ABDULLAH MAT ISA
Aku tau ramai yang berminat dengan topik ni .
Jadi aku menulis dari sisi rakyat marhaen yang cuba faham .
Aku bukan pakar ekonomi .. Aku sama seperti orang lain yang
sedang memikirkan apa nasib anak anak aku nanti
Terpikir jugak , Sebenarnya apa yang kita ada ..
Tak sangka , Masa jumpa Founder Adabi ..
Dato Syed Manshor Pun merisaukan perkara yang sama ..
Katanya .. We almost have nothing !
Cuba kita tengok .. Untuk masa sekarang dan masa depan apa yang
kita ada ?
Pertanian ?
Ya dulu malaysia memang banyak dengan tanaman kelapa sawit,
beras dan getah , Yang dihasilkan dan ada yang dijual secara eksport .
Tapi sekarang ni Indonesia dan mempunyai ladang kelapa sawit
terbesar
Thailand pun sama sama ekspert dalam pertanian
Malaysia .. Buat setakat ni ada Musang king je lah ...
Perdagangan ? dan Trading ?
Singapore dari awal dah jadi port perdagangan ..
Ternakan ?
Lagi lah jauh kita ketinggalan
Automotif ?
Geely pun dah ada pegangan saham . Jadi automotif kita telah
dikongsi dengan negara lain ?
Belum lagi nak lawan german dan jepun .
Mereka lah yang sedang kuasai dunia dalam automotif . Jangan
harap lah nak lawan .
Minyak benzen / Gas ?
Dan nak habis dah pun kan ?
Pelancongan ?
Part ni memang indonesia dan thailand lah pegang . Orang kita
sendiri memilih banyak destinasi di indonesia dan thailand
Pembinaan ?
Pun sama .. Boleh bezakan binaan bangunan dan struktur unik di
thailand dan indonesia
Pekerja indonesia lebih mahir dalam pembinaan . Yang dulu nya
buruh pun sekarang ramai dah jadi tokey besar di malaysia .
Apa lagi ..?
Nampak macam kita tak ada expert dalam apa apa pun...
Melainkan update harian artis tempatan
Seperti artis mengandung , Artis kahwin baru ,
Artis pakai baju seksi , Dan juga artis curang
Jantan jadi perempuan , Pergi mekah pakai telekung .
Tak kurang juga dengan politician
Adakah kita punyai kerajaan yang kuat sekarang ni ?
Tapi walau macam mana pun
Duit Tax tetap kena bayar ... Tak sejajar dengan peredaran arus
zaman dan masa
Gaji makin statik ... Harga barang makin tinggi
Kemudahan awam .. Lagi sedih
Dekat malaysia ni ,
Kalau boleh banggakan pun aku rasa Highway Plus
Itu je lah yang nampak elok dan cantik
Tu pun kena bayar mahal sampai sekarang ..
Peluang pekerjaan pun makin susah
Doktor junior pun ramai dah bawak grab atau jual makanan . Kerja
dah tamat kontrak .
Padahal itu adalah jawatan kritikal .. Tapi ramai yang
menganggur sebagai doktor ..
Kalau doktor pun ada masalah kerja , Apatah pekerjaan lain ?
Bukannya kita terlebih doktor , Yang menyebabkan pengangguran ,
Tapi tak cukup hospital untuk penempatan ..
Kalau ada pun , Banyak produk timbang kilo , Scam macau , scam
trading
Banyak duit kita dah disalurkan kepada Lazada , Shopee dan
sebagainya ..
Aku pun tak paham ...
Generasi kita pulak , Semuanya focus pada tiktok , Instagram ,
Online games ..
So apa nasib generasi akan datang ?
Adakah mereka ni pelapis negara yang kita rasa yang boleh bawa
malaysia maju macam negara lain ?
Generasi kita belajar dengan apa yang mereka nampak ...
Lakonan badut dari ramai politician pun dah tunjukkan betapa
lawaknya malaysia ni ..
Ada kah perkara ini sangat lucu ?
Memandang kan aku tak boleh fikir apa yang kita ada ..
So tak terkejut lah kalau indonesia , Thailand ,vietnam akan
terus meninggalkan kita suatu masa nanti
Tak percaya tengok lah 5 tahun akan datang ..
Bukan aku nak provoke ke apa ..
Tapi rasanya kita dah boleh mula ada institusi kepakaran kerja ,
Mula cipta peluang2 baru ...Contohnya
Kita dah dalam bidang pertanian , Tapi masih lagi import mesin2
pertanian dari jepun dan china
apa kokak sangat ke kita ni tak boleh r&d mesin pertanian
sendirj dan jual pada market luar ?
Itu baru pertanian , Bagai mana dengan nelayan dan hasil laut ?
dan macam macam lagi ...
Dan tak terkejut bila satu hari nanti rakyat malaysia yang akan
keluar untuk jadi buruh di negara lain
masa tu jangan harap lah nak pilih pekerjaan duduk opis , Pakai
tie dan coat dengan bergaya ..
Masa tu hanya ada pilihan , Kau nak kerja atau tak ?
Lepas tu ada juga beberapa kalangan instafamous yang dah kaya
jual produk , Kata , SPM fail pun boleh berjaya . Dan tanam kan mindset macam
ni pada orang lain
Education bukan untuk kaya , Education function dia untuk
develope something yang lebih besar dari kaya .
Dengan ilmu lah kita boleh cipta macam2 .. Duit tu hanya Tools
sahaja .
Education is important ! tapi ramai yang nampak duit masalahnya
..
ini lah sistem yang kita ada dan sangat merisaukan
So jangan lah bergantung sangat pada kerajaan
Kita mulakan sendiri , Kalau minat pertanian ..
Boleh dah cipta mesin2 yang boleg digunakan untuk pertanian .
Apa pun bidang korang minat .. go all out
Mungkin satu hari nanti kreativiti korang akana diterima orang
lain , Dan mungkin kau boleh cipta lagi benda2 yang boleh beri peluang kepada
orang lain
Apa yang kita boleh berikan lebih baik dari apa yang kita boleh
terima
Have faith .. And start doing it now ! Anything !
Anythinh you like !
So korang rasa Apa yang kita ada ?
Takkan asik dok bangga dekat dua batang Klcc tu je kan ?