HARAP MAKLONG


 

HARAP MAKLUM...


 

APA LA ZAID- MASA NI KITA BOLEH LIHAT KEDAI NO EKOQ TUTUP, RUU 355 , KILANG ARAK TUTUP, JUDI YANG DULU TURUN NAIK BALIK LANGSUNG TAK DAK...HUDUD DILAKSANAKAN....

 

Sepakat atau hadapi ekstremisme agama, Zaid beri amaran kepada Umno, PH.




Zaid Ibrahim berkata, apabila ‘ekstremisme keagamaan’ telah mula bertapak, ia sukar untuk disingkirkan.

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menggesa Pakatan Harapan (PH) agar bekerjasama dengan Umno untuk membentuk blok politik “berasaskan Melayu yang lebih sederhana” bagi menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) yang lebih “ekstrem”.

Beliau berkata, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), PH yang bertubi-tubi menyerang Umno kerana rasuah dibutakan oleh PN yang menjaja pemikiran yang lebih “berbahaya”, “ekstrem, bersifat keagamaan dan hampir fasis.”

Ideologi itu kini telah menjadi “kuasa yang menggerunkan di negara ini”, kata bekas menteri undang-undang itu.

“Kita tidak boleh membenarkan negara ini secara asasnya berubah selama-lamanya,” katanya.

Apabila “ekstremisme keagamaan” telah mula bertapak, ia sukar untuk disingkirkan, tambahnya.

Gabungan PN terdiri daripada parti Melayu Islam Bersatu dan PAS, serta Gerakan, STAR dan Parti Maju Sabah, yang berbilang kaum dan agama.

“Biar pihak yang bagus, atau secara relatifnya bagus dan yang sederhana bekerjasama. Biar akal budi mengatasi ego,” kata Zaid.

Zaid berkata, apa sahaja isu PH dengan Umno boleh “diselesaikan”. Parti Melayu yang pernah mendominasi itu juga mempunyai kekuatan tersendiri, tambahnya.

Sebagai alternatif, beliau mencadangkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk membentuk “blok kukuh” dengan gabungan di Sabah dan Sarawak, jika beliau lebih selesa begitu.

Zaid menyifatkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg sebagai “pemimpin yang berfikiran wajar dan sederhana”.

Katanya, kedua-dua Abang Johari dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor boleh menyokong Anwar sebagai pemimpin negara.

“Politik kadangkala tentang memilih yang kurang buruk antara dua keburukan, (bukan) idealisme,” katanya.

“Saya harap (Anwar) buat keputusan yang sukar namun tepat, supaya kita dapat bendung arus ini.”

Dengan beberapa negeri, termasuk Selangor, dijangka mengadakan pilihan raya negeri, Zaid memberi amaran bahawa tindakan mesti diambil sekarang untuk memastikan PN tidak menang di Selangor.

Jika itu terjadi, “permainan tamat”, katanya.

Semalam, PH memenangi 82 kerusi pada PRU15, jumlah terbesar dalam kalangan semua parti, termasuk lima kerusi dimenangi DAP Sarawak dan satu oleh Muda.

PN ketinggalan dengan 73 kerusi, termasuk 22 yang dimenangi bawah panji PAS, sementara BN menyusul dengan 30 kerusi.

Sementara itu, GPS memenangi 22 kerusi manakala GRS menyapu enam kerusi.

YANG MENANG, YANG KALAH PRU15

PILIHAN Raya Umum ke-15 yang menarik 73.89 peratusan orang keluar mengundi menghasilkan keputusan bersejarah, tiada pakatan politik berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pakatan Harapan (bersama Muda) menang 82 kerusi, diikuti rapat Perikatan Nasional dengan 73 kerusi.

Barisan Nasional, Umno terutamanya, yang mendesak pilihan raya awal diadakan tersungkur teruk dengan hanya menang 30 kerusi, manakala Pejuang kalah semua, termasuklah Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

YANG MENANG

PAS 

Parti Islam itu yang berkempen atas slogan perpaduan ummah- sekaligus bermesraan dengan Umno dan Bersatu serentak- akhirnya mengukuhkan kekuatannya pada pilihan raya kali ini dengan bekerjasama dengan Bersatu dan Gerakan di bawah sepanduk Perikatan Nasional.

Ia menyapu bersih kerusi di Terengganu dan Kelantan menggunakan benderanya sendiri, menandakan yang jenama parti Islam itu terus diterima penduduk Pantai Timur serta di Kedah.

Kegagalan bekas setiausaha Majlis Syura PAS Mohd Khairuddin Aman Razali yang bertanding menggunakan tiket BN, misalnya, mencadangkan yang tsunami PAS tidak boleh lagi dipandang enteng.

Kejayaan besar parti itu membuktikan yang kekuatannya kini perlu diakui bukan sahaja di dalam PN tetapi juga dalam arena politik negara.

Ia turut membuktikan yang politik kaum dan agama membuahkan hasil, yang menjelaskan mengapa pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin terus menang besar -walaupun atau kerana- kenyataan Kristianisasi negara yang dibuatnya menjelang pengundian.

GPS

Gabungan Parti Sarawak yang menang selesa 22 kerusi adalah ‘kingmaker’ dalam situasi semasa Parlimen tergantung. Hanya masa akan menentukan sama ada GPS bersedia bekerjasama dengan PN yang kini mempunyai rakan parti Islam yang sangat kuat.

Pakatan Harapan  

Gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang bekerjasama dengan Muda meraih kejayaan di 91 kerusi, merosot berbanding yang dikecapinya pada pilihan raya lepas.

Walaupun PH berjaya mempertahankan kebanyakan kerusinya, perlu diingatkan yang Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution tewas di Kulim kepada calon PN Roslan Hashim, Nurul Izzah Anwar kehilangan kerusi legasi keluarganya di Permatang Pauh kepada calon PN Fawwaz Mat Jan yang menang dengan majoriti 5,272 undi.  

Tidak mempunyai jumlah kerusi Parlimen mencukupi bermakna PH perlu mencari kesepakatan dengan parti lain, terutamanya pakatan politik dari Borneo.

YANG KALAH

Barisan Nasional

BN di kedudukan ketiga pada pilihan raya kali ini, hanya menang 30 kerusi di bawah kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi yang bergelumang dengan kes mahkamah.

Kesannya, kepimpinan Zahid dalam Umno kini tergugat dan ahli parti dijangka mendesaknya meletak jawatan kerana prestasi buruk BN.

Tindakan Zahid yang mengugurkan beberapa orang kuat Umno yang dilihat mesra Ismail Sabri Yaakob pada pilihan raya kali ini juga turut menyumbang kepada nasib buruk Umno.

Ismail Sabri kini sah memegang gelaran perdana menteri tersingkat dalam sejarah negara, manakala impian Khairy Jamaluddin menjadi perdana menteri hancur berkecai apabila tersungkur di Sungai Buloh.

Pejuang

Pengerusi Dr Mahathir Mohamad kalah teruk di tangan calon PN yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Anaknya, Mukhriz, serta calon Gerakan Tanah Air lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada Pejuang dan GTA akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU15.

Pengkhianat PKR

Antara “Penggerak Langkah Sheraton” yang dibenam pada PRU15 adalah Mohamed Azmin Ali di Gombak yang kalah kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, dan juga Zuraida Kamaruddin yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia.

Nampaknya pengundi tidak dapat memaafkan pengkhianatan kedua-dua mereka.

Dalam beberapa hari akan datang, negara akan menyaksikan kesibukan pakatan dan parti politik berunding untuk menentukan pihak mana yang mentadbir Malaysia, dan pengundi selepas menjalankan tanggungjawab akan menanti penuh debar. – 20 November,2022.

PH MOHON PERKENQN YDP AGONG

 

Tweet

Conversation

🔸Pakatan Harapan capai majoriti untuk bentuk kerajaan 🔸Pakatan Harapan telah menyediakan dokumen untuk mohon perkenan YDP Agong - Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image

GPS MASIH ENGGAN DENGAN PH KERANA DAP-DENGAN PAS PULA SEBAB KRISTIAN...


 

PH-GPS-BN .LENGKAP DAN KUKUH


 

BYE-BYE ZURAIDA BYE BYE AZMIN- KEPUASAN YANG AMAT SANGAT BILA PENGKHIANAT BERJAYA DITUMBANGKAN KECUALI DI INDERA MAHKOTA


 

ZAHID TIDAK BOLEH BUAT KEPUTUSAN SENDIRI KECUALI BERITAHU KEPADA SAYA -MAT HASSAN


 

BN-PN BERMAKI HAMUN ADALAH WAYANG


 

GPS KATA PN MUNGKIR JANJI




 

SITUASI MENANG MENANG DEMI KESTABILAN

 

Bangun tido, tengok tv terus aku termenung. Bukan sebab PH tak dapat bentuk kerajaan. Tapi sebab UMNO yang menang.


BN memang cuma 30 kerusi. Tapi 30 kerusi itulah King Maker. BN kena ada dalam kerajaan. Tanpa BN tak ada siapa dapat bentuk kerajaan.


Sekarang ini, siapa yang BN pilih, itulah yang akan jadi kerajaan. Perit memang perit. Tapi itu hakikat yang tak dapat dinafikan.


PH ada 82 kerusi. PN pula 73 manakala BN 30. PH campur BN dah cukup 112. Dapat majoriti mudah. Tak perlu pun GPS.


Manakala PN campur GRS, 79. Kalaupun PN dapat persetujuan GPS, masih tak cukup kerusi. Perlukan BN sertai mereka sekali.


PH pula kalau campur GPS, Warisan dan lain-lain pun masih tak cukup. GRS pula sebahagian dari PN. Memang takkan ikut.


Jadi sekarang, BN kena ada dalam kerajaan tak kira koalisi mana yang memerintah. Adoi la... Dorang ni memang lucky la.


Kalau personal preference, aku rasa PH kerjasama je dengan BN. Itu lebih baik daripada biarkan PN bentuk kerajaan.


Tak sanggup aku Mahiaddin jadi PM lagi. Lepas tu kena tengok Hadi jadi duta, Radzi Jidin Menteri pendidikan. Oh tidakkk!!!


Yang bagusnya dalam BN, kebanyakan culprit dah hanyut. Tak dicalonkan atau tewas. Namun Zahid masih lagi menang. Kalau Zahid kalah semalam, dah boleh settle dah.


Kerjasama PH dan BN, walaupun cukup kerusi tapi masih tak jamin kestabilan. Cukup-cukup makan je. BN masih boleh main ugut.


PH kena tarik sekali GPS dalam kerajaan. Jadinya jumlah kerusi 82 + 30 + 22 = 134. Yang ini barulah dikatakan stabil.


Yang bagusnya, BN tak boleh cakap banyak sebab ada GPS (dan kalau boleh Warisan dan lain-lain pun ikut sama nanti).


Bagitau, barulah kerajaan dapat dibentuk, acara reform dapat dibuat. Kalau PH dengan BN sahaja tidak memadai.


Personally aku rasa, kalau PH dan BN dan bersama, GPS pasti akan menyusul. Sebab GPS cuma mahu berada dalam kerajaan.


Sekarang masalahnya takut Zahid letak syarat yang tak sepatutnya. Takut Zahid minta gugurkan kes. Tentu PH takkan setuju.


Aku rasa PN tak ada masalah dengan tuntutan itu. Kita semua tahu Mahiaddin pakar scheme of thing. Jadi BN akan ikut PN.


Ah pening...


Tapi sekarang ini, aku cuma nak lihat DS Anwar jadi PM. Dan Rafizi ada dalam kabinet. Jadi bagi aku, bekerjasama dengan BN itu satu pengorbanan yang amat perlu.


Apa pun, aku harap pembentukan kerajaan dapat diselesaikan hari ini. Hung parliament lama-lama pun tak baik untuk negara.


Kita semua menanti dengan penuh debaran. Moga segala urusan dipermudahkan. Guane boh?


 

Raja Gelap

.