TAK CAKAP TAK NAMPAK BODO



 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni kalau tak bercakap pun tak nampak cerdik. Sekali bila dia bercakap..., confirm!







Dah nak habis penggal dah. Dia masih lagi bercakap pasal peruntukan. Kali ni dia cadangkan peruntukan untuk ahli parlimen kerajaan pula 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗻𝘀𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻.


Dia tak sedar ke peruntukan tu untuk rakyat. Bukan untuk ahli parlimen belanja ikut suka hati. Agaknya dia fikir peruntukan tu macam elaun MP kot. Tu yang dia meroyan sangat tak dapat tu.


Itulah ciri orang ada 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶. Bila dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat.


Padahal MP pembangkang tak dapat peruntukan tu sebab masalah ego sendiri. Kalau ego 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗲𝗴𝗼 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀,, dah dapat dah peruntukan tu.


Dan atas sebab 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶, dia keluarkan cadangan yang sebegini. Dia tak kisah kepentingan rakyat terjejas, asal dia puas. Macam ini cara lebai fikir. Ikut nafsu.


Tapi sebenarnya mamat yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 ni mengulas cadangan daripada 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (MBM).


MBM cadangkan agar, antara lain, kaji semula 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 untuk MP sebanyak RM1,500 sebulan. Dan aku rasa ia adalah cadangan yang munasabah untuk dilaksanakan.


Iyalah. Kerajaan nak jimatkan bahan bakar. Kan bagus kalau dimulakan dengan ahli parlimen. Tapi agaknya itu yang buat budak Fadhli ni tak puas hati.


Marah la dia bila income dia 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗸! Itu yang dia mengarut beri cadangan sampai sanggup jejaskan kepentingan rakyat.


Tapi satu lagi cadangan MBM yang aku rasa PMX DS Anwar Ibrahim patut berikan perhatian. Iaitu buatkan subsidi diesel untuk kenderaan persendirian seperti pemberian subsidi petrol.


Daripada beri RM300 sebulan mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk beri kuota 200 liter sebulan macam yang dilaksanakan untuk subsidi petrol RON95.


Rasanya itu lebih munasabah, lebih adil dan mampu mengurangkan rasa tak puas hati kalangan pengguna kenderaan diesel.


Yang pasti, MBM lebih cerdik dan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 dari lebai pemimpin PAS ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Alahai Wee Ka Siong! Alahai!


 Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan Wee Ka Siong tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

PENDAPAT, 28 Mac – Ramai yang menunggang isu harga Diesel meningkat.

Kalau pemimpin-pemimpin MCA setiap peringkat buat video menunggang isu kenaikan harga Diesel termasuk Presiden mereka sendiri Wee Ka Siong.

Walaupun berita dalam dan luar negara melaporkan perang di Timur Tengah masih lagi berlangsung, harga minyak dunia meningkat dan masih tinggi, pengeluaran minyak di negara-negara teluk terjejas.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Sudahlah mereka kira kos Diesel pun guna penanda aras yang salah sebab guna pakai pengiraan sesat Eric See-To – Lim Sian See, lagi nak cakap pasal kenaikan kos barangan.

Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan MP Ayer Hitam tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

Takkan Presiden MCA tak tahu Kenderaan Pengangkutan Darat Awam dan Barangan menerima subsidi Diesel di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang meliputi 33 jenis kenderaan dan merangkumi 400 ribu kenderaan di luar sana?

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Kenderaan pengangkutan darat barangan seperti lori rigid kargo am, lori tangki rigid, lori penggerak utama, lori rigid hasil pertanian, lori tangki rigid tepung, lori rigid kandang haiwan, lori, van dan bas food catering, lori rigid curtainsider dan macam-macam lagi pengangkutan awam barangan masih diberi subsidi pada kadar harga Diesel RM2.15 seliter?

Ini bermakna harga barang terutamanya harga barang makanan akan terkawal dan tidak akan meningkat kerana faktor kos pengangkutan yang meningkat.

Jika ada kenaikan yang berlaku pun kerana faktor lain selain daripada kos pengangkutan.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Tujuan Kerajaan terus mensubsidi sektor pengangkutan darat barangan adalah supaya kos penghantaran dan logistik barangan tidak meningkat.

Tidak pernah dinafikan ada sektor yang tidak menerima subsidi seperti sektor perkilangan, pembinaan, industri bas persiaran dan beberapa industri lain tetapi sektor pengangkutan darat barangan yang merupakan sektor penting untuk akses kepada barangan seperti makanan dan minuman ke seluruh negara masih menerima subsidi pada kadar RM2.15 seliter.

Jadi alasan harga Diesel naik akan meningkatkan kos barang tidak tepat.

Ahli Parlimen patut lebih banyak akses kepada maklumat Kerajaan dan boleh sahaja bertanya kepada Kementerian-Kementerian berkaitan tapi apa barang cari fakta, buat video merapu-rapu lagi senang viral dan banyak likes.

Satu soalan last.

Semasa harga Diesel naik daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter serta merta selepas subsidi bersasar dilaksanakan pada Jun 2024, barangan asas apakah yang naik harga secara mendadak?

Oleh Syahir

Lapan Juta Turun Protes Trump Di Seluruh AS






 

Sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil membantah Trump pada 28 Mac 2026.

NEW YORK, 29 Mac – Jutaan penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam bagi menentang tindakan Presiden Donald Trump, dengan melepaskan kemarahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai gaya pemerintahan autoritarian, dasar imigresen yang keras dan perang dengan Iran.

Penganjur berkata, sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil.

Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang setahun rakyat Amerika turun ke jalanan, sebagai sebahagian daripada gerakan akar umbi dipanggil ‘No Kings’.

Penunjuk perasaan memegang kanvas mengandungi kata-kata pembukaan Mukadimah Perlembagaan AS ketika berarak di Bandar Raya New York pada 28 Mac 2026. Foto AFP

Di New York, puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun, manakala protes juga berlaku dari Atlanta ke San Diego, negeri California, dengan penduduk di Alaska turut menyertai perhimpunan tersebut kemudian.

“Tiada negara yang boleh memerintah tanpa persetujuan rakyat,” kata veteran tentera berusia 36 tahun, Marc McCaughey kepada AFP di Atlanta.

“Kami berada di sini kerana kami merasakan Perlembagaan terancam dalam pelbagai cara. Keadaan tidak normal. Keadaan tidak baik,” tambahnya.

Di bandar West Bloomfield, negeri Michigan, orang ramai keluar ke jalanan ketika suhu di bawah paras beku.

Di ibu negara AS, Washington, beribu-ribu penunjuk perasaan, dengan ada yang membawa sepanduk bertulis ‘Trump Mesti Berundur Sekarang’ dan ‘Lawan Fasisme’ berpusu-pusu ke National Mall.

“Trump terus berbohong, berbohong, berbohong dan berbohong, namun tiada siapa yang berkata apa-apa. Jadi, situasi yang kami hadapi sangat teruk,” kata pesara berusia 67 tahun, Robert Pavosevich, kepada AFP.

Suasana anti-Trump turut melangkaui sempadan AS, dengan perhimpunan semalam juga berlaku di bandar-bandar Eropah termasuk Amsterdam, Madrid dan Rom, di mana 20,000 orang berarak di bawah kehadiran polis yang ramai. – AFP

Pembangkang ‘kona’ isu minyak, akhirnya akui realiti sebenar


 


Oleh JAMZURI ARDANI

Penyokong pembangkang akhirnya sedar serangan mereka ke atas kenaikan harga pasaran minyak sudah jadi macam peluru angin.

Sebab mereka pun tahu jika mereka jadi kerajaan, mereka hadap isu yang sama. Mereka pun tidak ada idea alternatif atau cadangan yang bernas untuk mendepani isu ini.

Akhirnya mereka ‘kona’.

“Kami faham isu kenaikan harga minyak. Tapi dulu Anwar juga yang bising melalak bila harga minyak naik, sekarang bila dia sendiri hadap … baru padan muka. Jilat balik ludah”.

Saya begini, kalau dulu Anwar silap, maka silaplah. Namun, dulu suasana banyak berbeza, maka tentu sikap politik juga berbeza.

Anwar Ibrahim

Waktu itu negara kita net exporter minyak, sekarang sudah jadi net importer. Waktu dulu beban subsidi kerajaan hanya sekitar RM30 bilion setahun.

Sekarang jika teruskan subsidi pukal boleh cecah RM100 bilion. Dulu tiada subsidi bersasar, sekarang sudah ada subsidi bersasar.

Melangkaui kebencian

Politik harus melangkaui kebencian dan dendam peribadi. Jangan kerana perasaan tersebut, kita menentang secara membabi buta.

Jika apa yang Perdana Menteri buat ini baik untuk negara, sokong sajalah. Buat apa mahu ungkit kisah silam.

Najib dulu pun jatuh bukan sebab harga minyak. Najib jatuh sebab isu 1MDB. Bila Najib minta pengampunan, Anwar yang angkat permohonan itu ke Lembaga Pengampunan.

Kita sebagai rakyat tidak perlu pun ambil kisah pasal pergaduhan peribadi antara pemimpin. Biasalah politik memang begitu.

Sahabat Nabi Muhammad SAW pun berperang sesama sendiri kerana pertikaian politik. Apa nak hairan sangat kalau pemimpin politik hari ini bercakaran.

Alhamdulillah, zaman ini kita ada sistem demokrasi dan pilihan raya. Tak payah lagi nak kena pergi perang untuk selesaikan pertikaian politik macam zaman dulu.

Saya fikir mudah sahaja. Kalau pembangkang ada idea yang lebih baik, sila kemukakan kepada rakyat.

Jika betul mereka boleh buat lebih baik, tiada masalah pun untuk saya undi mereka pula.

Namun, jika sekadar bermodalkan fitnah, perkauman, kebencian dan sikap assabiyah, lebih baik tidak perlu diteruskan.




28 pelajar AS nikmati pengalaman bermakna di masjid Pulau Pinang


 


Seramai 28 pelajar Amerika Syarikat (AS) dilihat menikmati pengalaman bermakna sepanjang kunjungan ke Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.

Reaksi spontan kumpulan penuntut terbabit dikongsikan menerusi TikTok Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa (IPSI).

Mereka dilihat tekun mendengar penjelasan yang disampaikan oleh Pengasas dan Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah.


Difahamkan, Kamarudin merupakan individu yang mempelopori usaha mewujudkan Kesedaran Melalui Lawatan Masjid (ATMT).

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata memuji penyampaian Kamarudin yang jelas dalam memberi penerangan mengenai ibadat solat kepada golongan bukan Muslim.

“Untuk saya yang dah lama Islam pun rasa terpanggil untuk semakin dekat dan cuba untuk belajar lagi dan lagi,” demikian antara kata warganet.

Sementara itu, pentadbir TikTok IPSI dalam antara reaksinya berkata, orang ramai dialu-alukan berkongsikan rakaman video itu kepada rakan-rakan bukan Islam.

Menurut IPSI, perkongsian klip itu bagi membolehkan mereka dapat memahami Islam dengan lebih baik serta memperbetulkan salah faham yang mungkin berlaku.



JP Morgan ramal Malaysia, China dapat bertahan jika Asia berdepan kejutan tenaga global


 


Penganalisis JP Morgan meramalkan kebanyakan ekonomi di Asia  berisiko terjejas sekiranya berlaku kejutan dalam sektor tenaga global, kecuali Malaysia dan China.

Beliau berkata, Malaysia dan China mampu bertahan lebih baik kerana mempunyai struktur tenaga serta kekuatan ekonomi yang lebih stabil berbanding negara lain di rantau ini.

Kejutan tenaga merujuk kepada peningkatan mendadak harga minyak dan gas atau gangguan bekalan yang sering berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik.

Situasi ini boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global, khususnya negara yang bergantung kepada import tenaga.

Menerusi perbincangan antara Rajiv Batra dengan CNBC, penganalisis berkata, kebanyakan negara Asia merupakan pengimport bersih tenaga dan amat bergantung kepada bekalan dari luar.

Keadaan ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga global, sekali gus memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Namun katanya, Malaysia dan China dilihat berada dalam kedudukan lebih stabil berbanding ekonomi Asia lain.

“Malaysia mempunyai beberapa penampan kukuh termasuk kedudukannya sebagai pengeksport bersih tenaga.

“Selain itu, defisit fiskal negara berada pada tahap terkawal hasil dasar kerajaan yang berdisiplin, manakala kadar inflasi juga kekal sederhana

“Keadaan ini menyediakan ruang perlindungan yang bukan sahaja menyokong pasaran ekuiti sebagai kelas aset, malah turut membantu menstabilkan nilai mata wang negara,” ujarnya,” ujarnya.



GEMPAR!! - RAFIZI BONGKAR USAHA FARHASH JADI PRESIDEN PKR | PMX VS MAK LAMPIR


 

HADI AWANG PUNCA TELUK HORMUZ DIBUKA? PEMBANGKANG DAKWA TUN MAHATHIR TELEFON PEMIMPIN IRAN


 

NURUL IZZAH LETAK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR! APA KATA FUZIAH?

 





Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, menolak khabar angin yang mengatakan bahawa Nurul Izzah Anwar akan mengosongkan jawatan timbalan presiden parti, di tengah-tengah spekulasi yang mendakwa sedemikian.

Nurul Izzah sebelum ini dispekulasikan akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat. Malaysiakini telah menghubungi bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu untuk mendapatkan komen, tetapi belum menerima sebarang respons. Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, Fuziah menafikan khabar angin itu."Sama sekali tidak benar," katanya. New Straits Time memetik Ketua Penerangan PKR dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut menolak khabar angin itu, melabelkannya sebagai "berita palsu". Sumber PKR memberitahu Malaysiakini bahawa Nurul Izzah dalam keadaan "bersemangat" semasa mesyuarat majlis kepimpinan pusat Khamis lalu. Nurul Izzah, anak perempuan perdana menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, lantang mengkritik SPRM, dengan menggesa kepada keperluan pembaharuan sistemik, akauntabiliti yang lebih kukuh, dan pengawasan parlimen untuk memastikan kepercayaan orang ramai.



LANGKAH KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT

 


Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin.








Antara langkah awal Kerajaan untuk memastikan bekalan mencukupi dan dapat dinikmati secara adil oleh semua rakyat:


⛽ Penyelarasan kelayakan BUDI95 kepada 200 liter sebulan buat sementara. 90% rakyat tidak akan terjejas.


🛵 Had siling sehingga 800 liter bagi pemandu e-hailing dikekalkan.


🚛 Pelaksanaan had pengisian diesel di Sarawak, Sabah dan Labuan mengikut kapasiti kenderaan.


🚨Penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan sempadan yang berisiko tinggi.


Kerajaan akan terus memantau perkembangan global secara rapi serta mengambil langkah tambahan bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil serta mencukupi untuk rakyat.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#YakinMADANI 


Fahmi Fadzil

Kementerian Komunikasi

Jabatan Penerangan Malaysia




WALAUN NI PENDATANG ASING ATAU PAKAT TAK DA LESEN

 


Aku nak mintak 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗶𝗴𝗿𝗲𝘀𝗲𝗻 check IC para walaun semua. Sebab aku syak kebanyakan walaun adalah 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 yang tak ada IC Malaysia.






Kalau dia ada IC, kemungkinan besar tak ada lesen. Sebab kalau rakyat Malaysia yang ada IC dan lesen, akan dapat subsidi untuk minyak petrol.


Situasi sekarang tak macam situasi masa Mahiaddin jadi PM dan PAS dalam kerajaan dulu. Masa tu harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak naik melambung-lambung.


Dan kenaikan itu dirasai oleh 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Kecuali mungkin pemimpin PAS sebab dorang masa tu seronok 𝗿𝗲𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Lagak macam orang kaya dan lupa penderitaan rakyat.


Situasi sekarang, rakyat marhaen masih lagi dapat subsidi. Masih lagi beli minyak pada harga RM1.99. Tak kira la kaya ke, miskin ke, penyokong PM ataupun penyembah Hadi. Semua dapat asalkan ada IC dan lesen.


Yang menderita sangat tu warga asing. Jadi PAS ni dah jadi 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 ke? Itu yang dia sibuk sangat dengan harga tanpa subsidi tu.


Logik juga. Sebab tu PAS bukan nak hirau keberadaan negara dalam krisis tenaga global ni. Tapi dia lebih risaukan warga asing yang tak dapat subsidi.


Bagi PAS, biar negara papa, biar stok minyak kontang, biar negara terjerumus ke lembah krisis tenaga, asal nasib pendatang asing terbela. Begitu?


Hebat PAS. Rakyat SG4 pun tak terbela. Miskin. Air bersih pun tak dapat. Tapi dia sibuk nak bela nasib pendatang asing. Carca marba betul la parti ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.