YOUNG TURKS

 YOUNG TURKS 



1. Dalam politik, istilah “Young Turks” selalu diguna. Istilah ini merujuk kepada golongan muda di Turki pada awal kurun ke-20 yang menentang rejim zalim Kesultanan Othmaniah terakhir. 


2. Kesultanan Othmaniah ini ditentang kerana sikap “hedonistic” atau cinta duniawi dan kebendaan. Sebagaimana teori Ibnu Khaldun, satu empayar atau negara akan musnah, kerana rasuah dan salahguna kuasa. Inilah yang terjadi kepada mereka. 


3. Akibat daripada kepimpinan korup yang berleluasa, Gerakan Young Turks telah menumbangkan rejim raja mutlak di Turki dan berjaya mewujudkan negara Berpelembagaan. 


4. Ia diketuai oleh seorang putera raja bernama Putera Sahhabaddin dan seorang pejuang muda rakyat bernama Ahmet Riza. Inilah pejuang revolusi yang menyelamatkan Turki dan rakyatnya. 


5. Makanya, kalau tuan puan dengar orang sebut “Young Turks” ia bermaksud golongan muda yang “berani menongkah arus, melawan kebatilan dan punyai iltizam tinggi berjuang untuk negara”. 


6. Dalam sistem negara yang tepu dengan salahguna kuasa dan pemerintahan zalim, selalunya revolusi bakal terjadi kalau ada banyak Young Turks dalam negara.


7. Salah seorang Young Turk yang ada sekarang ialah Cikgu Fadli Salleh. Beliau menongkah arus di KPM menegur polisi Kementerian dan sekarang dikenakan tindakan. 


8. Ada kalangan rakan2 dalam Kerajaan saya komen. Siapa suruh cikgu tu lantang sangat? Nak tentang pun ada cara. Maka terimalah akibatnya. 


9. Jawapan saya pada mereka, isu silibus dan polisi pendidikan ni dah berapa orang Menteri naik, masih sama. Mungkin kita perlukan seorang Young Turk untuk Kerajaan buka mata. Maka sokonglah Cikgu tu, beliau buat itu pun untuk anak bangsa. 


10. Saya percaya, hanya melalui Young Turks saja kita boleh melawan Little Napoleon yang ada. Ingat dalam sejarah. Young Turks menang juga akhirnya. Nepoleon Bonarparte akhirnya asyik kalah saja. Pepatah kata, history is the best teacher. Kita perlu belajar darinya. 


11. PRU15 ini, terdapat 5.3 juta pengundi baru yang rata2 pengundi muda. Undi mereka penentu keputusan pilihanraya negara. 


12. Makanya, kita akan lihat adakah mereka ini  akan menjadi “Young Turks” yang ditunggu2. Menongkah arus melawan Kluster pemimpin yang meranapkan negara melalui rasuah dan salah gunakuasa. Punca merudumnya martabat negara Malaysia. 


13. Mereka ini tidak perlu turun ke jalanan, atau merusuh menggadai nyawa bersama rakan. Revolusi boleh bermula, hanya dengan kuasa undi mereka. Pejuangan mereka paling mustahak ketika pilihanraya. 


14. Kepada “Young Turks” of Malaysia, kepada anda kami sandarkan harapan. Anda penentu masa depan. 


#RakyatBangkit #manabaikkitasokong #manasalahkitabantah #malaysiamestimengundi


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


*In solidarity with NGO #RasuahBusters and #MyVoiceMalaysia



PKR UMUM CALON MINGGU DEPAN

 



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata bahawa presiden parti Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu depan.


"Insya-Allah, presiden Anwar Ibrahim akan umum calon PKR minggu depan.


"Saya ingat 24 atau 25 Oktober, beberapa hari selepas mesyuarat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita akan umum calon kita sebelum penamaan calon," katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi PKR.


Difahamkan, pengumuman calon PKR dijadual minggu depan selaras dengan mesyuarat SPR yang akan diadakan hari ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.


Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata bahawa parti itu akan memuktamadkan senarai calonnya selewat-lewatnya 19 Okt.


Namun, beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu masih mengadakan perbincangan 'pusingan terakhir' di beberapa kerusi parlimen yang mempunyai lebih daripada satu calon yang disenarai pendek sebagai calon layak bertanding.


"Masih ada beberapa kerusi calonnya belum dimuktamadkan. Ini kerana parti perlu mengenal pasti calon yang betul-betul membawa kemenangan serta kekal setia dengan parti.


"Selain itu, PKR juga masih berunding dengan gabungan PH (Pakatan Harapan) berhubung agihan kerusi.


"Masih ada empat kerusi belum beres di antara parti-parti dalam PH.


"Apapun, pucuk pimpinan PH menyelesaikan rundingan kerusi dan akan agihan kerusi parlimen di antara parti-parti PH diumumkan di Konvensyen PH yang akan diadakan di Ipoh, Perak hari ini," kata sumber itu.



UMNO TAWARKAN KESTABILAN & KEMAKMURAN ATAU NAK MENYAKAU SEMULA?




 KESTABILAN


1. Orang politik cakap dengan kita, kalau negara nak stabil, politik kena stabil dulu. Maka ada parti nak #PRUBanjir kerana nak politik negara stabil. Itu kata mereka. 


2. Lepas stabil barulah boleh negara jadi makmur, kata penyokong mereka pula. “Kestabilan dan Kemakmuran” moto yang diguna.


3. Pegangan saya jelas. Saya bekas pengundi UMNO sejak 20 tahun dulu. Saya tukar masa PRU14 kerana nak jatuhkan Klepto. Kalau UMNO cuci parti, saya boleh bagi undi kembali. Tapi ini tak terjadi. Klepto masih berkuasa lagi. Mereka boleh control Perdana Menteri. 


4. 4 tahun kebelakangan ini, yang buat politik tak stabil adalah geng Klepto ini. Ini open secret yang ramai tahu tapi susah nak admit. Jadi bila Presiden Klepto dia bersuara, undi lah mereka untuk stabiliti, saya skeptikal. 


5. Kenapa kita perlu skeptikal?


I. Lagi 6 bulan, UMNO akan buat pemilihan parti termasuk untuk kerusi Presiden. UMNO dah bagitau, DSIS ni hanya poster boy PRU. Makanya lagi 6 bulan, siapa jadi Presiden UMNO secara tradisinya akan naik jadi PM. Maka, nescaya akan bertukar lagi PM kita. Susah nak cakap Ismail Sabri akan naik semula. 


II. UMNO dah sound awal2. Kalau jadi Kerajaan, mereka nak Peguam Negara sendiri. Mungkin dapat lagi Apandi Ali. Kes2 mahkamah mungkin akan disuci. Seperti yang dibuat untuk 1MDB. Pengampunan pun akan dipercepat untuk merpati. Kes akan drop untuk Zahid Hamidi. Akan stabil ke negara kita nanti, bila negara luar lihat Klepto terlepas lari?


III. Merpati dan Klepto ini bila terlepas nanti, tuan puan ingat mereka akan berdiam diri? Once a politician always a politician. Mereka akan cuba lagi nak naik jadi Perdana Menteri. Selamatkah Ismail Sabri? 


6. Versi ”kestabilan” yang UMNO maksudkan ialah seperti PRN Johor dan Melaka. Mereka dapat 2/3 majoriti. Itu tak boleh dikira. Kerana peratus keluar undi puratanya hanya 60%. Kalau PRU lain cerita, rekod selalunya atas 75%. Ada kemungkinan lagu ni UMNO nak menang pun 50/50. 


7. Makanya, UMNO pun dah bunyi. Mereka nak gabung dengan parti lain selepas PRU15 nanti. 2 saja parti yang relevan: PAS atau PKR. Kalau ini berlaku, stabil ke negara nanti? Patron politik akan berlaku. You scratch me and I scratch you. 


8. Kena ingat “stabil” versi UMNO ialah bila dia menang dengan dominan. Dapat 2/3 majoriti. Makanya, Malaysia ini ana yang punya. Mimpi Zahid Hamidi. 


9. Kalau kita kaji sejarah, zaman pemerintahan diktator pun stabil politiknya. Tiada yang berani melawan dan bersuara. Tetapi aman makmur kah negaranya? Adakah rakyat terjaga?


Salam hormat,

Liyana Marzuki



Kenyataan Media 19 Oktober 2022

 Kenyataan Media

19 Oktober 2022

 

Saya mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri dan Menteri Luar Australia yang bertindak untuk tidak mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, lantas mengekalkan pejabat kedutaan mereka di Tel Aviv. Keputusan untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel itu dipelopori oleh mantan Perdana Menteri Australia bagi menuruti gelombang dukungan dan tuntutan kaum Zionis untuk ketidakseimbangan yang lebih besar dalam intrik diplomatik yang kita semua maklum dipicu oleh Amerika Syarikat dan sekutu mereka di Eropah. 


Langkah atau keputusan tersebut mencerminkan pengabaian yang jelas terhadap undang-undang antarabangsa serta penghinaan yang maha dahsyat kepada perjuangan warga Palestin. Tanpa mengambilkira pandangan sesiapapun mengenai penderitaan warga Palestin, Kota Jerusalem atau Baitulmaqdis yang menjadi kota suci kepada tiga agama Islam, Kristian dan Judaisme, harus kekal menjadi wilayah yang neutral sehingga penyelesaian yang adil kepada konflik tersebut ditemukan di Palestin. 

 

Saya amat berharap keputusan Australia ini akan mendorong gelombang baharu untuk kembali mendukung hukum antarabangsa dan keadilan. Ketidakadilan mesti disanggah, dan kita harus bersama sebagai sebahagian dari komuniti antarabangsa untuk melawan hukum apartheid di Palestin dan mengembalikan maruah rakyat Palestin. Saya menggesa tetangga kita di peringkat antarabangsa untuk melakukan yang sama sebagai komitmen kita kepada keadilan. 


ANWAR IBRAHIM


BAGI TONGKAT KEMUDIAN PAS PUN HANYUT




 Lepas Umno jatuh Parti Ana pula bagi nyawa… Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil ko mampos….

KENYATAAN PUSAT MEDIA PAKATAN HARAPAN: AMANAH MAHU DR DZULKEFLY AHMAD PERTAHAN KERUSI KUALA SELANGOR

 [ADMIN] Berikut merupakan kenyataan media Pakatan Harapan daripada Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada pagi ini, 20 Oktober 2022, Khamis.


--------------------------------------------------


KENYATAAN PUSAT MEDIA PAKATAN HARAPAN: AMANAH MAHU DR DZULKEFLY AHMAD PERTAHAN KERUSI KUALA SELANGOR


1. Kami mengambil maklum hasrat dan niat baik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dari beliau dalam pilihan raya umum kali ini.


2. Beliau sudah lama menyebut perkara ini kepada pimpinan parti. Kami pun memberi isyarat awal untuk mengizinkannya.


3. Tetapi, setelah Umno mahu meletakkan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor,  kami pimpinan AMANAH dan juga Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi.


4. Ini kerana, bagi kami, PRU-15 ini adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan.


5. Kami yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja buat beliau selama ini. Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat negeri Selangor (STFC dan lain-lain) dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu. 


6. Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama-sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara.


DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB

Timbalan Presiden AMANAH


Pada 20 Oktober 2022



PESANAN ZAHID HAMIDI BUAT HADI AWANG- BAWA BAWA TOBAT- KELUAR FATWA BARU IKUT SITUASI DAN TIADA LAGI RUNDINGAN LEPAS PILIHANRAYA


 

PESANAN BUAT HADI AWANG OLEH ANAK MUDA BERKAITAN IDEOLOGI KOMUNIS. DENGAR DAN TONTON.BERPERANGAI LAH SEPERTI ORANG AGAMA


 

ANWAR BERTANDING DI TAMBUN: Banyak ketua UMNO bahagian tolak bertanding PRU-15, kata MB Perak

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat beberapa Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menolak untuk dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun Saarani yang juga Pengerusi BN Perak enggan mendedahkan siapa yang dimaksudkannya.

“Ada tetapi tidak boleh umum siapa mereka sebab saya tidak mahu ia menjadi kelam-kabut.

“Ada beberapa Ketua UMNO Bahagian, ADUN pun ada tetapi saya tidak boleh umum sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Briged Sukarelawan Banjir UMNO Perak di Bangunan UMNO negeri, di Ipoh semalam (19 Oktober 2022), lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad mengumumkan keputusannya menolak sebarang pencalonan sebagai calon pada pilihan raya kali ini.

Menurut Azhar yang juga Pengerusi BN Parlimen Beruas, keputusan yang disifatkan sebagai berjiwa besar itu dibuat bagi memberi peluang kepada muka baharu bertanding pada PRU kali ini.

“Keputusan ini dibuat setelah menimbang sehalus-halusnya dan berfikir semasak-masaknya. Saya nak memudahkan pimpinan untuk meletakkan calon muka baharu pada PRU-15.

“Saya tak mahu ada perebutan dan perpecahan. Biarlah pimpinan tentukan calon yang boleh menang bertanding di DUN Pengkalan Baharu ini,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Beruas.

Beliau turut menyeru rakan-rakan sejawatannya yang lain agar dapat berbuat keputusan sama sepertinya bagi memudahkan pimpinan memilih calon pada PRU-15 sekali gus membuka ruang melahirkan lebih ramai pemimpin UMNO.

 

GANASNYA DIA- TU PUN JANGAN- KATA ORANG KOMENEH LA BAGAI- INI APA HAL PULAK NIH...KISAH LAMA ORANG PUN BOLEH CARI KAN...



Presiden PAS Abdul Hadi Awang merupakan naib presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang didakwa oleh kerajaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrin terbabit dengan aktiviti keganasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 November, 2017.

 

KUMPULAN ilmuan Islam yang dipimpin oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Pihak Anti-Keganasan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrin, lapor Arab News.

Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS), yang mana Hadi merupakan naib presidennya, diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas bersama Majlis Islam Antarabangsa “Massaa”.

 

Hadi Awang Akan Dilapor Kepada Kesatuan Ulama Sedunia.


SEREMBAN: Parti AMANAH akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ramai di kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak beriman.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.

“Kami rasa akan buat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang semua kenyataan dia (Abdul Hadi) yang merendahkan orang lain, mengatakan orang lain tak beriman.

“Adakah itu akhlak ulama? Saya pun tak faham. Jadi kita akan buat aduan tentang apa-apa yang dia cakap, pada bila-bila masa dan mungkin boleh menghantarnya melalui email pada malam ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada masa sama, Salahuddin berseloroh hanya Abdul Hadi yang tahu berkenaan agama Islam daripada orang lain dan disebabkan itu beliau dengan mudah menuduh orang lain sebegitu.

“Dia ulama besar. Dia tahu Islam lebih dari kita semua. Sepatutnya kalau tuduh itu perlu ada bukti.

“Itu akhlak dan cara Islam sebenar. Dia pun tahu kalau nak tuduh orang perlu ada bukti,” katanya.

Menurut Salahuddin, bukan kali pertama pemimpin PAS itu mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Terdahulu, Hadi Awang mendakwa PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga).

“Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman,” kata Hadi dalam catatan Minda Presiden.

 




PN lawan di 27 kerusi kritikal meski bakal berlaku pertembungan


 

Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon daripada komponen parti itu di kesemua 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ada pimpinan UMNO yang mendabik dada yakin mereka boleh menang di kerusi kritikal itu meskipun berlaku pertembungan.

“Pertembungan tidak dapat dielakkan sebab ada dalam kalangan pemimpin UMNO kata, kalau bertembung pun dia boleh menang, dia rasa ‘cocky’ (yakin), jadi kita lawan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat serta penyampaian Suratan Hak Milik Tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini (20 Oktober 2022), lapor Berita Harian.

Kawasan itu ialah Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata tiada sebarang perbincangan untuk  memberi laluan kepada UMNO-BN bagi mengelakkan mana-mana kerusi dikuasai PH.

“PAS akan ambil kerusi itu macam biasa, tapi sama ada PAS atau Bersatu bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara PAS dengan Bersatu dan juga rakan dalam PN.

“Ada yang Bersatu ambil, ada yang PAS ambil dan ada Gerakan ambil. Jadi, kita lihat hasil rundingan nanti,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, pengagihan kerusi dalam gabungan PN sudah mencapai 90 peratus dan pihaknya akan melakukan satu lagi siri perundingan esok.

Berdasarkan keputusan PRU-14, ke semua 27 kerusi kritikal itu dimenangi PH namun jika digabungkan jumlah undi diperoleh BN dan PAS pada 2018, jumlahnya lebih tinggi berbanding yang dimenangi PH.

Semua kerusi berkenaan dahulu milik UMNO-BN dan PAS, kini milik PH susulan pertembungan tiga penjuru pada PRU-14.

27 kerusi kritikal itu membabitkan 20 kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dimenangi PH pada PRU-14 dan tujuh lagi yang menyaksikan PH kalah tipis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata PH mampu memenangi 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal itu jika menguasai 30 peratus sokongan pengundi Melayu di kawasan berkenaan.

Katanya, kemenangan itu boleh dicapai sekiranya PKR dan PH boleh merayu pengundi Melayu yang mencukupi, walaupun berada dalam pertarungan satu lawan satu, sama ada bertembung dengan UMNO atau PAS.

 

Banduan tidak boleh keluar sebarang kenyataan, kata Jabatan Penjara ulas isu Najib


 

Seseorang individu yang bergelar banduan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan di luar penjara, menurut penjelasan Jabatan Penjara Malaysia.

Penjelasan Jabatan Penjara tersebut berikutan dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini bergelar banduan mempunyai akses kepada dunia luar selepas beberapa kenyataan dalam akaun Facebook peribadinya yang dilihat aktif kebelakangan ini.

“Setakat ini tiada apa-apa kenyataan yang boleh dikeluarkan oleh banduan dari dalam penjara.

“Tidak dibenarkan mengeluar apa-apa kenyataan, malahan surat yang dikeluarkan termasuk dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu,” kata Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim dipetik laporan BH hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dakwaan kononnya Najib diberikan akses menggunakan telefon bimbit selepas beberapa kenyataan dalam Facebook yang seakan-akan ia dikendalikan oleh penjenayah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebut.

Supri berkata, sebarang dokumen termasuk surat kepada keluarga, yang ingin dihantar oleh banduan juga akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara.

“Program politik kita tiada kena mengena. Kita laksanakan tanggungjawab,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan serta hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib dan kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad menjelaskan tiada kebenaran diberikan kepada Najib untuk keluar berkempen pada PRU-15 nanti.

“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

 

 

*ANWAR IBRAHIM: MARI KITA DEBAT, JANGAN BUAT TUDUHAN PALSU*


Pihak yang ingin menjadi perdana menteri tidak berupaya menyampaikan bagaimana mereka akan mengawal kenaikan kos barangan, sebaliknya terpaksa menggunakan naratif palsu dan menyebarkan ketakutan. 


Apa mesej mereka? Bolehkah mereka terangkan dasar ekonomi? Tidak. Bagaimana mereka akan bawa perubahan yang boleh mengawal harga barangan? Tiada cara. 


Mereka hanya boleh bercakap mengenai keburukan DAP, PKR, Israel, Yahudi, dan bagaimana orang Cina kawal semua. Itu sahaja dapat mereka sampaikan di kampung-kampung, dan segelintir orang percaya. 


Sesiapa yang menjadi perdana menteri mesti berupaya mengembali semula bahawa potensi Malaysia menjadi “harimau ekonomi Asia”. 


Kita alu-alukan debat dalam kalangan “calon perdana menteri”. 


Mari kita berdebat. Kita debat tentang dasar ekonomi, kestabilan politik, apa sahaja topik, agar rakyat dapat nilai. 


Saya tegaskan bahawa saya “tidak pernah memohon” pengampunan diraja. 


Saya bukan Najib. 


Hari kami PH menang, malam itu Yang di-Pertuan Agong hubungi saya untuk beritahu, baginda akan guna kuasanya untuk dapatkan pengampunan diraja bagi saya, kerana yakin apa yang saya lalui tidak adil. 


*(ANWAR IBRAHIM, Mentakab 19 Oktober 2022)* 


*ISLAH MEDIA*



TARIKH PENTING MISI MENJATUHKAN KERAJAAN...


 

Selangor bukan sahaja kaya tetapi beri 85,000 lot tanah kepada rakyat

 




Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dikenali sebagai negeri yang paling banyak memperkenalkan skim bantuan kepada rakyat sehingga menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan.


Namun menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Kerajaan PH juga sejak 2008 telah memberi lebih 80,000 lot tanah kepada rakyat di negeri itu.


Hal itu didedahkan beliau dalam ceramah Jelajah Pakatan Harapan Pahang di Mentakab, malam tadi.


"Saya dengar masalah tanah di negeri Pahang tak sudah sudah, orang duduk lama tak dapat tanah, tak dapat geran.


"Ini janji kita di negeri Selangor, tahun 2008 dulu kita sebut kalau kita menang yang masuk tanah kerajaan, duduk bertahun tahun, orang miskin perlu tanah, hanya bayar RM1,000 dapat tinggal di tanah itu selama mana mereka nak tinggal sampai anak cucu cicit. Umno kata ini lawak jenaka, tak boleh buat negeri akan bankrap.


"(Rekodnya) daripada tahun 2008 sampai minggu lepas kita dah selesaikan 85,000 keping tanah kepada rkayat negeri Selangor.


"Selangor ini (zaman BN) kata nak lebarkan kampung, panggil kontrakor sain dengan JKKK. Lepas sain lantik syarikat, syarikat ambil duit rakyat, rumah terbengkalai bukan satu dua. Antara terbesar di Sg Buaya ada 3,000 keping tak selesai.


"Tiga minggu lepas kita telah selesaikan (hak milik tanah) di Rasa. Saya nak beritahu orang Pahang, masalah Felda Sg Buaya kita berjaya selesaikan di bawah PH," katanya.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang itu turut membidas pemimpin BN dan PN yang masih menganggap rakyat Selangor tidak mendapat apa apa di bawah PH.


Amirudin juga sinis terhadap pemimpin kanan Bersatu, Azmin Ali yang baru baru ini berkata Selangor merosot prestasinya selepas beliau meninggalkan kerusi MB.


"Kadang kadang orang yang lompat tak sedar diri. 2 - 3 hari lepas disebut saya (Azmin) tinggal negeri Selangor jatuh merosot. Siapa nama dia? Jangan sebut ..... geli aku dengar.


"Saya cakap dengan jelas dan terang. Bila kita lancar projek bangunkan Sungai Kelang, orang hebat ini (Azmin) satu benda dia tak buat


"Sungai Buaya ... bukan masalah baru tetapi tahun 1990an masa Muhamad Taib jadi MB. Kita cuba ubah tak boleh, sampailah 'MB yang bawa kemajuan negeri Selangor' tak boleh juga selesai. Tetapi PH, kerana polisi PH lah kita selesaikan isu ini," katanya.


Mencontohi Selangor, MB berkata, rakyat Pahang perlu berubah dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Sekali rakyat berubah, katanya maka pelbagai skim bantuan boleh diwujudkan.


"Saya minta orang Pahang jangan takut takut. Dalam masa beberapa minggu ini saya minta semua bantu kita, sokong kita.


"Kalau orang kata Pahang ini negeri terakhir berubah, kita kena buktikan mereka salah kerana saya yakin dengan semangat di Pahang, Kuantan, Temerloh, Mentakab, Bentong, Lipis, Rompin, inshaAllah boleh (berubah) di bawah PH dalam PRU akan datang," katanya lagi.