Aku rasa memang PH akan berpecah


Mohd Zulfadzli

Sama ade PKR terus kuatkan PH bersama Amanah dan DAP, ataupun PKR keluar dari PH


Lagipun lambang PH pun memang tak sesuai... lambang yg bawak “sial”... dah la warna merah, serupa warna parti Bersatu


Lagipun dulu PH menang PRU14 bila guna logo PKR, warna biru yang lebih muda 


Kalau tgk BN dan PN pun dua2 guna warna biru tua...


Tiba masa PRU15 nanti, bagus kalau ade 3 atau 4 penjuru


BN-PN-PKR-PH Plus


Lagi senang rakyat nak buat keputusan...PH Plus memang da ramai tolak sebab ade saka tua dan si bayangan saka tu yakni Shafie Apdal


Susah da DSAI nak selamatkan pakatan pembangkang kalini


Dulu boleh la DSAI bentuk Pakatan Rakyat lepas tumbangnya Barisan Alternatif


Kemudian bila terbubar Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan pula dibentuk dengan semangat DSAI yg guide dari dalam penjara 


Sekarang ni Pakatan Harapan pulak da kena rasuk dengan si saka tua... 


payah DSAI nak kasi rukyah balik ni


Cuma kena bersedia la untuk berpecah


Bibit2 perantakan tu da jelas


Makin terkopak abes bilamana LGE dan Mat Sabu keluarkan kenyataan waktu siang sebelum meeting Majlis Presiden PH petang selepas tu


Takkan diorang tak tau ade meeting petang tu? Tiba2 keluarkan kenyataan bersama menghentam Ketua PH sendiri


Apa maksudnya tu?


Jelas yang LGE dan Mat Sabu memang da taknak PH da


Diorang nak buat pakatan baru dengan Warisan, Pejuang dan Muda pulak


Grand Coalition katanya


Bagi aku, biarlah... better PKR angkat kaki... tkyah da berpegang kpd lambang PH, warna logo PH tu sendiri, 


even manifesto PH pun da boleh dibakulsampahkan sebab masa menang aritu, Pengerusi PH (Tun M) sendiri yg sengaja gagalkan manifesto tu


Pendek kata, DSAI perlu bertindak sekarang, jelaskan dengan sebenar-benarnya


Atau biarkan saje langau2 luar berbunyi


Warisan melalui Shafie Apdal da berbunyi


Pejuang melalui Marzuki pun da bising awal2


Syed Saddiq pun da mula buat posting2 psl Tun M.. kononnya sudi bekerjasama lg


3 Dara pingitan dalam DAP, Yeo Bee Yin, Hannah Yeoh dan Teo Nie Ching pun da mula suarakan hasrat untuk tukar dan perbaharui suara pembangkang


Last yg betul2 kasi hantam sama DSAI adalah kenyataan akhbar LGE dan Mat Sabu yg dikeluarkan before meeting PH yg akhirnya dibatalkan tu


Apa lagi DSAI mahu tunggu? Sudah2 lah bersikap defensive!




INGATAN GERAK98 kepada PH - JANGAN GADAI ASAS KEPIMPINAN.

 INGATAN GERAK98  kepada PH - JANGAN GADAI ASAS KEPIMPINAN.


1.GERAK98 mengalu2kan sebarang usaha dan langkah memperkukuh PH termasuk menambah bilangan anggota parti dan individu.


2.Mempunyai 108 ahli parlimen lebih baik daripada 92 ahli parlimen?Ya dalam perkiraan politik tanpa nilai.Tapi dalam prinsip dan nilai tidak semestinya 108 lebih baik daripada 92.Malah PH sendiri pernah punyai jauh lebih daripada 108 (130) tetapi gagal .Mengapa?


3.Sebab ada pemimpin utama PH khususnya Mahathir yang gadai nilai dan prinsip.Prinsip perjanjian dihancurkan oleh Mahathir kerana dendam kesumat peribadi kepada Anwar.Kalau perjanjian dihormati, cukup 2 tahun perjanjian peralihan diikuti, PH akan jadi begini?


4.Jujur.Pegang pada janji adalah asas utama kepimpinan.Tetapi tidak diamalkan.Makanya gagal.Satu lagi asas kepimpinan ialah memperakui ketua.Dalam Islam dan mana2 teori dan praktis organisasi, perakuan kepada ketua bukan sahaja penting tetapi asas no 1.


5.Apakah yang dalam 108 itu memperakui Anwar sebagai ketua?Jawapannya jelas sebab Mahathir dan kuncu2nya terbuka menolak Anwar.Makanya 2 asas utama kepimpinan telah di rosakkan oleh Mahathir.Dan kita masih boleh terima Mahathir?Jenis pemimpin apa kita ini?


6.GERAK98 bukan pentaksub Anwar.Ini bukan soal Anwar.Ini soal asas kepimpinan.Menepati janji dan memperakui ketua.


7.Ada dakwaan Anwar mendapatkan sokongan musuh.Sekiranya benar ianya tidak melanggar asas kepimpinan sebab musuh diterima hanya setelah memperakui Anwar sebagai KETUA.Akaun bersumpah (SD) mereka(sekiranya wujud) adalah satu perakuan Anwar sebagai PM.(KETUA)


8.Makanya GERAK98 ingin memberi ingatan kepada kepimpinan PH - JANGAN GADAI PRINSIP DAN ASAS KEPIMPINAN.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Ketua GERAK98

17 DISEMBER 2020/ 2 JAMADILAWWAL 1442H.



PH JATUH BUKAN SEBAB DSAI

 *Yang kena berusaha untukk rampas balik kerajaan ialah DSAI. Yang kena usaha tarik sokongan ialah DSAI. Yang lain duk goyang telo je. Tapi esok2 kalau dah jadi kerajaan, masing2 akan lobi diri sendiri untuk baham jawatan kabinet.*


*PH jatuh bukan sebab DSAI. PH ni jatuh disebabkan atuk saka @OT95 . PH ni jatuh sebab ramai MP2 PH tak berani tegur atuk saka @OT95 setelah diikat dengan jawatan2 kabinet.*


*Ada mana2 menteri dizaman kerajaan PH pernah tegur atuk saka @OT95? Tegur gitu2 geli2 adalah. Sebab apa, sebab takut hilang jawatan kabinet.*


*Masa semburit buat perjumpaan dengan MP2 UMNO ada atuk saka @OT95 kritik semburit? Tak ada.*


*Patutnya masa ini menteri2 kabinet dah kena bersuara dan tekan atuk saka @OT95 utk ambil tindakan. Tapi sayang, tak ada sorang pun yg berani. Sebab apa? Sebab masing2 sayang jawatan.*


*Masa atuk saka @OT95 hina manifesto PH konon dgn berkata "MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI", jadi tak wajib ikut ada mana2 menteri kabinet bersuara? Tak ada. Sebab takut hilang jawatan.*


*Tapi bila kerajaan dah tergolek akibat pengkhianat atuk saka @OT95, segala beban utk kembalikan kerajaan diletak pada bahu DSAI.* 


*Apa yg lain2 tu tak reti pegi cuba tarik sokongan? Esok2 kalau DSAI berjaya sekalipun, yg lain2 tumpang sekaki baham jawatan. Jadi usaha kembalikan kerajaan bukan kerja DSAI seorang. Ianya kerja semua pimpinan PH.*


*Andai PH gagal, maka kegagalan itu harus dipikul oleh semua pimpinan PH, bukan DSAI seorang.*


*Kepada semua MP2 PH yg pernah merasa nikmat berada dalam kabinet selama 22 bulan, anda semua gagal mempertahankan kerajaan yg dibina hasil usaha pengundi2 PH . Dan anda juga terus gagal dalam usaha merampas kembali kerajaan yg hilang disebabkan pengkhianatan atuk saka @OT95 a/l Mohamad.*




Bos bernama Ffira Mikah



Jika, Islam yang diamalkan di negara ini tidak terlalu menitik-beratkan hukum-hakam atau aspek syariat, Ffira Mikah tidak dapat bernafas. Ffira, yang gila berpurdah sejak berhijrah itu memang gilakan fikah. Segalanya fikah. Macam Ffira pantang mendengar kisah ada Cina mengunjungi dobi dan meletakkan baju kotor ke dalam mesin basuh, serta-merta, misalnya, Ffira Mikah akan meruok dan meloncat. Ffira Mikah sayang fikah. Sebab fikah, Ffira Mikah dapat bernyawa. Macam kerana fikah lah Ffira itu hidup.

Justeru, apabila ada yang singgah menanyai saya mengenai Ffira Mikah, saya tidak dapat membayangkan lain melainkan fikah. Ffira Mikah sayang fikah. Sebab fikah, Ffira Mikah rasa dia tidak salah.

Akan tetapi Ffirah Mikah terlupa, atau mungkin jahil. Sebab Ffira ini asalnya dewi remaja, dia bukan ustazah pun. Jadi Ffira Mikah tak tahu sangat tentang Islam. Dalam Islam kedudukan akhlak adalah amat penting. Akhlak disifatkan sebagai sebahagian dari ibadah. Ffira Mikah hanya bayangkan ibadah itu tonggeng bangun dalam sembahyang. Ffira Mikah tidak tahu yang ibadah adalah penyembahan kepada Allah.

Saya beritahu kepada mereka, Ffira Mikah mesti tahu betapa akhlak ialah apabila seseorang menjadikan segala perbuatannya bawah takluk Allah dan keredhaan-Nya, di mana Allah menjadi pokok segala kegiatan dan tumpuan.

Ffira Mikah mesti maklum, oleh kerana akhlak adalah sebahagian dari “lillah” atau untuk Allah, maka akhlak juga berhubungan dengan aspek-aspek ibadah yang diketahui umum.

Jadi saya jelaskan kepada mereka yang bertanyakan perihal Ffira Mikah, bahawa takrifan akhlak yang saya jejerkan di atas itu berhubung rapat dengan ayat 162 surah Al-An’aam yang terjemahannya bermaksud:

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'”

Jadi saya meneruskan, Ffira Mikah mesti faham bahawa kitab suci Al-Quran menegaskan yang penyembahan kepada Allah harus berlaku dalam keadaan apa pun. Tuhan ialah Allah. Bukan Dewata Bakar Sampah. Bukan pula Ratu Grik. Jadi membesarkan Ffira Mikah ini satu ajaran yang bedebah.

Sebab yang boleh dibesarkan bukan bosku atau bosmu atau Ffira Mikah. Hanya Allah Maha Besar, ini difirmankan Allah pada ayat 44 surah Al-Israa’, terjemahan maksudnya:

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

Persoalan akhlak dalam Islam amat luas dan bercabang kepada banyak persoalan lain. Al-Quran menghubungkan keimanan dengan akhlak yang baik. Dalam masa yang sama akhlak yang tercela dihubungkan dengan kekafiran. Tidak ada akhlak yang baik misalnya. Atau dia itu perasan dia berakhlak baik padahal dia hanya fikah melulu.

Al-Quran turut menanggapi insan tidak berakhlak sebagai tidak berhikmah. Tak ada yang hikmah bila tergila-gila besar dan rasa diri wajar disembah. Demikianlah serongnya Ffira Mikah. Ini bermakna konsep akhlak amat rapat dengan keimanan. Sementara itu perbuatan tercela dan tidak berakhlak dirujuk sebagai kekafiran.

Jadi, yang paling tunjang ialah akhlak. Bukan fikah. Ffira Mikah silap bila mendahulukan fikah. Ffira Mikah mesti tahu bahawa akhlak malah mengatasi fikah.

Kesimpulannya akhlak yang mulia amat dituntut dalam Islam. Malah, baginda Rasulullah dihadirkan untuk memperbaiki akhlak manusia. Allah berfirman pada ayat 21 surah Al-Ahzaab, yang terjemahannya bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Juga pada ayat 4 surah Al-Qalam disebut, maksudnya, “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Jadi, Ffira Mikah kesasar bila menyangka dirinya bos maka dirinya aula atau afdal. Dua ayat Al-Quran tersebut menjadi dalil Nabi Muhammad dianggap sebagai contoh, pedoman, dan misal untuk kesempurnaan akhlak.

Gejala Ffira Mikah perasan bagus kerana menguasai fikah adalah gejala lupa akhlak. Sangat lupa akan akhlak sehingga melampau dan keterlaluan menuhankan fikah. Oleh tenggelam dengan fikah, Ffira Mikah dipuja. Seolah-olah segala wujud kehidupan adalah milik Ffira Mikah. Maka bos seumpama Ffira Mikah ‘ditauhidkan’.

Padahal orang seperti Ffira Mikah tiada tempat dalam rak kenangan kita. Ffira Mikah duduk dalam pembakaran sampah. Asapnya naik jadi jerubu menyesak dada. Hatta menjadi debu pun Ffira Mikah itu bedebah.

Bos seumpama Ffira Mikah berleluasa kerana yang jadi pujaan ialah fikah-syariat, dan bukannya akhlak-ihsan. Itu sebab kita akan menemukan manusia seperti Ffirah Mikah yang birah. Ffirah Mikah yang tidak tahu malu. Gejala Ffira Mikah adalah gejala rosak akhlak. Gejala tidak tahu malu. Gejala birah. Ffira Mikah adalah perangai keladi. Sejenis masalah miang.

Itu sebab resmi birah dikaitkan dengan tidak reti malu oleh orang Melayu. Dalam pantun Melayu ada mengungkapkan:

Baju saya lupa dijahit
Daun birah selebar talam
Malu saya bukan sedikit
Sudah pecah serata alam.

Makanya perangai birah, perangai Ffira Mikah tadi, adalah perangai terapung fikah karamnya akhlak. Itu sebab-musabab Ffira Mikah galak semacam dan tidak tahu malu. Dalam konsep akhlak Islam, perkataan dan ungkapan yang memalukan tidak dapat diterima. Dalam hal ini, ulama terkenal Sayyid Sabiq dalam Islam Kita yang saya kutip daripada terjemahan Afif Muhammad, ada menyebutkan sebuah hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi, berbunyi begini:

“Rasulullah bersabda, ‘Rasa malu adalah sebahagian dari iman, dan iman ada dalam syurga. Sedang perkataan yang kotor adalah sebahagian dari kekasaran, dan kekasaran ada dalam neraka’.”

Ketika mengulas Hadis ini, Sayyid Sabiq seterusnya menyatakan, “perkataan yang kotor, lancang, dan keji termasuk kekasaran, iaitu kekesatan hati, yang membawa pelakunya ke dalam neraka.”

Hari ini sosok seperti Ffira Mikah yang rasa semuanya boleh selesai dengan fikah dan tidak perlu pertimbangan akhlak sedang mengerumun kuasa. Ia adalah mengenai maksiat. Jika akhlak mengatasi fikah, Ffira Mikah tidak akan menuntut agar dirinya disembah, dibesarkan, dan dipuja.

Ffira Mikah jadi begitu kerana dia tidak tahu malu. Gejala tidak tahu malu adalah gejala tenggelamnya akhlak. Dalam hal ini akhlak sudah tidak mengatasi fikah.

Gejala fikah dilebihkan dan akhlak jatuh tempat kedua atau ketiga ini mengakibatkan nafsu dalam diri Ffira Mikah berkuasa, sehingga agam dan membesar lantas menuntut dirinya disembah.

Sebagai sumber rujukan terbesar umat Islam, kitab suci Al-Quran memerintahkan seseorang Islam melawan keinginan nafsu rendahnya. Antara ayat-ayat yang dapat dihubungkan dengan hujah ini ialah pertama, ayat 40-41, surah An-Naazi’aat yang terjemahannya bermaksud:

“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu – maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.”

Kedua, ayat 23 surah Al-Jaathiyah, terjemahan maksudnya:

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?

“Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”

Ketiga, ayat 53 surah Yusuf, terjemahan ertinya:

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Nafsu akan menuntut supaya dirinya sebagai manusia dimuliakan. Padahal kita sudah tahu, Ffira Mikah tidak patut meminta dirinya dimuliakan. Islam juga menekankan persoalan kemuliaan diri manusia. Allah berfirman pada ayat 8 surah Al-Munaafiquun, terjemahan maksudnya:

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Dalam erti kata lain, Islam mengajarkan akhlak yang baik dapat dicapai dengan menjaga kemuliaan diri sebagai khalifah Allah di muka bumi. Bukan dengan membesar atau membirah diri ala Ffira Mikah.

Apabila ada yang singgah di kamar kerja saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bertanyakan perihal Ffira Mikah, dan menghubungkan bos mereka seperti itu, saya hanya berupaya memberitahu; ‘Duhai ramai di luar sana seperti Ffira Mikah, meminta manusia menuhankan dirinya. Maha Suci Allah hanya dia yang berhak dituhankan. Itu Ilah sebenar. Bukan Ffira Mikah. Bukan yang seumpamanya.’



Mesyuarat Majlis Presiden PH petang ini batal

 

Mesyuarat Majlis Presiden PH petang ini batal


MAT SABU, GUAN ENG MAHU SINGKIR ANWAR KETUAI BLOK PEMBANGKANG?

 

Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang, kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Anwar sebenarnya mahu disingkir secara serentak sebagai Pengerusi PH dan juga Ketua Pembangkang.

Sudah tentu dengan penyingkiran Anwar itu, tujuan utamanya ialah untuk membawa Tun Mahathir Mohamad mengetuai PH Plus.

Dengan hujah bahawa PH mesti segera melakukan anjakan politik dengan menyatukan seluruh pembangkang menghadapi PRU akan datang dan melupakan kerjasama dengan Ahli Parlimen kerajaan bagi mendapatkan semula mandat rakyat, kenyataan Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah itu adalah suatu bentuk kata dua terhadap Anwar.

Mereka seolah-olah memberi amaran tentang usaha Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen kerajaan adalah kerja sia-sia dan tak lebih seperti mengejar bayang-bayang saja.

Untuk itu, kata Mohamad Sabu dan Guan Eng lagi, masa dan sumber yang ada harus digunakan untuk mencari persamaan dalam kalangan rakan dan sekutu PH untuk menggerakkan perjuangan bersama rakyat berdasarkan nilai demokrasi yang utuh, tadbir urus yang baik, anti rasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.

“PH harus berdepan dengan realiti ini dan perlu ada suatu anjakan politik semula dengan tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama dalam pengundian menolak Belanjawan 2021 pada Selasa baru-baru ini.

“PH seharusnya tidak membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan oportunis yang hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN,” tambah mereka.

Apa yang harus disedari, kenyataan bersama Guan Eng dan Mohamad Sabu ini dikeluarkan tidak lama selepas Parti Pejuang dan Warisan menyuarakan perlunya blok pembangkang membentuk gabungan baharu serta PH harus menukar kepimpinannya.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima kerajaan yang ada sekarang.

Beliau berkata, kredibilti Anwar dan beberapa Ahli Parlimen PH juga telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi pada pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021.

Presiden Warisan, Shafie Apdal pula tanpa berselindung menegaskan tentang perlunya PH menukar kepimpinan jika mahu memenangi PRU akan datang.

Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada PRU akan datang jika masih diketuai oleh kepimpinan yang sama.

Sehubungan itu, kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepimpinan PH yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.

Bersekali dengan saranan tersebut, Shafie turut mengumumkan bahawa Warisan akan berubah menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata untuk Sabah seperti sekarang ini.

Sama seperti Marzuki dan Shafie yang diketahui merupakan penyokong setia Tun Mahathir, Mohamad Sabu dan Guan Eng juga bukan rahsia lagi lebih terlekat hatinya kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya selepas diberikan jawatan menteri kanan dalam kerajaan era PH.

Selain itu, kes mahkamah Guan Eng juga digugurkan tidak lama selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 2018 lalu.

Melalui gesaan agar PH perlu melakukan anjakan politik baharu dengan menggabungkan seluruh parti pembangkang, ini bermakna Pejuang, Warisan, Muda dan sebagainya akan berada di bawah satu bumbung atau lebih tepatnya di bawah PH Plus.

Ia dengan sendirinya bermakna PH tidak lagi berperanan sebagai blok pembangkang yang sebenar, sebaliknya digantikan dengan PH Plus.

Fasa kedua anjakan poliitik baharu yang seterusnya selepas PH Plus diwujudkan tidak lain ialah melantik siapa yang harus mengetuai gabungan tersebut.

Dengan Pejuang dan Warisan sudah berada dalam PH Plus, ditambah dengan Mohamad Sabu dan Guan Eng sendiri yang menyarankan anjakan politik baharu dilakukan, Anwar tidak mungkin terpilih lagi untuk mengetuai gabungan tersebut, walaupun beliau Pengerusi PH sebelumnya.

Sebagaimana Pejuang dan Warisan menolak Anwar sebagai calon Perdana sebelum ini, mereka juga pasti tidak akan setuju Presiden PKR itu untuk mengetuai PH Plus.

Dengan demikian, tambahan lagi Amanah dan DAP juga pasti senada serta bersatu hati dengan Pejuang dan Warisan, Tun Mahathir, kalau pun dibuat undian, secara majoritinya akan dipilih mengisi kedudukan sebagai Pengerusi PH Plus atau mengetuai blok pembangkang yang baharu.

Selepas itu, Tun Mahathir juga dengan sendirinya akan dicadangkan oleh PH Plus untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang menggantikan Anwar.

Akhirnya, tercapailah agenda bersama yang dirancang sekian lama untuk menyingkir dan membenam masa depan politik Anwar.

Soal sama ada PH Plus mampu menang atau tidak pada PRU15 akan datang, ia bukan lagi persoalan utama kerana perkara yang lebih penting ialah Anwar sudah berjaya diketepikan dan tidak lagi dalam posisi untuk menjadi Perdana Menteri.

 (Shahbudindotcom 17/12/2020)




KALAU BAJU MERAH TU ANWAR...SAHIH KENA MAKI BERTALU TALU

 



Cuba bygkan sebentar...kalau baju merah tu Anwar Ibrahim.  Kompom bertalu2 Anwar diserang.  Baru2 ni orang yg sama buat PC dgn Ku Li, MP dari Umno.  Tiada siapa bising pun.  Anwar pun tak kisah.  Cuma, jgn Anwar yg buat.   Di Perak, Dap, Amanah dan Keadilan bekerjasama dgn Umno secara "enbloc" utk jatuhkan MB Peja.  Tiada masalah.

Masalahnya, kalau Anwar mahu dapatkan sokongan individu dari MP Umno (bukan secara "enbloc"), maka teruk la Anwar kena hentam.   Tapi Anwar tetap teruskan perjuangan walaupun dia tahu ada rakan2 yang tidak senang dia berusaha untuk mendapatkan mandat rakyat.  Mandat ini dikhianati pada bulan Feb lalu angkara si tua bertindak sendirian meletakkan jawatan.  Si tua buat hal, Anwar yg berusaha untuk dapatkan kembali hak rakyat.  Itu pun Anwar yg salah.  


Sekarang, sibuk nak pelawa Pejuang dan Warisan join PH.  Mengapa bawa orang yang munafik, mungkir janji dan ada cita2 untuk musnahkan PH ini ke dalam PH?  Biarkan mereka berada di dalam Plus jika mereka mahu sokong PH.


DORAEMON PUN BOLEH !!!

 

DORAEMON PUN BOLEH !!!

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu 

( 1 - 21 )

1. Sama ada tahu tapi buat - buat tak tahu atau sengaja buat pekak dan bisu kerana masih mengamalkan sikap tidak peduli perasaan dan kebencian majoriti rakyat terhadap beliau asalkan beliau dapat kekalkan jawatan yang disandang.

2. Apakah ini semua BALASAN ALLAH SWT di dunia lagi terhadap beliau dan beberapa orang perancang yang SANGGUP MENGKHIANATI penggundi dan terhadap orang yang pernah MEMBERI MAKAN kepada mereka.

3. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al - Anfal di mula surat 179 Ayat 21 , 22 dan 23

Ayat 21 :

'Dan Janganlah Kamu Menjadi Seperti Orang - Orang Munafik Yang Berkata :

"Kami Dengar, "

Padahal Mereka Tidak Mendengar ( Kerana Hati Mereka Mengingkarinya )'

Ayat 22 :

'Sesungguhnya Sejahat - jahat Makhluk Yang Melata Dalam Pandangan Allah Ia Lah Mereka Yang Tuli Dan Bisu ( Tidak Mendengar Dan Memahami Kebenaran ) Ia Itu Orang - Orang Yang Tidak Memahami'

Ayat 23 :

'Dan Sekiranya ALLAH Mengetahui Ada Kebaikan Pada Mereka , Teñtu Dia Jadikan Mereka Dapat Mendengar , Nescaya Mereka Dapat Mendengar , Nescaya Mereka Berpaling , Sedang Mereka Memalingkan Diri

ANDIAN dalam ayat ini bukan bererti ALLAH SWT Tidak Tahu , Tetapi ALLAH Maha Tahu Bahawa Pada Mereka TIDAK ADA KEBAIKAN.

4. Oleh kerana bencinya majoriti rakyat kepada beliau , sehingga ada yang berkata jika orang macam 'Mat Sejuk' ini boleh jadi Perdana Menteri , maka sesiapa pun layak.

5. Jika tidak ada isu wanita jadi pemimpin negara Islam seperti di Pakistan dulu dan kini di Bangladesh, sudah ada cakap - cakap Rina Harun , Menteri Doraemon atau Riduan Yusof, Menteri Kereta Terbang pun boleh dan MUNGKIN lebih baik dari Muhyiddin.

6. Itulah tahap kebencian dan tidak berkeyakinan majoriti rakyat sejak kebelakangan ini terhadap KERAJAAN PINTU BELAKANG atau ayat bodoh Hadi , KERAJAAN TEBUK ATAP terhadap pimpinan Muhyiddin.

7. Oleh kerana terlalu ghairah dan tergila - gila nak jadi Perdana Menteri beliau SANGGUP melakukan apa sahaja termasuk MENJILAT LUDAH NYA DAN MELUTUT seperti seorang HAMBA - itulah manusia bernama Muhyiddin Yassin.

8. Lihat sahajalah apa yang baru berlaku di Perak ; beliau BERSETUJU Timbalan Presiden BERSATU, Peja, diturunkan sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Shaarani dari UMNO.

9. 'TANPA ANGIN BERTIUP', tiba - tiba Menteri Besar Johor, Dr. Saharuddin Jamal dari Parti BERSATU diarah turun takhta dan digantikan dengan Menteri Besar baru dari UMNO ; ini bagi membuktikan kepada UMNO dan PAS bahawa beliau boleh dipercayai walaupun tempoh perkhidmatan Menteri Besar tersebut HANYA 10 bulan sahaja, dari 14hb April 2019 ke 28hb Februari 2020.

10. Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Adly Zaahari dari AMANAH juga ditumbangkan dan diganti dengan Wakil Rakyat UMNO.

11. Di Kedah, Mukhriz Tun Mahathir yang asalnya dari Parti BERSATU digantikan dengan Sanusi Md. Nor dari PAS.

12. Dikhabarkan usaha sedang dilakukan bagi menurunkan Amirudin Shari dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor.

13. Sejak PENGKHIANATAN dilakukan pada bulan Februari sehingga kini , Muhyiddin TAK UBAH SEPERTI ROBOT yang bergerak mengikut REMOTE CONTROL asalkan beliau boleh kekal dengan jawatan yang ada.

14. Muhyiddin 'IS A FAILURE, NO IDEAS AND NO STRENGHT ; ALL HE HAS IS TO PUT A BIG ACT' - Muhyiddin ' GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN , TIDAK ADA FIKIRAN YANG BERNAS DAN TIDAK ADA KEKUATAN ; BELIAU HANYA PANDAI BERLAKON'

15. Kebanyakan tindakan beliau adalah hasil ciptaan 2 orang makhluk bernama Hamzah, Pengkhianat UMNO dan Azmin, Pengkhianat PKR.

16. Mereka bertiga ini pula terlibat dengan berbagai skandal tersendiri :

i. Muhyiddin dengan skandal seks bersama Nika Gee Siew Yee, isteri kepada Stanley Clement Augustin yang akhirnya TERPAKSA bercerai.

ii. Hamzah MEMFITNAH Anwar Ibrahim kononnya cuba menggoda isteri ke2 beliau.

iii. Azmin pula dikatakan telah mengadakan HUBUNGAN SEKS dengan seorang lelaki, Haziq Abdul Aziz di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah.

17. Saya dengan ini mencabar mereka di atas mengambil tindakan Mahkamah jika apa yang ditulis ini suatu PEMBOHONGAN DAN FITNAH.

18. Muhyiddin perlu memberhentikan sikap hipokrit yang dipamerkan beliau kepada rakyat Malaysia selama ini.

19. Lepaskanlah jawatan SECARA TERHORMAT sebelum Saudara dicampak keluar , dan BERKEMUNGKINAN menghadapi berbagai tindakan undang - undang.

20. Sementara itu lantiklah bekas Menteri Besar Perak yang kebetulan juga Timbalan Presiden Parti BERSATU sekurang - kurangnya sebagai Menteri Kanan jika tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Sebagai ingatan , MUHYIDDIN JUGA BUKAN TUHAN yang perlu ditakuti !! ; diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran RAMPASAN KUASA yang telah dirancang begitu lama , dalam lain perkataan beliau ialah juga seorang PENGKHIANAT..

Wassalam

Terima Kasih.

 

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

 

No photo description available.


INI SANGAT TERBAIK...DILUAHKAN SEMUA YG TERBUKU YG KEBANYAKANNYA DIKONGSI RASA YG SAMA....#MESTI_BACA

**********************

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?

Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.

Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.

Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.

Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!

Kenapa tak masuk PH sahaja?

Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.

Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!

Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!

Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.

Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.

Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?

Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?

Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.

Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.

Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.

Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?

Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.

Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.

PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.

Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk jadi ketua.

Tapi baik tak payah. Ada banyak parti tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?

Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.

Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.

Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.

- R a j a G e l a p -

 

PERUBAHAN YG BERANI MATI?

 

1) Saya tertarik dengan cadangan 3 "Mak Dara Pingitan" DAP supaya gabungan pembangkang kembali ke meja rundingan, melakukan pengorbanan daripada diri sendiri, meletak tepi agenda peribadi, berani melakukan perubahan demi mencapai impian kolektif. SETUJU..!!!

2) TAPI dalam masa yg sama saya SANGAT SANGAT SANGAT SETUJU dgn cadangan bernas dari MSO supaya DAP memulakan perubahan berani dgn BERANI membenarkan 30% calon Melayu bertanding di kerusi mereka terlebih dahulu.

3) Perubahan berani ini sangat-sangat diperlukan kerana sehingga ke hari ini 70% pengundi Melayu masih skeptikal mahu menyokong PH kerana bimbangkan kehadiran DAP dan MP bukan Melayu yg ramai. Mereka masih mengundi, menyokong PA$ dan UMNO BN menyebabkan PH hanya mampu meraih sekitar 30% sokongan pengundi Melayu.

4) Masalah ini BERLARUTAN dan gagal PH atasi ketika 22 bulan berkuasa apatah lagi apabila WUJUD SEGELINTIR pemimpin DAP yg mulutnya cirit birit TANPA PEDULI sensitiviti Orang-orang Melayu Atas Pagar yg masih mengundi PA$ dan UMNO BN. Juga tidak nampak usaha DAP utk melawan Naratif UMNO BN dan PA$ KUNUNnya DAP menguasai PH. Sampai bila PERSEPSI buruk ini akan dibiarkan berterusan TANPA PERUBAHAN?

5) JIKA DAP berani membuat perubahan seperti ini, saya kira DAP boleh shj mencadangkan kpd PH utk melakukan perubahan BERANI MATI termasuklah JIKA PERLU mencadangkan calon yg sesuai bagi menggantikan DSAI selaku Pengerusi PH sbb itu yg sering shbt2, termasuk rakan kerjasama mereka dalam Amanah, pejuWANG Muda dan Warisan membayangkan di media.

6) Saya harap 3 "Mak Dara Pingitan" DAP ini punya kekuatan dan keazaman yg mantap utk mencadangkan perubahan yg BERANI MATI, tidak takut dan terus terang punya. SOLUTE..!! Tahniah in advance.Description: 😄

7) Diharap juga dgn perubahan berani mati DAP itu akan berjaya memperkuatkan PH. Namun harus diingatkan...ada satu perkara yg masih ada org tak berani buat perubahan...iaitu tinggalkan PT95. Boleh tara tu? Description: 🤪

Wallahualam.

- Zus Din

17 Disember 2020

 

NAK MAKLUM ATAU NAK BAGI TAHU


 zus din

KADANG-KADANG SAYA CONFUSED, DUA EKOQ NI CUBA NAK BAGITAHU ATAU TEGUR DSAI KE ATAU PT95 KE ATAU DIRI MEREKA SENDIRI? Cakap terus terang lah weyy....kasi mudah faham dan move forward.

😄
***************************************
“Undian belanjawan pada Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 Ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 Ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 Ahli Parlimen, PH Plus betapa kuat laginya?”
Jumlah itu nampaknya termasuk Ahli Parlimen Warisan dan Pejuang, yang masing-masing diketuai bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dua pemimpin itu kini tidak sependapat dengan Anwar.
“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.
“Pemimpin PH mesti mengetepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 Ahli Parlimen. Dengan 108 Ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan mantap, apa-apa saja kemungkinan boleh berlaku kelak.”
Baca seterusnya :
PH hanya diperalatkan, pembangkang perlu anjakan, kata Guan Eng, Mat Sabu
FREEMALAYSIATODAY.COM
PH hanya diperalatkan, pembangkang perlu anjakan, kata Guan Eng, Mat Sabu
Mereka berkata, PH tidak patut membuan