Mak Oi!!! Backdated dari Januari??? -----

 Mak Oi!!! Backdated dari Januari???

-----


^^Beliau juga ada menyebut penyelarasan itu bermula Januari tahun ini. Ini bermakna, Ahli Mesyuarat Kerajaan dan Adun bakal memperolehi kenaikan gaji sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan (exco) Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta kenaikan gaji sebagai ADUN dengan dibayar bermula Januari hingga Oktober ini.^^

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dun-kelantan-luluskan-kenaikan-gaji-adun-exco-267645

BERSATU JANGAN ANGKUH

 

HAMDAN TAHA 

Ada seoarang sahabat sekarang bersama bersatu dulu UMNO . Dia bagitahu saya UMNO kena sedar diri la jangan sombong sangat ingatlah dia dah tak kuat....pru ke 14 dah membuktikan BN dan Umno dah di tolak rakyat....jangan lah belagak sangat ....jangan ingat Umno boleh memerintah semula jika tak BERSATU  dan PAS bawa bersama jadi kerajaan....

Kawan saya tu pun bahalol juga....dia lupa kot tak ada MP Umno yang menang atas tiket Umno melompat ke BERSATU....siapa lah BERSATU............BERSATU pun menang 13 kerusi jer itu pun menumpang kepada kekuatan PH bukan kekuatan sendiri....jadi jangan sombong lah muhyuddin....dan jika umno tak ada kerajaan PN ni pun tak ada.... sedangkan umno dan bn ada pun muhyuddin dan bersatu tak berani buat undi percaya di parlimen....punya penakut....jangan lah sombong sangat bersatu dan orang yang sokong bersatu....Umno ada pilihan sebenarnya dia boleh sokong Muhyuddin dia juga boleh sokong orang lain....jika dia tak bersama PN atau MN pun jangan ingat BN atau Umno dah mati....dia boleh bertanding sendiri dan boleh juga adakan kerjasama baru dengan orang lain....

Pas dan bersatu tak perlu sombong baru merintah tak sampai setahun pun....umno dan bn jika sombong pun depa dah jadi kerajaan 60 tahun lebih....jika dia mati lagi 10 tahun pun kira patutlah sebab tidak ada yang kekal di dunia ini...tapi kot PN mampus dalam tempuh terdekat ini itu baru teruk sebab baru umur 8 bulan KO dah.....hahahhahahahahahahahahah

Kot BERSATU anak jantan lawan lah bersendirian macam PAS....PAS dah buktikan pru 14 dia anak jantan berani lawan bersendirian....UMNO pun bole jika nak lawan sendirian....tapi bersatu kot nak lawan bersendirian presiden dan timbalan pun al ghuyupppp...pengarah pilihanraya PN pun 1000000 persen kalah usah sembang gajah ler.

 

KERAJAAN MELAYU ISLE-PAS DIAM ISU NI???

 Image may contain: 2 people, text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Peruntukan untuk UITM 100juta di potong kali ni.UITM kebanyakannya nak2 orang melayu dok belajar kat situ Silap anak Melayu juga.Abahkau baca doa kau tak aminkan.Memang kena potong la peruntukan Translate Tweet"

KAH....Ini bukan hikayat, tetapi hakikat, bidas Umno kepada Pas

 

Ini bukan hikayat, tetapi hakikat, bidas Umno kepada Pas


ELOK KELANTAN LAGI DAK? NAK TROLL TAPI BODOH

 

RINA HAMZAH


Bodoh nak troll pun, nak tipu ker atau nak tunjuk mewaun? Kepala paip ribu riban Tak kan dlm rumah agam menteri mangkok ni Tak ada tangki bersaiz dugong macam Najib punya?



Image may contain: text that says "Annuar Musa @AnnuarMusa oi...masuk bilek air nak ambik wudhu,tau tau tak ada air!!!berapa kali nak putus air mcm ni?...tiba tiba tiba ..parah air selangor klu mcm ni.. Translate Tweet"




'Orang Islam terima kematian di mana-mana' - DG komen kenyataan MP Bintulu

Dewan kecoh selepas kenyataan 'Noor Hisham takut mati' oleh MP Bintulu

PH SOKONG BELANJAWAN 2021 PENUHI TANGGUNGJAWAB, PM-8 JUGA PERLU TUNAIKAN...

(Terkini) Saifuddin Nasution: Ucapan Penuh Perbahasan Belanjawan 2021

Isu

APA ITU LEBAI ???

 Image may contain: text

A Kadir Jasin


1. Seperti dalam takrif utama Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah ini, lebai adalah gelaran yang baik. Ia merujuk kepada orang yang tahu berkenaan agama (Islam).

2. Tapi sejak Pas menyertai rampasan kuasa "Sheraton Move" dan menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN), imej dan gelaran lebai mendapat gambaran yang cukup negatif dengan pelbagai gelaran, sindiran dan cemuhan.

3. Menurut tulisan Dr Mohd Soberi Awang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), perkataan lebai berasal daripada istilah Islami yang membawa maksud menyahut seruan (kebaikan) seperti dalam talbiyyah ketika mengerjakan haji.

4. Tapi macam juga gelaran-gelaran yang lain yang dikaitkan dengan Islam, lebai pun disalah guna dan dipesongkan. Sekarang ini kategori lebai yang kerap dikritik adalah berkaitan politik. Mereka dipanggil lebai politik.

5. Boleh jadi juga dari dulu lagi ada lebai yang tidak berkelakuan baik sehingga pelbagai gelaran buruk diberikan kepada mereka seperti Lebai Malang, lebai kelarah, lebai ketayap, lebai pulut dan sebagainya.

6. Zaman saya kanak-kanak dan remaja di kampung pada tahun 1950-an dan -60-an dulu, lebai cukup dihormati. Mereka ini dikira bawah sikit daripada tok guru.

7. Masa itu hanya lebai pakai ketayap. Orang biasa pakai songkok. Hanya tok guru dan orang yang sudah mengerjakan haji akan pakai jubah dan serban.

8. Hari ini ramai orang Melayu pakai macam orang Arab padang pasir sehingga pembuat songkok, kain batik dan songket susah nak cari makan. Orang Melayu sudah jadi Arab dari segi pakaian.

9. Boleh jadi bangsa Melayu bukanlah bangsa yang ada identiti kekal atau berbangga dengan adat resam sendiri. Orang Melayu suka meniru perkara-perkara yang mudah dan berubah ikut musim.

10. Berbalik kepada lebai politik, kita kena ingat tujuan utama mereka bukan syiar Islam tapi kuasa politik dan segala keuntungan yang datang bersama dengannya.

Wallahuaklam.Terima kasih.

 


TERKINI: KWSP 10K & MORATORIUM PAS MENOLAK TIADA KEPERLUAN DILAKSANAKAN!...KORAK MUNG

TINDAKAN MAHKAMAH BOLEH DI AMBIL TERHADAP IWK DAN SPAN

 

Exco Alam Sekitar memberitahu dewan bahawa IWK dan SPAN telah mengetahui pencemaran berlaku pada 4 Nov tetapi tidak dimaklumkan kepada LUAS dan kerajaan negeri Selangor. Ini merupakan satu kesalahan yang besar dan serius. Oleh itu saya bercadang TINDAKAN MAHKAMAH MESTI DIAMBIL TERHADAP IWK DAN SPAN. Nama baik dan kredibiliti kerajaan negeri tercemar kerana gangguan bekalan air sering berlaku kerana pencemaran sumber air.

Span dan IWK di bawah jurisdiction kerajaan pusat. PBT boleh mensita premise yang membawa pencemaran sekiranya ada bukti.

#sidangdewanselangor

#GangguanBekalanAir

Yb

Ronnie Liu Tian Khiew

.Image may contain: 2 people

20 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. SILA 

TEKAN      >       UNTUK BERITA AWAL.

JANGAN UNDI LULUSKAN BELANJAWAN.



Image may contain: one or more people, text that says "DALAM 4 BULAN SAHAJA.. RM2.6 JUTA DAH DIGUNA? LEBIH RM2.6 juta diperuntukkan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), kumpulan masyarakat sivil yang mempunyai kaitan dengan Bersatu, selama empat bulan bertugas di beberapa negeri ditadbir pembangkang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan -Jawapan Menteri KPKT Dalam Sidang Parlimen 11November 2020 SR GERAN RM8.5 JUTA PADA MINTAKLAGI BELANJAWAN 2021? Kitol Jaga Kitol..!!"

MAK AIII...MACAM KEDARAH DUIT ....LAJU BEBENOR

 


RINA HAMZAH

Image may contain: text that says "KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NOMBOR PERTUBUHAN PPM-002-16-16062020 NAMA PERTUBUHAN PERTUBUHAN PENGGERAK DASAR KOMUNITI NEGARA MALAYSIA(PKN) TAHUN MESYUARAT/LANTIKAN 2020 BIL SENARAI AHLJ-AHLIJAWATANKUASA BAGI TAHUN JAWATAN NAMA PENUH PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI ILIJAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA NOR HI2WAN BIN AHMAD ADI IKMAL BIN ISA FARA FARAHIDA BINTI SAHROM MOHD AMIRUL ALIM BIN GHIATHUDDIN POOBALANA PONNUSAM MOHD BIN ABDUL RAHMAN NURHANIM HANA MOKHSEN BIN MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS MOHD NOOR MUSTAPHA ABDUI YUNUS BIN JAMAHRI AHLJAWATANKUASA MALANGA"

KENAPA KERAjaan PN terpaksa bazirkan RM2.6 juta semata-mata nak pantau skodeng 3 negeri pembangkang sahaja ??!.. Kenapa tidak pantau keseluruhan negeri ??!

LEPAS TU MINTAK LAGI RM8.5 JUTA !!

Guna duit rakyat untuk kepentingan diri dan parti semata-mata..

SR

Image may contain: one or more people, text that says "DALAM 4 BULAN SAHAJA.. RM2.6 JUTA DAH DIGUNA? LEBIH RM2.6 juta diperuntukkan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), kumpulan masyarakat sivil yang mempunyai kaitan dengan Bersatu, selama empat bulan bertugas di beberapa negeri ditadbir pembangkang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan -Jawapan Menteri KPKT Dalam Sidang Parlimen 11November 2020 SR GERAN RM8.5 JUTA PADA MINTAKLAGI BELANJAWAN 2021? Kitol Jaga Kitol..!!"



 

GANGGUAN AIR MUNGKIN ADA KAITAN USAHA RAMPAS NEGERI, MB SELANGOR HARUS DITUKAR SEGERA

 

Berlakunya gangguan air yang kerap dan berulang di Selangor sejak kebelakangan tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang biasa.

Dalam tempoh dua bulan terakhir ini di mana berlaku tiga kali gangguan, ia adalah sesuatu yang cukup luar biasa sebenarnya.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri lain, bahkan di Selangor di bawah kepimpinan mana-mana Menteri Besar sebelum ini pun, ia juga tidak pernah berlaku.

Lantaran itu, penyelesaiannya kepada masalah yang luar biasa ini juga harus dengan cara luar biasa.

Isu ini berkemungkinan besar bukan sekadar berkenaan air atau kerana ada kilang ingin menjimatkan kos dengan membuang sisa industri ke dalam sungai semata-mata, tetapi dipercayai sedang menuju kepada sasaran yang lebih besar daripada itu.

Semua orang tahu dan sedar, air adalah keperluan asas utama dan oleh kerana negeri Selangor yang diterajui oleh PKR mewakili PH begitu ingin dirampas oleh PN yang kini Azmin Ali adalah Pengarah Pilihanrayanya yang baru dilantik, tidak mustahil gangguan yang berulang ini bertujuan untuk memberi gambaran buruk kepada parti yang sedang menerajui negeri itu.

Walaupun Amirudin Shari yang menerajui Selangor adalah daripada PKR, tetapi beliau diketahui sebagai penyokong kuat Azmin dalam apa yang dikenali sebagai Geng Kartel.

Dalam beberapa program dan protes terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang digerakkan Azmin sebelum ini, beliau tidak pernah ketinggalan hadir dan memberi sokongan kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Mana tahu dalam hatinya masih tersimpan perasaan sayang yang mendalam terhadap Azmin sehingga kini, walau tubuh dan jasadnya bersama PKR.

Untuk PRU15 akan datang, kuat desas-desus mengatakan Amirudin akan dipindahkan bertanding di Parlimen bagi memberi laluan PKR meletakkan muka baru mengambil alih tempatnya.

Maka, dari segi logiknya tidak penting lagi untuk Amirudin beria-ia mahu menunjukkan kerja baiknya di Selangor ini menjelang PRU15 akan datang.

Dengan kerap berulangnya gangguan air ini, ternampak seolah-seolah sabotaj ini sengaja dirancang, apatah lagi pembuangan itu dilakukan di sekitar kawasan yang sama di Rawang.

Kenapa tidak dilakukan pemantauan 24 jam atau kilang-kilang di sekitar kawasan itu dilawati oleh pihak berkuasa kerajaan negeri sebagai langkah awal bagi memastikan tiada sisa industi di buang ke dalam sungai?

Bagi kilang-kilang haram pula, mengapa dibiarkan terus beroperasi dan tindakan tegas tidak diambil?

Ternampak tujuan mencemarkan sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu tidak lain ialah untuk mempamerkan kepada rakyat Selangor tentang gagalnya PKR/PH mentadbir negeri dengan baik dan perlu diganti dengan parti lain.

Tambahan lagi, selain Azmin sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PN, gabungan itu juga telah mengumumkan barisan kepimpinan tertingginya yang memperlihatkan mereka sedang menuju persiapan ke arah menghadapi PRU15 secara agresif.

Walaupun ada pelbagai pihak dan agensi berkaitan hal ehwal air di Selangor ini, tetapi meletakkan beban penyelesaian kepada mereka untuk menangani dan mengatasinya, ia hanyalah cara penyelesaian yang dianggap biasa.

Boleh jadi melalui cara itu ia dapat diselesaikan dan boleh jadi juga gangguan air ini terus berulang lagi.

Cara luar biasa yang paling wajar untuk menangani masalah air ini ialah PKR mesti segera menukar Menteri Besar Selangor dan tidak membiarkan beliau kekal sehingga DUN dibubarkan.

Amirudin telah gagal, tidak boleh diharapkan lagi dan keberadaannya lebih lama amat membahayakan bagi PKR dan PH.

Meski tiada bukti atau petunjuk beliau terlibat atau bersekongkol atau bermain mata dalam kes gangguan air ini, tetapi dalam politik ia tidak memerlukan seorang itu dibuktikan bersalah atau dibawa ke mahkamah terlebih dulu baru tindakan hendak diambil.

Menyelamatkan Selangor adalah urusan politik dan PKR hanya perlu bertindak secara politik juga untuk menanganinya.

Menukar Menteri Besar adalah tindakan politik yang sah dan dibenarkan, lebih-lebih lagi tujuan murninya ialah menyelamatkan sebuah kerajaan negeri.

Disebabkan kerapnya gangguan air sejak kebelakangan ini, majoriti rakyat Selangor bukan saja sudah marah kepada Amirudin, malah mula hilang keyakinan kepada PKR.

Sebelum terlambat dan sebelum Selangor dijatuhkan dan tidak dapat diselamatkan lagi, menukar Amiruddin dengan segera adalah suatu kewajipan.

Azmin sebagai bekas Menteri Besar Selangor memang diketahui ingin merampas negeri terkaya itu untuk meletakkan orangnya sendiri, mungkin Hilman Idham sebagai Menteri Besar yang baru mewakili PN selepas ini.

Kepada PKR, jangan sampai sudah terhantuk, baru nak tengadah – nanti menyesal tak sudah. 

(Shahbudindotcom 11/11/2020)

BARU KENA KUTUK DAH MERAJUK? APA LA....

 Image may contain: one or more people


IBRAHIM MAT ISA


Bila kena kritik melalui kartun saja mula la bingit suruh ambik tindakan. Macam perangai Firaun tak boleh kritik! Dengan kartun pun takut 


PENGGERAK KOMUNITI MENGHABISKAN DANA RAKYAT?


RAKYAT MALASIA TAK PERLUKAN ABAH


PN tergesa-gesa tutup sekolah, 10 ribu pengusaha kantin merana

 


Penutupan sekolah di Semenanjung Malaysia dengan alasan mengelakkan jangkitan Covid 19 secara tergesa-gesa tanpa melakukan kajian mendalam amat dikesalkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah menutup sekolah tersebut telah menjejaskan 10,000 pengusaha kantin di seluruh negara ekoran penutupan sekolah sehingga 17 Disember ini.

"Ini (penutupan sekolah) dikhuatiri akan memaksa mereka untuk gulung tikar akibat ketidakmampuan menanggung bebanan kos operasi harian.

"Keputusan tergesa-gesa tanpa ambil kira nasib para pengusaha kantin adalah mengecewakan.

"Saya tuntut penjelasan dan tindakan segera dari kerajaan, terutamanya Menteri Pendidikan berhubung isu ini.

"Saya juga mendesak kerajaan untuk pertimbangkan cadangan memberi geran bantuan dan lanjutkan kontrak perkhidmatan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar turut menasihatkan kerajaan Perikatan Nasional pada masa hadapan agar lebih berhati-hati sebelum mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa hadapan.

"Saya nasihatkan kerajaan untuk fikir dan teliti setiap aspek sebelum membuat keputusan yang akan mengesankan rakyat terbanyak, terutamanya ketika zaman getir seperti hari ini," katanya lagi.

Penutupan sekolah di Semenanjung akibat PKPB dipertikai banyak pihak terutama kes-kes Covid 19 yang rendah di negeri selain Selangor. Namun kesemua negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang dikenakan PKPB sehingga 17 Disember depan.

 

MUHYIDDIN PM PERTAMA DITEMPELAK MP KERAJAAN


Bekalan air di Selangor pulih, gangguan akibat sabotaj?

 

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor dan Wilayah Persekutuan pulih pada pagi ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 2.40 pagi tadi secara berperingkat-peringkat setelah bacaan 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

"Sehingga jam 7.00 pagi ini, keempat-empat LRA telah selesai melaksanakaaktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Air Selangor telah melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air serta kolam-kolam imbangan dan telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara," kata LUAS dalam satu kenyataan.




Bagaimanapun, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian semalam berkata, terdapat unsur-unsur sabotaj dalam gangguan bekalan air terbaharu kali ini.

Katanya, insiden pencemaran itu juga didapati berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi memandangkan dalam tempoh sebelumnya, bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah merekodkan bacaan 0 TON.

Punca pencemaran didakwa berasal daripada loji kumbahan di Taman Perumahan Velox, Rawang

"Pada jam 2 pagi hingga 6 pagi, bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah adalah 0 TON dan kejadian ini mungkin berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi.

"Disebabkan itu, kita syaki ada unsur sabotaj dalam insiden kali ini kerana tinjaun mendapati berlaku pembuangan cecair pelarut di dalam lubang kumbahan IWK," katanya ketika perbahasan usul peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2021 sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor

Dalam sesi perbahasan itu juga Hee menegaskan pihak Kerajaan Negeri akan membuat laporan polis berhubung tindakan sabotaj berkenaan.

Terdahulu, LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 ditutup jam 6 petang semalam susulan pencemaran bau seakan bahan pelarut.

 

CECAIR VAPE TIADA NAKOTIN MENGAPA DIKENAKAN CUKAI?