YB NORMALA KATA TENANG AKAN TENANG DIBAWAH PAKATAN

PAHANG PERLU 5% SOKONGAN UNTUK PR MEMERINTAH


DARI http://www.suarapakatandaily.com/


OLEH:Amiruddin Ahmad



Datuk Fauzi (kanan) ditemui selepas mesyuarat PKR

Temerloh- Datuk Fauzi Abd Rahman menjelaskan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR negeri diTemerloh baru-baru ini.Menurutnya, Pahang hanya memerlukan 5% sahaja undi bagi pakatan memerintah negeri tersebut.

Beliau mengulas dakwaan bahawa PKR Pahang tidak berinovasi dari segi gerak kerja yang di jalankan.Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat negeri dan seterusnya merasmikan kejohanan Fusall di Temerloh yang di sertai oleh lebih 36 pasukan di sekitar Pahang.

“Jika 5% undi yang di perolehi itu menjadi kenyataan maka Pakatan Rakyat Pahang akan menjadi pemerintah dan beri kami masa 2 tahun bagi mengumpul duit untuk rakyat Pahang yang selama ini di bawah BN dan menanggung hutang yang banyak untuk dijelaskan .

“Semua ini akan di uruskan oleh Fuziah Salleh sebagai peneraju utama PKR negeri . Kita yakin dengan formula 5% ini dan kita akan mendapat
19 kerusi baru iaitu 19+4+1, iaitu di mana 19 kerusi baru di tambah dengan 4 sedia ada dan 1 bebas, maka kita akan mempunyai 24 kerusi untuk menjadi pemerintah negeri Pahang,” katanya.

Menurut Datuk Fauzi lagi,di kawasan FELDA dan kawasan Orang Asal , misalnya di Kuala Krau PKR telah berjaya menembusi dan menubuhkan 10 ranting PKR di situ. Begitu juga di Paya Besar yang mempunyai 14 rancangan FELDA, PKR telah mempunyai ranting di 14 kawasan tersebut dan ada yang telah mempunyai jawatankuasa penajanya .


Sementara itu Pusat Latihan PKR Negeri di Bukit Faser akan di jadikan pusat latihan untuk PKR mengendalikan sebarang program dan kursus yang akan dibuat oleh pihak PKR negeri .

Ketika ditanya desas desus beberapa tokoh utama Umno yang akan menyertai PKR negeri, beliau dengan yakin menyatakan bahawa ada yang pernah menjadi mantan ADUN ngeri , mantan EXCO negeri, mantan ahli parlimen. Mereka menghubungi beliau dan ada juga yang beliau hubungi bagi menyatakan pendirian menyokong PKR.

“Ini membuktikan bahawa jika mereka ini menyertai dan menyatakan sokongan kepada PKR negeri, kita yakin pengaruh mereka juga banyak dan akan menguatkan gabungan Pakatan Rakyat di negeri Pahang dan seterusnya menawan Pahang dalam pilihanraya yang ke 13. Kita yakin Pahang akan menjadi negeri yang seterusnya jatuh dan PR bakal memerintah Negara,” akhirinya.

PORTAL SUARAPAKATAN DAILY DILANCAR

http://www.suarapakatandaily.com/

Akbar Portal berbahasa Melayu suarapakatandaily.com telah di lancarkan hari ini.Portal yang menyerupai Malaysikini itu di lancarkan dengan domain dot com bagi memberikan info terkini bersama suara rakyat bagi memeriahkan ruang dunia cyber alam maya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia samada dalam negara atau luarnegara dan juga kepada semua yang boleh membaca dalam bahasa Malaysia diwar-warkan kewujudan sebuah portal berita semasa dan harian hasil kesinambungan web erapakatan.com dan oleh dengan kerjasama bloger berpengalaman dan juga penulis yang berpengalaman untuk meneruskan misi dan visi memperkasakan harapan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan kepada negara kita ini.

KES PENGARAH CABOK DAPAT PERHATIAN KEMPEN GURU TERTINDAS







"I did not campaign. I was speaking to my subordinates. It is our right to identify which (political parties) our teachers are supporting," said Markom (right) when contacted today."If they are found to be against the government, we will call them up and send them for courses to let them understand that a government servant should not be against government policy."

"Saya tidak berkempen, cuma memberi ceramah kepoada para guru.Ianya menjadi hak kami untuk mengenalpasti guru-guru yang menyokong parti politik mana", Jika mereka didapati menyokong partimpembangkang dan menentang pihak kerajaan, kita akan memanggil mereka dan menghantar mereka berkursus supaya mereka memahami bahawa kakitangan kerajan tidak boleh menentang kerajaan", jelas PENGARAH CABUK ...kepada Malaysiakini.





"We are hired (makan gaji) by the government. So we should not go against the government. Whatever the policy is, we just follow."

"Kita dibayar gaji oleh kerajaan , maka kerana itu kita mesti menyokong kerajaan dan tidak menentang polisi yang di perkenalkan,kita hanya mengikutnya." demikian jelas PENGARAH CABUK LAGI







KALAU IKUT KATA MAT SABU....ORANG YANG CAKAP MACAM NI ADALAH ORANG JAKUN...


Inilah terjemahan sedikit sebanyak apa yang beliau ucapkan kepada wartawan Malaysikini.Beliau bercakap seolah-olah guru itu adalah robot dan buta tuli macam beliau juga.Pengarah semacam ini tidak akan membangunkan minda para pelajar dan juga kaum guru.


Pengarah seperti ini dilihat berat sebelah dan harus di ambil tindakan tatattertib ,perintah AM Bab C dan D, kerana melangar etika kerja penjawat awam yang jelas berkempen untuk parti politik.KGT mahukan mana-mana peguam mengambil tindakan undang-undang bagi menjelaskan maksud perintah AM Bab C dan D sebagaimana yang di kenakan kepada semua penjawab awam.

Pihak KGT mahu pihak peguam melihat kes ini sebagai serius kerana sehingga kini hanya beliau seorang sahaja yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan seakan-akan menjadi wakil rakyat atau dengan lebih tepat lagi ADUN.


KGT juga mahu beliau melepaskan jawatan dan bertanding di atas tiket Umno di mana-mana kawasan di Johor atau di mana-mana negeri baik yang di perintah Pakatan Rakyat atau Barisan nasional.


KGT juga mahukan beliau memohon maaf secara terbuka kerana telah dengan sengaja mahu memindahkan guru ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dan secara lalai gagal menjalankan tugas kerana kawasan dan negeri di bawah pentadbiran beliau kekurangan sebanyak 450 dan ini membantut dasar kerajaan.

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.(MALAYSIAKINI)


KGT juga mahukan ibubapa di kawasan Pasir Gudang tampil membuat laporan berhubung dengan ketidakcekapan pejabat pelajaran Johor kerana membiarkan sessi persekolahan di Pasir Gudang berjalan tanpa guru.Ini adalah kerana ianya terletak di bawah pentadbiran PENGARAH CABUK.


KGT juga mahukan pembelaaan diberikan kepada Makrof yang mengajar di SK Tenang dan dijangka ditukarkan kesekolah baru sekolah baru yang terletak kira-kira 200 km dari situ.