Kerajaan jamin khidmat feri Pulau Pinang diteruskan

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkata Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan ‘disyaratkan’ untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan di negeri itu buat masa ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan RM30 juta untuk pihak Penang Port ambil alih perkidmatan feri di Pulau Pinang.

“Saya ingin sahkan peruntukan yang diluluskan sebelum ini akan dibayar dalam dua ansuran tahunan.

“Peruntukannya RM15 juta tahun 2021 termasuk dalam peruntukannya diluluskan dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021. Baki RM15 juta akan disediakan,” katanya di Dewan Rakyat.



No comments: