Amanat Kafir Hadi Awang di Banggol Peradong
Hadi pesan kepada pelampau agama, hentikanlah dengan bermudah-mudah kafirkan orang lain
Operasi ketenteraan yang dilancarkan ke atas Gaza adalah percubaan Israel dengan restu negara-negara sekutunya atas nama menentang Hamas dan Tanzim Jihad. Kedua-dua gerakan yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh negara Barat dan beberapa negara Arab. Mereka kini bukanlah tiada rasa malu, tetapi sudah tiada maruah. Kemudian berhempas pulas, apabila pejuang Islam melancarkan serangan balas dengan hebat melalui serangan udara yang dahsyat. Dahulu hanyalah intifadah dengan batu, kini bertukar kepada intifadah dengan roket.
Intifadah bermula dengan keganasan yang dilakukan oleh Israel, apabila Perdana Menteri negara haram itu, Benjamin Netanyahu yang membentuk kerajaan campuran yang disokong oleh parti-parti pelampau mengambil langkah berani dan bodoh dengan sokongan pendatang daripada pelampau Yahudi yang berduyun-duyun.
Seterusnya bertindak menceroboh Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadhan yang mulia. Dahulunya mendapat sokongan Donald Trump yang bodoh dan juga melampau oleh rakyat Amerika yang dipengaruhi oleh Zionis, sehingga mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang sah. Hari ini pula bertindak menceroboh kawasan Sheikh Jarrah dengan rampasan dan rompakan rumah, seterusnya menghalau penduduknya yang bermukim (dahulunya rumah Sheikh Amin al-Husaini yang diroboh dan dibina hotel). Pendatang itu datang dengan ganas dan bersenjata, dan mereka dilindungi pula oleh pasukan polis dan tentera yang lengkap bersenjata.
Apa yang telah mereka lakukan itu dianggap sebagai langkah proaktif, tetapi pada hakikatnya laksana memukul sarang tebuan. Israel cuba bertindak balas dengan menyerang ganas ke atas Gaza melalui tindakan paling ganas, atas slogan menjaga keselamatan Israel. Beberapa negara Barat juga membuat kenyataan, bahawa tindakan Israel itu adalah hak mereka yang sah. Namun, mereka masih gagal menguasai keseluruhan kawasan dan akhirnya kebangkitan merebak ke seluruh bumi Palestin.
Oleh kerana itu, penentu menang dan kalah dalam pertempuran antara kedua-dua pihak ialah serangan darat. Maka, tanda-tanda telah menunjukkan bahawa Israel takut untuk meneruskan serangan mereka. Justeru itu, mereka mengambil pendekatan politik secara diplomatik dan media dengan sokongan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya termasuklah negara-negara Arab dan Islam yang kecil dan lemah lagi hina. Begitu juga, peranan media bagi melindungi keganasan yang telah dilakukannya.
Pendekatan pertama secara diplomatik telah dilakukan dengan pendekatan solusi dua negara (two-state solution) untuk kedua-dua bangsa Arab dan Yahudi, disusuli oleh Perjanjian Camp David pada tahun 1978, Perjanjian Madrid pada tahun 1991 dan Perjanjian Oslo pada tahun 1993, serta melakukan normalisasi dengan mengiktiraf kewujudan negara Israel dan wujudnya negara Palestin hanya menjadi angan-angan.
.................................................
BUAT APA DUIT ADA , NAMA TERKENAL, TAPI ORANG BENCI...
Netizen bengang Pejabat Peguam Negara putuskan tiada tuduhan rentas negeri pada Neelofa beli karpet di Nilai 3
Tiada tuduhan rentas negeri dikenakan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail selepas kertas siasatan polis diteliti Pejabat Peguam Negara (AGC).
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan siasatan dan keterangan yang diperoleh berhubung kes tersebut.
“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara.
“Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya dipetik BH Online.
Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau PU Riz dituduh di Mahkamah Majistret Seremban semalam atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ia susulan pasangan tersebut, dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.
Muhammad Haris atau PU Riz, 26, juga menghadapi satu lagi tuduhan, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Bagaimanapun, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan serta dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Peguam mereka, Haresh Mahadevan menjelaskan kepada media semalam bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP PKPB dan tidak membabitkan isu rentas negeri atau sebagainya.
Kesemua tuduhan bermula selepas Neelofa berkongsi video dia dan suaminya tular berada di premis terbabit. Kandungan itu pada awal dikongsi oleh slebriti terbabit di Insta Story miliknya sebelum ia dipadam.
VIDEO PEMIMPIN TEBUK ATAP ‘KETINGGALAN BAS’ ISU PALESTIN?
Jumlah dos vaksin Covid 19 berbeza, kerajaan PN perlu jawab segera
POSTED BY AMIR WRLR
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu segera menjawab dakwaan dua
individu berbeza yang menerima vaksin Covid 19 dengan jumlah dos yang lebih
kecil.
MEMANG DIA TAK PERNAH RASA BERSALAH ?
NORMAN RADZUAN
Selebriti Pencentus
Masalah mengaku tidak bersalah kerana dia memang tak pernah rasa bersalah.
Sebab itulah dia langgar SOP berkali kali. Salahnya orang kita ramai menghafal
ayat surah & hadis tetapi bukannya memahami dan menghayatinya. Maka
penampilan (hafalan & pakaian) itu tidak dapat diterjemahkan...tapi ramai orang
Melayu teruja dengan pakaian dan hafalan... akhirnya bangsa ini mudah terjual.
LIDAH BEBELIT MASA HENTAM UMNO DAN PH.SEKARANG MAIN DUA KOLAM
Kejadian bodoh seperti ini sebenarnya salah menteri Agama dan
juga Hadi. Patut diaorang bertempek depan MKN supaya buat 1 SOP yang betul bagi
jemaah-jemaah bolah bersolat kat Masjid.
Ntah kepapa orang-orang yang ada kuasa ni Allah tunjukkan kepada kita
semua siapa mereka sebenarnya.
Jika pelancung-pelacung naik ke Genting, boleh berjudi dibenarkan.
Apalah salahnya dengan SOP dan jarak antara jemaah camni pon masih nak cari
salah kerjanya.
*Aku dan JPM kecewa*
MAN TOBA
Ternyata pengumuman PM TS Muhyiddin semalam amat mengecewakan.
Aku sebenarnya tak boleh tidur. Kecewa kerana aku tak sangka begini rupanya
pentadbiran negara kerajaan Melayu. Kenapa bangsa aku begini???
Aku sudah bekerja dengan beberapa kerajaan, dari zaman Tun Pak
Lah, Dato Sri Najib, Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin. Ini, secara jujur,
Kerajaan Malaysia yang paling teruk dalam sejarah. Walaupun DS Najib dulu
banyak menggunakan anggota kerajaan dan projek untuk mengekalkan kuasa, tapi
rakyat masih boleh mencari makan ketika itu. Kali ini, hancurrr! Dengan Covid
lagi.
Aku pun ada juga kecewa dengan diri aku sendiri kerana aku
antara yang bersuka ria ketika kerajaan Tun Mahathir jatuh dulu kerana aku tak
suka DAP. Tapi aku tak nafikan Tun adalah seorang pemimpin yang suka bekerja.
Aku kerja di JPM, aku tahu. Boss-boss kami masuk meeting memang kecut perut.
Time tu, kitaorang tak berani main golf. Memang time tu bekerja demi Negara.
Cuma masalahnya ada DAP.
Yang sekarang ini aku tak tahu nak cakap macam mana. Haru biru.
Tiada pendirian. Meeting last minit. Kerja macam tak kerja. Projek semua
passing kepada kawan-kawan ketika darurat. Negara dalam krisis! Ramai tidak
tahu apa yang berlaku dalam JPM, aku tahu!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW. Ya Allah Ya Mujib Ya Malik tumbangkanlah kerajaan
Melayu ini secepat mungkin.
Dan ampunkan dosa aku ya Allah.
Aku tersilap.
Insan Kerdil JPM
Putrajaya
5.39 pagi.
INI MEMBUATKAN MENTERI KETAT JADI MASAALAH
HAMDAN TAHA
Ini lah Malaysia kita....Menteri...dan Raja boleh buat apa
saja...jika ini benar ianya memberikan contoh yang paling tidak mengembirakan
buat rakyat Malaysia...ini akan menyebabkan Menteri SOP @ merangkap Menteri Ketat jadi susah...
Adakah kita akan dapat 4 juta vaksin tambahan pada Mei?
Oleh B. Suffian
Kerajaan digesa menjelaskan sama ada anggaran 4 juta dos bekalan vaksin tambahan pada bulan ini akan tercapai, soal Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.
Persoalan itu dilontarkan apabila melihat betapa mendesaknya pelaksanaan vaksinasi yang lebih cepat, dengan dua pertiga bulan Mei kini telah berlalu.
“Daripada graf anggaran, kita seharusnya telah menerima sekitar 6 juta bekalan vaksin pada pertengahan Mei.
“Adakah bekalan vaksinasi ketika ini kurang dari anggaran sebelumnya?
“Walaupun kita tidak menoleh ke belakang dan mencari kesalahan, graf turut menunjukkan bahawa pada bulan Mei, kita akan menerima 4 juta bekalan vaksin tambahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga mantan menteri Pakatan Harapan (PH) bertanya sama ada kerajaan akan mencari kaedah untuk mengimbangi kekurangan bekalan vaksin berbanding anggaran.
Dalam isu kekurangan vaksin, beliau berkata, kerajaan tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada tingkah laku negara maju.
“Kita harus mencari jalan untuk melakukan yang lebih cekap terhadap apa yang boleh kita kawal,” katanya.
Beliau sekali lagi menyeru kerajaan untuk menggunakan pendekatan seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat sehingga negara dapat mencapai sasaran vaksinasi yang telah ditetapkan sebelum ini.
Sasaran itu ujarnya, iaitu bekalan yang setara dengan 80 peratus penduduk pada bulan Oktober dan 80 peratus penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya menjelang Februari 2022.
“Pembangkang (parti dan negeri) serta sektor swasta bukanlah musuh kerajaan dalam hal ini, masih ada ruang untuk lebih banyak kolaborasi yang dapat dimanfaatkan oleh kerajaan.
“Ini agar kita dapat bersama-sama, memastikan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya.
Tak mahu berperang mulut, Pulau Pinang putuskan beli vaksin tambahan dengan dana sendiri – Chow Kon Yeow
Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bertarikh 21 Mei 2021 di Komtar, George Town
Susulan daripada dakwaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap sebuah syarikat yang membuat tawaran sumbangan vaksin COVID-19 kepada negeri Pulau Pinang, orang yang dinamakan sebagai Yong Chee Kong telah dilaporkan dalam media-media tempatan bahawa syarikatnya wujud.
Saya mendapati bahawa laporan media, Malay Mail Online bertarikh 20 Mei 2021 telah memetik kenyataan Yong Chee Kong seperti berikut:-
“I had reached out to the Sabah government via the chief minister but when they didn’t respond, Penang approached me and said since Sabah has rejected the offer, why not offer it to the Opposition?” he said during a phone interview with Malay Mail.
Yong also explained that the letter bearing his signature was written by the Penang DAP to be presented as a formal offer and that it unfortunately carried his private address and not that of a company.
Ini adalah satu dakwaan yang amat berat dan tidak berasas. Penang DAP tidak pernah menulis surat seperti didakwa, dan satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Penang DAP di Balai Polis Jalan Patani pada hari ini, 21 Mei 2021.
Tawaran sumbangan dua (2) juta dos vaksin kepada Pulau Pinang telah menjadi satu kontroversi yang menyimpang daripada tujuan asal pihak Kerajaan Negeri membangkitkan perkara berkenaan pada sidang media sebelum ini. Perkara ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang amat malang. Adalah ditegaskan bahawa bukan menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk berperang mulut dengan mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya, matlamat utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan pada kadar segera bagi memastikan kadar vaksinisasi boleh dipercepatkan demi melindungi nyawa serta menyelamatkan ekonomi rakyat negeri ini secara keseluruhan.
Memandangkan Menteri, YB Khairy Jamaluddin telah mendakwa bahawa sumbangan tersebut adalah ‘scam’ dan laporan polis telahpun dibuat terhadap isu tersebut, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung urusan siasatan kelak.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa isu sebenar di sini adalah perolehan bekalan vaksin untuk rakyat Pulau Pinang.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 19 Mei 2021 telah berbincang mengenai kontroversi tersebut, dan memutuskan untuk memberi tumpuan terhadap pendekatan terbaik dalam memperoleh bekalan vaksin pada tempoh masa terdekat sebagai memenuhi permintaan rakyat negeri ini untuk menerima vaksin dengan kadar segera.
Justeru, MMK telah memutuskan menggunakan dana Kerajaan Negeri bagi membeli vaksin tambahan untuk dihantar segera selain yang bakal dibekalkan oleh Kerajaan Persekutuan demi kepentingan serta kegunaan rakyat negeri Pulau Pinang.
Bagi tujuan tersebut, saya telah menghantar surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari ini untuk mendapatkan kebenaran pembelian vaksin secara terus oleh Kerajaan Negeri daripada syarikat pembekal yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam negara ataupun secara langsung daripada syarikat pengeluar vaksin.
Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkaitan. Kerajaan Negeri dengan ini mengulangi komitmen untuk mengetepikan perbezaan politik bagi menjayakan kempen melawan pandemik COVID-19 termasuk pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kerana tercetusnya kontroversi ini, dan berharap kita akan meneruskan segala usaha dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 seterusnya demi kebaikan seluruh rakyat di negara ini.
PH GESA KERAJAAN PERTIMBANG STRATEGI ‘TUNDA DOS KEDUA’
Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Kerajaan untuk mempertimbangkan perlaksanaan “strategi tunda dos kedua” untuk melawan isu penambahan kes COVID-19 yang mendadak dengan mengambil kira kekangan kekurangan bekalan vaksin.
Kes COVID-19 di negara telah mencapai tahap kritikal dengan hampir mencecah 20,000 kes baru dalam jangka masa tiga hari.
Keutamaan kami pada saat ini mestilah untuk melindungi bilangan maksimum rakyat dalam jangka masa yang singkat ini.
Dengan mengakui kekurangan dos vaksin pada peringkat ini, rintangan ini boleh diatasi dengan menunda pemberian dos kedua.
Strategi ini digunakan oleh United Kingdom pada bulan November 2020 dan semakin banyak negara melaksanakan strategi penundaan dos kedua termasuk Singapura dan India.
Penyelidikan terbaharu oleh University of Birmingham dengan kerjasama Public Health England mendapati bahawa pemberian Pfizer BioNTech booster 12 minggu selepas dos pertama berbanding dengan tiga minggu menghasilkan tindak balas antibodi yang jauh lebih kuat.
Penyelidik dari Oxford University juga mendakwa pada bulan Februari bahawa ketika pemberian dos kedua vaksin mereka ditunda selama 12 minggu, tindak balas antibodi dilaporkan lebih dua kali ganda dibandingkan dengan normal.
Walaupun kerajaan telah berulang kali memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi, namun kelewatan pemberian vaksin menunjukkan sebaliknya.
Terdapat kekurangan bekalan vaksin yang nyata dan kesannya ternyata melihat trend yang membimbangkan di seluruh negara.
Oleh itu, kita mesti menerima hakikat ini dan menyedari bahawa ada keperluan yang sangat mendesak untuk kita melaksana strategi yang terbukti secara saintifik ini.
Kami amat menyedari lagi merasai kekecewaan serta keresahan majoriti rakyat Malaysia kerana terpaksa menunggu untuk pengambilan vaksin langsung menghadapi risiko dijangkiti Covid-19 yang semakin tinggi.
Kerajaan seolah-olah tidak tahu dan tidak cekap dalam menanggapi perubahan pesat dalam situasi pandemik terkini.
Kami ingin meminta kerjasama rakyat Malaysia amnya untuk turut menggesa agar Kerajaan menggunapakai strategi baharu ini.
Berdasarkan sains dan data, strategi ini telah terbukti berhasil.
Oleh itu, Kerajaan wajib proaktif dalam meratifikasi strategi-strategi ini dan berhenti meletakkan nyawa rakyat dalam bahaya.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Selepas Menteri Agama, Ustaz ini pula tempelak ustazah selebriti
Kalau orang tidak solat jumaat musim pkp perlu solat taubat, maka mufti-mufti semua negeri lebih utama solat taubat kerana mereka yang menasihati raja-raja untuk keluarkan arahan.
Penceramah begini kalau saya jadi mufti negeri, saya akan tarik tauliah sebab itu satu tuduhan yang berat!!.
Abu Mustaqim Khairul Ikhwan
Rakyat lebih rela PKP menyeluruh 14 hingga 21 hari – Pemuda UMNO
By
-
22 May 2021
Keadaan jalan utama di ibu kota kelihatan lengang pada hari
kedua perayaan Aidilfitri berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN
FAUZI, 14 MEI 2021.
KUALA LUMPUR – Tiada jaminan penularan Covid-19 dapat dikekang
sekiranya kilang-kilang tetap beroperasi walaupun Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) diperketatkan.
Ia berdasarkan data yang menunjukkan kilang-kilang merupakan
penyumbang terbesar penularan jangkitan virus tersebut iaitu sebanyak 50
peratus.
Justeru itu Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata,
rakyat kecewa apabila kerajaan tidak melaksanakan PKP secara menyeluruh.
Jelas beliau, ini kerana rakyat rela untuk PKP menyeluruh
dilaksanakan dalam keadaan penularan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.
“Dengan peningkatan kes Covid-19 yang kian parah, rakyat lebih
rela Total Lockdown untuk tempoh 14 hingga 21 hari berbanding
hadapi situasi PKP berulang kali bagaikan tiada kesudahan.
#BiarSusahSekaliBukanBerkalikali,” katanya menerusi laman Facebook.
Oleh itu, Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi meminta kerajaan
menilai semula keputusan tidak melaksanakan PKP secara sepenuhnya sebelum
keadaan menjadi lebih parah.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, tindakan kerajaan itu akan
memberikan persepsi bahawa tauke-tauke besar dan para kapitalis memaksimumkan
keuntungan dengan memberi tumpuan yang lebih kepada mereka berbanding rakyat.
“Realitinya, pekerja-pekerja kilang bukan tinggal dalam kompaun
kilang. Mereka tinggal dalam komuniti, berbeli belah di pasaraya sama dengan
masyarakat. Contoh di kawasan saya tinggal Petaling Jaya, pekerja kilang
tinggal di flat-flat, berbeli belah di Giant, Tesco, Bintang seperti orang
lain,” kata Asyraf lagi.
Ujar beliau, adalah lebih baik kerajaan mengutamakan usaha
menangani Covid-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan
mengenakan PKP ‘separuh masa’’ yang pada akhirnya akan menyukarkan usaha
memulihkan ekonomi untuk jangka panjang.
Semalam Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan berkata,
kerajaan akan melaksanakan penambahan sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial
yang sedang dilaksanakan di bawah PKP 3.0 untuk membendung penularan wabak
Covid-19.
Sultan Perak titah hanya 12 jemaah dibenarkan solat di kawasan PKPD
HANYA 12 orang jemaah terbatas kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah di masjid dan surau di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perak.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Mohd Yusop Husin berkata, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan titah itu, setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan.
Ujian saringan COVID-19 percuma penyumbang jumlah kes positif tinggi di Selangor - Menteri Besar
Menteri Agama ‘sekolahkan’ ustazah popular
Umat Islam yang terpaksa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana perintah berkurung akibat penularan wabak penyakit, tidak termasuk golongan munafik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan, mereka yang termasuk golongan munafik adalah yang mengambil ringan atau sengaja tidak menunaikan solat Jumaat tanpa uzur atau sebab munasabah.
Beliau turut menyifatkan mereka yang membuat dakwaan sebegitu sebagai tidak memahami masalah umum yang berlaku serta salah faham terhadap hadis Rasulullah SAW.
“Tanggal hari ini masuk kali ketiga kita tidak dapat menunaikan solat Jumaat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan pada 18 Mac lalu.
“Kami merasa risau apabila diberitahu oleh pihak keselamatan terdapat segelintir pihak yang berkeras mahu menunaikan solat Jumaat hari ini.
“Alasan mereka kerana terdapat hadis menyebut sesiapa yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali, maka ia termasuk golongan munafik. Kami ingin tegaskan, apa yang didakwa itu adalah suatu salah faham yang jelas,” katanya menerusi laman sesawang https://zulkiflialbakri.com/kalamuna-siri-3-solatlah-zuhur-di rumah-jangan-pergi-masjid/, hari ini.
Sejak PKP dilaksanakan 18 Mac hingga 14 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19, kerajaan mengarahkan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat serta solat berjemaah ditangguhkan.
Zulkifli menjelaskan, solat Jumaat tidak menjadi wajib dilaksanakan berikutan negara ketika ini berdepan penularan wabak COVID-19 iaitu satu wabak penyakit berjangkit.
“Justeru, ia lebih bersifat kemaslahatan umum yang kita disuruh untuk kuarantin dan duduk di rumah, yang perlu lebih lagi diutamakan,” katanya.
Beliau turut menggesa semua pihak memahami hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan solat Jumaat secara menyeluruh sebelum membuat apa-apa pendirian atau keputusan.
Perkara ini juga sudah dibincangkan bersama pihak lain seperti Kementerian Kesihatan dan juga pakar berkaitan.
“Sesungguhnya kita semua mahu segera keluar daripada kemelut pandemik ini, namun ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutama diri kita sendiri.
“Akhir kalam, jangan pergi masjid. Solatlah Zuhur berjemaah di rumah atau di tempat masing-masing,” katanya.