Setelah
mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak,
saya dan sahabat-sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus
melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.
Kempen
yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat berikut:
1.
Mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum
perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan
memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan
sukarelawan pilihanraya
2.
Memberi nafas baru kepada kempen KEADILAN dan PH dengan penekanan khusus kepada
pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit
3.
Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari
penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea
dasar dan pelan pelaksanaan
4.
Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan KEADILAN untuk
menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah
Platform
Ayuh Malaysia ini bukan inisiatif khusus KEADILAN, tetapi ia digerakkan oleh
pimpinan muda KEADILAN dengan harapan dapat menarik minat penyertaan pelbagai
lapisan masyarakat.
Selain
saya dan Saudari Nurul Izzah, pelancaran Ayuh Malaysia akan turut menampilkan
Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Sdr Akmal Nasir (Ahli
Parlimen Johor Baharu), Sdr Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Sdr
Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Sdr Lee Chean Chung
(ADUN Semambu, Pahang).
Majlis
pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan
bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat
membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.
Maklumat
lanjut majlis pelancaran Ayuh Malaysia adalah seperti berikut:
Tarikh :
Sabtu, 26 Mac 2022
Masa : 8
malam
Tempat :
VIDA Bukit Ceylon, Kuala Lumpur
Oleh
kerana kehadiran dihadkan kepada 150 orang untuk mematuhi Prosedur Amalan
Standard (SOP), majlis ini dibuka kepada pihak media dan jemputan sahaja.
Pihak
media yang ingin hadir boleh mengesahkan kehadiran dengan Pengerusi JK
Penganjur, Sdr Zahir Hassan di emel zahirhassan@gmail.com atau WhatsApp di
talian 012 225 0897.
Orang
ramai yang tidak berpeluang hadir dijemput mengikuti majlis pelancaran secara
langsung di laman Facebook, Youtube dan Twitter saya bermula jam 8 malam esok.
Kami akan
membentangkan teras lima (5) dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat
untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai (seperti masalah
peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain).
Kami
berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat
menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia
ke satu peringkat yang lebih baik.
RAFIZI
RAMLI