OLEH: Amiruddin Ahmad
Bayan Baru-Pada 11 haribulan baru-baru ini, satu majlis penyerahan borang keahlian baru PKR telah diadakan di Pusat Kidmat masyarakat Dato Zahrain merangkap ahli parlimen Bayan Baru dimana seramai 3500 bekas ahli MIC dan 1500 ahli baru dari kaum India yang menyertai PKR telah menyerahkan borang keahlian kepada bekas Ketua Bahagian merangkap setiausaha MIC negeri Pulau Pinang En Nganasegaran .Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Bayan Baru,ADUN
Dalam ucapannya Sdr N. Nganasegaran menyatakan bahawa beliau telah di pecat oleh Presiden MIC Dato Sri S. Samy Vellu pada 8 Oktober baru-baru ini kerana di percayai menyokong PKR dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.Sementara itu ,beliau berterima kasih kerana PKR menerima mereka dan bahawa perjuangan PKR yang lebih mementingkan rakyat tanpa mengira bangsa,berjaya mencapai objektif kebudayaan nasional tanpa mengira bangsa dan agama dan jelas menentukan hala tuju dan bukan menuju kepada pembentukan budaya dan bangsa masing-masing sebagaimana yang diamalkan oleh parti-parti dalam komponen Barisan Nasional dan lebih mementingkan semangat Malaysia berbanding Barisan nasional yang mementingkan kaum dan ini tidak sihat untuk pembentukan negara Malaysia yang maju.
Dengan tutup MIC bahagian Bayan Baru keahlian dari bahagian berdekatan seperti Bukit Bendera ,Jelutung, Bukit Gelugor dan Balik Pulau juga dijangka akan menutup cawangan dan menyertai langkah yang diambil Nganasegaran.MIC telah kehilangan sokongan akar umbi apabila 2 calon mereka kalah dalam pilihanraya lepas iatu di DUN Bagan Dalam dan DUN Prai pada pilihanraya 8 Mac lalu.Bayan Baru mempunyai 13 cawangan dengan 3000 keahlian.
“Sekarang untuk bercakap,berfikir dan membina negara dengan satu penyatuan bangsa dan parti yang membentuk berdasarkan bangsa adalah tidak releven.Maka kerana itu barisan MIC Bayan Baru telah mengambil langkah awal menyertai PKR. Dengan jumlah keahlian 3500 dan 1500 ahli baru menyertai PKR saya yakin MIC pimpinan Sammy Vellu lumpuh khasnya di Bayan Baru, dan Malaysia amnya”, demikian jelas Nganasegaran.
“Kita ditakutkan dengan hanya mereka sahaja yang mampu memerintah negara.Pembentukan negara dengan acuan kita sendiri dan selamat dari ancaman was-ws sistem kehakiman yang adil dan makmur.Saya berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan lagi jumlah keahlian dengan beberapa rakan-rakan saya demi menegakkan negara Malaysia yang lebih progresif”.dengan nada bersemangat Nganasegaran berjanji untuk mencari keahlian baru dari kaum India dengan lebih ramai lagi.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada Sdr N Nganasegaran kerana memilih PKR sebagai wadah dan mrnjelaskan bahawa sebagai sebuah masyarakat yang dapat menentukan masa depan negara dan besama-sama berjuang membentuk masyarakat tanpa mengira ras-ras bangsa dan kaum.
“Orang-orang Melayu, Cina ,India yang miskin dipisahkan diantara kampong dan bandar dengan ini menimbulkan perasaan prasangka di antara satu sama lain.Marilah kita bersatu dan menentukan masa depan negara kita”.demikian ucapan ringkas Dato seri wan azizah ringkas dalam ucapan beliau.
Ketua umun PKR Dato Seri Anwar Ibrahim pula menjelaskan bahawa dengan kemasukan ini menandakan bahawa Barisan Nasional kini sudah tidak sesuai lagi kerana mereka hanya mementingkan golongan tertentu sahaja berbanding dengan rakyat terbanyak.Beliau juga menjelaskan betul matlamatnya adalah untuk membantu kaum Melayu agar mereka merasa selamat di negeri sendiri namun beliau juga harus membantu meningkatkan ekonomi bagi yang susah tanpa mengira kaum.malah Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang bijak dan amanah.Beliau seterusnya mengajak kaum Melayu,Cina dan India untuk keluar beramai-ramai dari Barisan Nasional bagi membentuk sebuah negara yang dapat memberi kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Betul saya orang Melayu dan saya mementingkan Melayu, dan saya mahu orang Melayu merasa selamat,namun saya juga berjanji untuk membantu semua rakyat Malaysia.Kita boleh berpakat dengan semua kaum untuk membina Malaysia yang kukuh dan kita mampu melakukannya tanpa rasuah dan tidak mementingkan golongan tertentu sahaja.malah kita mampu dan cukup untuk melakukannya.Kita negara yang kaya,tetapi yang kaya sedikit yang susah banyak ”, demikian tanya Anwar kepada hadirin dan di sambut dengan tepukan gemuruh.
Anwar seterusnya menjelaskan bahawa dengan keadaan ekonomi seperti yang berlaku kini, ianya sudah tentu akan bertambah buruk jika tidak diuruskan dengan baik.Malah beliau sendiri telah menjelaskan beberapa bulan dahulu bahawa ekonomi akan jatuh,kerajaan harus menyusun ekonomi dengan elok, namun semua memandang sebagai satu pandangan yang tidak perlu dihiraukan dan mengganggp beliau sebagai seorang yang hanya pandai bercakap dan pembohong demi untuk mendapatkan simpati masyarakat.tetapi kini semuanya telah berlaku.
“Dulu masa saya kata pasaran dan ekonomi akan jatuh ,pasaran saham dan ekonomi dan harga minyak juga akan turun. Mereka katakan saya hanya berbohong, Anwar cakap sahaja dia bohong sekarang semua yang saya kata berlaku kini. Dulu saya kata harga minyak boleh turun tapi mereka kata saya hanya menipu orang.”demikian jelas Anwar.
Beliau seterusnya menjelaskan lagi bahawa setiap insan harus menerima pendidikan yang baik dan dalam laporan badan pendidikan dunia tidak ada satu pun senarai Universiti di Malaysia yang tersenarai sebagai sebuah Universiti yang baik, berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan juga lain-lain negara ASEAN yang mempunyai Universiti yang terkenal.Kita mahu rakyat kita mendapat pendidikan yang baik dan mengangkat semua rakyat dan anak-anak kita supaya kita jadikan negara kita nombor satu dalam bidang pendidikan.Beliau mempersoalkan apakah dalam negara kita ini kekurangan orang cerdik pandai untuk diangkat sebagai pensyarah di Universiti-universiti untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia.
“Apa yang terjadi dengan pendidikan dalam negara kita sehinggakan tidak ada satu pun nama-nama Universiti kita yang tersenarai sebagai sebuah Universiti yang terkenal.Dimana silap kita dan dimana perancangan kita sehingga kita kalah kepada negara-negara jiran kita.Marilah kita sama-sama menjadikan negara kita sebuah negara yang mana anak-anak kita mendapat pendidikan yang baik demi mengangkat maruah negara dalam bidang pendidikan dan menjadi negara nombor 1 dalam bidang pendidikan dan ilmu.Dulu semasa kita mulakan dengan Universiti Malaya kita menjadi antara yang dipandang dunia. Apakah tidak ada Profesor Melayu, Profesor Cina dan Profesor India yang pandai dan kita angkat dia untuk anak-anak kita?.”, jelas Anwar lagi.
Anwar juga membicarakan tentang kenyataan berhubung 16 september, dan menjelaskan jika di India sekali pun dan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi undi tidak percaya adalah perkara yang biasa.Namun di Malaysia ini ianya berlainan. Hari isnin ialah dewan , dan item 1 ketua pembangkang untuk berucap mewakili rakyat Malaysia. Dan ini bermula 13 september ini “last round”.
“Saya kata bukan tak jadi tetapi belum jadi.Ada bezanya antara tak jadi dan belum jadi.maka kerana itu kita akan cuba untuk bercakap demi rakyat Malaysia”, demikin jelas Anwar mengakhirri ucapan dan seterusnya menerima borang kemasukan keahlian seramai 5000 orang.