kerana ura2 lantikan TSMY dan PAS sebagai Kerajaan. Mereka menggunakan SD nak memerintah negara, sebelum Agong interfered. Tunjukkan pelabur asing pun takut akan mereka. 


8. Semalam tukaran ringgit makin lemah. RM4.64 ke USD. Mengapa agaknya? Kalau kita tengokkan fundamental ekonomi negara. Bank Dunia jangkakan KDNK kita tahun ini boleh mencecah 4-5%. Suku pertama tahun ini kita antara yang cemerlang dalam rantau Asia, Malaysia 5.6% berbanding Indonesia 5% dan China 4.5%. Menunjukkan fundamentally kita kurang masalah. 


9. If we isolate everything else, ramai percaya ringgit melemah kerana politik negara tidak stabil. Manakan tidak, setiap bulan pihak Pembangkang merengek nak tumbangkan Kerajaan. Perlu ingat, ringgit paling teruk dalam sejarah, ialah ketika mereka nak naik memerintah. Sekarang lagi nak bagi signal nak tebuk atap semula?! 🤦🏻‍♀️


10. Pada saya, Pembangkang kita tak tahu peranan mereka selepas pilihanraya. Mereka bekerja bukan untuk semak dan imbang. Tetapi lebih kepada semak dan tumbang. 


11. Isunya, kalaupun mereka buat Kerajaan tumbang, adakah mereka ini si “lesser evil”? Kompetenkah mereka membangunkan negara? Tepuk dada, tanya selera… 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



TIGA CABARAN GETIR PRN BUAT PH/BN



Walaupun tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRN enam negeri belum lagi ditetapkan oleh SPR, kehangatan bahangnya sudah mula dapat dirasakan ketika ini.


PH/BN dan PN sebagai dua blok utama yang akan bertembung dalam PRN itu nanti didapati telah menggerakkan aktiviti masing-masing ke arah matlamat masing-masing untuk memperolehi kemenangan.


Begitu pun, disebabkan PH/BN adalah kerajaan di peringkat pusat, selain senario politik semasa agak bergelora dengan pelbagai isu, PRN nanti dilihat lebih merupakan cabaran getir buat gabungan tersebut.


Berikut adalah antara pertimbangan yang harus diambil berat oleh PH/BN, khususnya oleh Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


Pertama, daripada enam negeri yang akan berlangsung PRN itu – tiga negeri milik PH dan tiga negeri lagi milik Pas – berapa negeri mampu dipertahankan dan dirampas oleh PH/BN?


Apakah PH/BN mampu mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan?


Negeri manakah yang kini ditadbir Pas – Kelantan, Terengganu dan Kedah – mampu ditawan oleh PH/BN?


Kedua, daripada 245 kerusi Dun yang dipertandingkan dalam PRN kali ini, bolehkah lebih 50 peratus daripadanya dimenangi oleh PH/BN yang merupakan gabungan kerajaan di peringkat pusat?


Oleh kerana gabungan PH/BN adalah kerajaan di peringkat pusat dan PN sebagai blok utama pembangkang, pertembungan antara keduanya dalam PRN ini tidak dapat dielakkan daripada ditafsirkan sebagai gambaran referendum tidak rasmi dari segi penerimaan rakyat kepada kerajaan dan juga prestasi Anwar selaku Perdana Menteri.


Mahu tidak mahu, PH/BN tiada pilihan melainkan perlu menang lebih separuh daripada 245 kerusi Dun dalam PRN jika mahu mengelakkan Anwar digambarkan sudah ditolak oleh majoriti rakyat.


Lebih daripada itu, jika PH/BN gagal menang lebih 50 peratus daripada 245 kerusi yang dipertandingkan, ia secara langsung akan menaikkan lagi semangat PN bagi merampas kerajaan pada PRU16 akan datang.


Ketiga, berapakah kerusi majoriti Melayu yang mampu dimenangi oleh PH/BN pada PRN nanti?


Kegagalan PH/BN memenangi lebih banyak kerusi majoriti Melayu akan memberi tafsiran gabungan itu ditolak oleh kaum majoriti di negara ini, meskipun setelah UMNO turut serta berada dalam kerajaan.


Lebih-lebih lagi jika UMNO kalah sebahagian besar atau semua kerusi yang ditandinginya, ini sekaligus memberi petunjuk paling mudah bahawa keberadaan parti itu dalam kerajaan tidak membantu menarik sokongan penduduk teras negara ini.


Hakikat ini tentu saja berbeza di ketika UMNO bersama Pas dalam Muafakat Nasional sebelum ini di mana banyak PRK ketika itu berjaya dimenangi oleh mereka.


Gabungan kerajaan yang digambarkan tidak lagi disokong oleh kaum teras atau penduduk majoriti dalam negara sudah tentu merupakan sebuah kerajaan yang tidak stabil.


Kesimpulannya, dalam PRN kali ini, sama ada PH/BN gagal menawan mana-mana negeri PN atau mengekalkan negeri yang sedia dikuasai PH, gagal mencapai kemenangan lebih 50 peratus daripada 245 kerusi Dun yang dipertandingkan serta gagal memenangi majoriti kerusi-kerusi Melayu, ia adalah suatu kekalahan dan petanda lebih buruk sedang menanti Anwar pada PRU16 akan datang.


Sebagaimana disebut pada awal lagi, penyertaan PH/BN dalam PRN ini adalah mewakili serta membawa imej kerajaan di peringkat pusat dan kekalahan bukanlah suatu pilihan, baik dalam salah satu kategori atau kesemua tiga kategori yang disebut di atas.


Semua menteri, jentera propaganda kerajaan khususnya Jkom serta Kementerian Komunikasi dan Digital harus bergerak dengan lebih gigih untuk menyampaikan maklumat, memberi penerangan, menangkis serangan dan menangkis apa jua serangan lawan bagi memastikan kemenangan benar-benar dapat digenggam.


Tidak lupa, unit media dan komunikasi PMO juga sebaiknya “jangan tidur” dan mesti berjaga sepanjang masa mulai sekarang kerana dalam PRN nanti, sudah tentu yang paling disasarkan dengan pelbagai hentaman dan balunan ialah Anwar itu sendiri.


Kalau ditakdirkan PH/BN gagal juga akhirnya, Anwar tiada pilihan lain melainkan mesti segera dan berani merombak semua struktur dan jentera yang ada bersamanya sekarang ini.


Jika tidak, Anwar sendiri hanya sepenggal saja nasibnya, malah mungkin dijatuhkan lebih awal lagi daripada itu. – ShahbudinHusin 27/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KITA BERJAYA

 



PMX

Alhamdulillah kita menang. Malaysia berjaya menamatkan satu episod yang tidak baik pihak yang mencabar kedaulatan negara.


#MalaysiaMADANI

JANGAN SEMBANG LA BAB MISKIN. KO BUAT APA PADA RAKYAT KEDAH. MEMISKINKAN KEMUDAHAN RAKYAT.


 

APA PN BUAT SELAIN DARI MENGAPIKAN PERKAUMAN . ADA KUASA MENYAKAW


 

PILIHANRAYA


 

MASA NAK KAPIR MENGKAPIR SEMUA TAK BETUL. MASA BAIK SEMUA HALAL BELAKA.


 

GELOMBANG BIRU MELANDA TERENGGANU


 

MAT SABU- ORANG LAIN SEMUA SALAH.


 

PAS GAGAL IRUS NEGERI.


 

MASAALAH AIR KELANTAN AKAN SELESAI .TAPI TEMBERANG JUGA


 

BERITA PELAWOK


 

SCAMMER BADAL HAJI