PKR TANDING SEMUA KERUSI DI SABAH ?

 

Anwar jumpa PKR Sabah selepas Shafie seru perubahan dalam kepemimpinan pembangkang

Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bertemu Ketua PKR Sabah Christina Liew (kiri) bersama Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil di Kuala Lumpur hari ini.

KOTA KINABALU: Anwar Ibrahim bertemu Ketua PKR Sabah, Christina Liew untuk “perbincangan”, kurang seminggu selepas bekas ketua menteri dan Presiden Warisan Shafie Apdal menyeru perubahan dalam kepemimpinan pembangkang.

Shafie Apdal meminta perubahan dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan pembangkang yang ketika ini disifatkannya tidak menyatukan dan tiada arah.

Dalam kenyataan, Liew yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah berkata, antara topik disentuh ialah “perubahan dalam landskap politik Malaysia dan persiapan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15”.

“Situasi politik sekarang agak lancar. Tidak mungkin negara akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana kita tidak mahu berkompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan (semasa pandemik Covid-19),” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tawau itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara dibincangkan.

Turut sama dalam pertemuan diadakan selepas sidang Parlimen hari ini, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Sabtu lalu, Shafie berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.





No comments: