HANGPA TAK PAYAH KECAM DIA-ORANG TUA...NYANYUK BILA BERCKAKAP- HANGPA PATUT SAMAN DIA...KECAM DIA TAK GUNA PUN- SAMAN DIA KONNYA DIA MAKAN DUIT UMNO BAGAI- MAKAN GAJI BUTA -TU RASUAH JAWATAN TU.....

 

Pemimpin PH kecam Hadi kaitkan DAP dengan komunis.





(Dari kiri) Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Ketua Penerangan PKR Fahmi
 Fadzil dan Ahli jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Syahredzan
 Johan mengecam Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana bersikap
 hipokrit.

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengecam Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP “pro komunis”.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata dakwaan Hadi adalah “benar-benar palsu” dan berbaur hipokrasi.

Lim berkata jika PAS menentang fahaman komunisme, mereka perlu menyerang Umno kerana menghantar wakil dalam mesyuarat Parti Komunis China (CPC).

“Umno satu-satunya parti yang menjemput CPC menghadiri perhimpunan mereka. Jadi, macam mana dia boleh cakap DAP tapi tak sebut Umno.

“Kalau Hadi terlalu anti komunis, kenapa dia tidak bantah Ismail Sabri lantik duta khas ke China?, kenapa dia tak bantah hubungan negara kita dengan pimpinan komunis Vietnam,” kata Lim kepada FMT.

Lim berkata PAS tidak sepatutnya dibenarkan menjadi sebahagian daripada kerajaan akan datang kerana bersikap rasis dan ekstremis.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata kenyataan Hadi itu bertujuan menimbulkan keraguan di kalangan pengundi untuk menutup kelemahan mereka, terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.

“Dia cuba mengalihkan isu dengan tohmahan kepada orang lain untuk tak menjawab isu PAS gagal,” katanya.

Tambahnya, Hadi turut pernah memfitnah Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai ahli Freemason.

Katanya, Hadi dalam sepucuk surat kepada Allahyarham Yusuf Qardawi mendakwa Anwar adalah seorang ahli Freemason, bagaimanapun semakan mendapati, terdapat individu dalam kumpulan itu yang mempunyai nama yang sama dengan presiden PKR.

“Sampai sekarang Hadi tak pernah mengaku dia salah dan fitnah Anwar dan kita lihat PAS ni dah kalah saman fitnah banyak kali,” katanya.

Manakala Ahli jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Syahredzan Johan menyifatkan tuduhan Hadi sebagai “tidak masuk akal” dan mencerminkan apa yang ditawarkan parti Islam itu.

“PAS tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat dan mensasarkan serangan ini. Mereka tiada visi dan tidak boleh menawarkan penyelesaian,” katanya.

Hadi, menghangatkan suasana ketika negara bersiap-sedia untuk PRU15, dengan berkongsi beberapa poster di Twitter menyeru rakyat menolak DAP dan komunisme.

Beliau berkata DAP mesti ditentang kerana “pro komunis”, sambil menambah “mereka mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi.”

Sebelum ini Hadi dalam khutbah Jumaat di Marang dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu diketuai oleh “komunis” dan menyokong komuniti LGBTQ.

Manakala PAS menangguhkan hasrat bekerjasama dengan BN bagi membolehkan gabungan menjernihkan kekeruhan kerana ada pemimpin yang rakus mahu memerintah negara dan terlibat dengan rasuah.