SEDIAKAN TONG UNTUK KAMI


Mohd Asri Abu Bakar

Berkata-kata lah Menteri MEWA yg bodoh lagi bangang:  "Bulan 11 dan 12 ni..hujan banyak turun terutama sekali di sebelah Pantai Timur. Penduduk2 di KELANTAN terutamanya... yg kini mengalami krisis air bersih yg kritikal,  bolehlah menggunakan peluang tersebut untuk menadah air yg bersih yg di dalam tersembunyi rahmat oleh Allah swt. Air hujan itu di bawa turun ke bumi oleh para malaikat sebagaimana gerakan2 ombak di lautan. Gunakan peluang itu untuk terus di berkati.  Jgnlah kita kufur akan nikmat Allah swt...dan bersabar itu adalah intipati dalam Islam. Air tanah @ air hujan tu..sama sahaja. Gunakan peluang yg Allah berikan...jgn nak ngada2 sangat!!".


Ada dah orang KELANTAN yg bertanya.. "ok, kalau camtu...KERAjaan Kelantan tak boleh nak sediakan tong ker untuk kami?. Mercedez Benz RM400,000 boleh jer demo beli, takkan tong air pun tak boleh? Bodo snotty la puok2 mung nih..". 


Orang KELANTAN tak terasa hati ker dengan statement paling bodoh dari Menteri MEWA tu?. Terpulang lah. Tapi simpan lah sikit bodoh korang tu, untuk 7 keturunan lagi.



THE BONGGOKS : BELUM KENAL ORANG PERMATANG PAUH KOT YA.


Ibrahim Mat Isa


 Tak mudah untuk aku bersangka baik kalau kalau begini sikapnya!


LALANG dan GEDIK.



Kalau terus-terusan kenyataan seperti ini keluar dari pemimpin peringkat pertengahan Amanah, jangan harap aku akan berhenti untuk mengkritik.


Bukan kerana taksub kepada sesiapa, aku hanya setuju jika kenyataan bersama ataupun persetujuan di dalam konsensus yang diambil kira.


Jika ia cuma dibuat oleh individu tertentu seperti ini, tidak hanya menjemput persepsi buruk kepada Pakatan Harapan apa lagi Amanah sendiri yang dilihat seperti lalang, malah persefahaman di dalam pakatan sendiri terhakis. Apa lagi zaman orang akan kelahi sesama sendiri siang malam apabila ada riak kecenderungan yang tidak wajar.


Hilang jawatan, pakat meroyan tak tentu hala..

Bongok!



*IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT TADAHAN AIR HUJAN NEGARA*


MOHD BUKHARI


Dipelawa kepada seluruh warganegara yang berkelayakan untuk mengisi jawatan:

Nama Jawatan:

*PEGAWAI PERKHIDMATAN AIR HUJAN (PPAH)*

Gred/Gelaran Jawatan: *BH41/BOMOH HUJAN*

Taraf Jawatan:

*KONTRAK/ TETAP (Bergantung kepada kualiti air hujan)*

Gaji Pokok:

P1T1: *BOMOH HUJAN (RM2160 - RM5800)* GRED 41

P2T1: *PAWANG HUJAN (RM2300 - RM6200)* GRED 44

P3T1: *TOK BATIN HUJAN (RM2450 - RM7800)* GRED 48

P4T1: *MAHAGURU HUJAN (RM2850 - RM9350)* GRED 52

P5T1: *TOK GURU HUJAN (RM3500 - 12500)* JUSA C

*Bonus:*

1. Hujan Renyai² (RM250)

2. Hujan Gerimis (RM300)

3. Hujan Panas (RM400)

4. Hujan Lebat (RM650)

5. Hujan Tropika (RM800)

6. Hujan Monsun (1 bulan gaji)

7. Hujan Ribut & Petir (2 bulan gaji)

8. Hujan Melebihi 48 jam (3 bulan gaji)

9. Hujan menyebabkan Banjir:

(Kategori Banjir)

a) Banjir Mukim/ Daerah (Tawaran menjadi Exco)

b) Banjir Negeri

(Tawaran menjadi MB)

c) Banjir Meliputi 3 negeri (Tawaran menjadi Menteri)

*Bidang Tugas:*

Merancang, menyelia, menjampi, memantau jumlah tadahan air hujan untuk kegunaan rakyat di negeri² yang bermasalah dengan air paip.

*Sila hubungi:*

Yb Dato sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ( Merangkap Pengerusi Air Hujan SeMalaysia )

 

Perhutanan Sabah dedah kroni Musa miliki tanah balak lebih luas dari Singapura

 

Perhutanan Sabah dedah kroni Musa miliki tanah balak lebih luas dari Singapura

Jabatan Perhutanan Sabah mendedahkan saiz keseluruhan tanah Singapura ialah kira-kira 72,200 hektar tetapi keluasan tanah yang dimiliki kroni Tan Sri Musa Aman lebih luas iaitu 86,728 hektar.

Menurutnya, terdapat enam syarikat kroni Musa Aman yang menerima kontrak pembalakan bagi tempoh 34 tahun sehingga 100 tahun di Kalabakan, Tibow dan Serudong.

Empat syarikat yang beroperasi di Kalabakan ialah Usahawan Borneo Greenwood Sdn. Bhd. dan Golden Borneo Palm Sdn. Bhd. yang antaranya dimiliki Datuk Elbert Lim Yu Ming; Eco Green Estate Sdn. Bhd. yang dimiliki Mohd. Azreen Mohd. Amin Khan dan Hutan Kita Plantation Sdn. Bhd. milik Abd. Razak Mohd. Said.

Usahawan Borneo Greenwood Sdn. Bhd. mendapat kontrak seluas 14,158 hektar selama 100 tahun bermula 1997 hingga 2097, Eco Green Estate Sdn. Bhd. seluas 4,047 hektar dengan kontrak 100 tahun antara 1997 hingga 2097, Golden Borneo Palm Sdn. Bhd. seluas 26,794 hektar selama 34 tahun bermula 2006 hingga 2040 dan Hutan Kita Plantation Sdn. Bhd. seluas 7.076 selama 34 tahun bermula 2006 hingga 2040.

Satu lagi syarikat yang didedahkan ialah Jawala Plantations Industries Sdn. Bhd. milik Tan Sri Abdul Majid Khan dan Abd. Rahman Khan Hakim Khan yang beroperasi di Tibow dengan keluasan 11,043 hektar selama 100 tahun bermula 2015 hingga 2115.

Syarikat keenam ialah Kalabakan Borneo Resources Sdn. Bhd. yang turut dimiliki Datuk Elbert Lim Yu Ming yang beroperasi di Serudong dengan keluasan 23,610 hektar untuk tempoh 50 tahun antara 2018 hingga 2068.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd. Jaini berkata, lesen pembalakan yang diterima semua syarikat berkenaan adalah melalui FMU atau Lesen Persetujuan Pengurusan Hutan Lestari.

Katanya, FMU mula diberikan pada tahun 1997 ketika Datuk Seri Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri iaitu sebanyak 13 lesen manakala sehingga sebelum Mei 2018, sebanyak 33 lesen FMU telah dikeluarkan.

Tegasnya, tiada lagi lesen FMU dikeluarkan sejak Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah kecuali untuk Yayasan Sabah.

“Selepas Mei 2018, kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen FMU seperti sebelum ini, ada satu lesen itu pun untuk Yayasan Sabah kerana tanah adalah milik Yayasan Sabah,” katanya sebagaimana dilaporkan Borneotoday.

Sebelum ini, Seksyen 15 Enakmen Perhutanan membolehkan Ketua Menteri menganugerahkan terus mana-mana tanah kepada syarikat bagaimanapun enakmen itu telah dipinda agar turut memerlukan kebenaran Kabinet Sabah terlebih dahulu.

Bagaimanapun katanya, lesen berkenaan akan dikeluarkan terlebih dahulu kepada mana-mana syarikat, barulah syarikat itu akan berhubung dengan Jabatan Perhutanan untuk mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan.

“Semua lesen FMU yang dikeluarkan adalah kelas 2 iaitu untuk tujuan produksi atau pembalakan.

“Menteri iaitu Ketua Menteri akan anugerah dulu tanah, selepas itu Jabatan Perhutanan akan berikan syarat-syarat untuk dipatuhi seperti penanaman semula untuk memastikan hutan kita terjaga.

Tambahnya, walaupun kebanyakan syarikat tidak menepati syarat untuk penanaman dan pemuliharaan semula hutan, namun kerajaan mengalami kesukaran untuk membatalkan setiap lesen kerana syarat yang memihak kepada pemegangnya.

“Bila FMU dikeluarkan, ia seperti tiada jalan keluar, kami memerlukan nasihat daripada Pejabat Peguam Besar Sabah jika mahu membatalkan sesuatu lesen kerana banyak kemungkinan termasuk disaman,” katanya.

Mashor bagaimanapun tidak menyebut nama Musa dalam sidang akhbar berkenaan, namun nama-nama pemilik syarikat yang ada dalam senarai diberikan kepada media diketahui adalah kroni bekas Ketua Menteri itu.

PRN Sabah: Dapat tiket percuma balik mengundi

 

PRN Sabah: Dapat tiket percuma balik mengundi

Tiket percuma akan diberikan kepada rakyat Sabah yang tinggal di Semenanjung Malaysia balik pada hari pengundian pada 26 September ini.

Menurut Pengerusi BorneoCare, Spencer Klumai, pihaknya mendapat sumbangan dana bagi membantu menampung tambang kapal terbang bagi warga Sabah yang hendak balik hari mengundi nanti.

“Oleh kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap penduduk dan pengundi berdaftar, kita memberikan peluang kepada rakyat negeri ini termasuk pelajar serta mereka yang bekerja di semenanjung untuk balik mengundi pada 26 September ini.

“Setiap permohonan yang akan diluluskan perlulah mempunyai maklumat termasuk nama, nombor kad pengenalan, jadual penerbangan pergi dan balik yang dipilih, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengundi, alamat email pemohon dan nombor telefon.

“Mereka juga perlu menghantar gambar bukti pengesahan daftar pengundi dari laman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui aplikasi Whatapps kepada setiap agen terpilih,” jelas beliau.

Katanya lagi, antara wakil agen yang boleh dihubungi termasuklah Alice di talian 012-2929839, Maria: 011 26135788, Gwen Ng: 012 200 6243, Joel Jalleh: 016 2212 088 dan Edmund: 011-1208 1030.

Bagaimanapun tegas Spencer, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pengundi yang tinggal luar negara.


PM tidak patut ugut rakyat Sabah - Calon-calon KEADILAN

 


Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah hanya akan memberi bantuan kepada Sabah jika pengundi memilih parti kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 Dalam satu kenyataan, barisan calon KEADILAN berpandangan bahawa tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh seorang perdana menteri kerana menggunakan pendekatan "membeli" pengundi.

 "Kami merasa amat terkilan dengan kenyataan tersebut, ia seolah-olah menghina kebijaksanaan rakyat Sabah dalam membuat pilihan.

 "Sekiranya Perdana Menteri tidak mampu menjunjung semangat federalisme, menjadi Perdana Menteri untuk semua negeri. Sewajarnya Perdana Menteri meletak jawatan.

 "Perdana Menteri tidak harus mengugut rakyat Sabah dengan mengeluarkan kenyataan sebegini. Rakyat Sabah juga memahami budaya "Cash is King" yang cuba dibawa oleh kerajaan pimpinan," katanya.

 Calon-calon KEADILAN Sabah juga berpandangan bahawa rakyat negeri itu tidak pernah lupa siapa yang cuba menjatuhkan kerajaan sehingga PRN terpaksa diadakan.

 "Harus di ingat, PRN Sabah kali ini tercetus kerana gerakan lompat parti yang dibuat oleh rakan YAB Perdana Menteri sendiri

 "Kami yakin rakyat Sabah cukup matang untuk menolak politik helah yang cuba dimainkan oleh kerajaan persekutuan," katanya.

 Kenyataan tersebut dikemukakan oleh calon DUN Api-Api, Christina Liew Chin Jin, calon DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud, calon DUN Inanam, Peto Galim, calon DUN Klias, Abdul Rahman Yakub, calon DUN Sook, Raymond Ahuar, calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil dan calon DUN Matunggong, Sazalye Donol Abdullah.

 

Muktamar ke-66 buktikan Pas hanyalah parti pak pandir

 

Muktamar ke-66 buktikan Pas hanyalah parti pak pandir

RAMESH RAO DAKWA DAP MENERIMA SOFTWARE UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MELALUI FB ??


 

IBRAHIM MAT ISA


Ini dia BALACI ternakan Rosmah. Dengan bantuan cybertroopers Rosmah yang disebut oleh saksi mahkamah dalam kes dihadapinya, mereka mulakan kerja kotor ini.

 Walaupun dengan merekacipta pembohongan, mereka telah mula semarakkan fitnah kebencian terhadap DAP. Maka itu, anda semua mesti berhati-hatilah.

 Kepada cybertroopers rakyat, Sila serang balik, lawan balik dan jangan bagi peluang penipu penyangak dan pembelit agama dan bangsa ini bermaharajalela sampaikan rakyat diperkosa minda mereka.

Anda tonton video ini dan amati ungkapan si  BALACI ternakan BN ini. Lihat bagaimana licitnya ungkapan tapi penuh dengan penipuan.

Apa point dia?

 

~ DAP menempah software hebat untuk sebar fitnah dalam beberapa minit. Anda fikir Facebook tak gelak dengar BALACI ni punya auta? Dengan Whatsapp kepunyaan Facebook, mesej anda sampai ke penerima sebelum sempat anda kelip mata.

 

~ DAP guna isu tertentu setiap kali PRU. Semua isu kita akan bubuh dan hentam BN dan parti gabungan mereka. dan semua itu berfakta, lihat Nasib Najib bagaimana mahkamah menjatuhkan hukuman. Apa itu fitnah?

 

Justeru, laskar siber rakyat tak usah diam diri. Dapat maklumat seperti ini terus sebarkan. Penting supaya kita pintas pembohongan dari penyamun dan penyangak seperti Ramesh Rao ini dan perbetulkan supaya minda rakyat terima maklumat benar.

 

25 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA KE    >   UNTUK MEMBACA BERITA  AWAL PAGI. TERIMA KASIH KERANA MELAYARI WRLR. 

TERIMA KASIH

Kepada Ku Li: Ini Malaysia

 



OLEH: PENTADBIR

19.09.2020

Oleh Zairil Khir Johari

(Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP)

Saya tertarik untuk membalas laporan bertarikh 18 September 2020 di The Malaysian Insight yang bertajuk “Jangan jadi alat DAP, kata Ku Li pada anak muda Melayu”.[2]
 
Dalam laporan tersebut, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (lebih dikenali dengan panggilan mesra Ku Li) dipetik sebagai memberi saranan kepada anak muda Melayu dalam DAP agar “tidak dijadikan alat oleh kumpulan dalam DAP untuk menguasai negara ini”. Beliau kemudian menambah bahawa negara “ini asalnya Tanah Melayu… dan tiada tempat lain di mana orang Melayu boleh pergi.”
 
Sudah menjadi kelaziman bagi pihak media untuk mensensasikan petikan-petikan tertentu tanpa konteks yang sebenar. Namun sekiranya apa yang dilaporkan itu betul, maka saya merasakannya pelik kerana sebenarnya Ku Li sendiri yang telah mencadangkan agar saya menyertai DAP lebih 10 tahun dahulu.
 
Zaman Perubahan
 
Sekembalinya saya ke tanah air setelah tamat pengajian di United Kingdom pada akhir tahun 2006, saya mendapati Malaysia sedang mengalami gelombang politik yang makin ketara. Pada tahun 2007, dua demonstrasi besar-besaran, iaitu perhimpunan Bersih yang pertama diikuti dengan perhimpunan Hindraf, telah mencetuskan momentum yang telah mendorong kepada kejayaan bersejarah oleh parti-parti pembangkang DAP, PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008. Bukan sahaja pembangkang berjaya menidakkan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat yang sekian lama dinikmati Barisan Nasional (BN), mereka juga berjaya menewaskan BN di dewan-dewan undangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan.
 
Disuntik dengan semangat pembaharuan yang sedang menyemarak di negara, ditambah pula dengan penyertaan generasi anak muda di barisan hadapan politik, saya pun membuat keputusan untuk berkecimpung dalam kancah politik Malaysia.
 
Namun begitu, saya tidak pasti apakah cara yang paling afdal untuk menyertai politik kepartian. Saya berasa perlu mendapat nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang politik. Justeru, saya telah berjumpa dengan Ku Li, iaitu seorang rakan seperjuangan arwah ayahanda saya yang saya menganggap sebagai seorang mentor dan father figure.
 
Walaupun peristiwa ini telah berlaku lebih sedekah lalu, saya masih lagi boleh ingat dengan jelas perbualan yang bertempat di rumah putih Ku Li di Kuala Lumpur. Dengan penuh semangat, saya telah menyampaikan hasrat saya untuk menyumbang jasa kepada perjuangan untuk membawa pembaharuan dalam politik tanah air. Saya sedikit sebanyak ingin mengikuti jejak langkah arwah ayahanda saya yang semasa zaman mudanya telah memainkan peranan yang penting dalam peralihan politik yang telah berlaku di negara kita pada tahun 1957.
 
Ku Li telah menerima baik keinginan saya untuk menyertai perjuangan politik, malah menzahirkan kepercayaannya pada kemampuan saya untuk menawarkan khidmat bakti dengan terpuji. Beliau juga menyatakan dengan dukacita bahawa UMNO sudah pun menyimpang daripada perjuangan asal. Malah, seorang anak muda dengan idea yang berbeza sudah tentu akan menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga hierarki parti. Akhirnya, beliau mencadangkan sesuatu yang tidak saya sangkakan. “Mungkin kamu patut mempertimbangkan menyertai parti pembangkang kerana mereka lebih bersedia untuk memberi peluang kepada anak muda.”
 
Beliau kemudiannya bertanya di manakah ingin saya berpusat dari segi politik. Saya menjawab di Pulau Pinang kerana saya telah membesar di sana. Lalu beliau berkata bahawa sekiranya itu kehendak saya, maka pilihan pun jelas. “Saya percaya kamu mampu membawa impak jika kamu menyertai DAP.”
 
Maka itulah cerita bagaimana saya menjadi ahli DAP pada tahun 2010. Sehingga ke hari ini, Ku Li masih mengingatkan saya bahawa beliaulah orang yang menasihati saya agar menyertai DAP. Saya sememangnya amat menghargai nasihat yang beliau beri pada hari itu, kerana keputusan itu dibuktikan tepat dan telah membolehkan saya untuk berkhidmat kepada negara serta negeri Pulau Pinang.
 
DAP yang lebih rencam
 
Selama 10 tahun, saya bukan sahaja menjadi ahli DAP malah sebahagian daripada pucuk pimpinannya. Oleh itu, saya telah melihat dengan mata sendiri proses transformasi dalaman yang telah berlaku. Pada ketika saya memasuki parti, memang benar tidak ramai ahli Melayu, apatah lagi anak muda Melayu. Namun banyak yang telah berubah.
 
Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh parti untuk keluar daripada kepompong tradisi pengundi bukan Melayu dari kalangan kelas pekerja yang berpusat di bandar. Walaupun menghadapi rintangan-rintangan dalaman, namun hasilnya terserlah apabila DAP berjaya merencamkan barisan kepimpinan.
 
Daripada keadaan tidak mempunyai seorang pun wakil rakyat Melayu selama 18 tahun sejak tahun 1995, DAP telah berjaya memenangkan dua ahli parlimen dan seorang ahli dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Umum 2013. Bilangan ini telah dinaikkan tiga kali ganda pada tahun 2018 dengan kemenangan sembilan wakil rakyat Melayu (satu ahli parlimen dan lapan ahli dewan undangan negeri, dengan empat daripadanya dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri). Yang lebih menariknya, enam daripada sembilan orang itu berusia bawah 40 tahun.
 
Selain daripada kemasukan pemimpin-pemimpin Melayu yang muda, DAP juga mencipta sejarah apabila calon-calon orang asal di Sabah dan Sarawak juga berjaya memenangi kerusi pada tahun 2018.
 
Sekiranya dibandingkan dengan dahulu, rupa DAP pada tahun 2020 sememangnya jauh berbeza. Daripada sebuah parti yang lazimnya diwakili muka-muka bukan Melayu dan bukan Bumiputera, hari ini DAP sudah menjadi sebuah parti arus perdana yang mampu mengetengahkan barisan wakil rakyat yang sungguh rencam. DAP juga merupakan parti dengan nisbah wakil rakyat bawah usia 40 tahun yang paling tinggi.
 
Walaupun sudah banyak berubah, DAP tetap kekal dengan komitmen terhadap prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosial dan persaudaraan. Inilah nilai-nilai yang menjadi tunjang parti bagi perjuangannya yang tidak berasaskan kaum.
 
Betul ramalan Ku Li bahawa saya akan mendapat penerimaan dalam DAP sebagai anak muda yang beriktikad untuk melakukan pembaharuan politik. Malah saya boleh katakan bahawa kesanggupan DAP untuk menyambut kerencaman budaya dan idea inilah yang menyediakan landasan bagi saya dan anak-anak muda lain yang berhasrat untuk membina negara Malaysia yang adil dari segi sosio-ekonomi dan mampu memberi peluang kepada setiap seorang warganegaranya.
 
Saya selalu menghormati nasihat Ku Li sebagai seorang tokoh negarawan, malah saya telah berjaya dalam politik kerana nasihatnya. Namun pada ketika ini saya ingin mengingatkan Ku Li bahawa negara ini Malaysia, dan tiada tempat lain di mana orang Malaysia boleh pergi. 


[1] https://www.themalaysianinsight.com/s/273242

[2] https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/v/273228

 

Bertahun-tahun berperang politik, tuduh menuduh dan bawa berita tidak benar

 Image may contain: 9 people, text that says "#Semuan bayar guna DUIT CUKAI RAKYAT Selamat berkenalan dengan ROSMAH BIRKIN ARMY GU GANGUTARA ZR GANG PAPAGOMO RM20,000 NADI RAKYAT RM18,000 MIK RM15,000 CYBERTROOPER FB TWITTER RM10,000 SUARA FAISAL RBF RARZA RM15,000 SALIM ISKANDAR @ PARPUKARI ABDUL JALIL (MYKMU) RM20,000 RM15,000 SUARA GENERASI BARU (SGB) RM20,000"


IBRAHIM MAT ISA


UMNO menuduh DAP punya laskar siber untuk membantu sebarkan berita (kononnya fitnah). Sementara UMNO pula tubuh satu jabatan bernama JASA dengan tersusun ada payroll tertentu.

Dan baharu ini didedahkan saksi di mahkamah bahawa keanggotaan laskar siber berbayar sekian banyak yang dipunyai oleh Rosmah. Itu baru bini kleptokrat!

Kalau si kleptokrat sendiri bagaimana?

Pada akhirnya, fitnah bahawa RED BEAN ARMY Yang kononnya kepunyaan DAP tidak pernah dapat dibuktikan.

Kenapa? Dalam dunia maklumat hujung jari ini tak dapat kesan di mana berpusatnya RBA itu? Apa logistik mereka? Berapa anggota dan berapa upah?

Buktikan dengan fakta kami nak tengok!

Aku juga jeles selalu dituduh barua DAP, anggota RBA bla bla bla... Padahal seduit pun DAP tak bayar aku nih .

Masih tak percaya RBA itu rekaan UMNO?

Salam terajang buat kalian seteru politik. Aku akan terus lawan walau tiada upah. Biar orang kata gila atau bodoh atau tunjuk hebat, jangan harap aku delete apps Facebook ni.. Twitter pun..

Sekian

 

ISU BAHASA MANDARIN DI PORTAL SPRM

 

ISU BAHASA MANDARIN DI PORTAL SPRM

1. Makna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti dalam pecahan (6) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Bahasa rasmi ialah bahasa yang mesti digunakan dalam pentadbiran di tiga tahap, iaitu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.

2. SPRM sebagai badan berkuasa awam mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, termasuk dalam portalnya. Sesudah 63 tahun merdeka tidak wajar ada alasan untuk mana-mana pihak tidak memahami bahasa negara. Sesudah Mandarin, adakah SPRM akan memenuhi keperluan kaum-kaum lain atas alasan tidak memahami bahasa kebangsaan?

3. Peristiwa itu dan beberapa banyak yang lain memberikan isyarat jelas supaya kerajaan perlu lebih tegas dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan, termasuk syarat kewarganegaraan dan pelaksanaan ujian bahasa kebangsaan yang membolehkan warganegara mengikuti kursus bahasa kebangsaan berdasarkan pencapaian dalam ujian itu. Pada tahun 1960-an dahulu ada kelas dewasa untuk celik huruf masyarakat di luar bandar dan kaedah yang sama boleh digunakan untuk kelas bahasa kebangsaan kepada masyarakat umum.

4. DBP telah lama menyediakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan modul kursus bahasa untuk pelbagai peringkat, termasuk untuk warganegara Malaysia, selain UKBM untuk pelajar dan pekerja asing.

Awang Sariyan Kembara Bahasa Melayu Mahawanga

19.9.2020

 

GUNA NAMA ISLAM-TAPI MENJATUHKAN TAHAP ISLAM ITU SENDIRI KEDAH MB KETAWA ,KELANTAN TADAH AIR HUJAN,GAMIS HINA OKU-AKAI ADA KA???(VIDEO)

 

DAPSY Damansara kecam tindakan pemimpin GAMIS hina golongan OKU


Oleh DAPSY Damansara

Sosialis Muda DAP (DAPSY) Damansara ingin menzahirkan rasa kekecewaan terhadap tindakan Presiden Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee yang menghina golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam muatan video ke laman sosial Twitter.

Video itu menunjukkan kawannya yang berpura-pura menyamar sebagai seorang OKU bagi tujuan mendapat petak tempat letak kereta OKU di sebuah masjid, di mana lakonan tersebut memperolok dan mempersenda golongan OKU.

Adalah pengetahuan umum bahawa petak tempat letak kereta OKU disediakan untuk kegunaan golongan yang mempunyai masalah mobiliti dan lain-lain agar dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa.

Penyediaan petak tempat letak kereta OKU bukan sekadar melukis petak tempat letak kereta yang lebih besar.

Ia memerlukan banyak pertimbangan, dari kelandaian tanah, penyediaan “ramp” dan “railing” untuk golongan pengguna kerusi roda, dan sebagainya, supaya hak golongan OKU untuk bebas menjalankan aktiviti harian, menjadi warga yang produktif, dan mendapat akses kepada perkhidmatan terpelihara.

Kami percaya bahawa usaha yang dilakukan oleh pihak masjid, lain-lain pemilik premis dan juga pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan untuk golongan OKU tidak patut disia-siakan sebegitu dan disalahguna oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab malah mempersenda golongan OKU.

Kami juga amat kesal bahawa tindakan Timbalan Presiden GAMIS berlaku di perkarangan masjid, padahal dia perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik seperti nilai-nilai murni yang dipupuk dalam Islam.

Sementara politik anak muda hangat dibincangkan pada masa ini, DAPSY Damansara ingin tekankan bahawa politik muda itu juga merangkumi perspektif dan polisi yang lebih empati kepada cabaran masyarakat termasuk golongan OKU.

Biar kita membantu, bukan mempersenda.




WARISAN MESTI MENANG BESAR SEKAT PRU 15 HUJUNG TAHUN