SITUASI TERBURUK EKONOMI TELAH BERLALU – TINJAUAN

Sumber dakwa Adun Ijok dapat sokongan majoriti ganti Amirudin jadi MB Selangor





Sumber mendakwa majoriti Adun Selangor menyokong Idris Ahmad (kiri) menjadi pengganti Amirudin Shari.
PETALING JAYA: Sumber yang dekat dengan PKR berkata, pihak yang merancang menggulingkan Amirudin Shari mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk mengangkat Adun Ijok, Idris Ahmad sebagai menteri besar Selangor.
“Setakat ini, Idris cukup sokongan untuk diangkat sebagai menteri besar, Adun PKR yang pro-Mohamed Azmin Ali memang tidak sokong Idris dan menyokong Amirudin.
“Adun DAP boleh dikatakan secara keseluruhan sokong Idris, 4 Adun PPBM masih berbelah bahagi dan pihak Amanah pula setakat ini ramai bersetuju dengan Idris,” katanya kepada FMT hari ini.
PKR mempunyai 28 kerusi, DAP (13), Amanah (5), PPBM (4), Barisan Nasional (5) dan PAS (1) daripada keseluruhan 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pergolakan politik di Selangor bermula apabila Amirudin cuba meminda enakmen negeri yang mewajibkan remaja 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam, kepada “ibu atau bapa”.
Ia disusuli usaha menggulingkan Amirudin atas dakwaan Adun Sungai Tua itu tidak mampu memimpin Selangor dan beliau cuba menyingkirkan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menangguhkan sidang DUN sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam sebelah pihak dibentangkan.
RUU itu dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor.
Idris dikatakan Adun paling berpengalaman dan sesuai menjadi menteri besar, serta didakwa mendapat restu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Amirudin pula dikatakan hanya mempunyai sokongan 13 Adun PKR, manakala wakil rakyat Amanah dan PPBM masih berbelah bagi.
Jun tahun lalu, Idris antara Adun Selangor yang disebut-sebut akan menggantikan Azmin selepas beliau menerima pelantikan sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Hari ini, sumber yang dekat dengan PKR mendakwa setakat ini, majoriti Adun Selangor sepakat memilih Idris dan nama lain akan dipertimbangkan sebagai alternatif, jika pihak istana menolak Idris.
“Setakat ini, kita hanya tetapkan satu nama, iaitu Idris untuk diangkat kepada Tuanku, tidak ada nama lain. Kecuali apabila pihak Istana tidak bersetuju, baru kita cadang nama lain, tapi majoriti sepakat memang hanya satu nama setakat ini.”
Sementara itu, seorang exco kanan, Haniza Talha ketika dihubungi FMT menyifatkan cubaan menggulingkan Amirudin sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Katanya, isu peralihan kuasa menteri besar tidak dibincangkan Adun dan exco Selangor kerana hubungan mereka kini dalam keadaan baik.
“Saya rasa ini cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mahu ambil kesempatan. Kita sekarang sibuk memberi fokus untuk pembangunan negeri.
“Dalam kalangan Adun PH dan exco sendiri, tiada apa-apa isu. Kami sekarang sedang fokus untuk Belanjawan negeri. Saya harap pihak yang cuba memainkan isu ini berhenti dan fokus kepada pembangunan kawasan masing-masing yang telah diamanahkan.”

PERLEMBAGAAN DAN UNDANG UNDANG






C&P dari whatsApp PH Kapar

Perlembagaan dan Undang-Undang.

1. Mahathir dan kumpulannya yang mahu menghalang Anwar jadi PM8 mungkin lupa dari segi Undang-Undang yang menang PRU 14 dulu BUKAN PH TETAPI PKR.

2. Kerusi Parlimen Langkawi yang Mahathir menang itu..adalah KERUSI PKR BUKAN KERUSI BERSATU.

3. Begitu juga kerusi-kerusi Amanah, DAP, Bersatu SEMUA MILIK PKR sebab semua bertanding dengan WATIKAH CALON daripada PKR yang di tandatangani oleh PRESIDEN PKR, WAN AZIZAH ketika itu sebelum diambil alih oleh ANWAR IBRAHIM.

Anwar Ibrahim sekarang adalah Presiden PKR.

Dari segi undang-undang PKR memiliki 116 Kerusi Parlimen selepas PRU 14 yang telah berjaya menumbangkan BN.

Kerajaan hari ini adalah kerajaan PKR bukan kerajaan PH.

INI LAH PERKARA YANG MEMIHAK DAN MENJADI KELEBIHAN KEPADA ANWAR IBRAHIM.

4. Anwar Ibrahim selaku PRESIDEN PKR boleh jumpa Yang DiPertuan Agong bila-bila masa ISTIHAR DIRI SEBAGAI PM8 kerana ditangan Anwar sekarang ada 116 kerusi Parlimen.Tetapi Anwar tetap mengotakan janji 2 tahun Tun sebagai PM SEMENTARA.

5. Dari segi undang-undang sebenarnya PKR yang menang PRU 14 yang mendapat 116 kerusi Parlimen dan Kerajaan hari ini adalah KERAJAAN PKR bukan PH.

6. Sebab itu Mahathir menghadapi masaalah mengangkat sumpah pada malam 10 Mei 2018 sebagai PM ke 7 kerana Mahathir BUKAN PRESIDEN PKR YG MENANG PRU 14 LEPAS...Ada halangan perundangan dan perlembagaan....

7. Mahathir dapat mengangkat sumpah kemudian setelah PRESIDEN PKR WAN AZIZAH menyelesaikan isu perundangan dan perlembagaan dengan ISTANA NEGARA DAN MENGESAHKAN BAHAWA PKR MENCALONKAN SECARA RASMI MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN.

Mahathir CALON RASMI PKR MENJADI PM KE 7... bukan calon dari BERSATU...setiap rakyat kena faham perkara ini...

8. Semua kerusi PARLIMEN sebanyak 116 dan DUN yg di pegang oleh parti-parti di dlm PH adalah MILIK PKR YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.....termasuk kerusi LANGKAWI Mahathir.

9. Kedudukan dan nasib Mahathir sebagai PM berada di tangan PRESIDEN PKR SEKARANG ia itu ANWAR IBRAHIM.

10. Anwar Ibrahim bila-bila masa boleh turunkan Mahathir dari jawatan PM7 yang SEMENTARA tetapi Anwar tetap berpegang pada janji selama 2 tahun.

11. Mahathir sendiri pernah bercakap hanya Anwar yang boleh menjadikan jawatannya lebih dari dua tahun.

12. Anwar berkata jawatan PM7 SEMENTARA selama dua tahun sahaja dan tidak boleh lebih walau pun satu hari.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi.

#ANWARPM8

ADAKAH SEMUA PESERTA FELCRA MENDAPAT DUIT KEUNTUNGAN


OLEH '   ROSLI ISMAIL



Image result for felcra bayar bsh




Sekadar bertanya kerana peserta sedang KELIRU

Sape tulis 👇Ucapan yang dibacakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada  pagi ini 08hb.08.2019 di Auditorium Wisma Felcra

....>>>>>
(Alhamdulillah, Felcra akan membuat pembayaran berjumlah hampir 28 juta Ringgit kepada 46,900 peserta. dan Jumlah ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang2 milik peserta yg diurus dan di majukan oleh felcra melibatkan 509 projek dgn keluasan 43, 644 hek.)<<<<<

Bukankah wang-wang tersebut telah diagihkan kepada peserta terlibat seawal pada :
31.05.2019       4.3 juta sebelum Hari Raya Aidil Fitri
31.07.2019     11.5 juta
06.08.2019       1.3 juta

+ campur

5 juta untung kasar bulanan 19 projek terlibat
5 juta duit tabung peserta /AJKKP / dividen @ peserta meninggal dunia

Mengapa nak bazir duit untuk ,
Penginapan dan tiket kapal terbang staf dan peserta
Elaun kehadiran , Elaun hilang punca pendapatan masa majlis
Duit minyak hilux staf dan bayaran tol
Belanja urusan majlis dan jamuan .

Sedangkan beratus juta hutang kpd kpr , anak syarikat , kontrektor , pembekal masih belum selesai berbayar

sedangkan pengagihan duit dah dibagi awal seawal sebelum hari raya aildil fitri dan selepas , atau memang ada duit yangnnak diagih untuk Aidil Adha 11.08.2019 ahad ini

Ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan atau tolong jawab ?

BELUM BERCANTUM DAH NAK SOH BUBAR DAH...




AKHIRNYA ADUN BESERAH AKUI, DULU DIA TIDAK TAHU APA2 TENTANG LYNAS. DIA TAHU SELEPAS BERKAWAN DENGAN UMNO?


Adun Beserah pun akhirnya mengaku dulu dia tak tahu apa2 tentang Lynas dan dia pun ikut sama pengaruh budak2 dia melawan Lynas. Bukan sikit budak2 dia berkorban menentang Lynas dulu. Tapi kini, dia mengaku salah.

Bila dah bersama Umno, tak pelik kalau isu Lynas pun lebai jual, sdgkan ugama pun mereka jual. Syabas kpd para pejuang lynas, wlaupun kita dah jadi kerajaan, kita tak angguk semua yg kjaan buat dan kita tak jual prinsip seperti lebai. Kita kena byk bersabar menghadapi ujian selepas kemenangan ini.
Kita mahu lihat, berapa ramai menteri di dalam Kabinet nanti yang ada kekuatan dan kesedaran politik dan berani mempertahankan prinsip.

TOLAK LYNAS, PERTAHANKAN PRINSIP

WFAUZDIN NS

KALAU BUKAN NAJIB, KU LI ADALAH CALON PM GABUNGAN UMNO/PAS



Image result for KULI DAN NAJIB

Melihat kepada cara bagaimana Najib Razak ditonjol dan cuba dipulihkan imejnya sejak akhir-akhir ini, jelas beliau mahu dijadikan Perdana Menteri sekali lagi sekiranya gabungan BN dan Pas berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi Pas yang memang ada hubungan baik dengan Najib sejak dulu dilihat tiada halangan untuk menjadikan Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu kembali sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Sekiranya usaha itu berjaya, bermakna Najib akan mengatasi pencapaian Tun Mahathir Mohamad dengan berjaya kembali sebagai Perdana Menteri hanya selepas lima tahun dikalahkan pada PRU14 lalu.

Meskipun Tun Mahathir tidak dikalahkan, tetapi kembalinya beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ialah selepas 15 tahun melepaskan jawatan tersebut.

Setidak-tidaknya dengan berjaya mencapai kedudukan itu, Najib tentu saja akan merasakan dirinya lebih hebat berbanding Tun Mahathir.

Tetapi, Najib dalam waktu yang sama juga sedang berdepan dengan banyak pertuduhan di mahkamah yang memungkinkannya akan merengkok di penjara lebih dulu sebelum itu.

Ramai yang percaya, selepas tidak mendengar nasihatnya, kemudian menjatuhkannya, Tun Mahathir dikatakan pasti akan menyumbat Najib ke dalam penjara.

Lagi pun, berhubung skandal 1MDB, memang itulah janji Tun Mahathir kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 yang lalu.

Dengan demikian, meskipun gabungan UMNO dan Pas dilihat ada kemungkinan untuk menang PRU15 akan datang, khususnya jika Tun Mahathir memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, penjara adalah halangan yang tidak membolehkan Najib kembali sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, walaupun kini merupakan Presiden UMNO, beliau dikatakan bukanlah merupakan calon Perdana Menteri pilihan.

Sebaliknya, jika gabungan UMNO dan Pas kembali menguasai kerajaan, Zahid Hamidi hanya akan kembali memegang jawatan lamanya iaitu Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sama seperti Najib, halangan besar di depannya juga ialah penjara.
Malah dengan pertuduhan yang lebih banyak dihadapinya berbanding Najib, kemungkinan beliau lebih dulu atau lebih lama masuk penjara adalah paling mungkin sekali.

Jika keadaan itu berlaku, calon seterusnya untuk menjadi Perdana Menteri pilihan gabungan BN dan Pas ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang kini memegang jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Ku Li dikatakan bukan saja satu-satunya calon yang dianggap lebih layak selain Najib, malah juga satu-satunya yang tiada masalah untuk diterima oleh Pas.

Berbanding pemimpin UMNO yang lain yang turut berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri, masalah mereka ialah tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Pas yang kini dianggap komponen penting dalam kempen menyatupadukan ummah yang ditaja kedua-dua parti itu.

Tidak mustahil jika pemimpin lain yang ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, hubungan UMNO dengan Pas tidak lagi sekukuh seperti sekarang.

Hanya Najib atau Ku Li sebagai bakal Perdana Menteri yang bukan saja dapat diterima baik oleh Pas, tetapi juga dirasakan lebih baik untuk “dijual” kepada pengundi.

Masalahnya, baik Najib atau Ku Li, kedua-duanya adalah pemimpin yang paling tidak dikehendaki oleh Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, dengan rating Tun Mahathir makin merosot di hati pengundi ketika ini, kekalnya beliau sehingga PRU15 juga akan memudahkan lagi kemenangan gabungan BN dan Pas untuk mengalahkan PH. (Shahbudindotcom 08/08/2019)



UMNO TAK TERIMA HUDUD LAMBATKAN TANDATANGAN PIAGAM?

PEGUAM KANAN BERUNDUR DARI BELA NAJIB?

Menjelang Belanjawan 2020: Fokuskan usaha mensejahterakan penduduk bandar


Berdasarkan anggaran Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, populasi bandar di Malaysia akan bertambah kepada 25.9 juta orang atau 76.6 peratus pada tahun 2020. Ramai akan beralih ke kawasan bandar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan. 

Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, bandar-bandar di Malaysia perlu bersedia menyediakan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat menjelang tahun 2020.

Hakikatnya, kebanyakan bandar di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran seperti kemiskinan bandar, masalah pengangkutan awam dan kekurangan rumah mampu milik.

Maka, belanjawan 2020 perlu memberi fokus kepada kesejahteraan bandar bagi membela nasib hidup warga kota yang kian terbeban dengan cabaran ekonomi global yang tidak menentu pada tahun 2020.

Kemiskinan bandar perlu ditangani

Jabatan Perangkaan pada tahun 2017 meletakkan gaji bulanan median di bandar sebanyak RM2,260 sebulan berbanding RM1,400 di luar bandar. Meskipun gaji bulanan median di bandar lebih tinggi, hakikatnya, majoriti  isi rumah di bandar berpendapatan kurang daripada gaji bulanan median tersebut, dibawah RM 3,000.

Kajian Bank Negara mendapati 27% isi rumah di Kuala Lumpur memperolehi pendapatan dibawah kadar gaji kehidupan benar, iaitu sebanyak RM2,700. Perkara Ini menunjukkan gaji mereka di bandar masih rendah dan tidak sepadan dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Ramai warga kota telah beralih kepada ekonomi ‘gig’ untuk menambah sumber pendapatan. Ekonomi ‘gig’ terdiri daripada mereka bekerja sendiri dalam menyediakan perkhidmatan secara separuh masa atau freelancer. Perkembangan teknologi seperti capaian internet yang tinggi di bandar telah membantu ekonomi ‘gig’ berkembang.

Laporan Bank Dunia menunjukkan mereka terlibat dalam ekonomi ‘gig’ di bandar-bandar Malaysia telah meningkat dari 11% pada tahun 2010 kepada 15% pada tahun 2017. Meskipun ekonomi ‘gig’ boleh menambah pendapatan mereka, tetapi ia tidak dapat menampung kestabilan hidup di bandar. Mengapa?

Kadar gaji yang diperolehi mereka bekerja sendiri atau dalam ekonomi ‘gig’ tidak menentu dan masih rendah, tidak mempunyai jaringan keselamatan sosial seperti KWSP dan insuran keselamatan. Hal ini menambahkan lagi jurang ketidaksamarataan dan kemiskinan bandar pada tahap yang serius.

Maka, bagaimana pekerja ini dapat menampung kestabilan hidup di bandar sekiranya pendapatan mereka tidak stabil dan masih rendah? Oleh itu, Belanjawan 2020 perlu menyediakan dasar menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji yang stabil di bandar.

Naik taraf kecekapan pengangkutan awam

Pengangkutan awam disediakan bagi mengurangkan perbelanjaan pengangkutan warga kota. Malangnya, pengangkutan awam di Malaysia masih menjadi pilihan ‘kedua’ warga kota kerana kelemahan perkhidmatan yang sentiasa tergendala dan tidak cekap. Oleh itu, mereka mencari kenderaan alternatif seperti motosikal ke tempat kerja. Mengapa?

Kos menunggang motosikal lebih murah berbanding pengangkutan awam. Penunggang motosikal dianggarkan perlu membayar RM 30 sebulan untuk membayar duit petrol berbanding kos menggunakan pengangkutan awam yang boleh mencecah lebih RM 100 sebulan.

Faktor ini telah menarik pekerja di bandar menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, ditambah pula dengan bantuan subsidi petrol yang murah dari kerajaan. Bagi mereka, motosikal mampu mengatasi masalah kesesakan lebuh raya, bukan pengangkutan awam.

Trend ini akan menyebabkan jumlah kenderaan di bandar bertambah dan akan meningkatkan kesesakan lalu lintas. Kerajaan pula terpaksa menanggung beban untuk membina jalan raya dan tempat letak kereta berbanding menaik taraf pengangkutan awam di bandar.

Bagi mengatasi masalah ini, bantuan pas bulanan pengangkutan awam, seperti  My50, perlu diperluaskan kepada golongan berpendapatan rendah untuk memudahkan pergerakan mereka di bandar.

Kerajaan perlu menaik taraf pengangkutan awam, seperti menambah bilangan bas di bandar utama di Malaysia bagi memudahkan mereka bergerak ke tempat kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan sendiri.

Menyediakan rumah mampu milik di Bandar

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018 melaporkan migrasi dari bandar ke bandar lebih tinggi, iaitu sebanyak 66.9 peratus berbanding berbanding luar bandar ke bandar, sebanyak 19.8 peratus.

Ramai pekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur kini mencari bandar yang lebih selesa untuk menjalani kehidupan seharian seperti di Nilai, Bangi, dan Kajang akibat harga rumah dan kos sara hidup di bandar yang kian mahal. Walau bagaimanapun, perkara ini amat membebankan mereka kerana terpaksa berbelanja lebih dari segi kos pengangkutan ke tempat kerja.

Kini, unit-unit kosong di bandar seperti rumah kedai dan flat lama dihuni oleh pekerja asing. Berita Harian pada 28 Julai 2019  melaporkan bahawa pendapatan bulanan pekerja asing yang bekerja sebagai tukang baiki pakaian di bandar boleh mencecah sehingga RM5,000.

Maka, tidak hairanlah mereka kini boleh tinggal di sebuah unit kediaman kecil di tengah bandar beramai-ramai meskipun kadar sewa yang mahal. Langkah ini juga telah menjimatkan kos pengangkutan mereka ke tempat kerja yang terletak di sekitar bandar.

Situasi ini dapat dilihat di Kuala Lumpur, apabila kebanyakan pekerja asing tinggal di rumah kedai dan flat di Jalan Pudu dan Bukit Bintang, yang dahulunya dipenuhi pekerja tempatan, kini telah menjadi kediaman utama pekerja asing.

Justeru, belanjawan 2020 harus memberi fokus untuk menyediakan rumah mampu milik di bandar kepada pekerja tempatan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Usaha ini boleh dicapai dengan kerjasama kerajaan negeri dan tempatan dalam membuat perancangan bandar yang lebih responsif kepada keperluan warga kota.

Belanjawan 2020 perlu memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan bandar di Malaysia sebagai satu persediaan menghadapi cabaran ekonomi dan globalisasi pada masa hadapan. Tetapi, tujuan pokok dalam kesejahteraan bandar ini satu, iaitu memastikan kestabilan hidup rakyat di bandar dan tidak terperangkap dalam bebanan kos sara hidup yang melampau menjelang tahun 2020 mahupun 2030.

*Artikel ini pertama kali disiarkan di astroawani.com. 
*Fakhrurrazi Rashid adalah Kordinator Program Research For Social Advancement (REFSA)

SURAT TERBUKA KEPADA TUN DR MAHATHIR DAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN



Tarikh: 7 Ogos 2019

PAKEJ PERALIHAN YANG JELAS UNTUK KESTABILAN DAN REFORMASI

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa kestabilan politik dalam negara ini dengan meletakkan pakej peralihan yang jelas berdasarkan perjanjian Pakatan Harapan pra-PRU14.

Pergolakan PKR, salah satu parti komponen yang utama dalam gabungan PH, sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

Kebimbangan kami sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang telah dan sedang mendesak reformasi institusi dan politik di negara ini adalah agenda pembaikan kerajaan PH akan terhenti, atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan. Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang tidak partisan, kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan kebertanggungjawaban dalam penggal ke-14 parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15.

Maka, kami ingin mencadangkan langkah-langkah konkrit berikut yang perlu diambil bagi mengembalikan kestabilan politik.

1. PELAN PERALIHAN KUASA UNTUK PERDANA MENTERI. Kami menggesa agar Tun Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun akan datang sehingga 9 Mei 2021, untuk menyerahkan kuasa kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI), selari dengan perjanjian pra-PRU14 antara gabungan parti komponen PH. Walaupun tidak ada rangka masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Tun dalam pelbagai majlis sering mengatakan tempoh peralihan akan mengambil masa 2 ke 3 tahun selepas PH membentuk kerajaan. Bagi memastikan kelancaran peralihan, DSAI perlu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan. Dengan pelan peralihan yang jelas, ianya akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan terpecahnya gabungan PH.

2. HADKAN TEMPOH PM KEPADA DUA PENGGAL. Ini adalah janji manifesto yang masih belum dipenuhi dan kami menggesa Tun untuk mendesak pindaan undang-undang yang berkaitan bagi memenuhi janji ini sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM. Rasional untuk menetapkan had penggal adalah supaya Perdana Menteri akan datang tidak akan memegang kuasa terlalu lama, yang bukan sahaja akan merisikokan salah guna kuasa dan rasuah, malah akan menyebabkan kekecewaan serta timbul perasaan antagonis oleh pihak yang berminat untuk memegang jawatan perdana tersebut. Melainkan penggal pertama yang tidak dimulakan dengan parlimen yang baru kurang daripada dua tahun, penggal PM perlu dimulakan daripada masa perlantikan dan bukannya pada permulaan penggal Parlimen yang baru bagi memastikan penggal maksimum yang dibenarkan dikekalkan kepada dua penggal.

3. PENGURANGAN KUASA PERDANA MENTERI. Manifesto PH telah menjanjikan pengurangan kuasa Eksekutif pada tangan Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini menjadi fakta bahawa kuasa yang terlalu banyak tertumpu pada pejabat Perdana Menteri. Melainkan undang-undang dipinda dan parlimen diperkasakan semula, terutamanya proses pelantikan utama kerajaan, tidak ada jaminan PM selepas ini tidak akan menggunakan kuasa yang ada sekarang untuk berpaut kepada jawatannya dengan menaungi kesetiaan pemimpin dan pengundi, mengakibatkan wajah buruk kleptokrasi terjelma kembali. Struktur kuasa yang lebih serata dengan menghadkan penggal PM akan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang lebih mudah diantara ahli politik yang bercita-cita tinggi dengan mewujudkan peluang untuk kemajuan dalam kerjaya politik.

4. SEGERAKAN REFORMASI INSTITUSI. Sejumlah janji manifesto yang dijanjikan yang perlu disegerakan pelaksanaannya tanpa bertangguh lagi adalah manifesto untuk mengukuhkan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) dan Jabatan Peguam Negara. Pindaan perlembagaan diperlukan untuk penginstitusian institusi-institusi ini dengan bebas dan perkasa agar mereka dapat menjadi badan semak dan imbang yang berkesan kepada sistem kerajaan kita. Akta drakonian yang melanggar hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan wajib dimansuhkan segera serta undang-undang melawan perkauman dan bias gender juga perlu disemak semula untuk dipinda atau digubal di mana perlu.

5. UBAH SISTEM PILIHAN RAYA YANG LEBIH INKLUSIF. Sistem pilihan raya kita secara FPTP digandingkan dengan masyarakat majmuk menggalakkan mentaliti menang dapat semua kalah dapat arang dalam kalangan ahli politik kita telah menghasilkan perbahasan politik yang ekstrim dan memecahbelahkan. Kami menggesa kerajaan dan semua pihak untuk memulakan dialog nasional bagi membincangkan untuk kita bergerak keluar daripada sistem FPTP dan menuju ke sistem kerusi Perwakilan Berkadaran berdasarkan Senarai-Parti(List-PR). Ini akan memastikan perwakilan yang lebih majmuk di dalam parlimen dan menghapuskan keperluan mereka untuk memainkan isu perkauman untuk menggerakkan pengundi. Kerusi Senarai Perwakilan Berkadaran juga dapat mengatasi perbalahan intra-gabungan untuk peruntukan kawasan pilihan raya yang biasa terjadi dengan sistem FPTP dengan membenarkan parti-parti gabungan bertanding secara terbuka dan secara sihat antara satu sama lain melalui undi parti, berbanding sebelum ini dengan cara sabotaj dan perancangan sulit. Senarai Perwakilan Berkadaran juga bukan sahaja dapat memberikan kuota kepada wanita dan kumpulan terpinggir, mandat kepada parti secara langsung juga dapat mengukuhkan parti politik dan menyukarkan untuk lompat parti. Ini adalah selari dengan aspirasi PH untuk membina negara yang lebih inklusif, progresif dan makmur.

Kami menggesa pimpinan kerajaan PH -Tun Dr Mahathir, Majlis Presiden PH dan Warisan untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini. Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti.

PH hanya mempunyai kurang empat tahun dari tempoh sepenggal untuk mengotakan janji reformasi dan kemakmuran kepada pertiwi ini. Pulihkan kestabilan politik dan pentadbiran sekarang untuk tempoh penggal yang berbaki.

Dikeluarkan bersama oleh:
- Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)