AMARAN UMNO WP KEPADA DAP – JANGAN BANGKIT LAGI CADANGAN P/RAYA PBT

 

Pembaziran wang rakyat merupakan salah satu sebab mengapa Umno Wilayah Persekutuan menolak cadangan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan mereka telah mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini dan mengambil ketetapan untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan yang dikemukakan DAP Kuala Lumpur.

“Umno Wilayah Persekutuan berpendapat adalah lebih baik peruntukan untuk pemilihan ahli-ahli PBT disalurkan untuk pembangunan, kebajikan dan kemudahan demi rakyat Wilayah Persekutuan yang lebih memerlukan seperti menambah baik infrastruktur, pembinaan rumah mampu milik, menaik taraf pusat-pusat penjaja atau medan selera, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Umno Wilayah Perseketuan berpendapat pemilihan ahli-ahli PBT akan mewujudkan kartel-kartel politik yang akhirnya akan membiayai calon-calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya PBT.

“Amalan rasuah dan salah guna kuasa pasti akan berlaku yang sudah semestinya akan merencatkan usaha YAB PMX dalam membanteras gelaja rasuah di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

Pilihan raya PBT kembali diperkatakan selepas Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai mencadangkan perkara itu pada 17 Disember lalu.

Tan dilaporkan menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat tentangan banyak pihak termasuk daripada Umno dan PAS, dengan rata-ratanya berpandangan ia berisiko mencetuskan pergeseran kaum.


Mengulas lanjut, Umno Wilayah Persekutuan berkata, ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat di dalam PRU sudah memadai untuk membawa isu atau masalah dihadapi rakyat ke Dewan Rakyat atau kepada PBT.

“Adanya pemilihan PBT menandakan fungsi ahli parlimen tidak efektif kerana ada pertindihan peranan di antara AP dengan ahli PBT yang dipilih.

“Oleh itu, Umno WP ingin menegaskan kepada DAP WP jangan sekali-kali membawa cadangan pilihan raya PBT dan ingin mengingatkan kepada YB Menteri JPM (WP) Dr Zaliha Mustafa sebarang usaha atau gerakan ke arah perkara ini akan dibantah secara keras oleh Umno Wilayah Persekutuan,” ujarnya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/691283



Sekat pendakwah suka menghukum - AMANAH Selangor


Oleh: Helmi Mohd Foad




Sikap terus menghukum tidak seharusnya ada dalam kelompok agamawan atau pendakwah, kata Pengerusi AMANAH Selangor.



Ir Izham Hashim berkata, pihaknya berasa gusar sekiranya perkara berkenaan terus berlaku dalam masyarakat dan akan menjadi barah yang boleh mencetuskan api keagamaan.



"Menghukum seseorang kerana adanya perbezaan yang dibenarkan syarak (khilaf) adalah sebahagian daripada budaya takfiri.



"Sepatutnya perbezaan pandangan diraikan dan dibincangkan ke arah mencari natijah yang lebih baik," katanya dalam hantaran di Facebook.



Beliau mengulas mengenai kenyataan seorang pendakwah di Terengganu yang dikatakan melempar dakwaan sesat terhadap Perdana Menteri baru baru ini berhubung kenyataan mengenai kisah Ashabul Kahfi.



Meskipun tidak menamakan pemimpin yang disebut dalam satu soalan daripada jemaah dalam satu siri kuliahnya, ia dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sedangkan Perdana Menteri tidak menyebut bahawa Pemuda Ashabul Kahfi beragama Kristian sebaliknya menyatakan mereka adalah golongan yang kuat iman.



Izham yang juga Exco Kerajaan Selangor berkata pihak kerajaan seharusnya menyekat mana-mana agamawan yang mencetuskan pemikiran suka menghukum seperti itu.



"Bukankah elok jika dipadam dahulu api kecil ini sebelum ianya menjadi api besar yang boleh memusnahkan negara ini," ujar beliau.



Pada pandangan Izham, pendakwah itu misalnya boleh saja menjawab soalan yang ditanya secara baik.



"Berkenaan soalan tersebut, saya perlu dengar dulu keseluruhan isi ucapan oleh pemimpin tersebut, jika terkhilaf insya-Allah saya akan menjawab berdasarkan ilmu yang saya ada.

"Tetapi tidak, beliau terus menghukum. Sesat dan jahil," katanya.



Kesannya, kata Izham, bukan kecil tetapi telah menjadi polemik ke seluruh negara.

Tambah beliau, perkara yang boleh dibahaskan secara ilmiah akhirnya menjadi bahan politik bagi pihak yang bertentangan.



"Perkara yang bukan qat’i (perkara bersifat tetap) yakni wujudnya khilaf di kalangan ulama tidak boleh dijadikan asas kepada perbalahan atau perpecahan di kalangan umat," katanya lagi.

 



Kenyataan perkauman p'raya PBT: AMK lapor polis Pesuruhjaya Pas WP


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis ke atas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya (gambar, dua dari kanan) di atas kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman ketika mengulas cadangan pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.



Ketuanya Mohamad Azfar Aza Azhar berkata, kenyataan yang dimuat naik melalui aplikasi X di akaun Pas Pusat itu jika tidak dibendung boleh menyebabkan situasi ketegangan kaum di negara ini.



"Kita faham ada yang setuju dan tidak bersetuju dengan isu pilihanraya kerajaan tempatan tetapi apabila memainkan isu perkauman, menyebut fakta yang salah, kita lihat dia sebut Parlimen Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti bukan Melayu, ini fakta ke laut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur, petang tadi.



Turut hadir ialah Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan.



Terdahulu dalam kenyataannya, Azhar dipetik sebagai berkata, hal yang dibimbangkan jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan akan berlaku monopoli kaum, khususnya Cina dalam menguasai kerusi PBT di Kuala Lumpur.



Dakwa beliau sebagai bukti Parlimen Kepong, Seputeh, Cheras Bukit Bintang, Segambut dikuasai DAP manakala Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak adalah kawasan campuran yang majoritinya dikuasai kaum selain Melayu.



Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dari DAP yang mencadangkan pilihanraya PBT boleh dimulakan di Kuala Lumpur.



Mengulas isu itu, Azfar berkata kenyataan pemimpin Pas itu jelas cuba melaga-lagakan hubungan antara kaum dan dakwaan tersebut bersifat serius bertujuan mengancam ketenteraman awam.



"Kenyataan itu juga berbaur fitnah kerana jumlah pengundi di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak masih lagi bermajoriti orang Melayu.



"Kami mahu dakwaan tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya di bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 500 kerana membuat jenayah fitnah dan Seksyen 504 kerana membuat kenyataan bertujuan menggugat ketenteraman awam," katanya.



Dalam pada itu, Andre Lai (gambar, tiga dari kanan) pula berkata, isu pilihanraya PBT merupakan satu proses demokrasi sama ada ia dilaksana atau tidak buat masa sekarang, isu perkauman tidak sepatutnya disebut.



"Ia berbau perkauman dengan sebab perkataan seperti menyebut perkataan 'akan dikuasai oleh DAP dan kaum bukan Melayu'," ujarnya.

 

SENARAI FITNAH PAS TERKINI : SERIKKAH PIMPINAN PAS?


Mahkamah semalam melarang Muhammad Sanusi mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan tentang Anwar di media sosial, laman web dan mana-mana platform sehingga kes saman difailkan PMX terhadapnya diputuskan mahkamah. “Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman,” kata Datuk SN NairNair kepada pemberita.

RENTASAN 1511 | PANAS!! KINI MAHIADDIN YASIN, BERSATU DALAM KEADAAN PANIK?








MENARIK DALAM RENTASAN 1511

1. MAHIADDIN DAN BERSATU DAH JADI AYAM BERAK KAPUR? 2. PERSEMPADANAN SEMULA, KENAPA ‘GABRA’ SANGAT? 3. ANTARA YANG MENGAMBIL DAN DIAMBIL KESEMPATAN

LEBAI HIPOKRIT



 Sekali lagi lebai berjaya menunjukkan sikap hipokrasi mereka.


Semalam aku ternampak satu video. Seorang lebai (orang kata PU Syed - aku tak kenal) menasihati MB sempoi tentang perbuatan karaoke awal pagi dengan beberapa orang gadis.


Lembut dan sopan je. Tak ada kata tak berfaedah ke, tak bermoral ke, merosakkan masyarakat ke, apatah lagi nak kata sesat, liberal dan sebagainya. Kira kalau anak, cubit manja la gitu.


Sedangkan kalau musuh, benda yang tak ada isu pun dijadikan isu besar-besar. Dipusingkan cerita nak bagi nampak macam perkara itu boleh runtuhkan negara. Fitnah pun sanggup.


Pernah ada video DS Anwar menyanyi. Walaun dan lebai kutuk macam dunia dah nak kiamat. Ada sekali tu DS Anwar layankan anak muda berjoget. Goyang badan sikit je dan tak berapa saat pun.


Tapi lebai hentam macam apa. Tapi bila pemimpin sendiri yang berkaraoke dengan anak dara, awal-awal pagi pulak tu, nada menegur macam laki nak pujuk bini tidur awal je. Hipokrit!


Paling mengejutkan, bukan dia tegur atas nama Islam tapi atas nama parti. Ditegur bukan sebab perbuatan itu bercanggah dengan akhlak Islam tapi sebab susah nak back up bila diserang.


Siap cakap lagi kalau nak buat, biarlah secara tertutup. Hoi! Tertutup atau terbuka, perbuatan tu bukan benda yang elok. Kalau betul PAS amr makruf nahi mungkar, mesti tentang keras perbuatan tu!


Begitulah sifat hipokrasi lebai. Sebab itu aku confident kata lebai bukan nak tegakkan Islam. Tapi cuma nak kuasa je. Sebab dengan kuasa datangnya duit. Dengan duit dapat lebih kuasa. Faham?


Aku tahu walaun takkan terima apa aku kata ni. Tapi aku memang tak harapkan apa-apa dari walaun. Aku cuma harap pengundi atas pagar boleh nampak yang mereka ni menunggang agama. Agama hanyalah alat mereka untuk dapatkan kuasa.


Bayangkan, tanpa kuasa pun mereka boleh palsukan kebenaran. Pemimpin mereka buat perkara tak elok pun mereka lindung, apa lagi kalau mereka ada kuasa. Nak percayakan mereka tadbir negara? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JILAKE...KEPALA BAPAK HANG..BODOWWW....SANUSI KATA. TAPI TU BUKAN HINA...TU PUJIAN






 

BUKAN APA. KADANG TU ORANG NAK PULANGKAN PAKU BUAH KERAS BALIK



Isu Sanusi karaoke awal pagi tu, bukan aku nak kata perbuatan dia berdosa. Aku bukan Tuhan, bukan Nabi, malaikat pun bukan. Tapi yang aku tekankan adalah sifat hipokrit lebai dan walaun.


Sebab lebai dan walaun ni, kalau orang lain, dia cerca macam tak ada hari esok. Tapi bila pemimpin sendiri buat, macam-macam dia spin. Siap ada yang puji kata sempoi pulak. Itu yang silapnya.


Kalau walaun tak main isu begitu, aku rasa takde siapa pun nak kecohkan pasal Sanusi berkaraoke tu. Lantak dia la. Bini dia pun tak marah dia nyanyi dengan gadis lain, apa orang lain nak kecoh. Ye tak?


Macam tu juga kisah pemuda al-Kahfi tu. Bukan orang pertikai ilmu Azhar Idrus. Mungkin ada sebahagian yang buat begitu tapi bukan aku. Bagi aku, ilmu Azhar Idrus tak mendatangkan masalah.


Yang jadi masalah sikap dia. Nampak sangat hipokrit bila siapa yang dia tak berkenan, habis dia caci maki, kata sesat bagai. Turut terkena perkampungan sunnah di Perlis. Semuanya sesat pada dia.


Tapi yang dia suka walau jelas salah, dia cuba lindung. Contoh macam konsert di Kota Bharu. Pandai pulak dia salahkan penganjur. Kerajaan negeri tak bersalah. Tapi kalau berlaku di negeri lain atau di pusat, habis la dia tuduh macam-macam. Itu yang tak kena.


Contoh lagi macam isu Sanusi karaoke ni. Azhar dan pemimpin PAS yang lain terus senyap. Bukan baru ni je Sanusi buat benda tu. Selalu. Siap ada orang yang kumpulkan kompilasi gambarnya.


Pernah Azhar tegur? Tak ada. Tapi kalau pemimpin PH buat, walaupun hal yang kecil je, hal yang tak berdosa pun sebenarnya, mulalah dia kata yang bukan-bukan.


Satu lagi, si Azhar ni suka sangat kata, bila orang tak bersama parti dia, orang itu tolak ulama. Padahal yang dia kata ulama tu, ahli politik. Orang tolak dia sebab pegangan politik dia songsang.


Orang yang Azhar tuduh tolak ulama tu menyanjungi ulama muktabar lain seperti Imam ash-Shafie, Imam al-Ghazali, Yusuf al-Qardhawi serta ulama-ulama lain yang ada di negara kita ini.


Bila Azhar Idrus lemparkan tuduhan begitu, seolah dia tak mengiktiraf Imam ash-Shafie, Yusof al-Qardhawi dan yang lain-lain sebagai ulama. Cuma Hadi je boleh dipanggil ulama. Ini fahaman salah!


Lagi satu, Azhar pernah kritik keras orang yang ucap Selamat Hari Krismas kepada kawannya. Tapi bila sj Taki ucap, dia buat tak dengar. Tiba-tiba jadi pekak dan bisu. Itu sikap tak jujur pada ilmu!


Itulah isunya. Kedua-dua kes ini, tidak berlaku secara kebetulan. Melainkan untuk jadi peringatan buat kita semua. Kepada Azhar agar jangan gopoh. Kepada seluruh walaun dan lebai agar jangan hipokrit. Juga kepada orang lain supaya dapat menilai.


Ya, aku dah tak letak gelaran ustaz di pangkal nama Azhar lagi. Sebab aku dah pandang dia sebagai ahli politik. Bukan lagi ahli agama. Ahli politik, biar setinggi mana pun ilmunya, tak boleh guna gelaran agama.


Dua hari ni paling banyak aku buat posting. Sebab aku geram sangat dengan sifat hipokrit mereka. Tapi tak apalah. Esok dan lusa aku akan sibuk dan mungkin tak sempat nak menulis. Kira semalam dengan hari ni aku buat stok la. Huhu... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK PA..DIA PAKAR TURUNKAN REGA..TANAH JUTA JUTA BOLEH TURUNKAN..INIKAN. PULA KETA....




 Lebai dan kereta mewah tak dapat dipisahkan. 


Dalam dia kata peruntukan disekat, dalam pada cerita royalti dirampas, tiba-tiba muncul kereta baru untuk exco dan MB Terengganu. Hebat...


Aku dah dapat cerita ni awal lagi. Tapi sebab tak rasmi jadi aku tak ulas. Bila dah masuk media arus perdana baru boleh sedap kita cerita.


Nanti walaun akan ungkit DS Anwar naik heli. Lepas tu bandingkan dengan apa-apa je la lagi (sebenarnya aku tak jumpa pembaziran yang Madani buat). Biasalah walaun spin untuk selamatkan lebai.


Bukan kata tak boleh nak tukar kereta. Tapi kata royalti tak dapat. Jadi mana dia cekau dana untuk beli kereta baru ni? Takkan menang loteri pulak?


Kalau betul banyak duit, kan lebih elok kalau duit tu dibelanjakan untuk rakyat? Ini walaun meraung kata tak boleh buat pembangunan sebab tak dapat royalti. Tapi beli kereta boleh pulak?


Apa pun, tunggu MB jawab. Mana la tahu kereta-kereta ni cuma replika je, bukan kereta betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SKMM DIBAWAH SIAPA NTAH. BUKAN BAWAH MENTERI LEMBAB TU KAH.? SAMPAI RINI JKOM DAH JADI HANTU KOM KOM


Fitfiramar Faiz


Masih tak serik dengan menggunakan DYMM. Kenapa #SKMM dan #PDRM masih tak tangkap yg bermain 3r.




YB VIRAL YANG BETUL BETUL BUAT KERJA. BUKAN YB VIRAL YANG SEMBANG SAJA.


 

KEH..KEH...JANGAN KATA APA..KALAU BAB SANUSI NI DALIL BERBU DAH KELUAR.,WALAUN PUNYA COVER DIA..


 

NAK SURUH SANUSI SELESAI MASAALAH EKONOMI ?


 

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)





YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada hari Selasa, 2 Januari 2024 ini.


Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, saudara/i boleh mendaftar di laman https://setahun.ekonomi.gov.my/


Mereka yang tidak dapat menyertai boleh mengikuti acara melalui maya yang akan disiarkan di media sosial bermula jam 10 pagi.


PADU adalah satu pangkalan data sosio-ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.


Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan).


Bagaimana PADU boleh mengurangkan risiko keciciran ini?


1. PADU menggabungkan data dari pelbagai agensi kerajaan untuk membina maklumat lengkap setiap isi rumah – ibubapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan yang diterima, bantuan kerajaan yang layak diterima dan sebagainya


2. PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (bukannya pendapatan kasar) selepas mengambil kira tanggungan, jumlah isi rumah, kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan sebagainya untuk memastikan penilaian yang lebih adil berbanding pendekatan pendapatan mengikut B40-M40-T20


3. PADU membolehkan semak silang data isi rumah untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat dalam permohonan bantuan kerajaan


Untuk memahami keberhasilan PADU dengan lebih mendalam, orang ramai boleh melayari https://www.ekonomi.gov.my/ms/padu


PADU adalah komponen utama untuk menjayakan satu dari reformasi utama ekonomi negara iaitu pelaksanaan subsidi bersasar. Kelayakan penerima subsidi bersasar akan ditentukan berdasarkan status sosio-ekonomi isi rumah rakyat Malaysia di dalam PADU.


Selepas diluncurkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 ini, PADU akan dibuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan dan/atau mengemaskini data isi rumah mereka selama tiga bulan.


Saya akan terus memberi maklumat terperinci mengenai PADU dalam tempoh seminggu ini. Mohon semak berita-berita dan kandungan digital mengenai PADU di semua platform setiap hari untuk mendapat maklumat lanjut.


Sekali lagi saya menjemput orang ramai untuk turut sama dalam acara peluncuran PADU pada 2 Januari ini. Daftar kehadiran anda di capaian https://setahun.ekonomi.gov.my/ untuk memudahkan pengurusan majlis pada hari itu.


Saya mohon orang ramai menyebarkan berita ini untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai PADU dan langkah subsidi bersasar yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 ini.




Pandangan saya mengenai pekerja





Isu ini isu negara, bukan isu pendatang asing. Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing. Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak buat dah kerja dalam industri tertentu.


Sebahagiannya soal gaji, tapi dengan gaji minimum, gajinya lebih berdaya saing berbanding dulu. Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas.


Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewa-kan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan.


Sebab itu, langkah-langkah yang sedang berjalan sekarang ialah: 


a) Reformasi pasaran kerja - gaji progresif, latihan dalam industri (AiI), memuktamadkan phasing down pekerja asing melalui levi pelbagai peringkat (MTL)


b) Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 (dalam RM13)


c) Akta Anti-Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia yang meng-Ali Baba-kan lesen dll kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat.


Semua ini perlukan keseimbangan supaya tidak ada kesan drastik kepada industri yang banyak bergantung kepada pekerja asing.


Tetapi seperti pesan saya kepada majikan dan industri - it is coming because we cannot afford to continue like this.



SIKAP KHAWARIJ

 

Promediaajdid




Dalam masyarakat kita, ulamak itu bukanlah ulamak muktabar dalam kalangan ulamak terdahulu. 

Ulamak menurut segelintir masyarakat kita adalah ustaz atau agamawan pilihan masing-masing. Sebab itu apabila diberikan pandangan ulamak silam pun, mereka tetap pertahankan sosok tubuh agamawan kesayangan mereka.


 Siapa berbeza dengan ustaz atau agamawan pilihan mereka, terus digelar sebagai menghina ulamak. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita walaupun pahit untuk ditelan.




ZAMAN AWAL LEDAKAN REFORMASI. DSAI MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAIM ZAINUDDIN. MASA NI PEJUANG PEJUANG BARU MUNCUL BELUM HADIR.SEMUA CETAK FREE SEBAR FREE...

 ANWAR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TUN DAIM





LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99


LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99


Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.


Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.


Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.


Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.


Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.


Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu.


Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.


Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.


Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.


Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.


Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.


Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.


Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).


Anwar Ibrahim


12.28 t/hari (30 Julai 1999)



NIK AZIZ TOKOH PAS YANG DITERIMA SEMUA AGAMA DAN AMAT DIHORMATI

 






Mohd Farul Al-Qasas


Tersebar poster...pilihlah ulama yang paling banyak dibenci golongan kafir dan munafik.


Kafir tu jelas lah...munafik tu macam mana?


Nabi pun bagi ciri-ciri munafik, agar kita cek diri sendiri. Bukan nak tunjuk dan hukum orang.


A kritik B yang suka kafirkan, sesatkan dan bodohkan orang.


Tiba-tiba A dituduh munafik?


Ah sudah...ni khawarij ka apa ni.


Teringat zaman TGNA..dia disenangi dan disukai oleh orang kafir. Tentunya orang umno dulu tak senang dengan beliau.


Tak pasti pulak TGNA kata umno munafik.


Nik Omar cakap, masa TGNA naik kapal terbang pergi Pulau Pinang, hanya nak sambut hari lahir Karpal Singh. 


Walhal TGNA paginya tak sihat. Tapi gagah pergi jauh macam tu sebab apa? Dakwah.


Tapi dakwah sekarang mesti sampai kena benci kaum kafir?


TGNA kalau hidup zaman sekarang mungkin dah dianggap munafik sebab jaga hati kaum kafir.


Bezanya pemahaman mereka.


Bahaya.


Saya akan terus serang puak-puak ni.



KEPALA BAPAK HANG..- SATU APA PUN HANG TAK JADI DI KEDAH



 

KAH..KAH..KAH...MB KAMI BEST..WOIII PUKOI 2 PATUT TAHAJUD WOIII


 

LAPORAN POLIS TERHADAP DAIM MUNCUL LAGI


 



LOKMAN ADAM JAWAN ISHAM JALIL


 

BAGAIMANA ORANG KAYA RAMPAS HAK ORANG MISKIN


 

AGAMA KRISTIAN MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG ISTIMEWA.

 



Muzamal Mus


KUALA LUMPUR: Agama Islam mempunyai hubungan istimewa dengan agama Kristian seperti yang diceritakan dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 82.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hubungan istimewa ini juga diceritakan semasa umat Islam terpaksa berperang dengan penganut Kristian Ortodoks yang bertindak membunuh utusan Islam.


Menurutnya, ketika itu Nabi Muhammad saw melarang panglima-panglima perangnya supaya tidak membunuh perempuan, orang tua, kanak-kanak dan mengganggu paderi-paderi dan pendeta-pendeta yang sedang beribadat di gereja-gereja.


Kisah ini ceritanya, terbukti berlaku apabila sehingga ke hari ini Mesir yang pernah dijajah oleh Rom Byzantin masih mengekalkan kewujudan gereja yang dibina sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw.


“Atas sebab itu apabila tentera Islam masuk ke Syria dan masuk ke Mesir dengan dukungan rakyat menentang penjajah Rom Byzantin masa itu, Nabi haram mengacau paderi-paderi dan pendeta-pendeta.


“Sehingga hari ini di Mesir masih ada gereja yang dibina sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw, di Syria masih ada gereja-gereja sebelum kelahiran Nabi Muhammad ribuan tahun, dan masih ada mereka beribadat di situ.


“Kalau ada juga kerajaan Islam yang bertindak mengacau gereja, ini salah dari segi agama!” ucapnya dalam Majlis Hi-Tea dan dialog Ketua Kristian Katholik dan pimpinan PAS, di Hotel EDC di sini, semalam.


Ulas Tuan Guru Abdul Hadi, Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 5 yang menerangkan orang Islam dihalalkan memakan makanan yang baik bahkan binatang halal yang disembelih dan disediakan oleh golongan ahlil kitab.


“Dia orang Kristian, orang Islam boleh makan sembelihannya. Ini kelonggaran dalam hubungan orang Islam dengan orang Kristian yang nyata dan jelas,” katanya merujuk kepada fekah.


Dalam majlis yang dihadiri oleh Ketua Uskup Agung Kristian Katholik, Julian Leow Beng Kim, Tuan Guru Abdul Hadi berkata penganut Islam percaya bahawa Nabi Isa tidak mati disalib di Israel seperti kepercayaan agama lain.


Malah terangnya, Nabi Isa diangkat ke langit dan akan diturunkan di akhir zaman untuk menyatukan umat Islam dan penganut Kristian mewujudkan keunggulan keamanan sebelum berlaku hari khiamat.


“Kami orang Islam percaya begitu, masalah kamu tidak percaya, Isa disalib itu cerita lain. Bahkan ada Kristian Ortodoks juga percaya bahawa Isa akan turun di akhir zaman dan akan menyatukan umat mewujudkan satu keamanan di dunia di akhir zaman sebelum berlakunya Hari Kiamat,” ucap Tuan Guru. – HARAKAHDAILY 3/12/2019



MENGEMBALIKAN NILAI GELARAN YANG HILANG NILAINYA


Hapiz Kodiang


Siapa nak letak gelar al-Azhari, al-Madani, al-Yamani, al-Urduni pada namanya tiada masalah asalkan nisbah itu benar. Berbangga dengan gelar yang dinisbahkan pada pusat pengajian, tempat kelahiran, mazhab dan sebagainya juga tiada masalah. Apa yang menjadi masalah ialah memandang rendah pada orang lain dan tidak membawa manhaj sebenar pusat pengajian atau mazhab yang dipegang.


Selepas puluhan tahun, saya sendiri masih tidak berani untuk membawa gelar al-Azhari. Malah serban Syaikhul Azhar dan kakula (زي الأزهري) pun baru sekarang saya berani pakai. Itu pun selepas melihat adik² junior memakai pakaian itu semasa konvokesyen. Kelihatan gagah dan berkarisma. Pakailah kerana ia merupakan tradisi pakaian universiti dan masyayikh kita. 


Bila pakai, kita kena ingat bahawa nama baik al-Azhar dan tradisi ilmunya sedang dipaparkan kepada umum. Keadaan sekarang jauh berbeza daripada dahulu. Hari ini bilangan lepasan al-Azhar sudah tidak terbilang. Ada yang berkualiti dan sebaliknya.


Nak guna gelaran besar² ini biasanya, bukan kita letak pada diri sendiri. Pihak berautoriti lain seperti ulama sezaman yang memberikannya kepada kita atas pengiktirafan ilmu dan sumbangan kepakaran. Gelaran Imamul Haramain pada Abdul Malik al-Juwayni, Hujjatul islam pada al-Ghazali, Syeikhul Islam pada Zakariyya al-Ansari dan al-Bajuri bukan mereka sendiri yang putuskan. Sebaliknya ulama² lain yang mengiktiraf mereka berdasarkan dhawabit tertentu.


Amat bagus jika DYMM Sultan atau pihak berautoriti agama memberikan gelaran hormat selain Dato' kepada para ilmuan seperti gelaran Syaikhul Islam, Hujjatul Islam, Taqiyyuddin, Sirajuddin, Sultanul Ulama, Shamsul A'immah, al-Allamah, al-Faqih dll agar alim ulama ini dikenali, berbanding Tuan Guru, Maulana yang pada hari ini disebut oleh orang awam tidak dapat membezakan antara ulama dengan khutaba'. Gelaran² ini lebih baik daripada anugerah Tokoh Maulidur Rasul, Tokoh Ma'al Hijrah, Tokoh Ulul Albab dan lain² yang tidak boleh dimasukkan dalam salutasi nama mereka dalam upacara rasmi.


Gelaran² ilmu ini pasti nanti akan lebih bermakna kerana tidak seperti gelan Tan Sri, Dato' Sri, Dato' yang boleh dibeli atau diperolehi atas sumbangan yang kita pun tidak tahu apa yang orang itu buat. Gelaran Tok Guru pun sekarang ini sudah kurang nilai kerana mudah sangat dipanggil. Kita pun hairan, macamana cepat sangat tiba² keluar nama Tuan Guru si fulan bin si fulan. Antara gelaran paling tiada nilai sekarang ialah panggilan "USTAZ".. Habis rosak reputasi ustaz.


Oleh kerana banyak gelaran sudah kurang nilai, maka perlulah ia dikawal oleh pihak autoriti agama di bawah kuasa DYMM dan diberi kepada yang layak. Untuk diiktiraf, perlu diadakan majlis pengujian oleh mahaguru² dan sarjana Islam muktabar seperti viva voce. Pengujian ini lebih tinggi dari ujian tauliah.


Barulah yakin untuk guna gelaran² hebat!


Dr HK, A.M.K

26.12.2023



MB KAMI KARAOKE COOL. KAMI KENA CING PUN MB KAMI COOL.