KEBEBASAN MEDIA MELAPORKAN YANG BENAR. IA BUKAN FITNAH

 


Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan organisasi media itu mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membabitkan agensi tersebut.



Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata beliau telah mengarahkan HRD Corp untuk menarik semula saman itu selepas mendapat maklumat berkenaan perkara itu.


"Saya tidak setuju sama sekali tindakan menyaman media sebab saya percaya dengan tegas kebebasan media di negara ini, ini prinsip saya sebelum saya menjadi kerajaan lagi," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PI NAIK BOT LA... KAH.. KAH.. KAH


 

3 PENCAPAIAN ANAK PEMIMPIN PN. MASA MEREKA JADI MENTERI.


 

MASA SAYA JADI PM.. SAYA DAH JELASKAN. JADI ULU TERENGGANU NI MAJU TAKAT MANA NAK TANYA...


 

TAK PATUT... MUKA TAK MALU JA MINTA SEDEKAH NI


 

KATALAH PADA SAYA. MEMANG SAYA BENAR TAPI PERJUANGAN SAYA MEMBANTU ORANG SUSAH TIDAK SAYABLUPAKAN.


 

LEKEH HANG JADI MB... WALAUN TAK RASA MALU KA.?


 

MMMMM... BANYAK NOHHHH...

 


Boleh saman dengan syarat pinjaman itu tiada interest. Kalau ada interest, maka pinjaman tu tak boleh dikuatkuasakan sebab hanya syarikat pemberi pinjam wang berdaftar sahaja boleh kenakan faedah atas pinjaman.



Boleh rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Triple Zest Trading & Suppliers Sdn Bhd & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] 6 MLJ 818.



HANG BUAT APA. LENA KOT

 

MSO


Kata lapan tahun jadi menteri kampung tetapi masalah kemskinan di Sabah tak juga terselesaikan. Apa yang kamu buat masa lapan tahun jadi menteri, duk asyik kikis kuku kaki kah? 



Cakap berdegar drgar tahi lekat digelegar. Trims.




PM ARAH MENTERI

 


Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



PERANG MULUT YANG TIADA AKHIRNYA.

 

MSO


Perang mulut di antara Lokman Nor Adam dan ketua pemuda Umno (lupa nam) nampaknya sudah sampai ke klimeks apabila Lokman minta ketua pemuda itu letak jawatan.


Sebenarnya itu cara terbaik untuk mengelakkan pemuda Umno tidak retak. Memerhati cara budak pemuda itu berpolitik ia seperti bubuh karak (api) di belakang. 


Saya menjangkakan budak ini tidak dapat didisiplinkan lagi dan semacam lagak dia itu semacam mencari helah saja untuk ikut jejak bekas ketua pemuda sebelum ini yang mencincang presiden atau pun seperti yang seorang lagi berlagak bijak konon padal nol.


Saya menjangka mereka ini berakhir dengan jadi calon PN dalam pilihan raya akan datang untuk menoktahkan politik mereka. Trims.



HUTANG NAIK


Nazri Hamdan


 Hutang negara naik RM 1.22 trillion bukan sesuatu yang memeranjatkan.



Kalau tajuk ni cakap “hutang tak naik” baru semua patut terperanjat


RM 1.22 trillion ni apa? Ia adalah hutang terkumpul


Tak ada apa pun yang pelik di sini


Sebab?


Setiap tahun kita akan defisit. Belanja lebih besar dari pendapatan.


Selagi defisit ini ada selagi tu lah hutang terkumpul akan naik


Tapi yang penting kenaikan dalam hutang tu yang kena kawal


Sebab tu defisit kena turun


Tahun lepas 5 peratus. Tahun ni 4.3 peratus


Keadaan ni jauh lebih baik berbanding masa covid dulu kita defisit atas 6 peratus selama dua tahun


So apa maknanya?


Maknanya pertambahan hutang masih ada. Tapi kenaikannya berkurang


Tak nak hutang ni meningkat?


Boleh je, potong semua subsidi secara drastik. Silap-silap boleh jadi surplus.


Tapi yang susah adalah rakyat


Sebab tu economic reform seperti subsidi bersasar dibuat berperingkat


Pertambahan hutang ni akan tetap wujud selagi setiap tahun ada defisit


Tak perlu nak buat-buat pelik dan jadikan isu pun


Fokus di sini bukanlah jumlah hutang terkumpul tapi kadar defisit tahunan


Ia adalah satu isu kalau kadar defisit bertambah


Tapi yang berlaku sekarang ia menurun



DIMANA INTEGRITI PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI AGAMA. MANA ADA INTERGRITI....


MSO


Hari ini Adun Rumbia Melaka Muhammad Jailani Khamis telah diumumkan telah menyertai Pas. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbar di parlimen.


Menurut Takiyuddin penyertaan Jailani tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Adun sebab DUN Melaka kerana Jailani menyertai Pas sebelum undang-undang anti lompat dikuatkuasakan di Melaka.


Mungkin benar menurut pandangan Takiyuddin Adun itu tidak akan disabitkan dengan akta anti lompat. Tetapi saya rasa ia bukan semudah itu, pihak yang terasa dengan tindakan Jailani itu, (Umno) akan mengambil tindak ke atas bekas Adunnya itu. Boleh jadi akan ada pilihan raya semula di kerusi berkenaan.


Persoalan disini, apabila Pas dengan bangga menerima penyertaan Adun Rumbia itu dimanakah integriti parti tersebut? Selama ini Pas beriya-iya melaungkan ia sebuah parti yang menjunjungi al-Quran dan Hadith, apakah menerima keahlian dari seseorang yang keluar parti boleh diterima begitu sahaja. Bukankah Adun berkenaan boleh disifatkan sebagai mengkhianati partinya apabila menyertai Pas. Atau bila sertai Pas ia menjadi halal dan putih bersih seperti kapas?


Tidakkah perbuatan Adun itu merupakan kesalahan dalam politik, samada ia tertakluk dengan akta atau tidak, tetapi hakikatnya ia telah membelakangkan parti dan memungkir janjinya. Hakikatnya batang tubuh Adun berkenaan sudah kotor dan jijik.


Apakah bagi Pas, tidak menjadi kesalahan dan penyertaan Adun berkenaan malahan telah dianggap suci kerana Pas dianggap sebuah parti maksum. 


Sikap sebegini, Pas boleh dipertikaikan dan ia jelas menunjukkan integriti Pas samalah dengan parti-parti lain yang dituduh sekular dan tidak Islamik itu. Maka baiklah Pas mengaku sahaja bahawa ia sama sahaja dengan Umno, PKR, Dap dan lain-lain parti. Trims.



𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒




Dari dua platform, 𝐉𝐨𝐦 𝐃𝐨𝐧𝐚𝐭𝐞 dan 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡𝐜𝐚𝐫𝐞, kutipan derma mencecah 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐑𝐌 𝟑 𝐣𝐮𝐭𝐚.


Berdasarkan rekod Wayback Machine, platform ketiga iaitu Hijanahshare tenggelam pada bulan April 2024.


Berapa jumlah kutipan dari platform Hijanahshare so far 𝐮𝐧𝐭𝐫𝐚𝐜𝐞𝐚𝐛𝐥𝐞.


Menyediakan flyer untuk kutipan derma ialah tugas utama graphic artist.


Alif juga pernah akui, kutip derma adalah sejenis perniagaan, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐚.


Tindakan tegas mesti ambil oleh pihak berkuasa supaya jadi pengajaran kepada 𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐢𝐧𝐟𝐥𝐮𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫.



HA... AKHMAL.. TUNGGU PA LAGI.. KOT BOLEH JADI MB.

 


𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮 dah 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 untuk 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵 cara bagaimana nak sertai PN 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶.


Aku rasa Akmal pun boleh cuba. Tarikh pada borang tu 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝙖𝙙𝙟𝙪𝙨𝙩. Tak ada masalah. Nak letak 2022 pun boleh.


Harap 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹.kalau dia nak masuk PN. Sebab hatinya dah terpaut sangat ke PN tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PUNGUTAN ZAKAT MENINGKAT

 


Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 15 peratus disumbangkan melalui kutipan Zakat Perniagaan.


"Ini menjadi petunjuk kepada kesedaran syarikat-syarikat untuk menunaikan kewajipan agama Islam yang perlu dilaksanakan," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KEH.. KEH.. KEH....


Zuwairi Md Yusof


 Baru aku faham, 6 MP Bersatu bagi SOKONGAN itu satu kesalahan yg perlu di kutuk siap pakai reben putih ikut budaya kafir.Tapi Adun Rembia yang terang-terang lompat parti di alu-alukan siap ada hashtag gelombang rakyat lagi haa.Tak pulak pakai reben hijau. 🐸


Demokrasi cara PN - Demo-kasi-mati.Sudah 2 kali pemilihan BERSATU berturut turut tiada pertandingan untuk jawatan PRESIDEN dan TIMBALAN PRESIDEN.Ini betul Parti Tupperware ja,hahaha.






KEPAKARAN DOKTOR YANG TERBIAR MERUGIKAN NEGARA.

 SELAMAT TINGGAL?



Sedih sebenarnya. Manusia-manusia yang nak mengjahanamkan laluan kepakaran doktor-doktor sudah menyebarkan dakyah yang mengarut dan menular di parlimen. Saya tidak menyalahkan wakil rakyat, saya salahkan 6 JAHANAM. 


Jika akta perubatan tidak dipinda, hampir 10 ribu latihan doktor bakal pakar boleh dipersoalkan. Untuk pengetahuan, 58% adalah Melayu dan 61% adalah WANITA. 


Mereka dakwa latihan kepakaran parallel tidak berkualiti tanpa data / fakta. Sedih saya sebab kelayakan kepakaran saya secara parallel (peperiksaan luar negara sambil bekerja sepenuh masa di KKM). Mereka kata KKM tidak boleh melatih. Berapa ratus/mungkin beribu doktor yang telah saya latih di KKM. 


Negara sendiri bakal menganiaya pakar KKM, Melayu, wanita yang menjalani latihan didakwa “tidak berkualiti”. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya meninggalkan negara tercinta ini. Mencari destinasi yang menghargai diri ini. 


Rafidah Abdullah



SALAM TAKHZIAH BUAT AHLI KELUARGA. SEMOGA KAMU SAMPAI KE TALI GANTUNG.

 

MSO. 


Suspek yang direman ekoran penemuan mayat seorang wanita bernama Nur Farah Kartini didapati seorang anggota polis berpangkat Lans Kopral yang berkhidmat di balai polis Slim River Perak.



Kepada keluarga mangsa kita ucapan takziah semoga reda dengan apa yang berlaku. Dan untuk keadilan jika pelaku ini didapati bersalah hukumlah dengan setimpal jenayah yang dilakukannya.


Atas kejayaan polis berjaya memberkas suspek ini dan menyelesaikan kes wanita hilang, kita ucapkan berbanyak terima kasih. Kejayaan ini adalah kerana ketangkasan anggota PDRM kita dan tentu dengan kerjasama orang ramai.


Kejayaan cemerlang ini tentulah juga akan dikongsi oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail sebagai menteri bertanggungjawab dalam soal jenayah dan keselamatan. Trims.



ANWAR "REMBAT" STOKIN KAK WAN?



 ANWAR "REMBAT" STOKIN KAK WAN ? 


Stoking yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar tular sehingga menarik perhatian orang ramai.




Gambar stoking Anwar mula menjadi bualan di platform X selepas pengguna media sosial mendapati beliau menggunakan stoking dari sebuah jenama yang menjual barangan muslimah.


Mereka berseloroh mengatakan Perdana Menteri mengambil sarung kaki Dr Wan Azizah atau mesra dipanggil Kak Wan.


Stoking dari jenama ByCheFiza itu dikatakan berharga RM14.90 dan ada dijual di platform pasaran e-dagang.


Hasil pemerhatian, stoking dari jenama muslimah itu sebenarnya boleh digunakan untuk lelaki.


Namun ia tetap membuatkan ramai terhibur kerana mereka beranggapan adalah normal suami “rembat” barang kepunyaan isteri.


Kesederhanaan Perdana Menteri mengenakan sarung kaki dari jenama biasa turut dipuji ramai.


“Dia rembat stoking Kak Wan ke weh? Kalau tak silap, jenama BYCHEFIZA ni jual barang-barang muslimah je. Harga pun RM14.90 je haha,” ciap pengguna X yang memuat naik hantaran stoking kaki Anwar.


“Kak Wan pun beli stoking dekat Shoppee je. Mana lagi nak dapat first lady macam ni,”.


“Wahh dah upgrade stoking RM14.90. Awal-awal dulu beliau pakai stoking Ecoshop je,” kata yang lain pula.


Di awal pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, stoking beliau juga pernah menjadi bualan ramai kerana ia dibeli dari jenama murah berharga RM2.40.


BACA JUGA Jaga-jaga siapa buat TikTok bacaan Qunut Nazilah ajak doakan musibah kepada PM.




AMBIK LA. KATAK MEMANG TAK GUNA PUN.

 


Kecoh pula cerita 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗝𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 sertai PAS. Lebih kecoh bila tarikh isi borang PAS tu 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘥𝘢𝘵𝘦𝘥 hingga setahun iaitu 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 oleh DUN Melaka.




Kalau kata 𝘣𝘢𝘤𝘬𝘥𝘢𝘵𝘦 sebulan dua tu ok lagi. Ini sampai setahun? Lebih kelakar, 𝗧𝗮𝗸𝗶 kata Jailani masuk PAS sejak 𝗝𝘂𝗻 2023. Tapi bulan September 2023 Jailani ni ada 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢.


Dia pertahankan tindakannya menghadiri program PN sebagai 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗨𝗠𝗡𝗢. Pelik. Kalau diikut kenyataannya itu, bermakna pada September 2023 dia 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢. Kata bulan Jun dah masuk PAS?


Kenapa masa tu tak jawab je 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗔𝗦? Jadi tak payahlah nak jawab surat tunjuk sebab tu. Saja nak susahkan diri jawab surat tunjuk sebab apa hal? Lepas tu setahun dia 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗯𝗹𝗼𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sedangkan dia dah rasmi jadi pembangkang.


Maknanya masa tu dia 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗶𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 termasuk peruntukan. Boleh tuntut balik tak? Atau boleh dakwa sebagai menipu kerajaan negeri tak? 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗯 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸?


Pening? Tak payah pening. Pertama, sebab Jalani ni memang 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶. Dari 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 jadi 𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀, lepas tu masuk 𝗨𝗠𝗡𝗢. Dan sekarang masuk PAS pula. Ini la 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸. 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗔𝗹𝗶 pun 𝘴𝘶𝘳𝘳𝘦𝘯𝘥𝘦𝘳 la.


Kedua, kita pun tahu PAS dan PN memang 𝗿𝗮𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Selain tak reti buat kerja, PAS/PN juga tak reti bercakap benar. Dan mereka pun kan 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗹 yang 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.


Bagi aku, lepaskan je la. Tak payahlah nak buat PRK bagai ni. 𝗕𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗷𝗲. Dia nak sangat, bagi je la. Lagi pun setakat seekor katak yang melompat 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻. Tak ada kesan.


Cuma rakyat boleh faham sekarang kenapa 𝗣𝗡 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 kerusi wakil rakyat yang dipecat 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴. Sebab inilah. Mereka ada rancangan untuk MP lain buat onar supaya dipecat dan kemudiannya boleh sertai PAS atau Bersatu.


Sayangnya pimpinan UMNO 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. UMNO sekadar gantung pengkhianat. Maka gagallah 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Memang betul dalam PN tak ada yang cerdik. Nak main jahat konon tapi merancang pun tak kemas Lemah IQ. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.


MMMMM.... NAK UJI....


Che Ibrahim


 Apa yang Pas nak uji sebenarnya??? 




Setelah Bersatu gagal mengisytiharkan kekosongan 6 MPnya, Pas pula menguji kedudukan Adun BN di Melaka kononnya telah melompat parti kuatkuasa kebelakangan...



INTIPATI UCAPAN DALAM KONGRES MEMARTABATKAN PERUNDANGAN ISLAM.

 


Berikut adalah inti pati ucapan saya di Konvensyen Memartabatkan Perundangan & Kehakiman Syariah Malaysia.




𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔





 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Adanya ADUN Rembia ni tidak menambah, tiadanya pula tidak kurang apa2. Ibaratnya, bagi free pun reject.


2.  Cuma saya tersenyum lucu dengan hukum hakam PAS yang berubah-ubah.


3.  Adun Rembia ini awal kerjaya adun dalam PKR (2018), kemudian umum jadi Bebas (2020), kemudian sertai UMNO (2021), Kemudian digantung 6 tahun kerana berkempen untuk PN (2023), hari ni katanya telah sertai PAS (2024). Cuma teknik backdated keahlian kononnya lulus sebelum undang2 tubuh Melaka dipinda agak melucukan.


4.  Keahlian UMNO adun ini digantung, BUKAN dipecat. Hanya hak2 dia sebagai ahli digantung sementara hingga tamat tempoh.


5.  PAS kira individu seperti ini akan menambah kekuatan. Saya tersenyum kerana yakin satu masa nanti PAS akan gigit jari.


6.  Jika kawan2 ditanya siapa sebenarnya ADUN Rembia ini, satu sahaja keyword yang biasa keluar: 'emotionally unstable'. Fe'elnya boleh berubah2 dalam sekelip mata, begitulah juga politiknya.


7.  Semasa Akta Lompat Parti digubal, PN-PAS sebolehnya mahu wujudkan kelompangan untuk membolehkan mereka memancing dan bermain2 dengan Katak Politik. Kelompangan itu yang memerangkap mereka sendiri dalam kes 6MP.


8.  Setelah TG Nik Aziz meninggal dunia, PAS semakin dekat dengan politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara yang disadur dengan doktrin agama.


9.  Semasa polimik 6MP di parlimen, saya awalnya berasa lega melihatkan MP PN-PAS berbahas sampai terkeluar anak tekak berhujah bahawa perbuatan lompat parti adalah perbuatan hina. Saya fikir, negara kita dah berubah dan semua sepakat menolak amalan itu.


10.  Tapi itulah PN-PAS. Mulanya haram, kemudian halal (Langkah Sheraton), kemudian haram (6MP), kemudian halal semula (Adun Rembia), kemudian nanti haram semula.


11.  Bila PAS keluarkan fatwa politik, itu bukan hukum agama sebenar, itu hanya mainan PAS menunggang hukum agama.


12.  Kali ini, saya teruja untuk lihat sikap Akmal KP Umno samada terserlah kejantanannya atau tercirit.



RUU 355, PANJANG PENGAYUH DARI PERAHU, BANYAK KERAK DARI NASI, BESAR TALI DARI BEROK.


Che Ibrahim. 





Ambo heran mengapa RUU 355 antara Rang Undang Undang (RUU) yang paling banyak diperbahaskan, tidak padan dengan Akta Ibunya iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).


Akta 355 ini hanya mengandungi peruntukan bidangkuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah. Ianya mengandungi 3 seksyen dengan 3 helai muka surat sahaja.


Hukuman asal yang diberikan kepada Mahkamah Syariah melalui Akta 355 ini ialah denda tidak melebihi rm1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya sekali. Kuasa Hukuman ini telah dipinda pada tahun 1984 dengan menaikkan jumlah denda tidak melebihi rm5000, penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun dan sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut. 


Pada tahun 2015, Pas melalui MP  Marang telah mengemukakan satu Notis Usul Persendirian (Private Bill) untuk meminda Akta 355 dengan mencadangkan jumlah hukuman dinaikkan kepada rm100,000, penjara sehingga 30 tahun dan sebat 100 kali. 


Semenjak itu usul persendirian ini telah menjadi satu polemik yang lebih dikenali sebagai RUU 355 walaupun ianya sekadar satu usul persendirian, belum lagi menjadi satu Rang Undang Undang (RUU).



USAHA KERAJAAN TERBAIK.

 


𝗝𝗣𝗠𝗼𝗿𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 dan telah menaikkan penarafan dari 𝙪𝙣𝙙𝙚𝙧𝙬𝙚𝙞𝙜𝙝𝙩 ke 𝙣𝙪𝙚𝙩𝙧𝙖𝙡 selepas 6 tahun.



Kalau dengar pembangkang sembang, selalulah kita dengar mereka tuduh 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗻𝗶 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗹𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂. Tapi JPMorgan berpendapat sebaliknya.


Sebab apa? Sebab JPMorgan 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Manakala pembangkang kita 𝗲𝗺𝗼𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Mereka bukan faham pun hal-hal ekonomi. Lebih kepada nak menghasut rakyat je sebenarnya.


Ada walajib kata zaman Najib dulu ok. Lepas BN jatuh baru penarafan turun. Tak juga. Penarafan turun 2018 tu 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Benda bukan macam masak mee segera. Masak masa ni, 5 minit lagi dah boleh makan. Tak. Selalunya dilihat proses dalam tempoh masa tertentu.


Contoh macam sekarang ni. Penarafan kita dinaikkan selepas Malaysia memperkenalkan beberapa inisiatif atau dasar yang baharu.


Macam 𝗡𝗘𝗧𝗥 dan 𝗡𝗜𝗠𝗣. Kedua pelan ini bukan baru semalam diumumkan. Dah 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗼𝘁. Tapi sekarang baru penarafan diberikan. Setelah kesannya terlihat.


Bercakap soal pelan ini, untuk mereka yang acapkali persoalkan kerja Rafizi, mungkin dah boleh nampak 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 ini.


Kementerian Ekonomi bukan macam Kementerian Kerja Raya. Jalan berlubang, tampal (contoh mudah). Kementeri ini ibarat petani. 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗻𝗶𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶, 𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝘁𝘂.


Tugas Rafizi adalah menciptakan 𝘦𝘯𝘷𝘪𝘳𝘰𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 yang mesra pelabur, yang 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿.


Untuk ini aku berpendapat 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮  𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀𝗻𝘆𝗮. Malaysia kembali mendapat perhatian pelabur luar hasil dasar yang diumumkan.


Bukan macam 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗧𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽. Pergi luar negara bukan tarik pelabur tapi jadi siak masjid. Mop lantai masjid pulak yang dibuatnya.


Ini baru permulaan. InsyaAllah, jika kerajaan ini diberi lebih ruang dan waktu, 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝘂 𝗱𝗼𝗺𝗯𝗮, negara kita akan jadi lebih gemilang tak berapa lama lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BAKAL DICABAR DI MAHKAMAH

 

Che Ibrahim


Adakah Speaker Dun Melaka akan isytihar berlaku kekosongan luarjangka di Dun Rembia dan satu lagi PRK akan diadakan di Melaka?? 




Adakah Pas selepas itu akan mencabar keabsahan kekosongan luarjangka yg akan bakal diumumkan oleh Speaker Melaka?? 


Di Nenggiri, Speaker Kelantan telah umum kekosongan luarjangka, sementara di peringkat Parlimen, Speaker kata tak berlaku kekosongan luarjangka.... Kedua dua situasi bakal dicabar di Mahkamah.... 


Makin berbelit belit politik negara...



LEBAI.


 

TARAK APA YANG BUAT. LENA. PI LUAR NEGARA BANTAI CAKAP MELAYU. KONON NAK NAIKAN MARTABAT BAHASA... BENGGONG




 Tawaran PAS masa PRU14. Lepas 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗻 PAS berjaya duduk dalam kerajaan. Bahkan 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Berapa banyak daripada janji ini yang PAS sudah tunaikan? Hari ini cakap orang mungkir janji? Badan sendiri ada kurap dan panau, ada hati nak ejek jerawat di muka orang. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.



BIASA LA MALAYSIA.

 


Ketika ramai berteka-teki mengenai hala tuju Kim Pan-gon selepas meninggalkan Harimau Malaya, bekas pengendali negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.



Lebih menguatkan spekulasi itu ialah keadaan terkini kelab itu, yang kehilangan pengurus mereka, Hong Myung-bo, selepas dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan pada 8 Julai lalu.


Terdahulu, Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas hari ini biarpun kontraknya masih berbaki setahun.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



ADA SEKOQ LAGI DOK MELALAK ELOK KOT NAK SERTAI. KOT BOLEH JADI MB.

 



Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menunggu surat rasmi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis susulan penyertaannya ke dalam Pas, sebelum mengambil sebarang tindakan.


Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.


“Itu (sertai Pas) baru kenyataan mulut dia sahaja, dan saya belum terima apa-apa surat rasmi lagi. Dia kena tulislah surat (pemakluman) dekat saya,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



MENINGKAT TAPI HARGA AYAM TELUR MINYAK MASAK DAGING KEKAL STABIL DAN TIDAK MENINGKAT

 

Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, ketika pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan, demikian menurut BMI, iaitu Syarikat Fitch Solitions.




Firma penyelidikan pasaran itu percaya perbelanjaan isi rumah meningkat lebih mendadak berbanding tahun 2023, apabila pertumbuhan ekonomi dan corak penggunaan kembali kepada normal.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



SUMBER TAK PANDAI CARI. SAPU MANA YANG ADA.MACAM DIN CIRIT JAGA NEGARA DULU LA.

 

Mukhlis Eddie


Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu keje perabih balak je.


Bawah ni balak di Perlis habis di sapu bersih ...





DOA ORANG JANGAN BUAT MUDAH

 

Yang derma pulok pakai Kapchai buruk Entah2 Roadtax hidup atau dah mati

Terpaling hebat 🙄🙄🙄🙄





SAMPAI KE TALI GANTUNG

 

Pak Ya Siam


Dengaq kata budak ni yang kes bunuh tu !!



Sayang masa depan cik oii...


Suspek yang disahkan seorang anggota polis itu tiba di lokasi kejadian pada 2.30 petang dengan memakai pakaian reman berwarna oren dan pelitup muka.


#AWANInews 

#AWANI745


TAK SUMBANG APA PUN. YELLEK.

 


Kelakar la tengok perangai 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝙘𝙡𝙖𝙞𝙢. Sebelum dah selalu dengar dorang 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 bekas pelajar PASTI. Yang ini mungkin tak pernah belajar di PASTI, dapat 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 pun jadilah.



Dia anak kelahiran Terengganu tu mungkin satu fakta. Tapi soalan yang aku berminat nak tanya, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 untuk dia capai tahap yang dia ada sekarang ini?


Kalau ada sumbangan tak apa la. 𝘊𝘭𝘢𝘪𝘮 la sepuas hati. Memang layak. Tapi kalau selama ni 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮, 𝙧𝙚𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝. Kalau rakyat biasa yang 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 ok lagi.  Tapi kalau level MB, padahal sebelum ni tak pernah ambil tahu, nampak sangat 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.