Mohd Farul Al Qasas.
Dalil boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan kepentingan. 🥴
Najib Bakar
Usetad Azman Sulaiman qazaf mohon maaf. Hampa nilai lah sendiri macam mana.
Aku dah jalankan tugas aku. Terpulang kat KPM nak buat apa.
Report SISPAA pun lebih dari 10 rasanya. Terus ada hashtag PM10. 🙄
Aku akan meneruskan misi memburu walaun ekstremis.
*Hat ni tak jadi nasi kerabu, dia transform jadi bangunan pulak dah...
MSO
Serangan dan kritikan terhadap PM ke 10 tidak ada waktu rehat, Anwar saban waktu disindir, dikritik siang malam. Menyedihkan ada bersifat fitnah disiang bolong. Pengkritik sudah tak peduli lagi halal haram apa dibuatnya.
Apa diistilahkan pemfitnah itu sebagai penjahat tidak sedikit terfikir akan kesungguhan Anwar bekerja mengejar masa dan menghambat waktu untuk mengkhodakan baktinya kepada bangsa yang tertinggal 25 tahun lalu. Perhatilah Anwar bekerja dengan penuh keinsanan, tiada istirehat langsung pasti dapat menghayati betapa komitednya dia kepada rakyat dan negara jika dilihat dengan mata hati bukan mata kebencian.
Barangkali nasib Anawar jadi PM dalam waktu rakyat hilang alat penilai budi dan adat sopan. Saya sendiri letih dan kesihan lihatnya berhadapan dengan kritikan itu dan usahanya untuk menyakinkan rakyat tidak kira dimana tempat dilakunya.
Diharap PM tidak terlebih memberi respon kepada pengkritiknya. Seeloknya biarlah kritikan itu berlalu dan pihak lain seperti anggota kabinetnya yang jawab dan menjelaskan. Beliau bercakap soal dasar dan pembaharuan saja.
Anwar tidak patut melakukan semua sekali, mengail, menyiang dan menggulai. Dia hanya perlu tunggu hidangan sahaja.
Tugas menjawab cacian sindiran biarkan kepada media atau institusi dibentuk khas untuk memberi penjelasan dan menjawab segala kritikan itu.
Beliau bekerajaan sekarang bukan pembangkang lagi.
PM patut beri kepercayaan kepada pihak berkenaan dan jangan penat tubuh menjawab hal hal remeh dari para penjahat. Kadang ternampak PM hanya seperti mengibas angin saja. Trims.
A. WALAD A. HADI
Apa sudah jadi dgn masyarakat kita?
Masuk akal atau tidak rakyat negara kita mengetawakan berita Microsoft melabur RM10.5b?
Sinis. Pesimis, suka sangka buruk, bukanlah penyakit mental, tetapi sifat keperibadian di mana seseorang mempunyai pandangan hidup yang lebih negatif (realistik?). Seorang pesimis biasanya menjangkakan hasil yang tidak menguntungkan dan curiga apabila keadaan kelihatan baik-baik saja. Pesimisme bukanlah sifat yang diingini oleh kebanyakan orang.
ANAK SG DERHAKA
Bila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 ini dan menyifatkannya sebagai yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini, riuh rendah walaun mempertikaikannya.
Mereka mendakwa itu bukanlah yang paling tinggi dalam sejarah kerana ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri gaji yang dinaikkan adalah sehingga 35 peratus..
Untuk rekod, Pak Lah ialah Perdana Menteri Malaysia dari UMNO/BN pada tahun 2007 ketika beliau mengumumkan perkara tersebut.
Memeng benar Pak Lah umumkan kenaikkan gaji sehingga 35 peratus, tetapi ianya bukanlah bagi keseluruhan Gred Penjawat Awam..
Yang menerima kenaikkan gaji sebanyak 35 peratus ketika itu ialah kakitangan dari Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II, iaitu kakitangan dari Gred 1 hingga Gred 16 sahaja..
Masa tu (tahun 2007).. Pendapatan bagi Gred 1 ialah RM800 sebulan..
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I, iaitu kakitangan dari Gred 17 hingga Gred 40 menerima kenaikkan gaji 25 peratus..
Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional, iaitu kakitangan dari Gred 41 hingga Gred 54 pula menerima kenaikkan gaji 15 peratus..
Bagi Kakitangan Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, Gred VU7 hingga VU1 serta VK7 hingga VK5 kenaikkan gaji mereka ialah sebanyak 7.5 peratus sahaja..
Ada perbezaan peratus kenaikkan bagi empat kategori Kumpulan Perkhidmatan itu, bukanlah keseluruhan Kumpulan Perkhidmatan mendapat kenaikkan gaji sehingga 35 peratus sebagaimana yang walaun sebarkan itu..
Jadi.. banyakkan membaca.. dengan membaca kita sukar untuk diperbodohkan…
"...diberi pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta-merta."
Baca pengampunan penuh Sultan Kelantan semasa Baginda jadi YDPA terhadap PMX.
Jadi, yang buat dosa qazaf tu, taubat nasuha la, dan jangan ulangi. Sekadar mengingatkan sesama Muslim.
*Tarikh 16 Mei 2018. Birthday aku pulak tu. ☺️
Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata syarikat teknologi gergasi Microsoft bakal menyuntik pelaburan sejumlah
RM10.5 bilion (AS$2.2 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang di Malaysia.
Perdana Menteri (PM) berkata,
perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella
yang melakukan kunjungan hormat bersama delegasinya di Putrajaya hari ini.
"Pelaburan ini meliputi
pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan kecerdasan
buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang,
penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan
keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di
Malaysia," kata Anwar dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar yang juga Menteri
Kewangan berkata jumlah pelaburan itu adalah yang terbesar pada satu-satu masa
oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.
"Malaysia menyambut baik
keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi
negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan
kestabilan politik.
"Pelaburan ini selari dan
akan menjadi pendukung utama kepada fokus Kerajaan dalam membangunkan kapasiti
AI dalam negara," ujarnya.
Dalam pada itu selesai
kunjungan hormat tersebut, Perdana Menteri dan Satya kemudiannya menghadiri
Forum Kepimpinan AI Nasional di Putrajaya.
"Kami sempat berdialog
terkait perkara yang menyentuh hal teknologi yakni AI dan perancangan Kerajaan
bagi mempersiapkan negara dengan arus perubahan ini.
"Semoga kerjasama Malaysia
dan Microsoft ini dapat membawa manfaat yang cukup besar kepada negara dan
rakyat keseluruhannya," katanya.
Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei semalam, ajan paling menarik yang dibawa PMX ialah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam bermula 1 Disember depan.
Katanya, kenaikan yang diberi nanti melebihi
13 peratus merupakan tertinggi dalam sejarah dan melibatkan peruntukan dana
sebanyak RM10 bilion.
Komponen penting dalam kenaikan tersebut ialah
penjawat awam gred rendah akan menerima kenaikan lebih tinggi antara 25 hingga
30 peratus, selain menjadikan pendapatan minimum mereka melebihi RM2,000
sebulan.
“Pada masa ini pendapatan minimum penjawat
awam adalah pada kadar RM1,765. Ini tak munasabah.
“Maka tahun ini kriteria ukuran baharu sistem
saraan iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap penjawat awam mesti
lebih RM2,000,” katanya lagi.
Memberi kenaikan gaji penjawat awam bermula I
Disember ini, setelah awal tahun ini mereka sudah diberi bayaran insentif
sebanyak RM2,000 dan saguhati Hari Raya Aidil Fitri RM500, bermakna ini kali
ketiga mereka memperolehi laba bagi tahun 2024 ini.
Pendeknya, ini bukan lagi durian runtuh,
tetapi umpama musim durian berbuah tiga kali dalam setahun.
Meski difahami pemberian itu sebagai tanda
penghargaan kerajaan terhadap khidmad penjawat awam, di samping untuk
menyeimbangkan pendapatan gred rendah dengan tinggi, tidak dapat dinafikan ia
juga difahami bertujuan agar kakitangan kerajaan sentiasa menyokong parti-parti
yang sekarang membentuk kerajaan perpaduan sehingga PRU16 akan datang.
Turut tidak dapat dinafikan, kecenderungan
memberi kenaikan ini adalah kesan daripada sokongan majoriti penjawat awam
kepada parti bukan PH/BN dalam PRU15 lalu dan PRN tahun lepas.
Banyak kajian selepas kedua-dua pilihan raya
tersebut menyimpulkan sokongan penjawat awam kepada blok pembangkang yang ada
sekarang adalah sekitar 70 peratus, malah kemenangan PN di kerusi Parlimen
Putrajaya buat pertama kali pada PRU15 adalah merupakan mercu tanda ke mana
arah mana hati dan jiwa kecenderungan mereka.
Dengan kenaikan gaji ini, harapan besar dan
barangkali harapan setinggi KLCC di dada Anwar ialah agar penjawat awam kembali
menyokong PH/BN dalam PRU16 akan datang, seterusnya mengekalkan lagi beliau
sebagai Perdana Menteri.
Sebagaimana diketahui umum, selain PH mahu PMX
kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua, BN melalui kenyataan Zahid
Hamidi baru-baru ini juga mempunyai komitmen yang sama.
Bolehkah harapan itu menjadi kenyataan?
Sejak semalam, selain meneliti perkembangan di
media, saya juga ada ramai kenalan dan saudara mara yang bekerja sebagai
penjawat awam, tetapi secara umumnya respon mereka didapati agak dingin dan
mendatar.
Yang tampak gembira dan melonjak dengan
kemurahan hati Anwar nemberi kenaikan gaji itu hanyalah penyokong-penyokong
tegar kerajaan madani.
Malangnya, mereka itu bukanlah pula penjawat
awam.
Kakitangan awam didapati masih bersikap tunggu
dan lihat terhadap kenaikan gaji yang bakal mereka terima pada 1 Disember
nanti.
Tidak kurang yang bimbang kos sara hidup dan
harga barang akan menaik lebih tinggi sebelum pun kenaikan gaji itu mereka
terima.
Harap-harapnya berita gembira yang diumumkan
PMX semalam tidak seperti memakai kain singkat – tutup atas, paha terdedah dan
tutup bawah, dada terdedah.
Pengundi yang bukan penjawat awam diberi apa?
– ShahbudinHusin 2Mei2024.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
tidak menolak kemungkinan memanggil semula Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri
Ramli berhubung siasatan dakwaan kes salah guna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,
berkata keputusan untuk memanggil semula Pesuruhjaya PAS Perlis itu atau
sebaliknya, tertakluk kepada keperluan siasatan.
“Bergantung kepada hasil siasatan,” katanya
ringkas kepada BH.
Beliau berkata demikian ketika ditanya
kemungkinan SPRM akan memanggil semula Mohd Shukri selepas ini.
Semalam, Azam mengesahkan Mohd Shukri ditahan
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan
salah guna kuasa.
Beliau bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan
SPRM selepas hampir lapan jam diambil keterangan.
Mohd Shukri sebelum itu ditahan pada jam 11
pagi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Difahamkan, beliau disiasat mengikut Seksyen
23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa.
Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan
prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di
seluruh Perlis sejak 2022.
Media sebelum ini melaporkan anak kepada
Menteri Besar Perlis itu antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi
membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah
RM600,000.
Malah, SPRM dilaporkan sedang menyiasat
seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa
syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek
pembekalan dianggar bernilai RM300,000.
Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa
syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang
membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai
mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Aku cukup marah bila kwn2 walaun Dun Pantai Merdeka tak penah kabor awal ada event mcm ni. Tau la beza sokongan politik, tapi event mcm ni kena bgtau kt kwn2. 🤣🤣
Negeri kita oghang nak amik dah !!!!
Alhamdulillah. Layanan yang amat baik oleh kerajaan terhadap penjawat awam. Tak anggap mereka seperti 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 yang dibayar gaji ikut suka.
Pastinya ada perincian bagaimana akan dilaksanakan nanti. Tunggulah. Beginilah bila wang negara tidak disalah untuk anak, menantu dan keluarga.
Cuma, harapnya kerajaan dapat pantau kenaikan harga barang. Bila penjawat awam naik gaji, peniaga pun mulalah fikir nak naik harga barang. Kesianlah pekerja swasta yang tak dapat apa. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Ibnu Ripin
Assalamualaikum
Sedih jugak tengok di aeon mall kb
Church/texas chicken dan kfc
Kedua2nya american franchise
Church/texas chicken, msian owner
non muslim, kedai penuh
Kfc, msian owner muslim, kosong teruss
Kfc dah bertahun2 bayor zakat. Peneraju halal f&b msia dan singapore...dari zaman dulu lagi kalau msk singapore, blh carik kfc sebab halal, bwh group dia ada industri ayam halal ayamas dan sos2 halal life brand
Kalau tutup semua business ni, agak2nya kalah lah israel yea
Wallahuaklam
Najib Bakar
Ok next cikgu walaun. Ustad. Di SK Chicha Menyabong Kelantan.
https://www.facebook.com/azman.sulaiman.39?mibextid=ZbWKwL
Dia lupa agaknya pengampunan penuh PMX oleh Sultan Kelantan semasa Baginda menjadi YDPA.
Baginda beri pengampunan penuh sebab percaya kes itu adalah konspirasi politik peringkat tertinggi.
Mai tang ustad ni, dia qazaf teruih.
Silalah bagi sepatah dua kata sebelum akaun dia kena lock atau hilang dari dunia maya.
Elok jugalah beramai-ramai SISPAA kan saja.
MSO
Ketika berucap dihari pekerja Anwar menarik perhatian khalayak tentang sindiran terhadap beliau sebagai PM bekas banduan, katanya dengan nada agak lirih berkata dia tidak tersinggung tuduhan begitu kerana ia reality.
Menjadi banduan kerana perjuangan demi rakyat sebenanya tidak memalukan.
Begitulah tingginya jiwa tasamuh Anwar Ibrahim tida meleting kepada sesuatu yang hakikat yang tidak pun menggurangkan nilai dan harakat yang ada kepadanya. Bahkan sikap itu mendarjahkan lagi nilai keperbadiannya. Trims.
Mohd Fairul Al Qasas
Ada pegang haram melabur dalam ASB, sebab fatwa Selangor kata haram.
Ada pegang harus sebab fatwa Kebangsaan kata harus.
Ada kata fatwa Selangor lagi kuat sebab fatwa negeri boleh dikuatkuasakan, banding dengan fatwa Kebangsaan lebih bersifat pandangan.
Kenapa haram? Sebab ASB turut pegang saham dalam Maybank yang ada perniagaan riba.
Tapi kenapa Fatwa Kebangsaan kata harus? Sebab dia melihat kepada maslahah yang lebih besar untuk umat Islam.
Antara hujahnya PNB melalui ASB dll pemegang kepada banyak aset orang Islam.
Maybank pula bank terbesar di Malaysia dan dikatakan lebih besar dari Bank Islam terbesar dunia iaitu Ar Rajhi.
Tapi ada gaduh tak Fatwa Selangor dan Kebangsaan?
Ada kempen tak untuk ikut mana-mana fatwa?
Kau baca, kau faham, kau amal.
Sebab masing-masing ada hujahnya.
Ok masuk bab boikot.
Sakan kempen boikot. Siap marah orang tak boikot.
Malukan orang yang tak boikot dengan ambil gambar dan video mereka.
Gelar mereka dengan gelaran buruk.
Buat animasi buruk,
Kemudian paling teruk ganggu mereka makan dengan demonstrasi dan ugutan.
Sedangkan KFC Malaysia itu milik orang Islam.
KFC Malaysia bayar zakat
85% pekerja KFC Malaysia adalah Islam.
KFC Malaysia juga bina rangkaian bekalan bahan mentah dari kalangan orang Islam.
McDonald's Malaysia juga dimiliki oleh orang Islam dari Saudi.
McDonald's Malaysia bayar zakat
McDonald's Malaysia ramai pekerja Islam
McDonald's Malaysia beri latihan dan peluang kerja kepada OKU.
Pekerja KFC dan McDonald's Malaysia bayar zakat, bagi derma dan sara keluarga.
Sekarang laporan mengatakan lebih 100 kedai KFC telah ditutup.
Ramai hilang pekerjaan. Pembekal pun tak dapat oder dah. Zakat kurang dibayar.
Dalam masa sama, kepompongan bisnes ini tidak cepat di isi oleh syarikat Islam.
Tapi oleh syarikat bukan Islam yang tak bayar zakat.
Boikot hak masing-masing. Tapi buat kempen, kempen agresif termasuk mengugut, memalukan dan menggelarkan orang itu lah yang tak boleh tetapi sedang berlaku dalam masyarakat kita.
ATADAFA
Ambil tahu dan faham
Muhammad Fairul Al Qasas
Menyampaikan yang benar
NAJIB BAKAR
Dia gini. Kalau PM umum sesuatu yang negatif contohnya tarik subsidi pukal, then penjawat awam komen mengeluh, stress, tu aku boleh faham.
Asalkan tak fitnah dan maki hamun, komen ada fakta dan membina, tentu pimpinan ok saja.
Mungkin hampa ada yang tak setuju, tapi bagi aku komen macam tu perlu juga sebagai feedback.
Masalahnya la ni PM umum sesuatu yang baik, bagus untuk hang sendiri.
Tapi hang hasut orang dalam group tu, menganjing lagi.
Come on, be fair la. Hang nak sokong siapa masa pilihanraya tu hang punya pasai.
Tapi bila kerajaan dah terbentuk, hang tertakluk kepada tatatertib penjawat awam.
La ni, hadaplah sendiri.
Dari elok-elok seorang manusia, dah tukaq jadi nasi kerabu.
🙄
Ada satu hari tu (tahun lepas), aku pergi satu pejabat kerajaan. Terdengar lah perbualan dua staf.
Staf A - Alhamdulillah kerajaan bagi bonus (RM2k) paling tinggi dalam sejarah.
Staf B - Aku nuar ni cakap, 10 aku tak caya, tunggu dapat baru aku percaya.
Akhirnya bukan setakat RM2k, PMX tambah pulak lagi RM500 untuk raya.
Hari ini, ketika PMX umum kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15%.
Ada juga suara-suara yang was-was.
Pusing lah..lambat lagi lah.. Macam-macam lah untuk nafikan kebaikan PMX dan Kerajaan Madani.
Sebab itu dalam al-Quran Allah suruh sangka baik.
Kesian..sangka buruk, waswas tu semua jelas adalah bisikan syaitan, tidak bersyukur dan mengundang penyakit anxiety.
Kadang korang tak perasan, penyakit tu korang sendiri jemput.
Bukan tak boleh nak sokong pembangkang. Sokong la kalau dah memang suka 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Tak ada masalah pun. Kan demokrasi.
Tapi sebagai penjawat awam, kenalah tau etika. Sebab 𝘵𝘪𝘵𝘭𝘦 penjawat awam tu boleh 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵𝗶 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 sekali gus mengganggu agenda kerajaan.
Contoh dia reka 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, buat fitnah, akan lebih mudah dipercayai sebab 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺. Sebab tu tak boleh suka-suka komen.
Kalau nak sangat cerita politik, buat akaun lain. Pakai nama lain atau jangan letak 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 di 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭𝘦. Tak reti buat 𝘧𝘢𝘬𝘦 𝘢𝘤𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵, boleh tanya walaun sebab dorang memang pakar bab tu.
Atau 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. Macam cadangan sang presiden masa jadi 𝗗𝘂𝘁𝗮 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗕𝘂𝘁𝗮 dulu. "𝘓𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘴𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯, kata dia. Ulama kan tu. Mana boleh lawan cakap dia. Kan?
Aku dulu 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. Biarlah aku berperang macamana pun dalam mesyuarat dengan majikan, aku 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 di media sosial. Kena ada sempadan antara kerja dan peribadi. Profesional.
Ni dah viral ni, amacam? Seronok tak? Ini baru sikit. Semoga lepas ni adalah kesedaran kepada walaun lain yang ada dalam jabatan kerajaan supaya berhati-hati.
Kita tahu syarat nak jadi walaun 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 tapi ada masa kena juga guna otak tu. Jangan tegar sangat jadi walaun tu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Sham Ghaz
Semalam PMX suruh sumbat kaki fitnah di penjara Sg Buluh. Duk percaya sumber US yang mmg anti Anwar. Pendekatan Anwar yg lebih Islamic dan pro Palestin.
Berita tu di keluarkan pun sekitar tempoh waktu sidang ekonomi dunia Islam di Timur Tengah, saat Anwar berucap di Bank Pembangunan yang dia asaskan oleh pengasasnya bersama Tun Abdul Rahman dulu2. Sumber berita pun tak sahih.
Nak harap Hadi Awang, Muhyiddin nak jadi ancaman kepada US yang pro Israhell, jgn harap la. Nak cakap lantang di persidangan dunia pun tak berani. Çakap di Malaysia pun pakai PDF. Sembang!
ISLAH
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak laporan media yang mendakwa kerajaannya sedang menjalankan perbincangan dengan pengusaha tempatan untuk membuka kasino kedua negara, di Forest City, Johor.
"Spekulasi tentang lesen kasino adalah palsu, tidak ada kebenaran dalam dakwaan itu," ujar Anwar kepada wartawan semasa beliau menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi.
Jamzuri Ardani.
Nota untuk Fadhli Shaari.
Ahli Parlimen PAS juga lulusan sekolah vernakular. Tiada salahnya. Tapi jangan hipokrit. Dia buat okay, orang lain buat tak okay.
Najib Bakar
Dah, aku pulak yang dikira seorang yang negatif sebab tegur orang negatif yang tak positif.
Dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang.
PANG SOCK TAO WAJIB MENANGI PRK DEMI SEMAK-IMBANG DI HULU SELANGOR
30 April 2024
Adalah tersangat wajar untuk pengundi Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Bharu (KKB) memenangkan seorang wakil Kerajaan Perpaduan pada pilihanraya kecil (PRK) KKB yang menjadi satu-satunya perwakilan kerajaan perpaduan di Hulu Selangor, yakni Puan Pang Sock Tao.
Sesungguhnya, kemenangan Pakatan Harapan (PH) sebagai wakil tunggal pada PRK KKB ini akan memberikan impak yang sangat signifikan demi mewujudkan semak dan imbang di kawasan Hulu Selangor. Hal ini perlu diberikan pendedahan kepada rakyat khususnya pengundi di Kuala Kubu Bharu akan peri penting semak dan imbang dalam sesebuah pentadbiran.
Demikian, isu rakyat dapat disuarakan secara telus di dalam dewan rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri demi kemaslahatan pengundi Kuala Kubu Bharu khususnya. Ayuh, kita tolak budaya politik lama yang menindas keperluan rakyat dan hanya mengutamakan "political interest" demi survival politik peribadi. Ketulusan dan integriti seorang wakil rakyat adalah penting dalam menjaga kepentingan masyarakat.
Justeru, adalah sangat wajar rakyat di Dun Kuala Kubu Bharu turun mengundi pada 11 Mei ini supaya matlamat utama mewujudkan semak imbang di Hulu Selangor terhadap isu setempat dapat dicapai pada PRK kali ini. Pilihlah seorang calon wakil rakyat yang setia kepada kepentingan rakyat KKB serta seorang calon yang jujur dan berintegriti.
*AMMAR ATAN*
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Harapan
#AngkatanMudaHarapan
#PemudaAMANAH
#PRKKKB