DIMANA INTEGRITI PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI AGAMA. MANA ADA INTERGRITI....


MSO


Hari ini Adun Rumbia Melaka Muhammad Jailani Khamis telah diumumkan telah menyertai Pas. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbar di parlimen.


Menurut Takiyuddin penyertaan Jailani tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Adun sebab DUN Melaka kerana Jailani menyertai Pas sebelum undang-undang anti lompat dikuatkuasakan di Melaka.


Mungkin benar menurut pandangan Takiyuddin Adun itu tidak akan disabitkan dengan akta anti lompat. Tetapi saya rasa ia bukan semudah itu, pihak yang terasa dengan tindakan Jailani itu, (Umno) akan mengambil tindak ke atas bekas Adunnya itu. Boleh jadi akan ada pilihan raya semula di kerusi berkenaan.


Persoalan disini, apabila Pas dengan bangga menerima penyertaan Adun Rumbia itu dimanakah integriti parti tersebut? Selama ini Pas beriya-iya melaungkan ia sebuah parti yang menjunjungi al-Quran dan Hadith, apakah menerima keahlian dari seseorang yang keluar parti boleh diterima begitu sahaja. Bukankah Adun berkenaan boleh disifatkan sebagai mengkhianati partinya apabila menyertai Pas. Atau bila sertai Pas ia menjadi halal dan putih bersih seperti kapas?


Tidakkah perbuatan Adun itu merupakan kesalahan dalam politik, samada ia tertakluk dengan akta atau tidak, tetapi hakikatnya ia telah membelakangkan parti dan memungkir janjinya. Hakikatnya batang tubuh Adun berkenaan sudah kotor dan jijik.


Apakah bagi Pas, tidak menjadi kesalahan dan penyertaan Adun berkenaan malahan telah dianggap suci kerana Pas dianggap sebuah parti maksum. 


Sikap sebegini, Pas boleh dipertikaikan dan ia jelas menunjukkan integriti Pas samalah dengan parti-parti lain yang dituduh sekular dan tidak Islamik itu. Maka baiklah Pas mengaku sahaja bahawa ia sama sahaja dengan Umno, PKR, Dap dan lain-lain parti. Trims.



No comments: