PUNGUTAN ZAKAT MENINGKAT

 


Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 15 peratus disumbangkan melalui kutipan Zakat Perniagaan.


"Ini menjadi petunjuk kepada kesedaran syarikat-syarikat untuk menunaikan kewajipan agama Islam yang perlu dilaksanakan," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: