Ana melantak.
Menu Kelah bukan Cap Aye.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik untuk menentang Bersatu.
Bercakap pada sidang media hari ini, Anwar menegaskan badan anti rasuah itu bebas menjalankan tugas mereka.
“Adalah tak bertangungjawab bagi tokoh-tokoh parti politik pembangkang yang dalam proses siasatan (SPRM) membuat tohmahan campur tangan dari pihak kerajaan perpaduan,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mengecam kerajaan kerana didakwa menggunakan agensi ke
rajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti parti itu serta PN.
Ini berlaku selepas akaun bank Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Selasa mengesahkan perkara itu, dua hari selepas Bersatu mengisytiharkan penyata akaun bagi tahun 2020 dan 2021, dalam usaha menafikan dakwaan rasuah melibatkan parti itu.
Sementara itu, Anwar berkata terdapat dua faktor yang menyebabkan SPRM menyiasat Bersatu.
Pertama, katanya, laporan dibuat kepada polis dan SPRM mengenai penggunaan dana Bersatu.
Kedua, katanya, semasa menjalankan tugas sebagai menteri kewangan, dia mendapati ada projek yang melibatkan perbelanjaan tinggi dijalankan tanpa proses tender.
“Dalam projek terutamanya Jana Wibawa (Semasa PKP) dan tebatan banjir kita dapati kos itu terlalu tinggi.
“Jadi saya dedahkan maklumat dari menteri kewangan. (Tindakan) pihak SPRM itu tidak tertakluk kepada pandangan saya,” kata Anwar.
Anwar menambah siasatan SPRM mendapati Bersatu mempunyai lebih RM300 juta dalam akaunnya.
Tambahnya, jika pemimpin Bersatu bersih seperti yang didakwa, parti itu sepatutnya boleh menjelaskan kepada pegawai penyiasat SPRM bagaimana parti itu boleh mengumpul sejumlah besar wang dalam akaun mereka dalam tempoh singkat.
Anwar sepanjang sidang media itu menegaskan pentadbirannya sekarang tidak terlibat dalam operasi SPRM.
Bagaimanapun, dia menyeru agar badan pencegah rasuah itu lebih proaktif dan cekap.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/653704
1. Alhamdulillah, hari ini saya memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri.
2. Saya menerima tanggungjawab besar ini atas hasrat untuk bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan bagi membangunkan negara ini, bukan sahaja dari segi ekonomi dan infrastruktur, tetapi juga dari segi siasah dan masyarakatnya.
3. Dari segi siasah, adalah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dengan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan rakyat memahami serta mendokong misi kerajaan dalam merealisasikan Malaysia Madani.
4. Dari segi masyarakat, adalah untuk mendidik dan menyedarkan rakyat akan keperluan untuk saling menghormati dan bersatu supaya tidak ada lagi sikap ekstremisme agama dan kaum. Ya, perbezaan akan terus berlaku, namun yang penting kita mampu meraikan dan menerimanya dengan jiwa terbuka.
5. Mencapai hasrat di atas bukan mudah. Saya tentunya tidak boleh melakukannya sendirian. Oleh itu, kami di J-Kom tentunya memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.
6. Tiga teras utama J-Kom, iaitu membudayakan ilmu, membudayakan masyarakat berkemahiran digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat akan kami laksanakan mengikut acuan Malaysia Madani supaya program-program yang bakal kami laksanakan nanti dapat merealiasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, harmoni, dan sejahtera.
7. Saya lihat episod PRU-15 telah memisahkan masyarakat kita. Pengaruh media sosial telah membawa banyak kesan negatif kepada hubungan antara kaum.
8. Bagi memulihkan kembali keadaan ini, kami di J-Kom akan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan tataetika yang betul supaya semangat patriotisme serta hubungan baik dan tolarensi sesama rakyat akan kembali kuat dan subur.
9. Bagi menggerakkan usaha ini, J-Kom akan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan seluruh agensi kerajaan, swasta, NGO, belia dan pemimpin masyarakat.
10. Doakan kejayaan kami dan marilah bersama kami di J-Kom melaksanakan perubahan ini.
“BERPAKSIKAN HIKMAH, KITA MELANGKAH”
DATO’ DR. MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom)
Jabatan Perdana Menteri
2 Februari 2022
SPRM bekukan pelbagai akaun parti PPBM kerana siasatan cuci wang haram. Ini dalam undang2, kita panggil kes AMLA.
Kalau SPRM dah bekukan akaun bawah AMLA, ada lah dakwaan wang yang dalam akaun tu “Wang Haram”.
Wang haram ni, kalau dalam kes parti politik datang majoritinya dari komisyen rasuah projek Kerajaan atau wang underground (contoh tauke judi haram).
Siasatan sudah bermula, SPRM akan tentukan. Dikhabarkan dakwaan wang haram sampai RM300juta. Kita tengok saja nanti.
Geng PN dah kata ini fitnah, mereka tak salah. Ini semua pendakwaan terpilih kata mereka.
Saya bukan apa. Bila tang politik, kita kena selalu skeptikal. Banyak juga tanda2 yang ada:
1. Betapa mewah kempen PRU PN tahun lalu. Bendera dan di media sosial.
2. Betapa banyak wang yang diSEDEKAH kepada pengundi.
3. Dalam pada kita diserang pandemik dan ekonomi merudum, akaun parti tahun 2021 ada RM140juta. Siapa la gamaknya pendermanya?
Ingat dulu, rakyat angkat bendera putih masa pandemik. Jenuh rakyat kempen #kitajagakita.
Rupanya, masa tu, parti Kerajaan dapat “sedekah” beratus juta.
Apalah nasib Malaysia? Pusing2 macam tu juga.
#hoiyahoi
~LM~
Masak... SPRM dan mula panggil mereka penerima wang sedekah.
Senarai nama penerima tu SPRM dapat daripada dokumen yang dirampas semasa
siasatan seperti dokumen yang perlu ditandatangan masa tuntutan duit dibuat.
Sanusi sebelum ini mendakwa ini tuduhan palsu. Cuma helah musuh
nak burukkan nama PAS. Tapi kalau dah siap ada dokumen tandatangan tu, apa
ceritanya? Yang kelakarnya, dah bagi rasuah boleh pulak dia simpan senarai...
Boleh baca cerita penuh di https://bit.ly/3HPVsbF. Nampak gaya payah nak belit kali ni.
Tapi selain siasat pemberian, harap SPRM siasat sekali mana dapat duit
banyak-banyak tu. Tentu lebih seronok kalau kita dapat tahu siapa yang derma
banyak tu. Kan? Guane boh?
Bila dah mati akal, tak terlawan, penghujungnya dia mainkan isu
kaum juga. Nak hasut rakyat konon kerajaan nak tekan peniaga Melayu. Dey! Yang
pergi makan tu siapa? Bukan Melayu ke yang ramai?
Tongong. Sama macam DS Anwar minta Bernas sumbang RM10 juta dulu.
Dia kata tekan jutawan Melayu. Padahal yang dapat faedah daripada duit tu
petani miskin yang rata-ratanya Melayu!
Rakyat tengoklah betapa huduh perangai mereka ni. Idea untuk
bantu rakyat susah tak ada. Bila kerajaan buat sesuatu yang menyenangkan rakyat,
dia buat fitnah, mainkan isu rasis. Hati hitam. Guane boh?
Tahniah YBhg. Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff atas perlantikan
sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri.
Ini satu usaha yang terpuji. Kita perlukan seorang yang hebat
berhujah dengan fakta bagi menangani tohmahan dan fitnah dari pihak lawan.
Semoga selepas ini komunikasi antara kerajaan dan rakyat akan
menjadi lebih lancar berkesan. Puak sana mesti makin panas ni. Guane boh?
Tapi tin Milo kan ada..masa PRU15 Abah banyak sedekah kat
walaun, sekrang mintak walaun sedekah kat abah balik la..Walaun kan dah kaya
raya hidup senang lenang PH 22 bulan tumbang
Adrian Lim Chee
Semasa PKP lockdown, Bersatu terima “pendapatan” RM108 juta (tahun 2020) dan RM147 juta (tahun 2021).
Ada pula pendapatan ratusan juta ringgit walaupun tengah berkurung kat rumah 👍🏻💪🏻
Rakyat pula dapat:
-Moratorium (kene bayar balik)
-I-Citra KWSP (wang sendiri)
-Bendera putih/hitam
NORMAN RADZUAN
Cabar kemudian ‘lari’ serta tiada isu yang baik untuk rakyat
PN JADI KERAJAAN GAGAL JADI PEMBANGKANG GAGAL
Dah lebih 70 hari Kerajaan Perpaduan ditubuhkan… setakat ini PN
gagal menjadi pembangkang wibawa sebagai check and balance. Malah yg melucukan
mereka ini berani cabar di depan penyokong kemudian ‘lari’.
Masih ingat tak apabila Agong melantik DS Anwar menjadi PM…
Muhyiddin cabar Anwar buktikan sokongan yg ada padanya di Dewan Rakyat.
Muhyiddin kata dia ada sokongan majoriti. Maka percayalah
penyokong atau ahli yang dikenali sebagai ‘walaun’ bahawa Anwar tiada majoriti.
Anwar serta merta menyambut cabaran tersebut. Bila Anwar bawa
undi tersebut di Parlimen apa kata PN yang diwakili Takiyuddin, “Kita tidak minta
undi (belah bagi) sebab kita tak mengundi.”… pulak dah.
Kemudian disahut oleh Shahidan , “ PN tak payah campur undi
percaya, biar mereka undi sesama sendiri.” Lucu mereka yg mencabar tapi mereka
yg tidak mahu lakukan undi percaya.
Begitulah juga bila Anwar kata ada penyelewengan dana politik
PN… Muhyiddin cabar buktikan atau siasat. Bila SPRM ambil tindakan membekukan
akaun Bersatu mereka jawab pula, “Kerajaan guna SPRM sebagai alat politik, “
kata Hamzah. Aduh pening kita.
Sebelum ini cabar suruh buktikan melalui siasatan. Bila SPRM
siasat tuduh sebagai alat politik. Kenapa perlu takut kalau tak bersalah?
Kenapa takut SPRM tanya mana dapat banyak bendera, mana dapat kren pasang
bendera….?
Ingat dulu RUU 355 yg pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada
Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi ia tidak dibahaskan.
Bila Speaker Dewan, Pandikar Amin benarkan RUU dibentangkan
selepas lebih suara Ahli2 Parlimen bersetuju, Hadi Awang pembawa usul
mengejutkan dewan persidangan apabila memohon supaya usul itu ditangguhkan..
Pada 2018 sekali lagi Hadi Awang tangguhkan dgn alasan usul bagi
membentangkan RUU 355 perlu dicadang serta dikemukakan oleh menteri utk
dibahaskan.
Pada Januari 2021, Pas membuat keputusan menangguhkan dahulu
'perjuangan' melaksanakan RUU 355 dengan alasan bagi menyelesaikan hal lebih
penting ketika ini iaitu darurat.
Itulah mereka sendiri mahu, sendiri cabar bila dibenarkan dan
disahut cabaran mereka memberi pelbagai alasan. Sedih…
Begitulah juga peranan sebagai check n balance kerajaan setakat
ini mereka gagal. Yang mereka cabar kenapa lantik Nurul Izzah jadi Penasihat
walaupun tidak berbayar… tapi anak-anak pemimpin mereka tidak mengapa.
Semalam Cybertrooper mereka pertikaikan kenapa Mat Sabu dapat
gelaran Datuk SeriYang
ditegur kenapa Wan Azizah rasmi majlis NGO. Yang
mereka marah kenapa UMNO sanggup kerjasama dgn DAP dan bermacam mcm lagi…
Setakat ini tiada isu pembaziran dan rasuah wang rakyat. Mereka
tahu kerajaan Perpaduan ini tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran… jadi
mereka cuba cari sekecil kecil isu utk memprovok atau melahirkan persepsi
negatif kpd masyarakat.
Jgn harap mereka menegur dan seterus memberi solusi. Jangan mimpi
mereka akan bercerita soal ekonomi. Jangan harap la mereka kotakan cabaran-cabaran mereka.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh PN bermula Anwar Ibrahim PM sehinggalah
skg sangatlah remeh temeh dan tidak menguntungkan rakyat sama sekali.
Pembangkang harus belajar dari pembangkang yang lepas yang banyak bicara isu rakyat
miskin. Bukan hanya ‘score point’ dengan isu-isu tidak ada faedah utk rakyat.
Bak kata Tuan Ibrahim, “"Dulu (kita) pembangkang tak apa
kita desak kerajaan sebab kerajaan itu bukan kita… Contoh dalam isu RUU355,
menjadi pembangkang mudah. Dlm parlimen mendesak usul gubal peraturan, RUU355
untuk dilaksanakan sebab (kita) pembangkang…..”
Semalam, SPRM mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Difahamkan, pembekuan itu telah dilakukan sejak dua minggu lalu.
Pada awalnya, pembekuan itu dilakukan untuk menyiasat dakwaan berkaitan dana rangsangan kerajaan – berjumlah RM92.5 bilion – semasa pandemik Covid19 dan didakwa diselewengkan dan seterusnya dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu.
Bagaimanapun, difahamkan pembekuan juga dibuat bagi menyiasat dakwaan bahawa Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.
Sumber-sumber mendakwa, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.
Dakwa sumber berkenaan lagi, baki dalam dua akaun bank Bersatu ketika ini adalah sekitar RM40 juta.
Tindakan SPRM itu tidaklah memeranjatkan kerana berdasarkan penyata akaun yang tersebar luas di media sosial, Bersatu didapati menerima dana berjumlah beratus-ratus juta sewaktu tempoh PKP berkuatkuasa pada 2020 dan 2021.
Soalnya, siapa memberi wang sebanyak itu dan kenapa mereka memberinya, sedangkan sewaktu tempoh PKP, banyak perniagaan berdepan masalah kewangan dan tidak beroperasi sepenuhnya?
Dana tersebutkah yang menjadikan Bersatu dan PN begitu mewah berbelanja, bukan saja dalam PRU15 lalu, bahkan sejak PRN Melaka dan Johor lagi?
Berdasarkan hal ini juga, jika ada RM300 juta didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu, ikut logik dan kebiasaan sebagai parti politik, lebih banyak lagi duit tunai dipercayai ada dalam simpanan pemimpin atau di pejabat parti berkenaan.
Ini kerana, dalam mana PRU, urusan perbelanjaan sebahagian besarnya adalah dalam bentuk tunai dan daripada tangan ke tangan.
Dengan itu, bersekali dengan pembekuan akaun bank Bersatu, akaun bank pemimpin, pejabat peribadi dan kediaman pemimpin-pemimpin utama Bersatu juga seharusnya disiasat sama oleh SPRM.
Manalah tahu kot-kot terjumpa sesuatu yang lebih mengejutkan lagi.
Siasatan haruslah dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan tiada yang terlepas daripada perbuatan melanggar undang-undang.
Dalam hal ini, respon Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang mendakwa tindakan SPRM itu sebagai bukti, PH dan BN menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk “membunuh” kredibiliti Bersatu serta PN serta adalah tidak benar sama sekali.
Beliau malah menuduh ia sebagai “strategi jelek” pentadbiran semasa PH dan BN untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan dan nepotisme yang membelenggu mereka.
Yahg penting di sini, jika tiada apa-apa kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah dilakukan, tiada apa yang Hamzah atau Bersatu perlu bimbang dengan tindakan SPRM itu.
Berilah kerjasama ketika disiasat, waima jika ketika pejabat atau rumah diserbu sekali pun.
Berani kerana benar, mengelabah semacam bukankah seperti ada yang salah? – ShahbudinHusin 02/02/2023.
Uns tak nak bersyukur lg ke. Tak payah tuang minyak penuh
tangki keta nak cari menu Rahmah ni....belambak kedai mamak
ada....
Jumaat -
27/01/2023
( 1 - 22 )
1.
Dalam tahun 1955 lagu 'THE GREAT
PRETENDER' telah diperkenalkan dan di popularkan
oleh 'THE PLATTERS' , sekumpulan penyanyi Kulit
Hitam di Amerika Syarikat
2.
Jika kita maseh ingat sejarah hitam yang
telah dipersembahkan oleh 'THE 4th Floor
BOY' atau 'BUDAK TINGKAT 4'
3.
Ianya muncul semasa Abdullah Ahmad
Badawi atau Pak Lah menerajui negara
sebagai Perdana Menteri
4. Sebagai
menantu Pak Lah , Khairy Jamaluddin atau KJ
begitu rakus sehingga ramai terpaksa
melalui beliau dahulu sebelum berjumpa
Perdana Menteri ketika itu
5. Pak Lah
sendiri terlalu mendengar dan mengikuti
kebanyakan nasihat budak Tingkat 4 ini
6.
Walaupun dinasihat ramai termasuk MUBARAK ,
Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional ,
bukan sahaja ditolak malah dimarahi oleh
Pak Lah kerana kepada beliau KJ adalah segala -
galanya
7. Kini
jarang sekali disebut peristiwa tersebut , maklumlah
bak kata Tun Dr. Mahathir , "Melayu Mudah
Lupa"
8.
Bagi membalas jasa Pak Lah yang
meletakan jawatan setelah buat pertama kali
UMNO/BN hilang 2/3 Kerusi diParlimen ,
Najib melantik KJ sebagai Menteri Beliau
dan Sukan yang kemudian nya dilantik sebagai
Menteri Kesihatan menggantikan Dr. Adham Baba
yang gagal
9.
Berikutan 'kehebatan' yang ditunjukan ,
ramai mula memilih melupai cerita kegilaan
'BUDAK TINGKAT 4' tersebut
10.
Saya kembarkan pandangan seorang penulis
yang namanya dirahsiakan untuk tatapan kita
bersama bagi mengenali siapa KJ dan apakah
beliau 'BERSIH' atau pun beliau ini
seperti lagu 'THE GREAT PRETENDER' Wallahualam
11.
Selepas diberi peluang dan kalah dalam
Pilihanraya Umum lepas di Kawasan Parlimen Sungai
Buloh , kini beliau berhasrat merebut
jawatan Presiden UMNO
12. Tidak
salah sesiapa pun boleh menawar diri namun
Perwakilan UMNO harus berhati - hati dengan
:
MUSANG
BERBULU
AYAM
ini
13.
Dari zaman kegemilangan sejak Pilihanraya
Pertama , dan bermula zaman 'CASH IS KING'
peristasi UMNO/BN mula merudum
14.
Dari 73 dari 220 Kerusi dalam Pilihanraya
Umum ke 14 dan semasa Pilihanraya Umum ke 15
UMNO hanya dapat 26 Kerusi
sahaja dan 2 MCA , 1 MIC dan 1
dari Sabah
15. Atas
desakan dan ugutan , Najib akhirnya TERPAKSA
meletak semua jawatan ; ia jauh
berbeza dengan Zahid Hamidi yang maseh berpaut
sebagai Presiden UMNO dan Pengurusi BN
16. Seperti
Tan Koon Swan , Presiden MCA , beliau berharap jawatan
Presiden UMNO dan Pengurusi BN BOLEH
MENJAMIN beliau tidak akan dipenjarakan
diatas 47 tuduhan rasuah dan pecah amanah dalam
kes Yayasan Akal Budi ; Tan Koon Swan dipenjarakan juga
walaupun oleh Mahkamah Singapura
17.
Yang terkini beliau yang merupakan
TPM pertama yang memohon Mahkamah memberi
beliau Pasport Antarabangsa secara 'permenant'
bagi memudahkan perjalanan beliau
18.
Umum SEDANG MEMERAHATI apakah PMX
campurtangan urusan Mahkamah dalam
permohonan beliau ini dan samada kes beliau
ditangguhkan lagi sehingga beliau menang
Jawatan Presiden party
19. Jika
maseh ingat Anwar Ibrahim pernah mengheret
KJ ke Mahkamah kerana memfitnah tapi kini
TANPA RASA MALU dan BERMORAL beliau selamba
sahaja membuat
U TURN
memuji Anwar selepas di angkat sebagai
Perdana Menteri ke10
20.
JANGAN LUPA APA YANG DILAKUKAN
NYA KETIKA WABAK COVID 19 DULU
21.
Sudah sampai masanya UMNO membuang
duri dan bangkai yang hanya hidup dengan
kepura - puran
22. Khairy
Jamaluddin is
THE GREAT
PRETENDER
Wassalam
Terima Kasih