ANWAR "REMBAT" STOKIN KAK WAN?



 ANWAR "REMBAT" STOKIN KAK WAN ? 


Stoking yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar tular sehingga menarik perhatian orang ramai.




Gambar stoking Anwar mula menjadi bualan di platform X selepas pengguna media sosial mendapati beliau menggunakan stoking dari sebuah jenama yang menjual barangan muslimah.


Mereka berseloroh mengatakan Perdana Menteri mengambil sarung kaki Dr Wan Azizah atau mesra dipanggil Kak Wan.


Stoking dari jenama ByCheFiza itu dikatakan berharga RM14.90 dan ada dijual di platform pasaran e-dagang.


Hasil pemerhatian, stoking dari jenama muslimah itu sebenarnya boleh digunakan untuk lelaki.


Namun ia tetap membuatkan ramai terhibur kerana mereka beranggapan adalah normal suami “rembat” barang kepunyaan isteri.


Kesederhanaan Perdana Menteri mengenakan sarung kaki dari jenama biasa turut dipuji ramai.


“Dia rembat stoking Kak Wan ke weh? Kalau tak silap, jenama BYCHEFIZA ni jual barang-barang muslimah je. Harga pun RM14.90 je haha,” ciap pengguna X yang memuat naik hantaran stoking kaki Anwar.


“Kak Wan pun beli stoking dekat Shoppee je. Mana lagi nak dapat first lady macam ni,”.


“Wahh dah upgrade stoking RM14.90. Awal-awal dulu beliau pakai stoking Ecoshop je,” kata yang lain pula.


Di awal pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, stoking beliau juga pernah menjadi bualan ramai kerana ia dibeli dari jenama murah berharga RM2.40.


BACA JUGA Jaga-jaga siapa buat TikTok bacaan Qunut Nazilah ajak doakan musibah kepada PM.




No comments: