Ada group KETUHAR (Kedai Apa Turun Harga Hari Ini) yang
senaraikan semua barangan murah. Di page aku pun ada share dua kedai yang
hidangkan Menu Rahmah. Siapa yang penipu sebenarnya ni?
Btw, setakat ini penyertaan adalah berdasarkan persatuan. Jadi
kedai yang ikut serta dalam ahli persatuan yang masuk dalam senarai. Kerajaan
tahu 15,000 kedai berdasarkan keahlian persatuan ini.
Jika Menu Rahmah ini dah betul established nanti, baru
diperluaskan ke semua kedai yang lain. Kalau tengok dari sambutan, rasanya tak
lama sebelum senarai kedai ditambah. Guane boh?
.