IBRAHIM MAT ISA
UMNO menuduh DAP punya laskar siber untuk membantu sebarkan
berita (kononnya fitnah). Sementara UMNO pula tubuh satu jabatan bernama JASA
dengan tersusun ada payroll tertentu.
Dan baharu ini didedahkan saksi di mahkamah bahawa keanggotaan
laskar siber berbayar sekian banyak yang dipunyai oleh Rosmah. Itu baru bini
kleptokrat!
Kalau si kleptokrat sendiri bagaimana?
Pada akhirnya, fitnah bahawa RED BEAN ARMY Yang kononnya
kepunyaan DAP tidak pernah dapat dibuktikan.
Kenapa? Dalam dunia maklumat hujung jari ini tak dapat kesan di
mana berpusatnya RBA itu? Apa logistik mereka? Berapa anggota dan berapa upah?
Buktikan dengan fakta kami nak tengok!
Aku juga jeles selalu dituduh barua DAP, anggota RBA bla bla
bla... Padahal seduit pun DAP tak bayar aku nih .
Masih tak percaya RBA itu rekaan UMNO?
Salam terajang buat kalian seteru politik. Aku akan terus lawan
walau tiada upah. Biar orang kata gila atau bodoh atau tunjuk hebat, jangan
harap aku delete apps Facebook ni.. Twitter pun..
Sekian