Sekarang ini ada beberapa pesawah yang padinya belum dituai telah menyuarakan kebimbangan kepada Bang Mat, khususnya berkaitan peraturan pembelian diesel yang perlu mengikut spesifikasi tong yang ditetapkan.
Bang Mat dah buat semakan dengan pegawai berkaitan, serta berbincang bagi mencari kaedah terbaik demi mempermudahkan urusan pembelian diesel untuk kegunaan jentera penuaian padi.
Isu ini sedang dalam tindakan agensi berkaitan termasuk MADA, LPP, Jabatan Pertanian Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Satu sesi libat urus akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti dan menambah baik prosedur sedia ada supaya lebih praktikal dan tak menyusahkan pesawah.
Insya-Allah, Bang Mat yakin penyelesaian terbaik akan dapat dicapai dengan segera kerana kebajikan pesawah sentiasa jadi keutamaan KPKM dan Kerajaan MADANI.
Berkaitan aduan lain yang berkaitan dengan kesan kenaikan harga bahan api terhadap sektor pertanian, perkara ini juga sedang dalam tindakan Kementerian. Jadi janganlah bimbang kerana Kementerian dan Kerajaan sentiasa mendengar semua aduan dan maklumbalas yang diterima.
Kita selesaikan satu persatu ya.. Yang penting jangan panik. Kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi apa jua cabaran yang mendatang.
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin

No comments:
Post a Comment